Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 25 Mei 2013

Bab 150 Mengajar Orang Yang Sudah Hampir Didatangi Oleh Ajal Kematiannya Dengan La ilaha illallah.




914. Daripada Mu'az r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang akhir percakapannya itu La ilaha illallah, maka ia akan masuk syurga."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud serta Hakim dan Hakim mengatakan bahawa ini adalah shahih isnadnya.

915. Daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ajarkanlah kepada orang-orang yang hendak mati di antara engkau semua itu dengan bacaan La ilaha illallah."

(Riwayat Muslim)





Bab 149 Bolehnya Seseorang Yang Sakit Mengatakan: "Saya Sakit" Atau "Sangat Sakit" Atau "Panas" Atau "Aduh Kepalaku" Dan Lain Sebagainya Dan Uraian Bahawasanya Tidak Ada Kemakruhan Mengatakan Sedemikian Tadi, Asaikan Tidak Kerana Timbulnya Kemarahan Dan Menunjukkan Kegelisahan Sebab Sakitnya Tadi.




911. Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Saya masuk ke tempat Nabi s.a.w. dan beliau di kala itu menderita penyakit panas, lalu saya memegangnya, kemudian saya berkata: "Sesungguhnya Tuan ini benar-benar sakit panas yang sangat." Lalu beliau s.a.w. bersabda; "Benar, sesungguhnya penyakit panas saya ini adalah seperti panasnya dua orang di antara engkau semua yang dijadikan satu."
(Muttafaq 'alaih)

912. Daripada Sa'ad bin Abu Waqqash r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. datang ke tempatku untuk meninjau sewaktu saya menderita sesuatu penyakit yang teruk. Kemudian saya berkata:

Yang Bermaksud : "Telah sampai padaku penyakit sebagaimana yang Tuan maklumi ini, sedang saya adalah seorang yang berharta dan tidak ada yang akan mewarisi harta itu melainkan anak saya perempuan," selanjutnya disebutkanlah Hadis ini sampai selengkapnya.
(Muttafaq 'alaih)

913. Daripada Alqasim bin Muhammad, katanya: "Aisyah radhiallahu 'anha berkata:

Yang Bermaksud : "Aduh kepalaku." Kemudian Nabi s.a.w. bersabda; "Bahkan sayalah yang lebih sangat sakitnya. Aduh kepalaku," selanjutnya disebutkanlah Hadis ini sampai selengkapnya.
(Riwayat Bukhari)



Khamis, 23 Mei 2013

Bab 148 Sunnahnya Wasiat Kepada Keluarga Orang Yang Sakit Dan Orang Yang Melayani Orang Sakit Itu Supaya Berbuat Baik Padanya, Menahan Dan Sabar Pada Apa Yang Menyukarkan Perkaranya, juga Wasiat Untuk Kepentingan Orang Yang Sudah Dekat Sebab Kematiannya Dengan Adanya Had Atau Qisbash Dan Lain-Iain Sebagainya.




910. Daripada Imran bin al-Hushain radhiallahu 'anhuma, bahawasanya ada seorang wanita dari Juhainah datang kepada Nabi s.a.w. dan ia sedang hamil kerana zina. Wanita itu lalu berkata: "Ya Rasulullah saya mengerjakan sesuatu yang menyebabkan saya harus diberi had yakni hukuman. Maka dari itu, laksanakanlah hukuman itu pada diriku."
Nabiullah s.a.w. lalu mengundang wali wanita tadi, lalu bersabda: "Berbuat baiklah pada wanita ini. Jikalau nanti ia telah melahirkan kandungannya, maka datanglah kepadaku dengan membawa orang ini." Orang itu melaksanakan semua kehendak beliau s.a.w. yakni diperlakukan dengan baik dan setelah bayinya lahir lalu dibawa kepadanya.
Nabi s.a.w. lalu memerintahkan untuk menghukum orang tadi lalu diikatkanlah pakaiannya pada tubuhnya, seterusnya menyuruh supaya direjam dan direjamlah ia. Kemudian beliau s.a.w. menyolati jenazahnya.
(Riwayat Muslim)



Rabu, 22 Mei 2013

Bab 147 Apa yang Diucapkan Oleh Orang Yang Sudah Putus Harapan Dari Hidupnya Kerana Sakitnya Sudah Dirasa Sangat Sekali Dan Tidak Akan Sembuh Lagi






908. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Saya mendengar Nabi s.a.w. dan beliau s.a.w. sambil menyandarkan dirinya kepadaku, mengucapkan doa yang ertinya: "Ya Allah, berilah pengampunan padaku, belas kasihanilah aku dan pertemukanlah aku dengan kawan yang tertinggi yakni malaikat dan hamba-hamba yang soleh."
(Muttafaq 'alaih)

909. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha pula, katanya: "Saya melihat Rasulullah Saw. dan beliau ketika itu sedang menghadapi sakaratulmaut. Di sisinya ada sebuah gelas yang berisi air. Beliau s.a.w. memasukkan tangannya ke dalam gelas kemudian mengusap wajahnya dengan air tadi, !alu mengucap yang ertinya: "Ya Allah, berilah aku pertolongan untuk menghadapi kesukaran-kesukaran hendak meninggal dan pula sakaratulmaut ini."
(Riwayat Termidzi)


Bab 146 Sunnahnya Menanyakan Kepada Keluarga Orang Yang Sakit Tentang Keadaan Si Sakit






907. Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahawasanya Ali bin Abu Thalib r.a. keluar dari sisi Rasulullah s.a.w. di waktu sakit beliau s.a.w. yang menyebabkan kematiannya, lalu orang-orang sama bertanya: "Hai Abulhasan (Pak Hasan), sebab Ali r.a. mempunyai anak yang namanya al-Hasan, bagaimanakah keadaan Rasulullah s.a.w.?" Kemudian Ali r.a. menjawab: "Beliau sembuh dengan puji-pujian Allah." Ali r.a. selalu ditanya, sebab memang keluarganya iaitu sebagai saudara sepupu dan pula menjadi menantu beliau s.a.w. Adapun ucapannya: "sembuh" itu hanyalah menurut perkiraannya sendiri saja dan pula untuk menggembirakan hati para sahabat, padahal sebenarnya itulah sakit yang membawa kematian beliau s.a.w.
(Riwayat Bukhari)


Bab 145 Ucapan Yang Dapat Digunakan Untuk Mendoakan Orang Sakit





898. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya Nabi s.a.w. itu apabila ada seseorangyang mengeluh kerana ada sesuatu yang dirasa sakit pada dirinya atau ada luka, kecil atau besar, maka Nabi s.a.w. berdoa dengan menggunakan jari tangannya sedemikian. Sufyan bin 'Uyainah yang meriwayatkan Hadis ini menunjukkan cara menggunakan jari itu,  yakni telunjuknya diletakkan di bumi lalu diangkat dan di waktu meletakkan itu mengucapkan yang ertinya: ''Dengan menyebut nama Allah, ini adalah tanah bumi kita, dicampur dengan ludah sebahagian dari kita, dengannya dapat disembuhkan orang sakit di antara kita, dengan izin Tuhan kita."


899. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha pula bahawasanya Nabi s.a.w. pada suatu waktu meninjau setengah dari keluarganya yang sakit. Beliau s.a.w. mengusap dengan tangannya yang kanan dan mengucapkan yang ertinya: "Ya Allah, Tuhan seluruh manusia, hilangkanlah kesukaran yakni penyakit ini. Sembuhkanlah, Engkau sajalah yang dapat menyembuhkan. Tiada kesembuhan kecuali kesembuhan daripadaMu, yakni kesembuhan yang tidak lagi meninggalkan penyakit."
(Muttafaq 'alaih)

900. Daripada Anas r.a. bahawasanya ia berkata kepada Tsabit rahima-hullah:

Yang Bermaksud : "Sukakah engkau saya beri ucapan mantera-mantera dengan mantera-mantera yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w.?" la menjawab: "Baiklah." Anas mengucapkan yang ertinya: "Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, yang dapat melenyapkan kesukaran penyakit. Sembuhkanlah, Engkau sajalah yang dapat menyembuhkan. Tiada yang kuasa menyembuhkan kecuali Engkau, suatu kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit."
(Riwayat Bukhari)

901. Daripada Saad bin Abu Waqqash r.a., katanya: "Saya ditinjau oleh Rasulullah s.a.w.  waktu ia menderita sakit lalu beliau s.a.w. mengucapkan yang ertinya:

Yang Bermaksud : "Ya Allah, sembuhkanlah Saad, ya Allah, sembuhkanlah Saad, ya Allah, sembuhkanlah Saad."
(Riwayat Muslim)

902. Daripada Abu Abdillah iaitu Usman bin Abul 'Ash r.a. bahawasanya ia mengadu kepada Rasulullah s.a.w. kerana adanya suatu penyakit yang diderita dalam tubuhnya, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda padanya:

Yang Bermaksud : "Letakkanlah tanganmu pada tempat yang engkau rasa sakit dari tubuhmu itu, kemudian ucapkanlah "Bismillah" tiga kali, lalu ucapkanlah pula sebanyak tujuh kali yang ertinya: "Saya mohon perlindungan dengan kemuliaan Allah dan kekuasaanNya dari keburukannya sesuatu yang saya peroleh dan saya takutkan."
(Riwayat Muslim)

903. Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang meninjau orang sakit yang belum waktunya untuk didatangi oleh ajal kematiannya, lalu orang yang meninjau tadi mengucapkan untuk yang sakit itu sebanyak tujuh kali, iaitu ucapan yang ertinya: "Saya mohon kepada Allah yang Maha Agung, yang menguasai 'arasy yang agung, semoga Allah menyembuhkan penyakitmu, melainkan Allah akan menyembuhkan orang tadi dari penyakit yang dideritainya."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Imam Hakim berkata bahawa Hadis ini adalah shahih menurut syaratnya Imam Bukhari.

904. Daripada Ibnu Abbas r.a. pula bahawasanya Nabi s.a.w. masuk ke tempat Arab- penghuni pedalaman negeri Arab untuk meninjaunya kerana sakit dan Nabi s.a.w. itu apabila masuk ke tempat orang sakit untuk meninjaunya, maka beliau mengucapkan  yang ertinya:

Yang Bermaksud : "Tidak ada halangan apa-apa. Ini sebagai pencuci dosa-dosamu Insya Allah."
(Riwayat Bukhari)

905. Daripada Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Jibril mendatangi Nabi s.a.w. lalu berkata:

Yang Bermaksud : "Hai Muhammad, adakah anda sakit?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ya." Jibril lalu mengucapkan yang ertinya: "Dengan nama Allah, saya memberikan mantera-mantera padamu, dari segala macam bahaya yang menyakitkan dirimu, juga dari semua hati dan mata yang mendengki. Allah akan menyembuhkan penyakitmu. Dengan nama Allah, saya memberikan mantera-mantera padamu."
(Riwayat Muslim)

906. Daripada Abu Said dan Abu Hurairah radhiallahu 'anhuma bahawasanya keduanya itu menyaksikan Rasulullah s.a.w. bahawa beliau bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang mengucapkan yang ertinya: "Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah adalah Maha Besar," maka ucapannya itu akan dibenarkan oleh Tuhannya dan Tuhan berfirman: "Tiada tuhan selain Aku dan Aku adalah Maha Besar." Kemudian jikalau orang itu mengucapkan yarig ertinya: "Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tidak ada sekutuNya," maka Tuhan berfirman: "Tiada Tuhan melainkan Aku yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiKu." Seterusnya apabila orang itu mengucapkan yang ertinya: "Tiada Tuhan melainkan Allah, bagiNya adalah segenap kerajaan dan baginya pula segala puji-pujian," maka Allah berfirman: "Tiada Tuhan melainkan Aku, bagiKu segenap kerajaan dan bagiKu pula segala puji-pujian." Dan jikalau orang itu mengucapkan yang ertinya: "Tiada Tuhan melainkan Allah dan tiada daya serta tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah." maka Allah berfirman: "Tiada Tuhan melainkan Aku dan tiada daya serta tiada kekuatan melainkan dengan pertolonganKu."

Selanjutnya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang mengucapkan semua di atas itu di waktu sakitnya lalu ia meninggal dunia, maka ia tidak akan dapat dimakan Oleh api neraka."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.





Selasa, 21 Mei 2013

Bab 144 Kitab Perihal Meninjau Orang Sakit, Menghantarkan jenazah, Menyembahyanginya, Menghadiri Pemakamannya, Berdiam Sementara Di Sisi Kuburnya Sesudah Ditanamkan Meninjau Orang Sakit.




 891. Daripada al-Bara' bin 'Azib radhiallahu 'anhuma, katanya:

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. memerintahkan kepada kita supaya meninjau orang sakit, mengikuti jenazah yang akan dibawa ke kubur, mentasymitkan orang bersin yakni mendoakan supaya ia memperoleh kerahmatan Allah dengan mengucapkan: Yarhamukallah, kalau orang yang bersin itu mengucapkan: Alhamdulillah, melaksanakan sumpah, menolong orang yang dianiaya, mengabulkan undangan orang yang mengundang dan meratakan salam."
(Muttafaq 'alaih)

892. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Hak seorang Muslim atas Muslim lainnya itu ada lima perkara iaitu menjawab salam, meninjau orang sakit, mengikuti jenazah-jenazah yang akan dimakamkan, mengabulkan undangan dan mentasymitkan orang yang bersin."
(Muttafaq 'alaih)

893. Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya Allah 'Azzawajalla itu akan berfirman nanti pada hari kiamat: "Hai anak Adam yakni manusia, Aku sakit, tetapi engkau tidak suka meninjauKu." Manusia berkata: "Ya Tuhanku, bagaimanakah saya dapat meninjauMu, sedangkan Engkau adalah Tuhan yang menguasai seluruh alam ini?" Allah berfirman: "Adakah engkau tidak mengetahui bahawa seorang hambaKu, si Fulan itu sakit, tetapi engkau tidak suka meninjaunya. Tidakkah engkau mengetahui, bahawasanya apabila engkau meninjaunya, tentulah engkau akan mendapatkan Aku di sisinya? Hai anak Adam, Aku meminta makanan padamu, tetapi engkau tidak suka memberikan makanan itu padaKu. Manusia berkata: "Ya Tuhanku, bagaimanakah saya dapat memberikan makanan padaMu, sedang Engkau adalah Tuhan yang menguasai seluruh alam ini?" Allah berfirman: "Tidakkah engkau mengetahui bahawa seorang hambaKu, si Fulan itu meminta makanan padamu, tetapi engkau tidak suka memberikan makanan itu padanya. Adakah engkau tidak mengetahui, bahawasanya apabita engkau memberikan makanan padanya, tentulah engkau akan mendapatkan yang sedemikian itu di sisiKu. Hai anak Adam, Aku meminta minuman padamu, tetapi engkau tidak suka memberikan minuman itu padaKu." Manusia berkata:
"Ya Tuhanku, bagaimanakah saya dapat memberikan minuman padaMu, sedangkan Engkau adalah Tuhan yang menguasai seluruh alam ini?" Allah berfirman: "Ada seorang hambaKu, si Fulan itu meminta minuman padamu, tetapi engkau tidak suka memberikan minuman itu padanya. Andaikata saja engkau suka memberikan minuman padanya, tentuiah engkau akan mendapatkan yang sedemikian itu di sisiKu."
(Riwayat Muslim)

894. Daripada Abu Musa r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Tinjaulah orang sakit, berikanlah makanan pada orang yang lapar dan merdekakanlah tawanan."
(Riwayat Bukhari)
At'aanii ialah orang yang tertawan.

895. Daripada Tsauban r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya orang Islam itu apabila meninjau saudaranya sesama Muslimnya yang sakit, maka tidak henti-hentinya ia berada di dalam tempat penuaian syurga sehingga ia kembali." Beliau s.a.w. ditanya: "Ya Rasulullah, apakah khurfah atau penuaian syurga itu," Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu tempat di syurga yang buah-buahannya tinggal dipetik saja."
(Riwayat Muslim)

896. Daripada Ali r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Tiada seorang Muslimpun yang meninjau saudaranya Muslim yang sakit di waktu pagi, melainkan ada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakan padanya supaya memperolehi kerahmatan Tuhan sampai orang itu berada di waktu petang dan jikalau ia meninjaunya itu di waktu petang, maka ada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakan padanya supaya ia memperoleh kerahmatan Tuhan sampai orang itu berada di waktu pagi. Juga orang tersebut akan memperoleh tempat buah-buahan yang sudah waktunya dituai di dalam syurga."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Alkharif ertinya ialah buah-buahan yang sudah waktunya dituai atau dipetik.

897. Daripada Anas r,a., katanya:

Yang Bermaksud : "Ada seorang anak Yahudi yang menjadi pelayan Nabi s.a.w, lalu ia sakit. la didatangi oleh Nabi s.a.w. untuk meninjaunya. Beliau s.a.w. lalu duduk di dekat kepalanya, lalu bersabda padanya: "Masuklah agama Islam!" Anak itu lalu melihat kepada ayahnya yang ketika itu sudah ada di sisinya seolah-olah anak tadi meminta pertimbangan pada ayahnya. Ayahnya berkata: "Taatilah kehendak Abul Qasim" iaitu Nabi s.a.w. Anak itu lalu menyatakan masuk Islam, Setelah itu Nabi s.a.w. keluar dan beliau bersabda: "Alhamdulillah yang telah menyelamatkan anak itu dari siksa api neraka."
(Riwayat Imam Bukhari)



Bab 143 Sunnahnya Berjabatan Tangan Ketika Bertemu Dan Menunjukkan Muka Yang Manis, juga Mencium Tangan Orang Soleh Dan Mencium Anaknya, Serta Merangkul Orang Yang Baru Datang Dan Bepergian Dan Makruhnya Membungkukkan Badan Dalam Memberi Penghormatan




882. Daripada Abul Khaththab iaitu Qatadah, katanya:

Yang Bermaksud : "Saya berkata kepada Anas r.a.: "Adakah cara saling berjabatan tangan itu di kalangan para sahabatnya Rasulullah s.a.w. itu?" Anas menjawab: "Ya, ada."
(Riwayat Bukhari)

883. Daripada Anas r.a., katanya; "Ketika ahli Yaman datang, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Orang-orang Yaman sudah datang padamu semua dan mereka itulah pertama-tama orang yang datang dengan melakukan berjabatan tangan."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih.

884. Daripada al-Bara' r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Tiada dua orang Muslimpun yang bertemu lalu keduanya berjabatan tangan, melainkan keduanya itu diampuni dosanya oleh Allah sebelum keduanya itu berpisah."
(Riwayat Abu Daud)

885. Daripada Anas r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Ada seorang lelaki berkata: "Ya Rasulullah, ada seseorang di antara kita bertemu dengan saudaranya atau sahabatnya, apakah ia boleh membongkokkan badan untuk menghormatinya itu." Beliau s.a.w. menjawab: "Tidak boleh." Orang itu bertanya lagi: "Apakah boleh ia merangkulnya dan mencium tubuhnya?" Beliau s.a.w. menjawab: "Tidak boleh, kalau baru datang dari bepergian dan lama tidak bertemu, maka kecuali boleh merangkul itu, seperti datang dari ibadat haji dan Iain-lain." Orang itu berkata lagi: "Apakah boleh ia mengambil tangan saudara atau sahabatnya itu laiu berjabatan tangan dengannya?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ya, boleh."
Diriwayatkan oleh ImamTermidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

886. Daripada Shafwan bin 'Assal r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Ada seorang Yahudi berkata kepada sahabatnya: "Marilah bersama kami pergi ke tempat Nabi ini," yang dimaksudkan ialah Nabi Muhammad s.a.w. Keduanya mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu menanyakan perihal sembilan ayat-ayat yang terang." Shafwan seterusnya menguraikan Hadis ini sampai ucapannya: "Lalu orang-orang  yakni dua orang Yahudi serta para hadirin yang ada di situ  sama mencium tangan dan kaki beliau s.a.w. dan keduanya berkata: "Kita semua menyaksikan bahawa anda adalah seorang Nabi."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan lain-lainnya dengan isnad-isnad shahih.

887. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, ia menyebutkan sesuatu cerita yang di dalamnya ia mengatakan:

Yang Bermaksud : "Lalu kita semua mendekat kepada Nabi s.a.w. kemudian kita mencium tangan beliau itu."
(Riwayat Abu Daud)

888. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya:

Yang Bermaksud : "Zaid bin Haritsah datang di Madinah dan beliau s.a.w. sedang ada dalam rumahku. Zaid mendatanginya lalu mengetuk pintu, kemudian Nabi s.a.w. berdiri untuk menyambutnya kerana Zaid baru datang dari bepergian lalu beliau s.a.w. menarik bajunya terus merangkul serta menciumnya."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

889. Daripada Abu Zar r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Janganlah engkau menghinakan sama sekali sesuatu dari perbuatan baik sekalipun jikalau engkau sewaktu bertemu dengan saudaramu itu lalu menunjukkan muka yang manis berseri-seri."
(Riwayat Muslim)

890. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Nabi s.a.w. mencium Hasan bin Ali, lalu al-Aqra' bin Habis berkata: "Sesungguhnya saya ini mempunyai sepuluh orang anak, tetapi saya tidak pernah mencium seseorangpun dari mereka itu." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Barangsiapa yang tidak berbelas kasihan, maka ia tidak dibelas kasihani oleh Allah."
(Muttafaq 'alaih)




Bab 142 Sunnahnya Mentasmitkan Mendoakan Agar Dikurniakan Kerahmatan Oleh Allah Dengan Mengucapkan: Yarhamukallah Kepada Orang Yang Bersin, Jikalau la Memuji Kepada Allah Taala Yakni Membaca Alhamdulillah Dan Makruh Mentasmitkannya Jikalau la Tidak Memuji Kepada Allah Taala, Begitu Pula Uraian Tentang Adab-adab Kesopanan Bertasmit, Bersin Dan Menguap.




875. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu mencintai bersin dan benci kepada menguap. Maka apabila seseorang di antara engkau semua bersin dan ia memuji kepada Allah Taala yakni mengucapkan Alhamdulillah maka menjadi hak atas setiap orang Muslim yang mendengarnya supaya ia mengucapkan padanya: Yarhamukallah, yakni: "Semoga engkau diberi kerahmatan oleh Allah. Adapun menguap, maka hanyasanya menguap itu dari syaitan*. Maka apabila seseorang di antara engkau semua menguap, hendaklah menolaknya sekuat mungkin, sebab sesungguhnya seseorang di antara engkau semua itu apabila menguap maka ketawalah syaitan daripadanya itu."
(Riwayat Bukhari)

876. Daripada Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w., sabdanya:

Yang Bermaksud : "Apabila seseorang di antara engkau semua itu bersin, maka hendaklah mengucapkan: "Alhamdulillah" dan hendaklah saudaranya atau kawannya yang mendengarkan itu lalu mengucapkan:Yarhamukallah Selanjutnya apabila saudara atau kawannya tadi sudah mengucapkan: Yarhamukallah, maka hendaklah orang yang bersin tadi mengucapkan: Yahdikumullah wayush-lihu balakum, ertinya: Semoga Allah memberikan petunjuk pada anda dan pula membaguskan hati anda.
(Riwayat Bukhari)

Menguap itu sudah dimaklumi. Bahasa Arabnya Tatsaub dan ismnya Tsaufaa'. la dianggap berasal dari syaitan, sebagai tanda kebencian kita padanya, kerana menguap itu hanya terjadi dengan sebab adanya tubuh yang berat, perut yang berisi penuh dan condong sekali pada kemalasan. Ingin tidur dan Iain-Iain yang tidak baik. Menguap dikatakan berasal dari syaitan sebab syaitan itu memang kerjanya selalu mengajak kepada hawa nafsu supaya terus-menerus mengikuti kesyahwatan-kesyahwatan belaka. Jadi maksudnya itu yang terutama ialah menakut-nakuti kita dari sesuatu yang dapat mengakibatkan menguap tadi seperti terlampau kenyang sehingga berat melakukan ibadat dan ketaatan. Intaha. Diringkaskan dari Nibayah.

877. Daripada Abu Musa r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Apabila seseorang di antara engkau semua itu bersin lalu ia mengucapkan: Alhamdulillah, maka tasmitkanlah ia yakni doakan ia supaya memperoleh kerahmatan Allah dengan mengucapkan: Yarhamukallah. Tetapi jikalau ia tidak mengucapkan: Alhamdulillah, maka janganlah engkau semua mentasmitkannya."
(Riwayat Muslim)

878. Daripada Anas r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Ada dua orang yang sedang berada di sisi Nabi s.a.w. lalu beliau s.a.w. mentasmitkan pada yang seorang di antara keduanya itu waktu ia bersin, tetapi tidak mentasymitkan kepada yang lainnya. Lalu berkatalah orang yang tidak ditasmitkan oleh beliau itu: "Si Fulan ini bersin lalu anda mentasmitkan ia, sedang sayapun bersin, tetapi anda tidak mentasymitkan saya. Apakah sebabnya?" Beliau s.a.w. menjawab: "Orang ini setelah bersin mengucapkan Alhamdulillah, sedang engkau tidak mengucapkan Alhamdulillah."
(Muttafaq 'alaih)

879. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. itu apabila bersin, lalu meletakkan tangannya atau bajunya pada mulutnya dan memperlahankan atau tidak memperdengarkan  suaranya kerana bersinnya itu." Orang yang meriwayatkan Hadis ini ragu-ragu apakah dengan kata-kata khafadha atau ghadhdha, tetapi ertinya sama iaitu memperlahankan atau tidak memperdengarkan yakni menutupi suaranya.
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

880. Daripada Abu Musa r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Orang-orang Yahudi sama-sama bersin di sisi Rasulullah s.a.w. dan mereka mengharapkan hendaknya beliau s.a.w. mengucapkan: Yarhamukumullah, tetapi beliau s.a.w. mengucapkan: Yahdikumullah wayushlihu balakum. Jadi bukan didoakan supaya dirahmati oleh Allah, tetapi didoakan semoga diberi petunjuk dulu oleh Allah dan diperbaguskan hatinya, sehingga suka menganut agama Islam, sebab pada waktu itu mereka belum memeluk agama Islam, sekalipun mengetahui kebenarannya Muhammad s.a.w. sebagai utusan Tuhan.
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

881. Daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Jikalau seseorang di antara engkau semua itu menguap, maka hendaklah ia memegangkan tangannya pada mulutnya, sebab sesungguhnya syaitan itu akan masuk di dalamnya  jikalau mulut tidak ditutup."
(Riwayat Muslim)


Isnin, 20 Mei 2013

Bab 141 Menerangkan Bahawa Sunnah Hukumnya Apabila Kepada Orang Yang Meminta Izin Ditanyakan: "Siapakah Engkau? Supaya Mengucapkan "Fulan" Dengan Menyebut Nama Dirinya Yang Mudah Dimaklumi, Baik Nama Sendiri Atau Nama Kunyahnya Dan Kemakruhannya Mengucapkan: "Saya" Dan Yang Seumpamanya




871. Daripada Anas r.a. dalam Hadisnya yang masyhur mengenai cerita israk, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Kemudian Jibril naik dengan saya ke langit dunia, lalu ia meminta supaya dibukakan pintu. la lalu ditanya: "Siapakah ini?" la menjawab: "'Jibril." Ditanya: "Siapakah yang beserta anda?" la menjawab: "Muhammad." Selanjutnya ia naik lagi ke langit yang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. la ditanya pada tiap-tiap pintu langit: "Siapakah ini?" la menjawab: "Jibril."
(Muttafaq 'alaih)

872. Daripada Abu Zar r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Saya keluar pada suatu malam dari beberapa malam, tiba-tiba nampak Rasulullah s.a.w. sedang berjalan sendirian. Saya terus berjalan di bawah bayangan bulan, lalu beliau s.a.w. menoleh lalu bertanya: "Siapakah ini?" Saya menjawab: "Abu Zar."
(Muttafaq 'alaih)

873. Daripada Ummu Hani' radhiallahu 'anha, katanya:

Yang Bermaksud : "Saya mendatangi Nabi s.a.w. dan beliau s.a.w. sedang mandi dan Fathimah menutupinya, lalu beliau bertanya: "Siapakah ini?" Saya menjawab: Ummu Hani.”
(Muttafaq 'alaih)

874. Daripada Jabir r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Saya mendatangi Nabi s.a.w. lalu saya mengetuk pintu, kemudian beliau s.a.w. bertanya: "Siapakah ini?" Lalu saya menjawab: "Saya." Kemudian beliau mengucapkan: "Saya, saya," seolah-olah beliau membenci jawapan yang sedemikian itu."
(Muttafaq 'alaih)




Bab 140 Meminta Izin Dan Adab-adab Kesopanannya.




Allah Taala berfirman:

Yang Bermaksud : "Hai sekalian orang-orang yang beriman, janganlah engkau semua memasuki rumah yang bukan rumahmu sendiri, sehingga engkau semua meminta izin dan mengucapkan salam kepada ahli rumah itu yakni orang-orang yang ada di dalamnya."
(an-Nur: 27)

Allah Taala juga berfirman:

Yang Bermaksud : “Jikalau anak-anakmu itu telah sampai ke umur dewasa, maka hendaklah mereka meminta izin jikalau hendak masuk ke tempatmu sebagaimana meminta izinnya orang-orang yang dahulu tadi yakni sebagaimana orang-orang dewasa yang Iain-Iain."
(an-Nur: 59)

867. Daripada Abu Musa r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Meminta izin itu sebanyak tiga kali saja. Maka jikalau diizinkan untukmu maka masuklah dan jikalau tidak yakni meminta izin sampai tiga kali tetapi tidak ada jawapan, maka kembalilah."
(Muttafaq 'alaih)

868. Daripada Sahl bin Sa'ad r.a katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Hanyasanya meminta izin itu diadakan peraturannya kerana adanya penglihatan." Maksudnya bahawa melihat keadaan seseorang dari celah-celah pintu atau dinding dan sebagainya itu dilarang. Oleh kerana itu hendaklah meminta izin saja, jikalau hendak masuk rumah seseorang iaitu dengan mengetuk pintu, menekan loceng dan Iain-Iain.
(Muttafaq 'alaih)

869. Daripada Rib'i bin Hirasy, katanya:

Yang Bermaksud : "Kami diberitahu oleh seorang lelaki dari kabilah Bani 'Amir bahawasanya ia meminta izin kepada Nabi s.a.w. dan beliau itu sedang ada dalam rumah. Kemudian orang itu berkata: "Adakah saya boleh masuk?" Rasulullah s.a.w. lalu bersabda kepada pelayannya: "Keluarlah menemui orang ini dan ajarkanlah cara meminta izin padanya. Katakanlah padanya supaya ia mengucapkan: "Assalamu 'alaikum, adakah saya boleh masuk?" Orang itu mendengar keterangan beliau s.a.w. lalu mengucapkan: Assamu 'alaikum, adakah saya boleh masuk." Nabi s.a.w. lalu memberikan izin kepada orang tadi dan iapun masuklah."
Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan isnad shahih.

870. Daripada Kildah bin al-Hanbal r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Saya mendatangi Nabi s.a.w. lalu saya masuk padanya dan saya tidak mengucapkan salam, lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Kembalilah dan ucapkanlah: Assalamu 'alaikum. Apakah saya boleh masuk?"
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.