Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 21 April 2024

W 10 : HIDUP SATU UJIAN

 Hidup di dunia ini adalah satu ujian

Senang diuji, susahpun diuji

Kaya diuji, miskinpun diuji

Orang baik diuji, orang jahatpun diuji

Ujian pasti kerana dunia ini hanyalah pentas ujian. 

Tiada ruang bersenang-senang di dunia ini bagi Umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Umat Islam).

HARUS SENTIASA REDHA DAN BERSYUKUR



Jumaat, 8 Disember 2023

W 9 : DOA QUNUT

 

W 8 : SELAWAT

 Orang Yang Bakhil yakni Tidak mengucap selawat ke atas Rasulullah.

( HR Tirmizi No: 3469 )

Status: Hadis Shahih


Daripada Ali Bin Abi Talib, 

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya: 


"Orang yang  kedekut ( bakhil) adalah orang yang ketika namaku disebut tetapi dia tidak berselawat ke atasku."


Semarakkan selawat ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam setiap masa secara BERTERUSAN.

antaranya : 

"Allahumma solli 'ala Muhammad."


Atau ketika mendengar, menulis nama Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta ganti nama Baginda dengan lafaz: 

"Solallahu 'alaihi wasallam." 

Atau 

" 'Alaihi solaatu wassalam."

W 7 : SELAWAT

 Orang Yang Paling Banyak Berselawat Ke

Atas Nabi Muhammad SAW Adalah Orang Yang Palin Dekat Dengannya Pada Hari Kiamat.

( HR Tirmizi No: 484 )


Daripada Abdullah bin Mas'ud bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: 


"Orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah yang paling banyak berselawat kepadaku.


1. Perbanyakkan berselawat ke atas nabi Muhammad SAW membantu kita dekat dengannya.


yang pastinya BERADA DI SYURGA.


W 6 : SELAWAT

 Selawat Umat Nabi Muhammad SAW DiPerlihatkan Kepadanya Pada SETIAP HARI JUMAAT

( HR Al- Bahaqi No: 5791 ) 

 Status: Hadis Hasan


Daripada Abi Umamah berkata; Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:


"Banyakkanlah BERSELAWAT ke atasku di setiap hari JUMAAT, kerana selawat umatku 

diperlihatkan kepadaku pada SETIAP HARI JUMAAT.

Maka sesiapa yang PALING  BANYAK selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku.


W 5 : SELAWAT

 اللهم صل على محمد وعلى ال محمد


Jangan kurang selawat 100x setiap malam


Segunung emas pun akan kita tinggalkan apabila kita mati. Tapi selawat itulah yang kita bawa untuk bertemu nabi صلى الله عليه وسلم yang diharapkan syafaatnya. 

Banyakkanlah selawat kepwda nabi صلى الله عليه وسلم

صلى الله على محمد


اللهم صل على محمد وعلى ال محمد


اللهم صل على سيدنا محمد 

وعلى ال سيدنا محمد


Jika 100x selawat setiap waktu solat (selawat yang pendek hanya beberapa minit) boleh istiqamah sekurang-kurangnya 500x sehari 

Sedekahlah setiap hari walau sedikit samada terang atau sembunyi.

Antara golongan yang mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naungan Allah ialah orang yang merahsiakan sedekahnya.


Sebarkan kebaikan/selawat..

Siapa yang menyuruh melakukan kebaikan dan kebaikan itu dilakukan orang lain akan diberi pahala sama banyak tanpa mengurangi pahala orang yang melakukannya.


Khamis, 26 Oktober 2023

W 4 : AMALAN ZIKIR ILLALLAH

 Amalkan zikir ini setiap hari 100x. In Shaa Allah


لَا إِلهَ إِلَّا اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِينُ


 La ilaha illallah al malikul haqqul mubin.

(Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yang Maha Benar lagi Maha Nyata)


Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 

 

مَنْ قَالَ لَا إِلهَ إِلَّا اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِينُ فِي كُلِّ يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَ لَهُ أَمَانًا مِنَ الْفَقْرِ، وَيُؤْمَنُ مِنْ وَحْشَةِ الْقَبْرِ، وَاسْتُجْلِبَ بِهِ الْغِنَى، وَاسْتُقْرِعَ بِهِ بَابُ الْجَنَّةِ 

 

Ertinya: “Barangsiapa membaca 'Laa ilaaha illallah al malikul haqqul mubin' seratus kali dalam sehari, maka memperoleh jaminan aman dari kemiskinan, diselamatkan dari dahsyatnya kubur, dan terbuka untuknya pintu-pintu syurga.” 

(HR. Abu Nu'aim dalam bab Shifah al-Jannah, Al-Khatib Al-Baghdadi di Tarikhnya: 12/358-359).


La ilaha illallah al malikul haqqul mubin. Muhammadur Rasulullah Ash shadiqul Wa‘dil Amin” merupakan kalimat yang tertera di pintu Kaabah. Siapa yang membacanya, akan mendapat pahala yang agung di sisi Allah.