Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 29 Disember 2012

K 134 Syirik yang tidak kita sedari.



“Kamu lahir bulan apa?” Kata seorang remaja kepada kawannya. Kawannyapun menjawab “21 Mei..” oo bererti, bintangmu gemini ya. Tahu tidak, minggu ini kamu akan tertimpa musibah kalau tidak percaya lihat saja zodiakmu di majalah itu” katanya "Masa’ sih? Iya…ya…”Fenomena di atas seringkali terjadi di kalangan remaja islam yang ada di negeri ini. Membaca zodiac. yang ada pada majalah-majalah remaja umumnya untuk mengetahui masa depan iaitu apa-apa yang akan mereka alami minggu ini. Apakah hal ini dibenarkan dalam pandangan syari’at islam? Berawal Mengenal Hukum Mendatangi Tukang Ramal.

Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu dalam kitabnya “Khudz ‘Aqidataka Minal Kitaabi wa Sunnati Shohiihai” (Ambillah aqidahmu dari Al Kitab dan As Sunnah yang Shahih) memaparkan sebuah pertanyaan: “Apakah seseorang itu diperbolehkan untuk membenarkan tukang ramal yang mengetahui ilmu ghaib (baca: masa depan)?” Beliau menjawab, “Tidaklah dibenarkan untuk mereka mendatangi tukang-tukang ramal dalam rangka mengetahui perkara ghaib kerana Allah Taala telah berfirman,

قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ

“Katakanlah tidak ada satu orangpun yang ada di langit maupun di bumi yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah."
(QS. An-Naml: 65). 
Dan dalam hadist yang shahih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, 

“Barang siapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal dan membenarkan perkataan mereka, maka orang itu telah kufur terhadap al Quran yang telah diturunkan pada Muhammad.” Kerana memang al Quran terang-terang menyatakan bahawa yang mengetahui perkara ghaib hanyalah Allah Taala.

Kaitan Zodiak dan Tukang Ramal?

Ramalan merupakan hal ghaib. Sudah jelas pula bahawa perkara ghaib tersebut hanya Allah Taala semata yang mengetahuinya. Membaca dan menelaah zodiak sama hukumnya dengan mendatangi tukang ramal, sebagaimana dikatakan oleh para ulama (semacam Syaikh Sholih Alu Syaikh dalam penjelasan beliau terhadap Kitab Tauhid Syaikh Muhammad At Tamimi). Kerana keduanya memiliki kesamaan iaitu sama-sama ingin menelaah yang ghaib. Jika seseorang percaya pada zodiak dan membenarkan hal-hal yang terkandung di dalamnya dapat diibaratkan dengan membenarkan perkataan tukang ramal yang sebenarnya tidak punya dasar apa-apa dalam menentukan nasib seseorang. Sehingga pembaca zodiak dapat dihukumi sama dengan mendatangi tukang ramal, bahkan mungkin lebih parah. Kerana tukang ramal kita mesti mendatanginya. Namun ramalan zodiak untuk saat ini didapat begitu mudah, boleh lihat dalam majalah, berita internet, boleh pula dengan mudah melihat SMS. Zodiak inipun dimasukkan ke rumah. Dari sisi inilah kita boleh menilai membaca zodiak itu lebih parah.

Hukum Membaca Zodiak

Zodiak atau ramalan bintang merupakan suatu kemungkaran yang sangat besar. Namun, terkadang sebahagian orang hanya iseng dalam melakukan hal tersebut. Para ulama telah merinci hukum mendatangi tukang ramal dan ini boleh kita terapkan pada masalah membaca zodiak.
Jika seseorang hanya sekadar mendatangi tukang ramal atau membaca zodiak, tanpa membenarkannya, maka ini termasuk keharaman kerana ditakutkan ia lama-kelamaan percaya dengan lamaran tersebut. Ini adalah sebagai saddu dzari’ah, menutup jalan agar tidak terjerumus pada keharaman yang lebih parah.

Jika seseorang mendatangi tukang ramal atau membaca zodiak, sampai membenarkannya, maka orang tersebut telah kufur terhadap Al Quran yang diturunkan pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Solatnyapun tidak diterima selama 40 hari. Ertinya, ini adalah dosa besar.

Jika seseorang mendatangi tukang ramal atau membaca zodiak dengan keyakinan bahwa ramalan tersebut benar-benar mengetahui hal ghaib secara mutlak, maka hukumnya adalah kufur akbar kerana hal ini bererti telah menyamakan makhluk dengan Sang Kholiq.
Jika seseorang mendatangi tukang ramal atau membaca zodiak dengan maksud untuk membantah bahawa ramalan tersebut dusta dan ingin menjelaskan kekeliruannya, maka hal ini tidak mengapa bahkan kadang wajib dilakukan kerana hal ini termasuk dalam mengingkari hal yang mungkar.

Ya Allah, tunjukilah kami kebenaran yang sesungguhnya, lalu berilah kami kurnia untuk mengikuti dan mencintainya. Dan tunjukilah kami kebatilan yang sesungguhnya, lalu kurniakanlah kami untuk menjauhi dan membencinya.
Semoga Allah mengampuni penulis.
Penulis: Ummu Zubaidah
Muroja’ah: M.A. Tuasikal



K 133 Antara dosa dan pelaku dosa.







Kita tidak benci kepada pendosa, tetapi kita benci kepada dosa yang dilakukannya.

Dalam kehidupan ini, kita memang tidak lepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Orang yang terpelihara dari kesalahan, dari dosa hanyalah para Nabi dan Rasul.
Kita, sebagai manusia biasa, akan sentiasa ada salah dan silap.
Tidak ada yang maksum. Hatta seorang syeikh, seorang wali, seorang sayyid, seorang ulamak, seorang habib, seorang perdana menteri, semuanya tetap ada kesalahan yang pernah dilakukan dalam kehidupan masing-masing.
Syurga itu pun nanti akan dimasuki oleh orang-orang yang tidak maksum. Yang bakal memasukinya adalah orang-orang yang sepanjang kehidupannya pernah melakukan dosa dan kesilapan.
Orang-orang yang merasakan dirinya bersih daripada dosa sepanjang hidupnya dan maksum selain Nabi dan Rasul, maka dia tidak perlu lagi kepada syurga.
Kerana sejak di dunia lagi, Dia tidak ada dosa. Untuk apa lagi syurga baginya?

KITA, KAU DAN AKU SEMUANYA PUNYA SALAH

Semua orang punya kesalahan masing-masing. Ada dosanya masing-masing. Bezanya hanyalah pada level berbuat dosa. Ada orang mungkin berbuat dosa kerana kejahilannya. Ada orang berbuat dosa dalam keadaan sudah mengetahui dan menyedarinya.
Contoh yang mudah, level seorang ulamak yang berzina dengan seorang rakyat jalanan yang berzina, sudah pastinya tidak sama, bukan?
Seorang ulamak dalam keadaan dia sudah mengetahui hukum hakam, mengetahui halal dan haram, sudah tentulah sesuatu yang berat jika dia terlibat dalam dosa-dosa besar yang dia sendiri sudah mengetahuinya.
Seorang rakyat jalanan, yang barangkali Allahpun tidak pernah dikenalinya, maka dosa zina yang dilakukannya itu walaupun berat, tetapi sebenarnya tidak sama berat dengan dosa zina yang dilakukan oleh ulamak yang lebih mengetahui daripada dirinya tadi.
Maka, tidak padanlah kalau kita menghukum semua orang dengan amal yang kita nampak secara zahir itu saja. Kita tidak pernah tahu keadaan hatinya bagaimana.
Barangkali, dia inginkan kepada kebenaran. Cuma tidak ada yang menunjuk dan membimbingnya menyebabkan dia jauh daripada kebenaran dan terjatuh dalam dosa.

BEZAKAN ANTARA SALAH DAN PESALAH

Salah dan pesalah. Bezakan keduanya. Yang salah adalah perbuatan. Pesalah pula adalah orangnya.
Kadang-kadang, saya sangat risau melihat orang begitu mudah menghukum orang yang melakukan dosa ataupun orang yang terjebak dengan dosa dengan hukum neraka.
‘Tak buat ini, dosa!’

‘Tak buat itu, masuk neraka!’
‘Kenapa kau buat benda tu, hah? Kau nak masuk neraka ke?’
Sewaktu kelas Madkhal Ila Dakwah saya, pensyarah saya, Doktor Adnan Khutotobah telah menceritakan kisah dua orang Bani Israil yang bersaudara. Salah seorangnya orang yang rajin beribadah, salah seorangnya lagi pula orang yang selalu berfoya-foya dan rajin bermaksiat.
Suatu hari, orang yang rajin beribadah ini pergi kepada saudaranya yang bermaksiat itu. Maka ditanya saudaranya itu, “Kenapa kau lakukan maksiat ni, hah? Kau nak masuk neraka ke?”
Jawab saudaranya itu, “Kau tahu mana aku akan masuk neraka?”
Maka dibalas kembali orang itu tadi, “Allah tidak akan memasukkan kamu ke dalam syurga dan akan memasukkan kamu ke dalam neraka kerana maksiat kamu itu”.
Di hari perhitungan, Allah telah campakkan orang yang rajin beribadah itu ke dalam neraka. Saudaranya yang rajin berfoya-foya itu pula Allah masukkan ke dalam syurga.
Kenapa?
Bukankah orang yang rajin beribadah itu selalu taat kepada Allah?
Ya, tetapi dia tidak menunjukkan sifat rahmah Allah kepada temannya yang telah melakukan kesalahan itu. Hukuman yang dia telah katakan pada temannya itu boleh mengakibatkan temannya itu bergerak lebih jauh daripada kebenaran, menyebabkan Allah campakkannya ke dalam neraka walaupun dia seorang yang rajin beribadah.
Kita perlu belajar membezakan antara salah dan pesalah. Memang yang melakukan perbuatan salah itu adalah manusia. Tetapi manusia tetap adalah manusia.
Selagi belum tertutup pintu taubat, selagi belum kiamat, maka dia masih tetap punya hak untuk memperbaiki dirinya dan memperbetulkan kesalahannya. Tidak layak untuk kita menghukum syurga atau neraka pada dirinya, kerana semua itu hanya di bawah pengetahuan Allah. Maka, bagaimana mungkin sesuatu perkara yang ghaib seperti itu kita pula yang boleh tentukan?
Dia adalah manusia. Kita juga adalah manusia.
Dia ada kesilapannya. Kita juga ada kesilapan kita. Sealim atau sehebat manapun ilmu kita, kita tetap tidak layak untuk menghukum orang yang berdosa itu ‘confirm-confirm’ masuk neraka.
Hari ini, mungkin dia berdosa. Hari esok, siapa yang tahu kalau-kalau dia pula yang jadi lebih baik dari kita?
Maka, kalau hendak ditegur dan dikritik, tegur dan kritiklah pada kesalahan yang dilakukannya. Bukan pada pelakunya. Teguran dan kritikan kita mestilah bertujuan untuk memperbetulkan kesalahannya, bukanlah dengan niat menjatuhkan peribadi dan mendedahkan aibnya pula.
Kita tidak pernah tahu balasan yang akan menimpa diri kita di hari muka. Barangkali, di hari muka kita menjadi lebih teruk daripada dia.
Siapakah yang dapat menjangka?

PENUTUP : MAKA, BELAJARLAH BERLAPANG DADA

Antara masalah segelintir orang-orang yang mempelajari teks-teks agama, adalah memahaminya hanya secara literal. Kemudian, dengan senang menghukum manusia dengan perasaan.
Tanpa mempertimbangkan kematangan dan logik akal, dengan mudahnya sebahagian orang menghukum orang yang berdosa ‘confirm-confirm’ masuk neraka.
Barangkali dia tidak sedar dirinya juga ada berdosa. Manusia selain Nabi dan Rasul semuanya tidak maksum. Kalaulah semua manusia yang tidak maksum pernah melakukan dosa akan dimasukkan ke neraka, maka tidak ada manusia yang akan masuk syurga kecuali hanya Nabi dan Rasul termasuklah dia juga akan dicampak ke neraka.
Bersederhana dan berlapang dadalah.
Barangkali orang itu berbuat dosa dalam keadaan jahilnya dia ataupun dalam keadaan terlupanya dia, maka kita tidak ada hak untuk menghukumnya selain hanya mengingatkan dan memperbetulkan kesalahannya.
Lagipun, syurga dan neraka bukanlah di bawah kekuasaan kita. Bukan tangan-tangan kita yang akan menyampaikan manusia di dalamnya. Itu adalah kerja Allah, dan Allah tahu dan tidak pernah silap dalam memberi hukuman kepada manusia.
Kita tinggalkan saja kerja-kerja menghukum kepada Allah, dan kita lakukan kerja yang sepatutnya kita lakukan.
Antara salah dan pesalah,
Masih tetap ada ruang untuk mereka tetap kembali kepada Allah,
Yang penting, kita teruskanlah memberi peringatan dan berdakwah!

K 132 Mudahnya jalan ke Syurga

UNDANGAN KE SURGA
Oleh : Syaikh ‘Ied Al ‘Anazy
Alih bahasa : Zezen Zainal Mursalin, Lc.
Sumber : ICM Kendari

Apakah anda ingin dekat kepada ALLAH AZZA WA JALLA? 
RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Keadaan terdekat yang dimiliki seorang hamba terhadap Rabbnya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah di dalamnya doa.”
[HR. Muslim]

Apakah anda ingin mendapatkan pahala ibadah Haji bersama RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Umrah di bulan Ramadan setimpal (pahalanya) Haji atau Haji bersamaku.”
[HR. Bukhari Muslim/Muttafaqun 'alaihi]

Apakah anda ingin sebuah Rumah di Syurga?
RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Barangsiapa yang membangun Masjid kerana ALLAH, maka ALLAH akan membangun baginya semisalnya di Syurga.”
[HR. Muslim]

Apakah anda ingin mendapatkan keredaan ALLAH AZZA WA JALLA?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Sesungguhnya ALLAH akan reda terhadap seorang hamba yang makan sesuatu makanan kemudian ia memujiNya atas makanan tersebut dan meminum minuman kemudian ia memujiNya kerana minuman tersebut.”
[HR. Muslim]

Apakah anda ingin dikabulkan doanya?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Doa yang tidak akan ditolak adalah doa di antara Azan dan Iqomah.”
[HR. Abu Daud]

Apakah anda ingin mendapatkan pahala Shaum (puasa) sepanjang tahun?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Shaum 3 (tiga) hari dari setiap bulan (penanggalan Hijrah), (pahalanya) seperti Shaum sepanjang tahun.”
[HR. Bukhari Muslim/Muttafaqun 'alaihi]

Apakah anda ingin memiliki kebaikan seperti Gunung?

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

Barangsiapa yang menyaksikan Jenazah sehingga ia mensolatkannya maka baginya satu pundi pahala. Dan barangsiapa yang menyaksikannya hingga dikuburkannya maka baginya dua pundi pahala.” Dikatakan, “seperti apa dua pundi itu?” Beliau SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM menjawab: “Seperti dua Gunung besar.”
[HR. Muttafaqun ‘alaihi]

Apakah anda ingin bersama dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di Syurga?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Aku dan orang yang menyantuni anak yatim seperti ini di Syurga.” Beliau SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengahnya.
[HR. Bukhari]

Apakah anda ingin mendapatkan pahala seorang Mujahid atau pahala orang Shaum atau Tahajjud?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Orang yang menyantuni janda yang ditinggalkan oleh suaminya dan orang yang menyantuni orang miskin seperti Mujahid fi Sabilillah.” Dan aku mengira Beliau SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, “Seperti orang yang tidak henti melakukan Tahajjud dan seperti orang yang Shaum tidak berbuka (sepanjang tahun).”
[HR. Muttafaqun 'alaihi]

Apakah anda ingin mendapatkan jaminan peribadi daripada RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM untuk masuk Syurga?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Barangsiapa yang menjamin bagiku apa yang ada di antara dua janggutnya (mulut/lidahnya) dan apa yang ada di antara kedua kakinya (kemaluannya), maka aku menjamin Syurga baginya.”
 [Muttafaqun 'alaihi]

Apakah anda ingin agar amalan anda tidak terputus walaupun setelah anda wafat?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara; Sedekah Jariah, ‘ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”
[HR. Muslim]

Apakah anda ingin memiliki harta simpanan di Syurga?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Laa Hawla walaa quwwata illah billah” (Tidak ada daya upaya dan kekuatan kecuali atas izin ALLAH), adalah salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan Syurga.”
[Muttafaqun ‘alaihi]

Apakah anda ingin mendapatkan pahala Qiyamullail (solat malam) sepanjang malam?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Barangsiapa yang solat isyak secara berjamaah, maka seakan-akan ia telah Tahajjud setengah malam dan barangsiapa yang melaksanakan solat subuh secara berjamaah, maka seakan-akan ia telah Tahajjud sepanjang malam.”
[HR. Muslim]

Apakah anda ingin membaca sepertiga al-Quran dalam satu minit?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Qul Huwallahu ahad’ (Surat Al-Ikhlash) setimpal dengan sepertiga al Quran.”
[HR. Muslim]

Apakah anda ingin timbangan kebaikan bertambah berat?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Dua kalimat yang dicintai oleh Yang Maha Pemurah, ringan diucapkan, namun berat timbangannya di Sisi ALLAH, yakni ‘Subhanallahi wa bihamdihi dan subhanallail ‘adziim.”
[HR. Bukhari]

Apakah anda ingin dimudahkan rezeki dan dipanjangkan usia anda?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Barangsiapa yang ingin dimudahkan rezekinya atau dipanjangkan usianya, maka hendaknya ia menyambung tali persaudaraan.”
[HR. Bukhari]

Apakah anda ingin ALLAH SUBHANAHU WA TAALA senang berjumpa dengan anda?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Barangsiapa yang merindukan berjumpa dengan Allah, maka ALLAH merindukan pula berjumpa dengannya.”
[HR. Bukhari]

Apakah anda ingin dilindungi oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Barangsiapa yang melaksanakan solat subuh, maka ia ada dalam perlindungan ALLAH.”
[HR. Muslim]

Apakah anda ingin agar dosa perbuatan anda diampuni oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Barangsiapa yang mengatakan ‘Subhanallahi wa bihamdihi’ dalam satu hari seratus kali, maka akan dihapuskan dosanya walaupun seperti buih di lautan.”
[Muttafaqun 'alaihi]

Apakah anda ingin dijauhkan dari Neraka sejauh tujuh puluh tahun?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Barangsiapa yang melaksanakan Shaum (Puasa) di Jalan ALLAH, maka ALLAH akan menjauhkan wajahnya dari Api Neraka, sejauh tujuh puluh musim gugur.”
[HR. Bukhari]

Apakah anda ingin ALLAH AZZA WA JALLA berselawat (memberikan rahmat) kepada hambaNya?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Barangsiapa yang berselawat kepadaku dengan satu selawat, maka ALLAH akan memberikan selawat kepadanya sebanyak sepuluh kali?”
[Muttafaqun 'alaihi]

Apakah anda ingin diangkat darjat anda oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Tidak merendahkan diri seseorang kerana ALLAH, kecuali ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan mengangkat darjatnya.”
[HR. Muslim]
———————————-
Begitu banyak jalan untuk memenuhi undangan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Sayangnya kita masih lebih bersegera memenuhi undangan makan siang, atau makan malam dari kolega, Undangan pesta ini dan itu yang di dalamnya banyak terdapat kemungkaran, daripada bersegera memenuhi undangan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan RasulNya. Wallahu musta’an!

Semoga bermanfaat
~Admin MFPU~
__________
Sumber: Khayla.net




K 131 TIGA BELAS Terapi hindari terjerumus dalam lembah maksiat.



Berikut ini terapi mujarab untuk menawar racun kemaksiatan, antara lain:

1. Anggaplah besar dosamu.

Abdullah bin Mas’ud radhiallahu anhu berkata, 

“Orang beriman melihat dosa-dosanya seolah-olah ia duduk di bawah gunung, ia takut gunung tersebut menimpanya. Sementara orang yang fajir (suka berbuat dosa) dosanya seperti lalat yang lewat di atas hidungnya.”

2. Janganlah meremehkan dosa.

Rasulullah shalallahu alaihi wa salam bersabda, 

“Janganlah kamu meremehkan dosa, seperti kaum yang singgah di perut lembah. Lalu seseorang datang membawa ranting dan seorang lainnya lagi datang membawa ranting sehingga mereka dapat menanak roti mereka. Bila saja orang yang melakukan dosa menganggap remeh dosa tersebut, maka itu akan membinasakannya.”
(HR. Ahmad dengan sanad yang hasan)

3. Janganlah mujaharah (menceritakan dosa).

Rasulullah shalallahu alaihi wa salam bersabda, 

“Semua umatku dimaafkan kecuali mujahirun (orang yang berterus terang). Termasuk mujaharah ialah seseorang yang melakukan suatu amal (keburukan) pada malam hari kemudian pada pagi harinya ia membeberkannya, padahal Allah telah menutupinya, ia berkata, ‘Wahai fulan, tadi malam aku telah melakukan demikian dan demikian’. Pada malam hari Tuhannya menutupi kesalahannya tetapi pada pagi harinya ia membuka tabir Allah yang menutupinya.”
(HR.Bukhari dan Muslim)
4. Taubat nasuha yang tulus

Rasulullah shalallahu alaihi wa salam bersabda, 

“Allah lebih bergembira dengan taubat hamba-Nya tatkala bertaubat daripada seorang di antara kamu yang berada di atas kenderaannya di padang pasir yang tandus. Kemudian kenderaan itu hilang darinya, padahal di atas kenderaan itu terdapat makanan dan minumannya. Ia sedih kehilangan hal itu, lalu ia menuju pohon dan tidur di bawah naungannya dalam keaadaan bersedih terhadap kenderaannya. Saat ia dalam keadaan seperti itu, tiba-tiba kenderaannya muncul di dekatnya, lalu ia mengambil tali kendalinya. Kemudian ia berkata, kerana sangat bergembira, ‘Ya Allah Engkau adalah hambaku dan aku adalah Tuhanmu.’ Ia salah ucap kerana sangat bergembira.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

5. Jika dosa berulang, maka ulangilah bertaubat.

Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata, 

”Sebaik-baik kalian adalah setiap orang yang diuji (dengan dosa) lagi bertaubat”. ditanyakan, ‘Jika ia mengulangi lagi?’ Ia menjawab, ‘Ia beristighfar kepada Allah dan bertaubat’. Ditanyakan, ‘Jika ia kembali berbuat dosa?’ Ia menjawab, ‘Ia beristighfar kepada Allah dan bertaubat’. Ditanyakan, ‘Sampai bila?’ Dia menjawab, ‘Sampai syaitan berputus asa.”

6. Jauhi faktor-faktor penyebab kemaksiatan.

Orang yang bertaubat harus menjauhi situasi dan kondisi yang biasa ia temui pada saat melakukan kemaksiatan serta menjauh darinya secara keseluruhan dan sibuk dengan selainnya.

7. Sentiasa beristighfar

Saat-saat beristighfar: 

a. Ketika melakukan dosa

b. Setelah melakukan ketaatan.

c. Dalam zikir-zikir rutin harian.

d. Sentiasa beristighfar setiap saat.

Rasulullah shalallahu alaihi wa salam beristighfar kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali (dalam hadits lain 100 kali).

8. Apakah anda berjanji kepada Allah untuk meninggalkan kemaksiatan? 

Tidak ada bezanya antara orang yang berjanji kepada Allah (berupa nazar atas tebusan dosa yang dilakukannya) dengan orang yang tidak melakukannya. Kerana yang menjadi penyebab dirinya terjerumus ke dalam kemaksiatan tidak lain hanyalah kerana panggilan syahwat (hawa nafsu) lebih mendominasi dirinya daripada panggilan iman. Janji tersebut tidak dapat melakukan apa-apa dan tidak berguna.

9. Melakukan kebajikan setelah keburukan.

Rasulullah shalallahu alaihi wa salam bersabda, 

”Bertakwalah kepada Allah di mana saja kamu berada, dan iringilah keburukan dengan kebajikan maka kebajikan itu akan menghapus keburukan tersebut, serta perlakukanlah manusia dengan akhlak yang baik.”
(HR. Ahmad dan Tirmidzi. Tirmidzi menilai hadits ini hasan shahih)

10. Merealisasikan tauhid

Rasulullah shalallahu alaihi wa salam bersabda, 

”Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, ‘Barangsiapa yang melakukan kebajikan, maka ia mendapatkan pahala sepuluh kebajikan dan Aku tambah dan barangsiapa yang melakukan keburukan keburukan, maka balasannya satu keburukan yang sama, atau diampuni dosanya. Barangsiapa yang mendekat kepadaKu sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta dan barangsiapa yang mendekat kepadaKu sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa; barangsiapa yang datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari. Barangsiapa yang menemuiKu dengan dosa sepenuh bumi tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu apapun, maka Aku menemuinya dengan maghfirah yang sama.”
(HR. Muslim dan Ahmad)

11. Jangan berpisah dengan orang-orang yang baik

a. Persahabatan dengan orang-orang baik adalah amal soleh.

b. Mencintai orang-orang solehh menyebabkan seseorang bersama mereka, walaupun ia tidak mencapai kedudukan mereka dalam amal.

c. Manusia itu ada 3 golongan:

i. Golongan yang membawa dirinya dengan kendali takwa dan mencegahnya dari kemaksiatan. Inilah golongan terbaik.

ii. Golongan yang melakukan kemaksiatan dalam keadaan takut dan menyesal. Ia merasa dirinya berada dalam bahaya yang besar, dan ia berharapa suatu hari dapat berpisah dari kemaksiatan tersebut.

iii. Golongan yang mencari kemaksiatan, bergembira dengannya dan menyesal kerana kehilangan hal itu.

d. Penyesalan dan penderitaan kerana melakukan kemaksiatan hanya dapat dipetik dari persahabatan yang baik

e. Tidak ada alasan untuk berpisah dengan orang-orang yang baik

12. Jangan tinggalkan dakwah.

Said bin Jubair berkata, 

”Sekiranya sesorang tidak boleh menyuruh kebajikan dan mencegah dari kemungkaran sehingga tidak ada pada dirinya sesuatu (kesalahanpun), maka tidak ada seorangpun menyeru kepada kebajikan dan mencegah dari kemungkaran”. Imam Malik berkomentar, ”Ia benar. Siapakah yang pada dirinya tidak ada sesuatupun (kesalahan).”

13. Jangan cela orang lain kerana perbuatan dosanya.

Rasulullah shalallahu alaihi wa salam menceritakan kepada para sahabat bahawasanya seseorang berkata, ”Demi Allah, Allah tidak akan mengampuni si fulan”. Allah berkata, ”Siapakah yang bersumpah atas namaKu bahawa Aku tidak mengampuni si fulan? Sesungguhnya Aku telah mengampuni dosanya dan Aku telah menghapus amalmu.”
(HR. Muslim).
_____________
Disadur secara ringkas dari buku 13 Penawar Racun kemaksiatan terjemah kitab Sabiilun najah min syu’mil ma’shiyyah, karya Muhammad bin Abdullah Ad-Duwaisy, terbitan Darul Haq, Jakarta.
~Admin MFPU