Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 3 November 2012

J 65 Manakah terjemahan Al-Quran itu?

RUMAH muslim manakah yang tidak ada naskhah Al-Quran? Bukan semua rumah muslim di Malaysia ada Al Quran. Betul, maknanya ada rumah yang satu ayat al Quran pun tidak ada. Itu tidak mustahil. Tapi semua muslim percayakan Al Quran, sekalipun tidak tahu membacanya atau tahu membacanya tetapi tidak tahu apa maksud bacaannya.

Kalau hendak mengetahui budaya muslim kita terhadap Al Quran, kunjungi tiga tempat iaitu kedai buku agama, masjid dan rumah-rumah. Selain itu lihat apabila ada majlis perkahwinan dan penghujung bulan Ramadan. Di masjid dan kedai buku memang banyak Al Quran, itu sahaja. Di rumah, sekurang-kurangnya ada satu naskhah Al Quran, itupun sudah bagus. Ya, kita banyak membaca Al Quran sebagai satu ibadah khusus terhadap Allah swt. Al Quran juga dijadikan hadiah hantaran perkahwinan dan ada majlis khatam Al Quran sekali.

Kebanyakan kita sekalipun mengatakan Al Quran sebagai panduan hidup, sebenarnya tidak memahami maksud bacaannya. Itulah budaya kita orang Melayu, sejak lama turun-temurun. Sebenarnya Al Quran yang diterjemah ke dalam Bahasa Melayu telah lama diterbitkan, sama ada tulisan jawi atau rumi. Kini yang tulisan rumi menjadi keutamaan. Namun di mana Al Quran dan terjemahan ini? Di kebanyakan masjid ada berpuluh-puluh Al Quran dalam versi asal: bahasa Arab, namun mencari sebuah Al Quran yang ada terjemahan Bahasa Melayu seperti mencari sebatang jarum dalam hutan!  Di kedai buku agamapun tidak banyak kuantiti Al Quran terjemahan yang dijual.

Di rumah lagilah…., kalau Al Quran versi Arabpun tidak ada, mana hendak cari yang ada terjemahannya. Keadaan-keadaan ini sepatutnya menjadi petanda masyarakat Melayu sudah mahir dengan kandungan Al Quran versi Bahasa Arab sehingga tidak memerlukan terjemahan dalam bahasa Melayu. Maksudnya, seolah-olah Bahasa Arab menjadi bahasa kedua selepas bahasa Melayu. Tidak, tidak sama sekali. Keadaan adalah sebaliknya. Masyarakat Melayu hampir kesemuanya buta faham Bahasa Arab. Buta maksud Bahasa Arab bererti buta memahami maksud ayat-ayat al Quran.

Melihat susunan Al Quran versi Arab tanpa sebuahpun yang ada terjemahan dalam Bahasa Melayu sedangkan masyarakat Melayu buta faham Bahasa Arab, memberi maksud masyarakat Melayu hanya melayan Al Quran sebagai bacaan yang menyeronokkan. Masjid-masjid yang menghimpunkan Al Quran tanpa mengimbangi yang ada terjemahannya juga menggambarkan tidak ada bezanya pemikiran pihak pentadbiran masjid dengan masyarakat biasa. Sepatutnya pantadbiran masjid mempunyai visi atau tasawur yang lebih maju dengan orang awam supaya masjid kelihatan lebih bervisi daripada rumah orang awam.

Menyoroti lebih jauh isu ini, pihak berkuasa agama adalah punca mengapa masyarakat Melayu Islam ini terus buta memahami makksud ayat-ayat Al Quran. Di Malaysia yang hal-hal ‘agama’ termasuk membaca dan memahami isi Al Quran di bawah jabatan agama, maka orang-orang di jabatan agamalah yang perlu memikul beban ini. Terlalu sukarkah mana-mana pihak berkuasa agama menjelaskan atau mengarahkan 50 peratus Al Quran dalam masjid mesti yang ada terjemahannya. Al Quran dan terjemahan ini mesti diletakkan di ruang terbuka supaya jemaah khasnya hari Jumaat dapat menelaah sewaktu iktikaf. Setelah 50 tahun merdeka, entah masjid manalah yang telah membuat kerja minimum ini dalam usaha menyedarkan masyarakat Melayu terhadap maksud ayat-ayat Al Quran.

Bukan tidak ada pandangan pemimpin dan gesaan supaya masyarakat Melayu memahami maksud Al Quran. Semasa Majlis Tilawah al Quran atau sambutan Nuzulul Quran kerap didengar seruan itu. Tetapi gesaan ini terhenti semasa majlis minum kopi.

Namun syukur ada segelintir masyarakat Melayu yang sedar isu ini. Mereka memahami maksud Al Quran Bahasa Arab dengan membaca terjemahan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka yang kecil ini terdiri daripada kelas menengah Melayu dan golongan profesional yang tidak terdidik secara formal dalam ‘pendidikan agama’. Masalah lain pula ditimbulkan apabila ada segolongan ustaz memperli (baca menyalahkan) pihak yang memahami al Quran melalui terjemahan sebagai memahami Al Quran secara membaca, tidak melalui guru. Bagi golongan ustaz ini, belajar jika tidak menghadap guru, bererti berguru dengan syaitan.

Jadi beginilah sajalah keadaan masyarakat Melayu dalam memahami bacaan al Quran. Ustaz-ustaz terus secara eksklusif memonopoli pemahaman ayat-ayat al Quran. Namun bilangan ustaz dan ustaz yang sanggup berpeluh-peluh menyebarkan ilmu memahami al Quran sangat kecil jika dinisbahkan dengan orang awam Melayu. Orang yang sanggup menghadap guru atau ustazpun semakin kecil kerana masalah masing-masing.

Sampailah masanya ada satu anjakan paradigma dalam kalangan para ustaz, pentadbir masjid, pegawai-pegawai agama dan individu yang berkesedaran agar masyarakat didedahkan dengan bentuk pemahaman maksud bacaan al Quran secara mudah dan praktikal. Contoh isu yang dibawa di sini ialah, banyakkan naskhah al Quran terjemahan Melayu di mana-mana, khasnya di masjid, surau dan rumah-rumah. Soalnya sekarang, hendak atau tidak. Carilah seribu sebab untuk melakukannya, bukan seribu alasan untuk menolaknya.



J 64 Salafi lenturkan hujah Kristian

Di bawah saya paparkan sebahagian daripada dialog antara Kiyai Bahaudin Mudhary dengan seorang pemuda Kristian, Antonius Widuri. Dialog ini berlaku di Indonesia, pada malam kelima pertemuan (ada lapan malam semuanya). Dialog lapan malam ini juga telah diterbitkan dalam bentuk komik oleh Persatuan Ulama Malaysia (versi Melayu) dan Saba Islamic Media (versi Inggeris). Antonius telah mengesan ada orang Islam memindahkan pahala hasil amalnya kepada orang lain khasnya kepada arwah. Ini difahami dengan amalan bacaan tahlil atau membaca Al Quran kepada arwah, yang mereka kata ajaran Islam. Jadi Antonius menjadikan ini dalil supaya orang Islam jangan mengatakan dosa warisan Nabi Adam (dalam Kristian) sebagai salah, sebab dalam Islam juga ada pahala yang diwariskan kepada orang lain.

Mujurlah Bapak Kiyai Bahaudin berpendirian sunah atau salafi. Aliran salafi ini memang teguh berpendirian tidak ada dosa dan pahala yang boleh diagih-agihkan kepada sesiapa khasnya kepada para arwah. Kepada salafi, ini kerja sia-sia kerana tidak ada petunjuk daripada Rasulullah dan para sahabat, lebih-lebih lagi jelas tahlil dan bacaan Al Quran yang dihadiahkan kepada para arwah berlawanan dengan kehendak Al Quran.

Ketegasan salafi melalui Bapak Kiyai Bahaudin telah berjaya menundukkan hujah Antonius. Akhirnya Antonius akur dan mengucapkan syahadah. Cuba kalau Antonius berdialog dengan kiyai / ustaz yang selalu buat tahlil arwah, Antonius akan menyindir Islam. Jika begitu, dalam dialog ini Islam dilihat mengundur diri dan ustaz berasa sangat malu. Sila hayati diskusi ini.

(A ialah Bapak Kiyai Bahaudin (Islam), B ialah Antonius (Kristian)) 

A: Menurut ajaran Islam, pahala seseorang tidak boleh diwariskan atau dioper kepada orang lain, begitu juga dosanya seseorang tidak boleh diwariskan kepada orang lain. Setiap orang menanggung sendiri pahala dan dosanya atas perbuatannya sendiri.

B: Akan tetapi saya pernah membaca sebuah buku agama Islam yang menerangkan bahawa Nabi Muhammad pernah berkorban seekor kambing buat umatnya sekalian dan buat familinya. Ini bererti bahawa Nabi Muhammad mewariskan atau mengoperkan pahala kepada orang lain, yakni kepada umatnya dan familinya. Yang demikian itu bukan dosa waris, tetapi jelas pahala waris.

Jadi di dalam ajaran Islam ada juga pahala waris, maka saya kira bapak tidak perlu urus tentang dosa-dosa waris dalam ajaran Kristian, kalau di dalam ajaran Islam terdapat ajaran pahala waris atau ajaran oper pahala.

A: Kalau buku Agama Islam yang saudara baca mahu dijadikan pokok tentang bolehnya warisan pahala, mestinya orang Islam boleh solat dan berpuasa, lalu diwariskan pahalanya buat sekalian umat Islam yang masih hidup dan yang mati, tetapi tidak ada umat Islam yang berbuat demikian, kalaupun ada, mungkin kerana mereka tidak tahu, bahawa perbuatan yang demikian itu, bertentangan dengan kitab sucinya Al Quran. Jadi bukan kitab sucinya yang salah, tetapi penganutnya sendiri, dan berbeza dengan kitab Bibel yang mengandung banyak perselisihan antara satu ayat dengan yang lain. Di dalam kitab suci Al Quran, tidak terdapat ajaran pahala waris maupun dosa waris. Akan tetapi dalam kitab Bibel (Kristian) antara satu ayat dengan ayat yang lain bersimpang siur.

B: Saya pernah membaca kitab terjemahan Al Quran Bahasa Indonesia, kalau tidak keliru di dalam surat Ath Thurr ayat 21 ada menyebutkan yang maksudnya bahawa anak-anak orang mukmin akan dimasukkan syurga lantaran ibubapanya. Jadi lantaran amalan ibubapanya anak-anak itu masuk syurga. Kalau yang demikian itu bukan pahala waris, lalu apakah namanya.

A: Ayat Al Quran yang saudara maksudkan itu bunyinya akan saya bacakan sebagai berikut: Yang ertinya:

"Dan mereka yang beriman dan diikuti oleh anak-anak cucunya (keturunannya) dengan keimanan pula. Kami (Allah) kumpulkan anak cucu itu dengan mereka dan tiadalah kami kurangi pahala amalan mereka sedikit juapun."
(Surat Ath Thurr ayat 21).

Di ayat ini jelas menyebutkan tidak adanya pahala waris, malah tanggunganpun mengenai pahala warispun tidak ada. Yang masuk syurga bersama Ibubapanya itu adalah anak-anak yang belum baligh, kerana yang sudah baligh tentu bertanggungjawab sendiri. Oleh kerananya dalam ayat tersebut ada sambungannya. Yang ertinya:

"Setiap orang bertanggungjawab (terikat) oleh amalannya sendiri-sendiri (masing-masing)."

Jadi setiap orang menanggung dosa dan pahala atas perbuatannya masing-masing bukan warisan dari orang lain.

B: Apakah di dalam Kitab Al Quran ada yang lebih tegas menyebutkan bahawa dosa dan pahala itu tidak dapat diwariskan atau dihadiahkan pada orang lain.

A: Ada, cukup banyak.

B: Maafkan, kami ingin mengetahui di surat apa, dan di ayat berapa, kami akan cocokkan di rumah, kerana kami ada mempunyai kitab terjemahan Al Quran Bahasa Indonesia. Mungkin juga saudara-saudara yang hadir di sini juga memerlukan juga.

HADIRIN: Perlu diterangkan, kerana memang penting diterangkan.

A: Apakah tidak sebaiknya kita bersama-sama memeriksa di sini saja, kalau saudara menyetujui saya suruh ambilkan Al Quran lalu saya tunjukkan surat dan ayatnya sekali. Bagaimana, apakah sekarang juga.

B: Kalau Bapak hafal lebih baik sebutkan sekarang saja ayat-ayatnya, akan kami catat: lalu akan kami cocokkan di rumah dengan Al Quran kami. Tapi kalau bapak tidak hafal kami minta besok malam untuk menghemat waktu.

A: Insya Allah saya hafal ayat-ayatnya.

B: Baik, silakan bapak sebutkan, kami akan catat.

A: Saya akan sebutkan nama-nama surat dan nombor ayatnya, lalu saya akan beri keterangan dan saudara catat nama Surat dan nombor ayatnya yang sebut, lalu cocokkan lagi di rumah.
B: baik, kami setuju.

A: 1. Surat Al Baqarah, ayat 286.

"Kepada dirinya apa yang ia kerjakan, dan atas dirinya apa yang dia lakukan" Maksudnya, baik dan buruknya suatu perbuatan, harus ditanggung sendiri oleh yang mengerjakannya, tidak boleh dibebankan atas orang lain.”

2. Surat Al Baqarah, ayat 123.

"Dan Hendaknya kamu takut pada suatu hari (kiamat) tidak berkuasa seorang membebaskan sesuatu atas orang lain.”

Maksudnya, kelak di hari kiamat, seseorang tidak berkuasa menebus dosanya orang lain, dan pahala tidak diperbolehkan atas orang lain. Masing-masing harus menanggung sendiri perbuatannya baik maupun jahat.

3. Surat Al Ankabut, ayat 6,

"Siapa yang giat berusaha maka usahanya itu untuk dirinya sendiri."

4. Surat Yaasiin, ayat 54,

"Maka pada hari kiamat, tidak seorangpun akan teraniaya, dan kamu tidak akan dibalas, melainkan apa yang kamu sendiri telah kerjakan."

5. Surat Al Isra’ , ayat 15,

"Dan seseorang tidak berkuasa memikul dosanya orang lain."

6. Surat An Najm, ayat 38 dan 39,

"Bahawa seseorang tidak berkuasa menanggung dosanya orang lain dan sesungguhnya seorangpun tidak akan menerima pahala melainkan daripada perbuatannya sendiri."

7. Surat Luqman, ayat 33,

"Hai Manusia hendaklah kamu takut kepada suatu hari (kiamat) seorang bapa tidak berkuasa membebaskan anaknya (dari perbuatan anaknya), seorang anak tak akan berkuasa membebaskan perbuatan bapanya."

Ayat-ayat yang saya sebutkan di atas tadi jelas sekali menunjukkan bahawa seseorang tidak berkuasa menebus dosanya atau mengambil oper pahala orang lain. Jadi dalam Islam, tidak ada manusia yang berkuasa menebus dosa, atau seorang pejabat menebus dosa, perbuatan baik atau jahat harus ditanggung sendiri oleh yang mengerjakannya.
Saya kira sudah cukup ayat-ayat yang saya sebutkan, tetapi kalau saudara masih memerlukan, saya akan sebutkan lagi ayat-ayat yang lain.

B: Sudah cukup, dan kami sudah mengerti, akan tetapi kami pernah membaca sebuah kitab yang menyebutkan sebuah Hadist Nabi Muhammad, yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang menerangkan bahawa: "Mayat itu disiksa lantaran ditangisi oleh keluarganya". Berdasarkan Hadist tersebut bererti bahawa siksaan atas mayat itu, disebabkan perbuatan orang lain, bukan dari perbuatan dirinya sendiri. Mayat itu disiksa lantaran "perbuatan" tangisnya orang lain. Kami telah tanyakan kepada beberapa orang yang kami pandang mengerti tentang agama Islam, dan salah seorang guru agama Islam mengenal susunan Hadist tersebut memberikan jawapan bahawa hadist itu benar (sahih), oleh kerana yang meriwayatkan adalah Imam Bukhari dan Imam Muslim.

A: Hadist Nabi yang saudara bawakan itu susunannya demikian:

"Telah berkata Umar dan Ibnu Umar: Bersabda Nabi Muhammad SAW sesungguhnya mayat itu disiksa lantaran ditangisi oleh keluarganya.”
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Akan tetapi hakikatnya Hadist itu Tidak Sahih, oleh kerana berlawanan dengan ayat-ayat Al Quran. Walaupun oleh kerana saudara yang beragama Kristian, mungkin belum mengetahui tentang Hadist-hadist Sahih dan Hadist-hadist Palsu, maka agar saudara yang hadir di pertemuan ini dapat mengikuti juga, merasa perlu saya terangkan bahawa menurut kitab-kitab Ushul Fiqih dan kitab Musthalahul Hadist, yang disebut Hadist Nabi, bukan saja mesti sah riwayatnya malah mesti beres susunannya dan erti dari pada hadist itu HARUS tidak berlawanan dengan kitab Al Quran. Dalam riwayat Bukhari dan Muslim jelas diterangkan demikian. Maksud Hadist tersebut, tatkala hadist yang menerangkan bahawa mayat itu disiksa lantaran ditangisi oleh keluarganya, didengar oleh Siti Aisyah (Isteri Nabi), maka Siti Aisyah menolak kebenaran Hadist tersebut. Aisyah berkata: "Cukuplah buat kamu Ayat Al Quran; Dan tidak berkuasa seseorang menanggung dosa orang lain.”

B: Nah, kalau begitu pak kiyai, sekarang kami telah mengerti bahawa berdasarkan Kitab Bibel sendiri dan Kitab Al Qura’an pada hakikatnya dosa waris dan pahala waris itu tidak ada. Yakni setiap manusia menanggung sendiri dosanya, dan pahalanya menurut perbuatannya masing-masing. Ini adil namanya.

A: Ya, seharusnya begitu; sebagaimana tersebut dalam kitab Bibel dan Al Quran yang telah kita baca tadi. Akan tetapi supaya lebih jelas dan tambah meyakinkan saudara, silahkan saudara periksa di Injil: "Surat kiriman Rasul Paulus kepada orang Rum Pasal 2 ayat 5 dan 6.

B: Baik, surat dan ayat ini menyebutkan sebagai berikut: "Tetapi menurut degilmu dan hati yang tiada mau bertaubat, engkau menghimpunkan kemurkaan ke atas dirimu untuk hari murka dan kenyataan hukum Allah yang adil". "yang akan membalas ke atas tiap-tiap orang menurut perbuatan masing-masing"

A: Apakah di ayat ini Bibel menerangkan Dosa Waris.

B: Tidak, malah sebaliknya setiap orang akan dibalas menurut amalnya masing-masing.

A: Periksa lagi Matius pasal 16 ayat 27

B: Ayat ini menerangkan /menyebutkan: "Kerana anak manusia akan datang dengan kemuliaan Bapanya beserta dengan segala malaikatnya; pada masa itu Ia akan membalas kepada tiap orang menurut perbuatannya:

A: Apakah di ayat ini Bibel menerangkan Dosa Waris.

B: Tidak ada, menurut ayat ini perbuatan dosa dan perbuatan baik akan ditanggung sendiri, tidak boleh dibebankan atau diwariskan pada orang lain.

A: Jadi di Kitab Injil sendiri yang menyebutkan tidak adanya dosa waris.

B: Ya, dari mana asalnya ada sebutan dosa waris itu.

A: Apakah saudara masih memerlukan penjelasan lebih lanjut?

B: Sudah sangat jelas sekali.

A: Kalau begitu baiklah kita lanjutkan. Di ayat saudara bacakan tadi ada sebutan "Anak manusia". Bapanya silahkan saudara bacakan sekali lagi.

B: Baik, awal ayat tersebut menyebutkan: "Kerana Anak Manusia akan datang dengan kemuliaan Bapanya…"

A: bagaimana menurut pengertian saudara yang dimaksudkan dengan "Anak Manusia dan Bapanya"

B: Anak manusia itu tentulah Yesus, sedang Bapa ialah Tuhan.

A: Periksa lagi: "Surat kiriman yang kedua kepada orang Kristian " pasal 5 ayat 10

B: Baik ayat ini menyebutkan: " Kerana tak dapat tiada kita sekalian akan jadi nyata di hadapan kursi pengadilan Kristus, supaya tiap-tiap orang menerima balasan, sebagaimana yang telah dilakukan oleh tubuh itu, baik atau jahat"

A: Ayat Injil sendiri yang menyebutkan, bahawa setiap orang harus bertanggungjawab atas perbuatannya masing-masing, baik maupun buruk, tidak boleh dibebankan atau diwariskan kepada orang lain.

B: Berdasarkan ayat-ayat Bibel yang bapak tunjukkan bahawa perbuatan baik atau buruk seseorang tidak dapat diwariskan kepada orang lain. Oleh kerananya, kepercayaan saya kepada dosa waris itu mulai luntur.

A: Kalau begitu lantas bagaimana dosanya Adam dan Hawa, apakah dapat diwariskan kepada orang lain, tegasnya kepada anak cucunya.

B: Berdasarkan ayat Bibel tersebut di atas tentu tidak. Jadi dosa yang dilakukan oleh Adam dan Hawa, seharusnya ditanggung sendiri oleh keduanya, tidak boleh diwariskan kepada anak cucunya.

A: Dalam sejarah Agama Kristian kita kenal yang disebut: "biechten", ialah orang yang berbuat dosa, dan "de biechtafleggen", ialah orang yang meminta ampun atas kesalahannya , dan "Biecht-vader", ialah orang-orang yang diberi wewenang memberi ampun. Setiap orang merasa menyesal atas kesalahannya dapat menerima ampunan dengan jalan membeli selembar surat yang menyebutkan bahawa orang yang berdosa sudah diberi ampun atas dosanya. Surat ampunan itu disebut "Aflaat-brieven" atau Indulgences, yang ertinya kemurahan Tuhan.

B: Ya, saya menyedari soal itu, keterangan bapak memuaskan saya.



A: Bukan hanya demikian, akan tetapi Aflaat-brieven itu pada zaman dulu dipropaganda (gepredicht) di Negara Jerman oleh seorang rabib (nonnik) bernama "Tetzel" dalam tahun 1517 atas perintah Paus Leo, yang menjadi Paus pada tahun 1513-1521. Sebahagian dari pada hasil penjualan Aflaat-brieven itu digunakan untuk pendirian bangunan gereja "Saint Pieter Kerk" di kota Roma. Terlalu panjang kalau saya uraikan sejarah pemerintahan gereja di Eropah pada permulaan abad pertengahan.

B: Terima kasih, kita lanjutkan saja soal yang lain, sekarang sudah larut malam, lain kali kami akan datang lagi.


J 63 Kaupun berdosa seperti aku

ZANA seorang penyanyi di sebuah kelab malam. Memang pakaiannya mendedahkan aurat. Mula-mula rasa canggung dan ada rasa berdosa kerana memakai pakaian yang seksi, lama kelamaan dirinya tidak lagi dihantui rasa gelisah dan berdosa. Asalnya dia juga tidak pernah minum arak, namun lama kelamaan setelah mencuba sedikit dan melihat kawan-kawan serta pengunjung tidak merasa sesuatu negatif kerana minum arak, kini dia pula menjadi sebahagian orang yang biasa itu.

Semasa Hari Raya dia berkunjung ke rumah saudaranya. Kebetulan, di TV sewaktu itu ada menerangkan mengenai dosa meminum arak, maka hati Zana berdebar. Dia mengakui dirinya berdosa kerana meminum arak.

Zahid bekerja sebagai pegawai penguatkuasa undang-undang. Tugas utamanya menyebabkan dia bertemu dengan mereka yang didakwa bersalah dan disaman. Banyak antara orang itu yang mahu menyelesaikan masalah didakwa bersalah secara mudah. Mula-mula Zahid tidak menghiraukan desakan sebegitu. Lama kelamaan kerana desakan begitu kuat dan dia melihat beberapa rakan yang lebih ‘senior’ melakukan dan tidak terkena apa-apa kesan, maka dia mula memberanikan diri menerima habuan kecil. Awalnya rasa bersalah, tetapi rakan-rakannya memberi semangat dan menerangkan perbuatan itu bukan menerima rasuah sebaliknya hadiah dalam tugas.

Namun sebagai muslim ada ketikanya setelah solat, dia terkenang perbuatannya dan masih percaya apa yang dilakukan adalah dosa. Dosa menerima rasuah dan berhasrat mahu meninggalkannya suatu masa kelak.

Dua contoh di atas mengenai orang dengan tugasnya terdedah kepada dosa. Iblislah yang memujuk dan menjanjikan keindahan supaya manusia melanggar larangan Allah. Maksud firmah Allah dalam surah an-Nisa’:120

“Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka melainkan tipuan belaka.”

Penyanyi, penguat kuasa undang-undang, guru, peguam, peniaga, petani, jurutera, doktor dan lain-lain lagi terdedah kepada hasutan iblis agar melakukan dosa yang masih berkaitan dengan kerjayanya. Selalunya golongan agama yang menerangkan mengenai dosa-dosa itu. Mereka yang berdosa akan disaran bertaubat.

Adakah golongan agama atau ustaz itu tidak dapat ditembusi oleh hasutan iblis? Memang ustaz dan ulama tidak akan dihasut oleh iblis agar ke kelab malam, kedai judi dan rumah-rumah pelacuran. Iblis tahu golongan agama mempunyai kekuatan untuk menghindari maksiat berkenaan. Lalu, di mana iblis menyusup dan mendesak-desak orang agama berbuat dosa?

Sebagaimana iblis menyusup masuk dan mempengaruhi seseorang supaya melakukan dosa melalui kerjaya atau bidangnya, maka iblis juga masuk menggoda golongan agama melalui pegangan agamanya. Bagaimana iblis menghiasi dosa rasuah supaya tampak indah, maka iblis juga akan menghiasi dosa berbentuk agama supaya tampak indah juga.

Dosa yang dilakukan oleh golongan agama dan mereka sukar untuk menerimanya ialah bidaah. Bidaah ialah satu perbuatan baru dalam agama yang tidak ada contoh daripada Al Quran dan Sunah Nabi. Pembuatnya pula mencipta amalan itu dengan tujuan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah swt. Pembuatnya sedar, namun mereka berhujah mengenai baiknya amalan baru dalam agama, tentulah diterima Allah swt.

Dalam satu hadis yang popular mengenai bidaah diriwayatkan oleh Imam Muslim menerangkan bidaah sebagai perkara baru dalam agama, dan hal itu satu kesesatan.

Berikut sedikit petikan daripada kertas kerja Dr. Mohd Asri Zainal Abidin mengenai bidaah. Beliau mengutip pendapat Imam Abu Ishaq al-Syatibi rh (790H) dalam memberikan maksud bidaah. 

“Jalan yang direka dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.”

Imam Sufyan ats-Tsauri pula telah berkata :

"Bidaah itu lebih disukai iblis daripada kemaksiatan, sebab pelaku maksiat masih ingin bertaubat daripada kemaksiatannya, sedangkan pelaku bidaah tidak ada keinginan untuk bertaubat daripada amal bidaahnya."

Kaki rasuah, kaki judi, penzina, pencuri dan kaki arak tetap sedar perbuatan itu salah dan berdosa. Namun kaki bidaah tidak sedar perbuatannya salah seperti berjudi. Jika ada yang menegur perbuatannya sebagai bidaah, aktivis bidaah akan memberi hujah sebagai bidaah hasanah atau amalan baik juga. Jika tidak mampu berhujah, akhirnya mereka akan berkata bidaah adalah kes perselisihan antara ulama. Ertinya tiada lagi perbuatan yang dikatakan bidaah kerana dapat dibalut dengan bidaah hasanah dan khilafiah.

Pandangan masyarakat juga menyokong aktivis bidaah. Bagi mereka, tidak mungkin ustaz dan ulama melakukan dosa agama. Penghormatan tinggi kepada golongan agama dan sokongan masyarakat awam menyebabkan ketua-ketua kaki bidaah terasa lega. Hujah lain menguatkan pendirian kaki bidaah ialah majoriti golongan agama yang tidak menganggap amal-amal baru dalam agama sebagai bidaah dan berdosa.

Wallahu’aklam

J 62 TUJUH Perkara yang wajib kita ingati

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Dzar r.a. berkata: “Saya dipesan oleh junjunganku Nabi Muhammad SAW tujuh macam yang tidak sampai saya tinggalkan dan tidak akan saya tinggal semua itu iaitu:

·         Saya dipesan supaya suka kepada orang-orang miskin dan mendekati mereka.

·         Saya dipesan supaya selalu melihat kepada orang-orang yang di bawahku dan tidak melihat pada orang-orang yang di atasku.

·         Saya dipesan supaya tetap menghubungi kaum kerabat meskipun mereka jauh dan memutuskan hubungan.

·         Saya dipesan supaya memperbanyakkan membaca: Laa haula walaa quwwata illa billahi, kerana itu sebagai perbendaharaan kebaikan atau tabungannya.

·         Saya dipesan supaya jangan minta apapun dari sesama manusia.

·         Saya dipesan supaya jangan takut di dalam melaksanakan hukum Allah SWT dari cela (ejekan) orang-orang yang mengejek.

·         Saya dipesan supaya selalu berkata benar meskipun pahit dan berat.

Dan adanya Abu Dzar jika jatuh pecut dari tangannya sedang ia di atas kenderaannya, maka tidak suka minta tolong kepada orang untuk mengambilkannya.

http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/orangfakirmiskin.htm












































































J 61 Etika Diet Rasulullah SAW

Dalam Islam, Allah swt telah memilih Rasulullah SAW untuk menjadi model peranan kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia (makarimal akhlak). Di antara perbuatan Rasulullah saw yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah saw ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW.

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:

* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.

* Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.

* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.

* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.

* Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.

* Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.

* Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.

* Jangan makan buah bersama susu: – dalam erti kata lain koktel. Namun para saintis telah menemukan agar baik untuk menikmati khasiat susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur sedemikian baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan ketidakhadaman perut namun pengguna perlu memilih jenis jus susu kultur yang kurang kadar kemasamannya kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

* Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat, gandum atau roti.

* Rasulullah akan tidur sejam selepas makan tengahari.

* Rasulullah melarang manusia untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.

* Dalam Kitab al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu maka ia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan tersebut dengan makanan laut misalnya udang, ikan dan sotong. Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan darat dan makanan laut) tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama cuma ia mungkin membahayakan kesihatan.

* Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah untuk mendapat penyakit. Berikutan perkara sedemikian, para ilmuan nutrisi telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

* Al-Quran mengajar manusia untuk mandi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. (sekitar pukul 4.00 hingga 6.00 pagi). Dengan cara ini, air yang sejuk mampu meresap kedalam badan sekaligus mengurangi masalah penimbunan lemak. Buktinya kebanyakan orang yang mandi pagi tidak gemuk.

* Nabi melarang manusia makan dengan banyak dan melampau. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang.

* Nabi sentiasa mengamalkan meminum air dengan banyak, baginda meminta seseorang untuk sentiasa memenuhkan setengah ruang perutnya dengan air. Nabi juga mengamalkan minum air sejuk (bukan ais) yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Mujarabnya InsyAllah sukar untuk mendapat penyakit.

* Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan. Nabi melarang manusia untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang untuk diminum. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bakteria yang merbahaya kepada manusia.

* Rasulullah juga menyarankan untuk bersugi (memberus gigi) setiap kali untuk menunaikan solat. Rasulullah amat tidak menyukai kepada orang yang tidak bersugi setiap hari.

* Nabi juga turut meminta untuk berwuduk setiap kali ingin membuat perkara suci seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.

* Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan sebelum dan selepas makan dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air sedangkan dalam sesi menjamah makanan, minum air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Miminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian awet muda.

* Jangan disisakan sebutir nasi/bahan makananpun yang masih elok untuk dimakan, kerana makanan juga turut berzikir pada Allah SWT. Nabi bersabda yang bermaksud:

“Apabila salah seorang dari kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah ia membersihkan apa yang kotor darinya lalu memakannya, dan janganlah ia membiarkannya untuk (dimakan) syaitan.”
(Silsilah hadits-hadits Shahih) no. 1404).

* Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan berjamaah bersama keluarga, mahupun teman. Berkumpul untuk menjamahi hidangan dan makanan secara berjamaah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum Muslimin di samping akan mendapatkan keutamaan berdasarkan hadis berikut:

“Berjamaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut Nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu.”
(Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).

Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan ia berkata: Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang. Maka Rasulullah berkata:

Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.”

Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!”. Rasulullah berkata:

“Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”

* Sunnah Nabi Muhammad juga ada menyuruh untuk makan garam secuil sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secuil dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun kayu chopstick. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.

* Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga mengajar untuk kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan).

“Dan janganlah ia mengusap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.”
(Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).

Berkata Imam Nawawi, tentang makna kaliamat

“Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata:
“Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat.”
(Fathul Bari 9/578).

* Bagi menghindari diri dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita bersujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut dan sekaligus membekalkan oksigen pada kadar yang sesuai pada otak manusia.

* Nabi meminta umatnya untuk menjamah makanan dengan menggunakan Shahfah/Qash’ah (talam/dulang) dan diletakkan di atas hamparan.

Makan berjamaah di atas hamparan dengan menggunakan Shahfah merupakan salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti:

“tidaklah makan di atas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah.”
(Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dalam Syamail, sahih Bukhari no. 5386 dalam kitab Fathul Bari 9/532).

Ibnu Hajar berkata: “Guru kami berkata dalam (Syarah at-Tirmidzi): “Sukurrajah itu tidak digunakan kerana mereka (Rasulullah dan para sahabat) tidak pernah menggunakannya, sebab kebiasaan mereka makan bersama-sama (dengan Shahfa-pent) atau kerana makan dengan menggunakan sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang.
(Al-Fath 9/532).

* Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan keluarganya, memakan anjing dan keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun dan berbahaya. Islam juga melarang umat manusia untuk memaka najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya). Serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun adalah haram dalam Islam.

* Rasulullah melarang untuk manusia tidur sesudah subuh (sesudah solat subuh sekitar pukul 6.00pagi sehingga solat Dhuha dalam pukul 8.00 pagi) kerana rezeki yang berkat mula hadir ketika waktu tersebut. Rasulullah juga melarang untuk manusia tidur selepas solat Asar (dari sekitar pukul 4.00 ptg sehingga habis menunaikan solat Isyak sekitar pukul 8.00 dan 9.00 mlm).

* Rasulullah menggalakkan umat Islam untuk bangun menunaikan Qiyamullail bermula sekitar pukul 3.00 pagi hingga masuk waktu solat subuh).

* Islam mewajibkan penganutnya untuk berpuasa pada bulan Ramadan selama sebulan serta disunatkan berpuasa pada hari-hari yang disunatkan berpuasa bagi menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.

* Apabila berpuasa, makan sahur (sekurang-kurangnya meminum segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu subuh adalah diperlukan bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa). Manakala apabila berbuka puasa pada waktu sebelah Maghrib pula adalah perlu disegerakan dengan memakan manisan terlebih dahulu).

src : http://ms.wikipedia.org/wiki/Etika_Diet_Rasulullah
http://4ayesha.blogspot.com/2010/07/etika-diet-rasulullah-saw.html



Jumaat, 2 November 2012

J 60 Rahsia Penduduk Kota Suci Mekah Berusia Lebih Panjang

Firman Allah Taala yang bermaksud: 

“Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” 
(Surah Maa’idah: 97)

Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.“Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.

Di antara Kalam-kalam Allah Taala mengenai Mekah Pusat Bumi

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” 
(asy-Syura: 7)

Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.

Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.

Allah swt berfirman lagi yang bermaksud:

“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” 
(ar-Rahman: 33)

Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: 

“Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy, sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”

Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Mekah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)
Neil Amstrong membuktikan bahawa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.

Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Rasulullah SAW bersabda:
“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” 
(Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)

“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” 
(HR. Thabrani)

Wallahu’alam….