Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 18 April 2014

Q 56 : HANYA SOLAT LIMA WAKTU TAK CUKUP…

Daripada Abu Hurairah; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar menuju tanah perkuburan lalu beliau membaca; "(Keselamatan bagi kamu, Wahai para penghuni kubur orang-orang mukmin. Jika Allah berkehendak, kami akan menyusul kalian.) Sungguh saya ingin melihat saudara-saudara kami." Maka para sahabat bertanya; "Wahai Rasulullah, bukankah kami adalah saudara anda." Beliau menjawab: "Bahkan kamu adalah sahabat-sahabatku, tetapi saudara-saudaraku adalah yang akan datang nanti, pada saat aku menunggu mereka di tepi telaga" mereka berkata; "Wahai Rasulullah, bagaimana engkau boleh mengenal orang yang datang sepeninggalmu dari umatmu?" Rasulullah menjawab: "bagaimana pendapatmu jika ada seorang lelaki yang memiliki kuda putih bersinar di antara kuda hitam yang pekat, bukankah dia mengetahuinya?" mereka menjawab; "Ya benar wahai Rasulullah." Beliau bersabda: "Sesungguhnya mereka datang pada Hari Kiamat dengan putih bersinar kerana wuduk, saya yang akan menyambut mereka di telaga. Maka jangan sampai ada yang terusir dari telagaku, sebagaimana unta tersesat yang terusir, saya memanggil mereka; Marilah ke sini, marilah ke sini! marilah ke sini!" Tiba-tiba ada yang menegur; 'Sesungguhnya mereka telah MENGGANTIKAN (agamanya) sepeninggalmu' maka saya berkata; 'Menjauhlah, menjauhlah, menjauhlah."
[ Muwatha' Malik 53]


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ إِلَى الْمَقْبُرَةِ فَقَالَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ وَدِدْتُ أَنِّي قَدْ رَأَيْتُ إِخْوَانَنَا فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَسْنَا بِإِخْوَانِكَ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ أَصْحَابِي وَإِخْوَانُنَا الَّذِينَ لَمْ يَأْتُوا بَعْدُ وَأَنَا فَرَطُهُمْ عَلَى الْحَوْضِ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ تَعْرِفُ مَنْ يَأْتِي بَعْدَكَ مِنْ أُمَّتِكَ قَالَ أَرَأَيْتَ لَوْ كَانَ لِرَجُلٍ خَيْلٌ غُرٌّ مُحَجَّلَةٌ فِي خَيْلٍ دُهْمٍ بُهْمٍ أَلَا يَعْرِفُ خَيْلَهُ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَإِنَّهُمْ يَأْتُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ الْوُضُوءِ وَأَنَا فَرَطُهُمْ عَلَى الْحَوْضِ فَلَا يُذَادَنَّ رِجَالٌ عَنْ حَوْضِي كَمَا يُذَادُ الْبَعِيرُ الضَّالُّ أُنَادِيهِمْ أَلَا هَلُمَّ أَلَا هَلُمَّ أَلَا هَلُمَّ فَيُقَالُ إِنَّهُمْ قَدْ بَدَّلُوا بَعْدَكَ فَأَقُولُ فَسُحْقًا فَسُحْقًا فَسُحْقًا




Q 55 : SETIAP HARI BUMI BERSERU

"Wahai manusia! 
Di atas punggungku kini engkau merajalela, 
Dalam perutku nanti engkau akan bermuara.

Di atas punggungku kini engkau durhaka, 
Dalam perutku nanti engkau akan nikmati siksa.

Di atas punggungku kini engkau bergelak tawa, 
Dalam perutku nanti engkau akan menangis penuh hiba.

Di atas punggungku kini engkau bersuka cita,
Dalam perutku nanti engkau akan berduka lara.

Di atas punggungku kini engkau menumpuk harta, 
Dalam perutku nanti engkau akan menyesali.

Di atas punggungku kini engkau makan rezeki haram, 
Dalam perutku nanti engkau akan dimangsa cacing.

Di atas punggungku kini engkau besar kepala, 
Dalam perutku nanti engkau akan hina dina.

Di atas punggungku kini engkau berbangga diri,
Dalam perutku nanti engkau akan berciut nyali.

Di atas punggungku kini engkau mandi cahaya, 
Dalam perutku nanti engkau akan rasakan gelap gulita.

Di atas punggungku kini engkau selalu ditemani, 
Dalam perutku nanti engkau kan terbaring seorang diri."
[Anas bin Malik]

Yaa Allah yaa Tuhan kami, sesungguhnya kami tidaklah sanggup menanggung azabMU, Maka rahmatilah hidup kami agar sentiasa taat dalam beribadah kepadaMU dan matikanlah kami dalam sebaik-baik kematian pada akhir hidup kami.

Aamiin yaa Rabbal'alamin..




Q 54 : HUKUM ORANG ISLAM MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN UCAPAN SELAMAT BERSEMPENA PERAYAAN AGAMA BUKAN ISLAM

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.
Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-mengucapkan-tahniah-dan-ucapan-selamat-bersempena-perayaan-agama-




Q 53 : WANG HANTARAN YANG BERLEBIHAN

Wang hantaran yang berlebihan menyebabkan ramainya lelaki menangguhkan niatnya untuk bernikah. Lantas, banyaknya kes penzinaan berlaku. Maka, apabila dikatakan salah siapa. Disalahkan lelaki itu pula? Wanita itu tidak bersalah? Ibu bapa mereka tidak bersalah?
Siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini?
abi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahilah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.”
(Hadith Riwayat Tarmidzi dan Ahmad)
"Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya."
Rendah Maharnya, tinggi Nilai Cintanya.




Q 52 : HATI

Sabda Nabi saw yang bermaksud :

“Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila daging itu baik maka baiklah tubuh manusia itu, akan tetapi bila daging itu rosak maka rosak pula tubuh manusia. Ketahuilah bahawa sesungguhnya segumpal daging itu adalah hati.”
(HR. Bukhari - Muslim)  




Q 51 : TIGA SIFAT PENGHUNI SYURGA

Muhasabah: Tanda-tanda penghuni Syurga yang disebut oleh Baginda s.a.w:-

1-Penguasa yang adil dan diberi Taufiq. Mana-mana pemimpin (Waliyyul Amr) yang Allah s.w.t berkehendak kebaikan kepadanya, maka akan diberikan taufiq untuk berbuat adil kepada rakyatnya, lalu pemimpin itu berbuat baik kepada mereka.

2-Seorang yang penyayang dan lembut hatinya kepada ahli keluarganya dan kepada sesama muslim.


3-Seseorang yang menahan diri dari meminta-minta dan berusaha bekerja untuk tidak meminta-minta sedangkan ia mempunyai banyak tanggungan keluarganya.
Hal ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, daripada Iyadh bin Himar r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Ahli syurga itu ada tiga jenis: Penguasa yang adil dan diberi taufiq, seseorang yang penyayang dan lembut hatinya kepada kerabatnya dan kepada sesama muslim, serta seseorang yang menahan diri dari meminta-minta dan berusaha untuk tidak meminta-minta padahal ia mempunyai banyak keluarga.”  





Q 50 : TUJUH PERANGKAP SEMASA MENUNTUT ILMU

1. Masih Mengenang Kegemilangan Lalu

Ramai penuntut di kolej/universiti adalah pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah. Ini memberi mereka rasa selamat yang palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke kolej/universiti, mereka sedang belajar dengan 200 lagi pelajar cemerlang. Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mempelajari subjek yang keseluruhannya baru yang mana mereka perlu mendapat bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa yang mereka sedang pelajari.

2. Kejutan Budaya

Penuntut yang masuk ke kolej/universiti akan mengalami perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan budaya belajar mereka yang mana kini mereka hidup berjauhan daripada ibu bapa mereka atau disiplin ketat sekolah berasrama. Oleh kerana kehadiran ke kuliah tidak diambil maka tidak ada sesiapa pun yang tahu jika seseorang itu ponteng kuliahnya. Di sekolah atau pusat matrikulasi, semua yang perlu dipelajari oleh pelajar diberi oleh guru atau tutor. Sebaliknya di kolej/universiti, pensyarah bertugas membekalkan prinsip-prinsip asas dan ilmu pengetahuan teras yang perlu diperluaskan oleh penuntut-penuntut sendiri dan berkeupayaan menggunakan ilmu yang diberi.
Kejutan budaya yang mendadak ini menyebabkan ada penuntut-penuntut menghadapi kesukaran menyesuaikan diri mereka. Sekiranya keadaan ini tidak di tekankan kepada penuntut-penuntut dan menyediakan mereka bersedia terhadap kenyataan ini, kejutan budaya ini boleh menjejaskan prestasi mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang digunakan di kolej/universiti adalah sesuatu yang baru dan ia menggunakan kaedah pembelajaran terarah pada penuntut dan ia adalah amat berbeza daripada kaedah belajar di sekolah.
Situasi sebenar: Seorang penuntut yang baru masuk ke kolej/universiti diberi sebuah kereta dan telefon bimbit dan tinggal di pangsapuri bersama kawan-kawannya. Dengan budaya berkumpulan ini mereka keluar makan malam pada pukul 8 malam dan balik pada jam 10 malam, kemudian baru mula belajar. Mereka meneruskan rutin ini sehingga semua ahli dalam kumpulan ini gagal peperiksaan dalam peperiksaan tahun pertama. Selepas gagal percubaan mengulangi peperiksaan yang sama mereka terpaksa bertukar ke fakulti lain.

3. Memilih Atau Dipilih Oleh Rakan-rakan Yang ‘Salah’

Bercakap melalui pengalaman saya, saya dapati ramai pelajar yang cemerlang di sekolah tidak menunjukkan prestasi sebaik yang sepatutnya di universiti oleh kerana mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang salah yang tidak tahu keutamaan dan matlamat penuntut kolej/universiti. Mereka suka dan teruja bertemu kawan-kawan baru dan menemui cara-cara baru menghabiskan masa berhibur sesama mereka terutama sekali apabila mereka mendapat banyak wang daripada ibubapa kaya yang berfikir anak mereka akan mencapai prestasi yang baik jika mereka diberi segala-galanya.

4. Hilang Semangat

Ramai pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semata-mata untuk masuk universiti. Malangnya, haluan masa depan kerjaya mereka selepas masuk ke universiti tidak difikirkan dulu atau dibincangkan dengan kaunselor sekolah. Setelah bertungkus-lumus untuk masuk ke universiti, mereka hilang semangat dan hilang motivasi untuk belajar.

5. Dipaksa Oleh Ibu Bapa Untuk Mengambil Jurusan Tertentu

Contohnya, bidang perubatan. Ada juga penuntut-penuntut yang tidak berminat dalam jurusan perubatan tetapi masuk ke kolej/universiti kerana dipaksa oleh ibubapa mereka. Subjek-subjek perubatan tidak boleh dipelajari jika seseorang itu tidak berminat. Melalui pengalaman saya, saya pernah melihat pelajar yang sudah masuk tahun empat berhenti kerana mereka tidak dapat meneruskan dan terpaksa memulakan pengajian di fakulti lain.

6. Belajar Bersendirian

Sewaktu menuntut di kolej/universiti, belajar dalam kumpulan adalah sangat penting. Tiga sebab utama kenapa ada penuntut-penuntut tidak belajar dalam kumpulan:
Tidak mahu orang lain tahu tentang kejahilan mereka dalam subjek-subjek yang diambil
Takut berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain yang mungkin memperolehi markah yang lebih tinggi daripada mereka.
Tidak mahu berusaha lebih.
Melalui pengalaman saya, ramai penuntut yang tidak mendapat prestasi baik adalah mereka yang tidak mempunyai kumpulan belajar dan hanya berpuas hati duduk di perpustakaan berjam-jam lamanya dan membaca buku. Apabila mereka tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan, mereka menjadi murung kerana tidak ada tempat mengadu. Keadaan ini menyebabkan mereka patah semangat dan hilang dorongan untuk belajar. Akhirnya berlakulah lingkaran ganas sebab dan akibat dengan mengakibatkan bertambah lagi kehilangan semangat mereka. Sebaliknya penuntut-penuntut yang ada kumpulan belajar lulus dengan lebih baik dan jika ada di antara mereka yang lulus tidak sebegitu baik, rakan sekumpulan akan cuba membantu mereka sebab kelemahan setiap ahli telah didedahkan semasa sesi perbincangan.

7. Terlalu Bersaing dan Tidak Bekerjasama

Keadaan ini lazim berlaku dikalangan penuntut-penuntut perempuan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah menengah atau pusat matrikulasi. Akibatnya, mereka mahu kekal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi terlalu bersemangat serta cuba mendapat sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh, tanpa memberi pertimbangan kepada orang lain. Masalah ini dijelmakan dalam salah satu atau semua tingkah laku berikut:
Berebut mendapat perhatian pensyarah.
Bersikap mementingkan diri dan tidak rela berkongsi dengan orang lain nota- nota dan buku-buku yang baik yang diberi pelajar senior.
Mengawal atau mendominasikan sesi makmal dan tidak beri peluang kepada orang lain menyertai membuat eksperimen.
Menyembunyikan fakta yang mereka telah pelajari.
Belajar di kolej/universiti diibaratkan seperti berperang. Kita tidak boleh melakukannya bersendirian. Kerja berkumpulan amat penting. Tidak ada siapa menjadi pesaing dan semua orang merupakan rakan seperjuangan. Semua ahli mesti berkongsi kelengkapan perang untuk memenangi peperangan dan memperolehi kejayaan bersama. Tidak ada kuota berapa orang patut dapat A di kolej/universiti. Hakikatnya, seorang rakan yang mendapat A tidak akan merampas peluang kita untuk mendapat A. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita mendapat. Dengan kata lain, lebih banyak kita memberi ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan kita, berkongsi nota dengan mereka, lebih banyak mereka akan berkongsi dengan kita. Dengan itu dua tambah dua jadi lima, ini yang kita panggil SINERGI.
by PROF. DR. MUHAYA HJ MOHAMAD

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR YANG BAIK DAN BERJAYA




Q 49 : DIAM

Orang mengejek - kita diam,
Org membenci - kita diam,
Org dengki - kita diam,
Sampai bila ??

Sampai mereka dengan sendirinya DIAM, maka beruntunglah kita kerana kita mempunyai sifat sabar, dan ingatlah, besar ganjarannya bagi orang-orang yang bersabar. 




Q 48 : API DARI SEBATANG MANCIS

Saya tak merokok tapi saya sentiasa membawa sekotak mancis di dalam poket saya. Bila hendak buat satu dosa saya akan nyalakan mancis tadi dan genggam kemudian saya berkata pada diri saya sendiri "Ali, api dari sebatang mancis ni pun TAK tahan, apalagi api neraka."
-Muhammad Ali-
(Former Professional Boxing Player)




Q 47 : KITA PATUT MENGHARGAI ORANG YANG DI DEPAN

Murid : Cikgu...macamana kita nak pilih seseorang yang terbaik? sebagai orang yang paling kita sayang? macamana juga kasih sayang tu nak berkekalan?
Cikgu : Orait...buat apa yang saya suruh...Awak pi kat padang... jalan je atas padang tu sambil tengok rumput-rumput di depan awak... pilih la yang PALING CANTIK! jangan sesekali toleh belakang lagi.. pilih yang hanya di depan awak... bukan di belakang.. PILIH YG PALING CANTIK dan bawa ke kelas.... -
Apabila murid itu kembali ke kelas...tiada pun walau sehelai rumput di tangannya...
Cikgu : Laaa... kenapa tak amik rumput? kan banyak rumput di padang tu?

Murid : Tadi masa berjalan.. memang la banyak rumput yang cantik.. tapi cikgu kata amik yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang! saya dah nak amik rumput yang cantik tu... tapi ada lagi yang paling cantik di depan... saya terus la berjalan.. ada lagi paling cantik.. last2...sampai hujung padang.. saya tak jumpa pun yang paling cantik.. mungkin yang paling cantik tu ada kat belakang saya... nak undur balik...tak boleh..sebab cikgu kata pilih yang di depan saja... Jadi, tiadalah rumput yang saya petik...
.
Cikgu : Ya.. tu la jawapan yang awak cari... Maknanya.. APABILA KITA DAH JUMPA ORANG YG KITA SAYANG.... JANGAN LA KITA NAK CARI YANG LEBIH ELOK DARI ITU... KITA PATUT MENGHARGAI ORANG YANG DI DEPAN KITA SEBAIK- BAIKNYA... JANGANLAH TOLEH KE BELAKANG LAGI.. SEBAB APA YANG DAH BERLALU TU TETAP AKAN BERLALU... SEMOGA IA TAKKAN BERULANG KEMBALI.... DAN INGATLAH..ORANG YANG PALING KITA SAYANG TU LA PALING BAIK DAN PALING CANTIK. WALAU DIIKUTKAN ADA LAGI YANG LEBIH BAIK DI DEPAN AWAK SEPERTI AWAK MENCARI RUMPUT TADI...





Q 46 : SALAHUDDIN AL AYUBBI DI ZAMAN KANAK-KANAKNYA

Ketika Salahuddin Al Ayubbi masih kecil, beliau bermain dengan kanak-kanak yang lain di jalanan. Ayahnya telah melihatnya, lantas mengambilnya keluar dari tengah-tengah kumpulan kanak-kanak itu. Lalu ayahnya menjulang tinggi Salahuddin dengan kedua belah tangannya.
Ayahnya seorang lelaki yang berbadan tegap berkata;
“Aku menikahi ibumu dan ibumu melahirkanmu bukan untukmu bermain-main dengan kanak-kanak yang lain. Akan tetapi, aku menikahi ibumu dan ibumu melahirkanmu adalah supaya kamu MEMBEBASKAN MASJIDIL AQSA!”
Kemudian ayahnya pun melepaskan Salahuddin dari tangannya dan Salahuddin pun jatuh ke tanah. Ayahnya melihat wajah anaknya dan tahu bahawa anaknya itu sedang menahan kesakitan.
Lantas ayahnya bertanya: “Sakitkah jatuh tadi?”
Salahuddin menjawab: “Sakit.”
Ayahnya bertanya lagi: “Habis, kenapa tidak meraung kesakitan?”
Salahuddin membalas: “Tidak wajar bagi seorang yang bakal membebaskan Masjidil Aqsa itu berteriak / meraung kesakitan.”




Q 45 : PANDANGAN TOKOH BUKAN ISLAM BERKENAAN RASULULLAH S.A.W

1. Mahatma Gandhi mengatakan: Muhammad adalah yang terbaik dan kisahnya tidak dipertikai langsung bagi jutaan manusia, dan Muhammad membawa Islam dengan Kezuhudan dan berkasih sayang sesama sahabat-sahabatnya, keberaniannya dan kepercayaan yang Tulus dan Ikhlasnya kepada ALLAH dan kata akhirnya tidak ada yang lebih dari ini melainkan Kehidupan Muhammad S.A.W.

2. Sir George Bernard mengatakan: Aku selalu memandang tinggi agama Muhammad S.A.W disebabkan ianya satu tenaga (semangat) yang terbaik dan ia membawa satu agama yang boleh memukau seluruh alam dan dapat diterima pada mana-mana zaman pun, dan sekiranya mengikut pandangan aku yang berfahaman Anti-Christ, Muhammad S.A.W adalah Penyelamat kami.

3. Thomas Carlyle mengatakan: Penipuan yang sebenar-benarnya yang telah tertimbun pada Muhammad S.A.W (disebabkan tuduhan tuduhan jahat mereka) hanya memalukan kita sahaja.

4. W.M. Watt mengatakan: Muhammad S.A.W adalah seorang yang berakhlak mulia dan ramai yang mengikutinya dan meletakkannya sebagai Ketua disebabkan akhlaknya yang mulia.

Selawat dan Salam ke atas junjungan Baginda Muhammad S.A.W




Q 44 : PERKARA SENSITIF WANITA BILA DIBANGKITKAN IALAH AURAT

Ditegur dengan cara lembut, ada yang membantah. Ditegur dengan cara yang kasar, ramai yang marah. Mereka yang menerima dengan negatif, adalah mereka yang tidak boleh terima hakikatnya bahawa membuka aurat adalah HARAM!
Berjihad di jalan ALLAH tidak perlu memikiran hati manusia. Jika terlalu
memikirkan, maka kita pun tidaklah menegurnya dan membiarkan sahaja mereka berada dalam keadaan yang dimurkai ALLAH.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Perempuan yang jauh daripada masuk Syurga dan kekal di dalam Neraka ialah PEREMPUAN BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG, iaitu perempuan yang menampakkan batang tubuhnya, tidak menutup aurat dan menutup aurat dengan tidak sempurna yang tidak mengikut Syarak.”






Q 43 : ADAB MASUK RUMAH BARU

Soalan
Assalamuaikum,
Apakah perkara2 sunnah masuk rumah baru? Adakah azan di 4 penjuru termasuk dlm sunnah.
Jawapan
Waalaikumusalam,
Menurut buku rawatan Islam yang disusun oleh Dato' Dr Harun Din,
cara untuk memasuki rumah baharu ialah seperti berikut:

1.Baca Bismillahirrahmanirrahim

2.Tepuk daun pintu 3 kali

3.Beri salam sebelum masuk ke dalam rumah

4.Jika tiada reaksi dengan apa-apa bunyi (sama ada cicak dan seumpamanya) maka rumah itu belum ada berpenghuni.Rumah tersebut selamat didiami untuk anda sekeluarga.

5.Sekiranya semasa/selepas beri salam terdengar bunyi cicak, itu bermakna rumah tersebut telah ada penghuni yang anda tidak nampak.Sebagai jalan penyelesaian anda kena buka pintu depan dan belakang sewaktu hampir maghrib dan azanlah tiga (3) petang di ruang tengah rumah. Habis azan tutup kedua-dua pintu, lakukan selama tiga petang semasa maghrib.





Q 42 : TIPS MENGHAFAL AL QURAN

1. Ulang ayat pertama sebanyak 20 kali.

2. Ulang ayat kedua sebanyak 20 kali.

3. Ulang ayat ketiga sebanyak 20 kali.

4. Ulang ayat keempat sebanyak 20 kali.

Kemudian :

5. Ulang keempat-empat ayat ini sebanyak 20 kali.

Begitulah bagi ayat al Quran yang selanjutnya.

Yang penting istiqamah, perlahan-lahan. 
InsyaAllah.

Engineer boleh hafaz al Quran.

Doktor boleh hafaz al Quran.

Guru boleh hafaz al Quran.

Cleaner pun boleh hafaz al Quran.

Semua orang boleh hafaz jika usaha sungguh-sungguh.

Ada seorang akhi ni pesan,

kalau kita main game berterusan,

kita boleh jadi pakar game.

Begitu juga hafaz  al Quran,
kalau berterusan,
kita boleh hafaz al Quran dengan lancar.
Mana pilihanmu?
via: HaslindaAlias



Khamis, 17 April 2014

Q 41 : BAGAIMANA NAK TAHU HATI KITA SUDAH MATI ATAU HIDUP?

Hati yang mati : Hati tidak merasa apa-apapun atau tidak rasa bersalah terhadap dosa (larangan Allah) dilakukan, bosan buat suruhan Allah dan bosan dengan kebaikan.

Hati yang hidup : Hati yang benci pada kemungkaran, namun cinta pada kebenaran dan sentiasa melakukan perintah Allah.
Di mana kita?
Muhasabah diri, dan bertaubatlah jika hati telah "MATI."





Q 40 : KEDUDUKAN AS SUNNAH DALAM ISLAM

Kewajipan Beriman dan Beramal Dengan as Sunnah

As Sunnah merupakan sumber hukum kedua selepas al Quran. Di dalamnya bukan sahaja terdapat perkara-perkara berkaitan akidah, ibadah, muamalat, politik malah meliputi kesuruhan kehidupan termasuk kerohanian, psikologi, akhlak, pendidikan, kesihatan, kesukanan, hiburan, masakan serta seluruh perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan di dunia dan di akhirat.
Ini menjadikan as Sunnah merupakan satu panduan yang lengkap dan seimbang kepada seluruh manusia tanpa mengira agamanya, tabiatnya, minatnya, pekerjaannya, pangkat kebesarannya atau apa sahaja yang berkaitan dengan individu dan masyarakat; sesuai dengan terutusnya Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam (saw) sebagai rahmat kepada seluruh alam.
As Sunnah bukan sahaja lengkap dan seimbang, malah mempraktikkannya juga adalah sangat mudah kerana ia melibatkan keperluan dalam kehidupan harian manusia. Contohnya, cara berdoa, cara makan, adab bermasyarakat dan segala yang berkaitan dengan kehidupan seharian.
Umat Islam amat memerlukan as Sunnah kerana ia menjelaskan dan memberikan tatacara dalam menjalani kehidupan dengan sebenar menurut apa yang dikehendaki oleh Allah Subhana wa Taala dan ia sebenarnya merupakan satu rahmat yang besar kepada seluruh manusia sebagai pedoman atau jalan atau panduan.
Umat Islam hendaklah merujuk kepadanya, mempercayainya dan melaksanakannya apabila telah sabit kesahihannya atau disepakati ulama akan diterimanya sesebuah hadis itu (maqbul). Ia sesuai dengan apa yang telah difirmankan oleh Allah Taala yang bermaksud;

Firman Allah swt yang bermaksud :

“Dan tidaklah patut bagi lelaki mahupun perempuan mukmin, apabila Allah dan RasulNya menetapkan suatu ketetapan dalam urusan mereka, mereka memilih pilihan lain. Barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya, sungguh dia telah nyata-nyata sesat.”
(Surah 33, Al-Ahzab : 36)

Maka, mana-mana lelaki dan perempuan mukmin, tiada pilihan lain bagi mereka kecuali mengikuti apa yang telah ditetapkan oleh Allah Taala melalui utusanNya Nabi Muhammad saw dalam urusan mereka. Berpaling darinya, maka bermakna ia telah sesat dengan jelas.

Firman Allah swt yang bermaksud :


“Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan RasulNya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Surah 49, Al-Hujuraat : 1)

Di antara ayat lain yang menjelaskan akan kedudukan sunnah dalam dalam Islam adalah,

Firman Allah swt yang bermaksud :

“Katakanlah, ‘Taatilah Allah dan RasulNya! Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.”
(Surah 3, Ali Imran  : 32)

Firman Allah swt yang bermaksud :

“...Dan barangsiapa menderhakai Allah dan rasulNya dan melanggar ketentuan-ketentuanNya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya dan mendapatkan siksa yang menghinakan.”
(Surah 4, An-Nisaa’ : 14)

Selain dari kesesatan, orang yang menolak sunnah juga diancam kekal di dalam neraka. Terdapat banyak lagi perintah dalam mewajibkan mengikuti as Sunnah di dalam as Quran. Pengingkaran atau penolakan terhadap sunnah yang telah jelas kesahihannya serta apa yang telah disepakati oleh para ulama, sama seperti menolak al Quran.
Contoh yang disepakati oleh para ulama seperti apa yang diperjelaskan oleh Rasulullah saw adalah; pengakuan tauhid, penjelasan tatacara bersolat, pengharaman memakan daging binatang yang mempunyai taring, penjelasan had potong tangan para pencuri dan lain-lain lagi. Dalam sebuah hadis mengenai golongan anti hadis;

Daripada Al-Miqdam bin Ma'diy r.a : Rasulullah saw bersabda,

“Hampir saja seseorang lelaki yang bersandar di sofa mewah (mengenai golongan anti hadis akhir zaman) menceritakan hadis dari ku, ia (golongan anti hadis) berkata:
“Di antara kami dan kalian ada Kitab Allah Subhanallahu wa Taala, maka apa yang kami dapati sebagai suatu yang halal akan kami halalkan, dan apa yang kami dapatkan suatu yang haram maka kami haramkan' (golongan anti hadis ini hanya menerima al Quran sahaja dan menolak hadis).”
(Kata Nabi saw) : Ketahuilah apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw adalah (sama) seperti (apa) yang diharamkan oleh Allah Subhanallahu wa Taala.”
[585] Hadis Maqbul – Al-Darimi

Berdasarkan ayat-ayat al Quran dan hadis di atas maka adalah menjadi tanggungjawab kita agar kembali kepada sunnah dan berusaha mengamalkannya sesuai dengan apa yang difirmankan oleh Allah Subhana wa Taala melalui al Quran dan dari sunnah RasulNya agar kita tidak tergolong di dalam golongan yang sesat dan kekal di dalam neraka.

Antara Cara Berinteraksi Dengan Al-Hadis

Maksud berinteraksi dengan hadis ini adalah bagaimana cara kita berkomunikasi atau mengambil sesuatu hadis dan memahaminya (secara umum) sebelum beramal serta menyebarkannya.

1. Jangan membuat fatwa atau menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya kepada orang lain kecuali jika kita memang berupaya dan berpengetahuan dalam al Quran, Jalur Periwayatan Hadis yang lain, Usul Fiqh dan ilmu-ilmu yang lain seumpamanya.
Ini adalah bagi mengelakkan diri dari terjerumus kepada menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan perkara yang halal atau mengkafir dan mensesatkan (bidaah) orang sesuka hati.

2. Berfikirlah dengan adil, dengan pemahaman yang benar berpaksikan Al-Quran dan Al-Hadis (berdasarkan pemahaman para sahabat r.anhum dan para tabiin sebelum berijtihad) serta tidak melanggar hukum-hukum syariat. Contohnya;
Hadis : “Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian.” (Sahih Muslim)

Seimbas dilihat seperti kita lebih tahu urusan dunia kita. Terdapat orang-orang yang tidak bertanggungjawab menggunakan hadis ini dengan takwil bahawa kita boleh mencipta undang-undang sendiri, ekonomi sendiri berasaskan jalan yang haram dan pelbagai lagi tanpa perlu merujuk Al-Quran dan Al-Sunnah secara keseluruhan. Ini tidak benar, kerana dalam hadis yang penuh;

Daripada 'Aisyah dan dari Tsabit daripada Anas r.a : Nabi saw pernah melalui suatu kaum yang sedang mengahwinkan (mengacukkan) pohon kurma lalu Beliau bersabda:

"Sekiranya mereka tidak melakukannya, kurma itu akan (tetap) baik."
Tapi setelah itu, ternyata kurma tersebut tumbuh dalam keadaan rosak (hasilnya tidak menjadi). Hingga suatu saat Nabi saw melalui mereka lagi dan melihat hal itu, Beliau bertanya: “Ada apa dengan pohon kurma kalian?”
Mereka menjawab, ‘Bukankah anda telah mengatakan hal ini dan hal itu (tidak perlu mengacukkan kurma)?’
Beliau lalu bersabda: “Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian.”
[4358] Sahih Muslim

Maksudnya; hadis tersebut berkenaan pengacukkan kurma, bukannya hal-hal mengenai dasar-dasar pemerintahan, ekonomi, undang-undang dan sebagainya. Malah dalam riwayat yang lain, terdapat lafaz sambungannya;

Daripada 'Aisyah r.a berkata : ..... (Diringkaskan hadis seperti di atas, dan sambungannya) Nabi saw bersabda,

"Jika sesuatu itu menyangkut urusan dunia kalian maka itu urusan kalian, tetapi jika menyangkut urusan agama kalian maka kembalikanlah kepadaku."
[2462] Sahih Ibnu Majah

Ini bermakna kita tidak boleh membuat hukum-hukum atau undang-undang ciptaan sendiri dalam bab agama, tetapi boleh jika ia berkaitan dengan hal-hal keduniaan seperti sains pertanian, mencipta telefon, komputer, enjin, kapal terbang dan teknologi-teknologi moden yang lain asalkan tidak menyalahi dan membelakangi syariat.

3. Jangan mentakwil sesuatu hadis yang tidak jelas pada akal fikiran atau di luar bidang kemampuan, sebaliknya tanyalah kepada para ahli ilmu. Ia terbahagi kepada dua, iaitu;

(a). Mukhtalaf al-hadis, iaitu dua hadis yang maqbul, tetapi bercanggah antara satu sama lain, contohnya;

Daripada Anas bin Malik r.a : 

“Nabi saw melarang minum sambil berdiri.”
[3771] Sahih Bukhari

Dalam hadis yang lain pula;

Daripada Ibnu Umar r.a ia berkata : 

"Pada masa Rasulullah saw kami(para sahabat) pernah minum sambil berdiri dan makan sambil berjalan."
[4535] Sahih Riwayat Ahmad

Mengenai hal ini, ulama lebih mengutamakan menggabungkan kedua-duanya dari melakukan pentarjihan (menolak salah satu). Perkara ini sangat penting kerana berapa ramai orang sekarang terlalu mudah menjatuhkan hukum sesat dan bidaah antara satu sama lain.

(b). Mushkil al-hadith, iaitu hadis yang diragui makna zahirnya kerana bertentangan dengan akal, contohnya;

Daripada Ibnu Umar r.a : Rasulullah saw bersabda,

“Seorang mukmin itu makan dengan satu usus (perut), sedangkan orang kafir makan dengan tujuh usus (perut).”
[4974] Sahih Bukhari

Semua orang mengetahui dengan jelas, iaitu tidak kira orang kafir atau mukmin hanya mempunyai satu perut. Hadis ini adalah sahih dan jangan pula kita menolaknya dan anda boleh lihat di sini mengenai penerangannya
(http://hafizfirdaus.com/content/view/319/78/).

Perkara ini sangat penting kerana ramai orang yang menolak hadis atas alasan bertentangan dengan ilmu pengetahuan, jumud dan sebagainya. Ini hanyalah salah satu kaedah sahaja dan banyak lagi kaedah lain seperti ilmu nasikh al-hadith, ilmu gharib al-hadith, ilmu asbab wurud al-hadith dan sebagainya.

5. Jangan mengejek-ngejek hadis atau orang yang mengamalkan hadis walaupun dengan bergurau. Mengejek orang yang mengamalkan sunnah Nabi saw sama seperti mengejek hadis Nabi saw; mengejek hadis Nabi saw sama dengan menghina Nabi saw; menghina Nabi saw sama dengan mempertikai Allah Subhana wa Taala yang mengutus RasulNya. Contohnya;

(a). Mengejek (walaupun secara bergurau) orang yang menyimpan janggut dan memanggil mereka sebagai ‘terrorist’, taliban, janggut kambing dan lain-lain yang seumpamanya.

(b). Mengejek orang yang berdakwah dengan mencaci mereka seperti perkataan ‘macam bagus’, alim kucing, ‘poyo’ dan sebagainya.

(c). Melemahkan semangat orang-orang yang berjuang menegakkan Islam dengan alasan ‘kita tidak mampu berbuat apa-apa’ atau ‘mustahil kita dapat menegakkan sistem khilafah zaman ini.’ Ini adalah perkataan orang munafik.

(d). Jangan mencaci maki para ulama kerana ulama adalah pewaris para Nabi.

Berdasarkan hadis (yang diringkaskan);
Daripada Uwaimir bin Malik (Abu Darda’) r.a : Rasulullah saw bersabda,

“.....Para ulama adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu.....”
[3157] Sahih Abu Daud

Perkara ini dilakukan oleh kebanyakan orang masakini, malah orang yang mencaci para ulama ini bukan sahaja tidak mengetahui tentang hadis; menjawab salam dengan betul pun tidak tahu. Firman Allah Subhana wa Taala;

Firman Allah swt yang bermaksud :

 “Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok?"
Surah At Taubah [9] : 65

Firman Allah swt yang bermaksud :

“Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan kamu (lantaran mereka taubat), nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa.”
Surah At Taubah [9] : 66

( Maksudnya : Kecuali mereka yang bertaubat kerana hal itu, tetapi orang yang mempermainkan taubatnya; iaitu setelah bertaubat mereka tetap memperolok-olokkan lagi, mereka tetap akan diazab kerana tabiat mereka yang suka mengejek Nabi saw dan melemahkan semangat orang Islam – kesimpulan dari Tafsir Ibn Katsir).

Antara Cara Beramal Dengan as Sunnah dan Mengambil Pelajaran Darinya

Bagi memudahkan cara memahami hadis, ia boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian;

(a). Hadis yang mudah difahami

Maksudnya hadis yang apabila dilihat dari sudut zahirnya saja kita sudah boleh memahaminya. Contohnya;
Hadis tentang akhlak : 

Daripada Abdullah bin Amr bin Ash r.a : Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw, “Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?” Jawab Rasulullah saw, “Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya.”
(0033) Sahih Muslim

Hadis bersolat : 

Daripada Aisyah r.ha : Bahawa Nabi saw setelah salam (selesai solat), Nabi saw mengucapkan ‘Allaahumma antassalaam, wa mingkassalaam, tabaarokta yaa dzal jalaali wal ikraam.’ (Wahai Allah, Engkaulah keselamatan, daripadaMu kesejahteraan dan Maha Besar kebaikanMu, wahai Allah yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan).”
Abu Daud berkata, Sufyan mendengar daripada Amr bin Murrah. Kata mereka, “(Ia mendengar) lapan belas hadis.”
[Hadis 1512] Sahih Abu Daud

Hadis tentang zikir : 

Daripada Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda,

“Dua kalimat yang amat dikasihi (disukai oleh) Tuhan yang Maha Pemurah, ringan disebut lidah dan berat timbangannya (pahalanya), iaitu; ‘Subhaanallahi wabihamdihi, Subhaanallahil ‘azhim’ (Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya/kemuliaanNya, Maha Suci Allah dengan keagungan Nya).”
[2028] Sahih Bukhari

Hadis penakwilan secara zahir ini adalah yang paling banyak dalam kitab-kitab hadis. Beramal dengan hadis ini lebih diutamakan.
Kadangkala terdapat beberapa hadis yang walaupun dilihat seperti boleh memahaminya dengan mudah, tetapi agak bertentangan dengan akal, contohnya;

Hadis yang memerlukan tafsiran hadis lain : 

Daripada Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda,

“Barangsiapa menjulurkan kain sarungnya hingga di bawah mata kaki, maka tempatnya adalah neraka.”
[5341] Sahih Bukhari

Mengapa pakaian yang melebihi mata kaki (buku lali) boleh menyebabkan seseorang dimasukkan ke dalam neraka dan apa kaitannya dengan agama? Seolah-olah Nabi saw melarang seseorang melabuhkan pakaiannya. Bagaimana pula dengan wanita yang perlu menutup aurat?
Jika berjumpa hadis seperti ini, hendaklah kita melihat tafsirannya melalui hadis-hadis yang lain kerana para sahabat r.anhum lebih mengetahui mengenai apa yang dimaksudkan oleh Nabi saw. Zaman kita ini telah menyaksikan pembukuan hadis yang telah disusun mengikut bab-babnya atau menyatukan jalan periwayatannya dan memudahkan kita untuk mencari hadis-hadis yang bersangkutan mengenainya.
Namun sekiranya tidak mampu, maka bertanyalah kepada ahli ilmu. Bukan bertanya pada seorang sahaja, tanyalah kepada beberapa orang supaya kita tidak taksub mengenainya. Antara contoh hadis mengenai apa yang dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah;

Daripada ‘Abdullah ibn Umar : Nabi saw bersabda,

“Seseorang yang menyeret (labuh) pakaiannya kerana kesombongan tidak akan dilihat oleh Allah pada Hari Kebangkitan.”
[009] Hadis sahih dari Imam Malik dalam Al-Muwattho’

Dalam hadis yang lain;
Daripada Ibnu Umar r.a : Nabi saw beliau bersabda,

“Siapa yang menjulurkan pakaiannya (hingga ke bawah mata kaki) dengan sombong, maka Allah tidak akan melihatnya pada hari Kiamat kelak.”
Lalu Abu Bakar r.a berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya salah satu dari sarungku terkadang turun sendiri, kecuali jika aku selalu menjaganya?” Lalu Nabi saw bersabda, “Engkau bukan termasuk orang yang melakukan hal itu kerana sombong.”
[5338] Sahih Bukhari

Jadi apa yang dimaksudkan adalah; jika memakai satu pakaian kerana sombonglah yang akan menyebabkan seseorang itu dimasukkan ke neraka. Andaikata kita memakai sarung walaupun di atas mata kaki tetapi di hati kita ingin mempamerkan logo sarung tersebut (gajah duduk, emirates) kerana menunjukkan mahalnya kain tersebut, maka tempatnya adalah neraka kerana sombong.
Jadi apabila anda memakai apa sahaja pakaian, niatkanlah ‘ini adalah pakaian untuk menutup aurat’ maka kita tetap tergolong dalam orang yang mentaati Allah dan mengikut sunnah RasulNya. Berdasarkan sebuah hadis;

Daripada Abu Umamah r.a dia mendengar Umar Bin Khaththab r.a berkata : Rasulullah saw bersabda,

“Barangsiapa memiliki pakaian baru kemudian mengenakannya dan ketika sampai di tengkuknya dia membaca;
'Alhamdulillaahil ladzii kasaanii maa uwaarii bihi 'aurotii wa atajammalu bihii fi hayaatii (Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian kepadaku yang dapat menutup auratku dan dapat berhias dengannya dalam hidupku)’,
kemudian dia berniat dengan pakaian yang sudah usang atau yang sudah tidak dikenakan untuk diinfaqkan, maka dia berada dalam jaminan Allah Taala dan berada di sisi Allah serta berada dalam lindungan Allah baik hidup mahupun mati, baik hidup mahupun mati dan baik hidup mahupun mati.”
[288] Sahih Riwayat Ahmad

(b). Hadis yang pertengahan

Maksudnya hadis yang memerlukan perhatian khusus atau takwilan mengenainya.
Contohnya;

Hadis kiasan : 

Daripada 'Aisyah r.anha : Sebahagian isteri-isteri Nabi saw berkata kepada Nabi saw :

"Siapakan di antara kami yang segera menyusul anda (setelah kematian)?" Beliau bersabda: "Siapa yang paling panjang lengannya di antara kalian."
[1331] Sahih Bukhari

‘Panjang lengan atau tangan’ itu bermaksud orang yang paling banyak bersedekah bukan orang lebih panjang tangannya secara zahir. Para isteri Nabi saw juga salah faham mengenainya (pada mulanya sahaja) sehingga mereka mengukur tangan masing-masing untuk melihat tangan siapa yang lebih panjang.
Di dalam Bahasa Melayu panjang tangan bermaksud suka mencuri, tetapi dalam Bahasa Arab panjang tangan bermaksud orang yang paling suka dan banyak bersedekah. Jadi tidak boleh kita menafsir mengikut bahasa lain kecuali mengikut maksud bahasa yang diturunkan pada waktu itu.

Hadis pengkajian : 

Daripada Ibnu Abbas r.a : Nabi saw bersabda,

“Terapi pengubatan itu ada tiga cara, iaitu; berbekam, minum madu dan kay (menempelkan besi panas pada tempat yang terluka), sedangkan aku melarang umat ku berubat dengan kay.”
[5249] Sahih Bukhari

Bukan sahaja berbekam dan madu sahaja malah bercelak, lada hitam dan sebagainya juga mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Tetapi, bukan itu satu-satunya cara dalam pengubatan, apa yang Nabi saw ingin sampaikan, hakikatnya adalah supaya kita berusaha mencari penawar apabila sakit dan yang paling utama adalah penjagaan kesihatan. Tiada salahnya dengan memakan vitamin dan sebagainya.

Hadis yang boleh dipelbagaikan : 

Daripada Aisyah r.anha : Rasulullah saw bersabda,

“Siwak itu dapat membersihkan mulut dan dapat mendatangkan keredhaan Allah Azza Wa Jalla.”
[23196] Sahih Riwayat Ahmad

Tidak semestinya menggunakan sugi untuk memberus gigi, boleh juga menggunakan berus dan ubat gigi kerana tujuan asalnya adalah agar dapat membersihkan mulut dan gigi. Sekiranya tiada sugi atau berus gigi misalannya, gunakanlah jari.

Perlu diingat, secara asasnya kita perlu melihat kepada zahir hadis terlebih dahulu sebelum mentakwil sesuatu hadis. Untuk mentakwil sesuatu hadis, ia perlu kepada alasan yang kuat dan kukuh dan perlu melihat kepada keperluannya sama ada hadis itu satu kiasan, memerlukan pengkajian dan sama ada ianya boleh dipelbagaikan.
Bab ini adalah antara yang paling rumit, tetapi tidaklah mustahil untuk dipelajari. Tujuannya adalah untuk membuktikan kehebatan hadis Nabi saw yang bersesuaian sepanjang zaman dari seluruh aspek. Selain itu ia juga menunjukkan fleksibiliti hadis yang memudahkan sesiapa sahaja untuk mengamalkannya.

(c). Hadis yang wajib beriman tetapi tidak boleh ditakwil

Ia melibatkan hadis-hadis mengenai alam ghaib (tidak dapat dilihat dengan mata). Contohnya;

Hadis sifat Allah Taala : 

Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda,

“Rabb Tabaaraka wa Taala kita turun di setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir dan berfirman: "Siapa yang berdoa kepadaKu pasti Aku kabulkan dan siapa yang meminta kepadaKu pasti Aku penuhi dan siapa yang memohon ampun kepadaKu pasti Aku ampuni.”
[1077] Sahih Bukhari

Hadis siksa kubur : 

Daripada Aisyah r.anha : Dia bertanya kepada Rasulullah saw perihal siksa kubur, maka Beliau (saw) menjawab:

"Ya benar, siksa kubur itu ada." Kemudian 'Aisyah r.anha berkata : "Maka sejak itu aku tidak (pernah) melihat Rasulullah saw setelah melaksanakan solat kecuali Beliau memohon perlindungan dari siksa kubur.”
[1283] Sahih Bukhari

Hadis tentang malaikat : 

Daripada Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda,

“Jika Allah memutuskan suatu keputusan di langit, maka malaikat akan mengepak-ngepakkan sayapnya kerana tunduk kepada titahNya, seolah-olah kepakan sayapnya seperti rantai di atas batu licin.”
[6927] Sahih Bukhari

Banyak lagi hadis-hadis yang mengenai perkara ghaib ini seperti hadis para Malaikat, Jin, Syaitan, Arasy, alam barzakh, hari akhirat dan sebagainya. Umumnya hadis mengenai perkara-perkara ghaib ini jangan ditakwil kerana tiada sesiapun mengetahui akan perkara ghaib. Namun beriman kepadanya adalah wajib.

(d). Belum sampai ilmu pengetahuan

Terdapat juga beberapa hadis yang kita tidak mampu mengungkapkannya dengan akal kerana akal kita atau ilmu pengetahuan kita masih belum mencapai tahapnya. Selalunya hadis ini berkaitan dengan kejadian masa depan, fizik dan sebagainya. Namun beriman dengannya adalah wajib. Contohnya;

Hadis masa depan : 

Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda,

“Tidak akan terjadi hari kiamat hingga matahari terbit dari sebelah barat.”
[4270] Sahih Bukhari

Tiada seorang pun yang dapat tahu bagaimana keadaan bumi dan planet-planet di sekitarnya apabila matahari terbit dari barat atau menerangkan bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku. Walaupun terdapat beberapa gambaran dan penjelasan mengenainya, namun janganlah terlalu taksub atau berpegang dengannya.
Ini kerana, jika sains tersebut salah maka orang akan menyalahkan hadis Nabi saw. Sebenarnya kajian sains merekalah yang salah bukan hadis yang merupakan wahyu dari Allah Subhana wa Taala yang mempunyai kekurangan.

Firman Allah Subhana wa Taala yang bermaksud ;

“Sungguh Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang Rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan Al Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”
Surah Ali 'Imran [3] : 164

Rujukan :
Tafsir Ibn Katsir
Berinteraksi Dengan Al-Sunnah [Dr. Yusuf Al-Qaradhawi]
Keagungan Sunnah [Syeikh Qayyum bin Muhammad bin Nasir As-Sahaibani]
Kaedah Memahami al-Hadith [A/Prof Fauzi Deraman]
Ilmu Usul al-Fiqh [Syaikh Muhammad Shalih al-Utsaimin]
Sejarah Perkembangan Hadis [Rosli Mokhtar]
Sejarah Hadis [M Hasbi Ash Shidieqy]
Ulum Hadis [Dr. Rosmawati Ali]

Iman Kepada Allah [Dr. Sulaiman al-Asyqar]