Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 15 Jun 2013

Bab 210 Keutamaan Solat Jumaat, Kewajipannya, Mandi Untuk Menghadirinya, Datang Berpagi-pagi Kepadanya, Doa Pada Hari Jumaat, Membaca Selawat Nabi Pada Hari Itu, Uraian Perihal Saat Dikabulkannya Doa-doa Dan Sunnahnya Memperbanyak Zikir Kepada Allah Taala Sesudah Jumaat




Allah Taala berfirman:

Yang Bermaksud : "Maka jikalau solat sudah diselesaikan, maka menyebarlah di bumi dan carilah dari keutamaan Allah dan ingatlah kepada Allah sebanyak-banyaknya, supaya engkau semua dapat berbahagia."
(al-Jumu'ah: 10)

1144. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Sebaik-baik hari yang matahari terbit pada hari itu ialah hari Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itu pula ia dimasukkan dalam syurga dan juga pada hari itulah ia dikeluarkan dari syurga itu." 
(Riwayat Muslim)

1145. Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa berwuduk lalu memperbaguskan wuduknya, Kemudian mendatangi solat Jumaat terus mendengar dan berdiam diri tidak berbicara sama sekali, maka diampunkanlah untuknya antara Jumaat itu dengan Jumaat yang berikutnya, dengan diberi tambahan tiga hari lagi. Barangsiapa yang memegang kerikil batu kecil untuk dipermain-mainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, maka ia telah melakukan kelalaian yakni bersalah." 
(Riwayat Muslim)

1146. Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., katanya: 

Yang Bermaksud : "Solat lima waktu dan dari Jumaat satu ke Jumaat berikutnya, dari Ramadan ke Ramadan, adalah sebagai penebus yakni penebus dosa antara waktu-waktu kesemuanya itu yakni antara waktu yang satu dengan waktu yang berikutnya, selama dosa-dosa besar dijauhi."
(Riwayat Muslim)

1147. Daripada Abu Hurairah dan juga dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhum, bahawasanya keduanya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda di atas tiang-tiang mimbarnya:

Yang Bermaksud : "Nescayalah kaum-kaum orang-orang banyak itu harus suka menghentikan kebiasaan mereka meninggalkan solat-solat Jumaat, atau kalau tidak demikian, maka nescayalah Allah akan menutup di atas hati-hati mereka kemudian pastilah mereka akan termasuk dalam golongan orang-orang yang lalai." 
(Riwayat Muslim)

1148. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Jikalau seseorang di antara engkau semua mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu." 
(Muttafaq 'alaih)

1149. Daripada Abu Said r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Mandi Jumaat itu adalah wajib bagi setiap orang yang sudah baligh." 
(Muttafaq 'alaih)

Yang dimaksudkan dengan Almuhtalim ialah orang yang sudah baligh dewasa dan berakal, sedang yang dimaksudkan wajib ialah secara pilihan, seperti kata seseorang pada kawannya: "Hakmu itu wajib atasku."

1150. Daripada Samurah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Barangsiapa berwuduk pada hari Jumaat, maka dengan keringanan itu bolehlah dilakukan dan tanpa mandi dan itupun sudah baik. Tetapi barangsiapa yang mandi, maka mandi itu adalah lebih utama."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

1151. Daripada Salman r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Tidaklah seseorang lelaki itu mandi pada hari Jumaat, lalu bersuci sekuasa ia melakukan bersuci tadi dan berminyak dengan minyaknya atau mengambil dari sebahagian harum-haruman minyak harum yang ada di rumahnya, selanjutnya ia keluar, lalu tidak memisahkan antara dua orang yang sedang duduk, kemudian bersolat yang telah ditentukan untuknya yakni solat sunnah Tahiyatul Masjid, seterusnya berdiam diri tidak bercakap-cakap ketika imam berbicara, melainkan diampunkanlah untuknya antara Jumaat itu dengan Jumaat lainnya yakni yang berikutnya." 
(Riwayat Bukhari)

1152. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa mandi pada hari Jumaat sebagaimana mandi ketika janabah, lalu pergi  ke masjid, maka seolah-olah ia berkorban seekor unta, dan barangsiapa yang pergi pada jalan kedua, maka seolah-olah ia berkorban seekor lembu, dan barangsiapa pergi pada jam ketiga, maka seolah-olah ia berkorban seekor kambing yang bertanduk, dan barangsiapa pergi pada jam keempat, maka seolah-olah ia berkorban seekor ayam betina, dan barangsiapa pergi pada jam kelima, maka seolah-olah ia berkorban sebutir telur. Apabila imam telah keluar, maka para malaikat yang mencatat itu semuanya mendengarkan zikir yakni khutbah." 
(Muttafaq 'alaih)

Sabdanya: Ghuslal janabah yakni mandi seperti mandi ketika janabah dalam sifat dan keadaannya.

1153. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. menyebut-nyebutkan hari Jumaat, lalu beliau s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Dalam hari Jumaat itu suatu saat yang tidak dicocoki oleh seseorang Muslim dan ia sedang berdiri bersolat sambil memohonkan sesuatu permohonan kepada Allah, melainkan Allah akan memberikan apa yang dimohonkannya itu." Rasulullah mengisyaratkan dengan tangannya sebagai tanda mempersedikitkan waktu yang dimaksudkan itu." 
(Muttafaq 'alaih)

1154. Daripada Abu Burdah bin Abu Musa al-Asy'ari r.a., katanya: 

Yang Bermaksud : "Abdullah bin Umarradhiallahu 'anhuma berkata: "Apakah engkau pernah mendengar ayahmu menceritakan tentang Rasulullah s.a.w. dalam hal solat Jumaat?" la berkata: "Saya Abu Burdah menjawab: "Ya, saya pernah mendengar ia berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Waktu yang mustajab itu ialah antara duduknya imam di atas mimbar sampai solat diselesaikan." 
(Riwayat Muslim)

1155. Daripada Aus bin Aus r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya di antara hari-harimu semua yang lebih utama ialah hari Jumaat, maka dari itu perbanyakkanlah membaca selawat padaku dalam hari Jumaat itu, sebab sesungguhnya selawatmu semua itu ditunjukkan kepadaku."

Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih.


Bab 209 Sunnahnya Dua Rakaat Sesudah Wuduk



1143. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal:

Yang Bermaksud : "Hai Bilal, beritahukanlah kepada saya dengan suatu amalan yang paling engkau harapkan pahalanya serta yang engkau amalkan dalam Islam, kerana sesungguhnya saya mendengar suara derap kedua terumpahmu di mukaku di dalam syurga." Bilal menjawab: "Saya tidak melakukan sesuatu amalan yang lebih saya harapkan di sisiku daripada kalau saya habis bersuci sesuatu sucian dalam waktu malam ataupun siang, melainkan saya tentu bersolat dengan sucianku itu, sebagaimana yang ditentukan untukku yakni setiap habis berwuduk lalu melakukan solat sunnah wuduk." 
(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah lafaznya Imam Bukhari
Addaffu dengan fa' ialah suara terumpah dan gerakannya di atas bumi.


Wallahu a'lam.


Bab 208 Anjuran Melakukan Solat Sunnah Tahiyatul Masjid Menghormat Masjid Dua Rakaat Dan Makruhnya Duduk Sebelum Bersolat Dua Rakaat, Di Waktu Manapun juga Masuknya Masjid Itu Dan Sama Halnya, Apakah Bersolat Dua Rakaat Tadi Dengan Niat Tahiyat, Solat Fardhu, Sunnah Rawatib Dan Lain-lainnya




1141. Daripada Abu Qatadah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Jikalau salah seorang di antara engkau semua itu masuk masjid, maka janganlah duduk dulu sebelum bersolat dua rakaat." 
(Muttafaq 'alaih)

1142. Daripada Jabir r.a., katanya: "Saya mendatangi Nabi s.a.w. dan ia berada di masjid, lalu beliau s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Bersolatlah dua rakaat." 

(Muttafaq 'alaih)


Bab 207 Bolehnya Melakukan Solat Dhuha Dari Tingginya Matahari Sampai Tergelincir Atau Lingsirnya Dan Yang Lebih Utama lalah Dilakukan Ketika Sangatnya Panas Dan Meningginya Waktu Dhuha



1140. Daripada Zaid bin Arqam r.a. bahawasanya ia melihat sekelompok kaum beberapa orang sama melakukan solat Dhuha lalu ia berkata: "Apakah, orang-orang tidak mengetahui bahawa solat Dhuha di waktu selain ini adalah lebih utama, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Solatnya orang-orang yang bertaubat itu ialah jikalau anak-anak unta itu telah merasa panas matahari."
(Riwayat Muslim)


Tarmadhu dengan fathahnya ta' dan mim dan dengan dhad mu'jamah, iaitu sangat panas, sedang alfishal ialah jama'nya fashil iaitu anak unta yang masih kecil.


Jumaat, 14 Jun 2013

Bab 206 Keutamaan Solat Dhuha Dan Uraian Perihal Sesedikit-sedikitnya Rakaat Dhuha, Sebanyak-banyaknya Dan Yang Pertengahannya Serta Anjuran Untuk Menjaga Untuk Terus Melakukannya



1136. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: 

Yang Bermaksud : "Kekasihku yakni Nabi Muhammad s.a.w. telah memberikan wasiat padaku untuk melakukan puasa sebanyak tiga hari dalam setiap bulan, juga dua rakaat sunnah Dhuha dan supaya saya bersolat witir dulu sebelum tidur." 
(Muttafaq 'alaih)

Melakukan solat witir sebelum tidur itu hanyalah disunnahkan bagi seseorang yang tidak mempercayai dirinya akan dapat bangun pada akhir malam. Tetapi sekiranya dapat mempercayai dirinya, Maka pada akhir malam adalah lebih utama lagi.

1137. Daripada Abu Zar r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:

Yang Bermaksud : "Setiap ruas tulang dari seseorang di antara engkau semua itu harus ada sedekahnya pada saban pagi harinya, maka setiap sekali tasbih bacaan Subhanallah adalah sedekah, setiap sekali tahmid bacaan Alhamdulillah adalah sedekah, setiap sekali tahlil bacaan La ilaha ilallah adalah sedekah, setiap sekali takbir bacaan Allahu Akbar adalah sedekah, memerintahkan kepada kebaikan adalah sedekah, melarang dari kemungkaran adalah sedekah dan yang sedemikian itu dapat dicukupi oleh dua rakaat yang dilakukan oleh seseorang dari solat Dhuha." 
(Riwayat Muslim)

1138. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: 

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. itu bersolat Dhuha empat rakaat dan menambahkan dari jumlah itu sekehendak hatinya."
(Riwayat Muslim)

1139. Daripada Ummu Hani' yaitu Fakhitah binti Abu Thalib radhiallahu 'anha, katanya:

Yang Bermaksud : "Saya pergi ke tempat Rasulullah s.a.w. pada hari pembebasan kota Mekah, lalu saya temui beliau s.a.w. sedang mandi. Setelah selesai beliau s.a.w. mandi, lalu bersolat sebanyak lapan rakaat. Itulah solat Dhuha." 
(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah yang diringkaskan dari lafaznya salah satu dari beberapa riwayat Muslim.


Bab 205 Anjuran Melakukan Solat Witir Dan Uraian Bahawa Solat ini Adalah Sunnah yang Dikukuhkan Serta Uraian Mengenai Waktunya




1129. Daripada Ali r.a., katanya: 

Yang Bermaksud : "Solat witir itu bukannya wajib sebagaimana solat yang difardhukan, tetapi Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat itu dan bersabda:
"Sesungguhnya Allah itu Maha Witir yakni ganjil, maka lakukanlah solat witir iaitu yang rakaatnya ganjil, hai ahli al-Quran."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan

1130. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: 

Yang Bermaksud : "Dari seluruh malam itu Rasulullah s.a.w. sungguh-sungguh telah melakukan witir yakni waktu berwitir beliau s.a.w. tidak tertentu waktunya, iaitu di permulaan malam, di pertengahan malam, di akhir malam dan berakhirlah waktu witir beliau s.a.w. itu sampai waktu sahur hampir menyingsingnya fajar shadiq." 
(Muttafaq 'alaih)

1131. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:

Yang Bermaksud : "Jadikanlah solat witir itu sebagai akhir solatmu di waktu malam."
(Muttafaq 'alaih)

1132. Daripada Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Berwitirlah engkau semua sebelum engkau semua berpagi-pagi yakni sebelum terbitnya fajar shadik." 
(Riwayat Muslim)

1133. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya Nabi s.a.w. melakukan solatnya di waktu malam, sedang ia yakni Aisyah iaitu isterinya melintang antara kedua tangannya yakni di mukanya. Maka jikalau tinggal mengerjakan witir, beliau s.a.w. membangunkannya, lalu Aisyahpun berwitirlah."
(Riwayat Muslim)

Dalam riwayat Muslim lainnya disebutkan: 

Yang Bermaksud : "Maka jikalau tinggal mengerjakan witir, lalu beliau s.a.w. bersabda: "Bangunlah dan berwitirlah, hai Aisyah."

1134. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Dahuluilah solat Subuh itu dengan witir maksudnya' Bangunlah sebelum waktunya solat Subuh lalu berwitirlah dulu."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi, dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

1135. Daripada Jabir r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang takut kalau tidak bangun di akhir malam, maka hendaklah berwitir di permulaan dan barangsiapa lupa hendak bangun di akhir malam, maka hendaklah berwitir di akhir malam, kerana sesungguhnya solat akhir malam itu disaksikan oleh para malaikat dan yang sedemikian itulah yang lebih utama." 

(Riwayat Muslim)

Bab 204 Sunnahnya Mengerjakan Solat-solat Sunnah Di Rumah, Baikpun Sunnah Rawatib Atau Lain-lainnya Dan Perintah Berpindah Untuk Bersolat Sunnah Dari Tempat Yang Digunakan Bersolat Wajib Atau Memisahkan Antara Kedua Solat Itu Dengan Pembicaraan





1125. Daripada Zaid bin Tsabit r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Bersolatlah engkau semua, hai sekalian manusia, sebab sesungguhnya seutama-utama solat itu ialah solatnya seseorang yang dikerjakan dalam rumahnya, kecuali solat yang diwajibkan."
(Muttafaq 'alaih)

1126. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:

Yang Bermaksud : "Jadikanlah dari sebahagian solatmu yakni yang sunnah itu di rumah-rumahmu sendiri dan janganlah menjadikan rumah-rumah itu sebagai kuburan yakni tidak pernah digunakan solat sunnah atau membaca Al-Quran yakni sunyi dari ibadat." 
(Muttafaq 'alaih)

1127. Daripada Jabir r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

 Yang Bermaksud : "Jikalau seseorang di antara engkau semua itu telah menyelesaikan solatnya di masjid, maka hendaklah memberikan sekadar bahagian dari sebahagian solatnya yakni yang sunnah-sunnah untuk rumahnya, kerana sesungguhnya Allah membuat kebaikan dalam rumahnya itu kerana solatnya tadi." 
(Riwayat Muslim)

1128. Daripada 'Amr bin 'Atha' bahawasanya Nafi' bin Jubair menyuruhnya pergi kepada as-Saib bin Yazid anak lelaki dari saudara perempuannya Namir, perlu menekankan padanya yakni 'Amr supaya bertanya kepada as-Saib perihal sesuatu yang pernah dilihat oleh Mu'awiyah dari dirinya mengenai solat. As-Saib lalu berkata: 

Yang Bermaksud : "Ya, saya pernah bersolat Jumaat dengan Mu'awiyah di ruang dalam masjid. Ketika imam sudah bersalam, saya lalu berdiri lagi di tempatku solat wajib tadi lalu saya bersolat sunnah. Kemudian setelah ia masuk rumah, lalu ia menyuruh saya datang padanya, kemudian berkata: "Jangan engkau mengulangi lagi sebagaimana yang engkau kerjakan tadi. Jikalau engkau solat Jumaat, maka janganlah engkau persambungkan di tempatmu tadi itu dengan solat sunnah, sehingga engkau berbicara dulu atau keluar, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menyuruh kita yang sedemikian itu, iaitu supaya tidak dipersambungkan solat itu dengan solat lain sehingga kita berbicara atau keluar dulu." 

(Riwayat Muslim)

Rabu, 12 Jun 2013

Bab 203 Solat Sunnah Jumaat



Dalam bab ini termasuklah Hadisnya Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma yang lalu - lihat Hadis no. 1095 - yang menyebutkan bahawasanya ia bersolat bersama Nabi s.a.w. dua rakaat sesudah solat Jumaat.
(Muttafaq 'alaih)

1123. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Jikalau engkau semua bersolat Jumaat, maka hendaklah sesudahnya itu bersolat sunnah empat rakaat." 
(Riwayat Muslim)

1124. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. itu tidak bersolat sesudah Jumaat sehingga pulang, kemudian beliau s.a.w. bersolat dua rakaat di rumahnya." 

(Riwayat Muslim)




Bab 202 Solat Sunnah Isyak Sesudah Dan Sebelumnya





Dalam bab ini termasuklah Hadisnya Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma yang lalu - lihat Hadis no. 1095, katanya: "Saya bersolat bersama Nabi s.a.w. dua rakaat sesudah Isyak dan juga Hadisnya Abdullah bin Mughaffal, iaitu sabda Nabi s.a.w.: 

Yang Bermaksud : "Antara dua azan yakni azan dan iqamah itu boleh melakukan solat sunnah."
(Muttafaq 'alaih)

Lihat sebagaimana disebutkan di muka - lihat Hadis no. 1096.