Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 22 Disember 2012

K 103 : KITA SERING MENZALIMI DIRI KITA

1- Tidak beribadah kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Kita menzalimi diri kita dengan meletakkan diri kita dalam murka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Apabila ALLAH SUBHANAHU WA TAALA murka kita dapat neraka, apabila dapat neraka, kita kena seksa, apabila kena seksa itu sebab kita menzalimi diri kita.

2- Tidak menyucikan diri dari hadas dengan sempurna.

Ini selalu orang pandang mudah, sebab apa, sebab perkara nampak mudah, secara zahirnya, apabila kita dalam hadas, kita terhalang dari melakukan ibadah. So, tak dikira zalimkah? 

3- Sentiasa menuturkan yang buruk dan nista.

Apabila kita hidup dalam kepuraan dan kenistaan, hati kita akan gelap, apabila gelap, susah untuk kita terima ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, apabila susah nak terima ilmu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, mulalah ibadah entah ke mana, ibadah tanpa ilmu bodoh, ilmu tanpa ibadah juga bodoh.

So, kita selayaknya fikir, jasad, hati, dan semua yang ada pada kita adalah amanah 
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, kita kena menjaganya dengan sebaik mungkin. Jangan sekali meletakkan diri kita ke dalam lembah derita akhirat, kerana itu adalah zalim, jika kita zalim kepada diri kita, tidak mustahil kita mampu menzalimi atas perkara yang lain. 

-Asyraf-





K 102 Nabi Muhammad saw Risau Akan Umatnya.








Tahu tak..??

Tahu tak, Nabi banyak menangis kerana risau pada umat, sedangkan kita banyak ketawa dengar rancangan kelakar...

Tahu tak, Nabi solat tahajjud sampai bengkak kaki, tapi kita main futsal/bola sampai patah kaki...

Tahu tak, Nabi selalu beriktikaf di masjid, kerana duduk dalam suasana iman dan amal di masjid, maka hati dan akhlak akan terbentuk...

Tahu tak, Nabi suka tolong isteri memasak, sehinggakan bila sorang sahabat bagi salam di rumah Nabi, maka Nabi telah keluar dalam keadaan lengan bersingsing, dan debu tepung memutih di tangan baginda...

Tahu tak, jika andai kata setiap langkah Nabi berjalan akan tumbuh rumput, maka seluruh Mekah dan Madinah akan dipenuhi rumput kerana Nabi selalu berdakwah lorong ke lorong, pintu ke pintu, kabilah ke kabilah, hati ke hati, sedang kita berarak setahun sekali hari ni, nak banding amalan dakwah Nabi, masih jauh seperti langit dan bumi.

ALLAHU AKHBAR... :



K 101 Selawat kepada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM

Pernah tak dalam hidup kita, kita duduk sorang-sorang pastu bibir kita ucap 
"Allahuma solli a'la saiyidina muhammad wa'la ali saiyidina muhammad." lepas tu tiba-tiba airmata kita bercucuran keluar, kerana rindukan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, pernah tak?
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM sentiasa rindu pada kita, tapi kita makin lama makin jauh sama baginda SAW, artis-artis dijadikan idola, diagung-agungkan.. tapi RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM kita letak jauh dalam hidup. Tahu tak setiap kali baginda teringatkan umatnya, bercucuran airmatanya yang keluar. Rindunya RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM pada kita. AllahuRabbi, terkadang diri ini rasa bersalah juga.


K 100 Kasih seorang ayah



Salam, suatu perkongsian yang mengharukan, Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibulah yang lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!", tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau?

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"  Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah dipercayai, ayahpun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.
Di saat kita memerlukan itu ini, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi, tanpa menolak, beliau memenuhinya. Saat kamu berjaya. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah. Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya. Dan akhirnya, saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangannya, ayahpun tersenyum bahagia.
Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik. Bahagiakanlah putera puteri kecilku yang manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang utk menjengok. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.

(Sebarkan jika kita sayang kepada ayah kita) * mungkin ramai yang tidak kisah akan kasih sayang seorang ayah ataupun redhanya... saat kita exam, adakah kita akan meminta ayah mendoakan kita. Kebanyakannya akan meminta doa seorang ibu.
*sedalam dalam hati ayah, ada perasaan mahu melakukan yang terbaik untuk ahli keluarganya.
*answer me, siapa lelaki terbaik yang pernah hidup dalam hidup kalian? Yang sanggup berkorban duit, sanggup melukakan dirinya untuk kalian...

K 99 Pilih Calun Suami.



Bila datang lelaki yang comel agamanya.. Bukan dia ustaz, bukan tok guru, bukan ulama, hanya orang biasa, tetapi solat 5 waktu, tak makan haram, tutup aurat dan ada orang ajar di surau..

Dia pergi walaupun seminggu dua kali, dah dikira baik pada agama. Kahwinkan segera dengan lelaki baik seperti itu, walaupun jalan kaki, naik motor..tak ada kereta kerana rezeki di tangan
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA bukan di tangan manusia..


- (Ustaz Azhar Idrus)




K 98 DILEMA WANITA ISLAM HARI INI..

"She covered and she looks beautiful.." "Dia pakai je tudung tapi stylo pulak tu.." "Perlu ke pakai labuh-labuh?" "Kaki tak ada orang "usha', so tak pakai stokin pun takpe.." "Dah tutup kulit ni, mana ada aurat dah.." "Nak jadi muslimah yang bergaya..tak boleh ke?"

>>> Hendak jadi muslimah bergaya?? Bagaimana hendak terangkan? Al Quran kan ada..:)

Firman 
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA : 

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
(Surah Al-Ahzab : 59)

"Barangsiapa yang memakai PAKAIAN yang menjolok mata, maka 
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan memberikan pakaian KEHINAAN di akhirat nanti."


(H.R Ahmad, Abu Daud, An Nasa'i dan Ibn Majah)



K 97 : SEKADAR TUDUNG

‎"Dia tu pakai jer tudung atas tapi buka bawah....!!!" Astagfirullah....

Wanita itu memang bertudung tetapi berbuat dosa maksiat.
Jangan dikeji dia bertudung, tudung itu tak salah tetapi yang salah itu adalah kesalahan akhlaknya maka tegurlah perbuatan maksiatnya, itu baru betul... tudung itu sekadar kain seperti baju dan seluar juga. Kenapa kerana tudung kita terus kecam pemakai tudung. Kenapa tak cakap : dia pakai jer baju tapi buat maksiat.." sama juga cuma tudung di atas kepala...
bersangka baiklah dalam menegur keburukan orang...sebaliknya berDoa sahaja padaNya..moga Allah SWT memberi hidayah buat saya, anda dan kita semua..in sya Allah 



Khamis, 20 Disember 2012

K 96 Semuanya Pinjaman.


Manusia, tak malu keeerrr? Badan tu pinjaman daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, dah elok bersih ALLAH SUBHANAHU WA TAALA bagi dari kecik kenapa nak conteng? Mata tu pinjaman dari ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kenapa tak digunakan ke jalan yang benar, kenapa tak malu pegi tengok benda yang haram?
Telinga tu pinjaman dari
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, kenapa suka sangat mendengar sesuatu yang tak berfaedah?

Lidah tu pinjaman dari ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, kenapa sesuka hati nak sebut sesuatu yang haram, merasa yang haram?

Rambut tu pinjaman dari ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, kenapa sibuk nak kalerfulkan dia, sebab ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dah bagi warna yang cantik kat rambut kita? Anggota badan kita semuanya pinjaman, kenapa kita nak ubah kepunyaanNya?

Tak malu ke? Kita pinjam pandai la kita guna, korang nak ke orang pinjam barang korang yang dulunya memang sempurna, pastu kita dapat balik dah hancur, korang nak ke? Sedarlah, apa yang ada kat kita sekarang hanyalah pinjaman, bila bila masa
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA boleh tarik kalau Dia nak.








K 95 SEPULUH Masa dan tempat disunatkan berselawat kepada Nabi SAW.



1- Sesudah laungan azan.

2- Ketika hendak masuk dan keluar daripada masjid.

3- Dalam solat jenazah.

4- Dalam takbir hari raya.

5- Dalam tahiyat ketika solat.

6- Pada awal dan akhir doa.

7- Pada hari jumaat sama ada malam atau  siang.

8-Dalam khutbah dan doa qunut.

9- Ketika orang lain menyebut nama Rasulullah SAW.

10- Pada pagi dan petang, majlis ceramah, ketika sakit dan sebagainya.

Rujukan :

Kitab Indahnya hidup bersyariat. M/S : 269.


K 94 ; BERJALAN KE MASJID YANG MENDAPAT CAHAYA ILAHI

Berjalan ke masjid yang mendapat cahaya ILAHI : 

Mafhum hadis :

“Mereka yang berjalan ke masjid semasa di dunia dalam keadaan gelap akan mendapat cahaya daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA semasa di Akhirat nanti.”

(Sanad dan riwayat hadis…)

Rujukan :

http://www.twbh.com/files/cards/cards/card4034.jpg






K 93 LIMA Perkara yang menyinari kehidupan seorang muslim.

1- Solat.

2- Al-Quran.

3- Sedekah.

4- Puasa.

5- Zikir.

Rujukan :
http://www.twbh.com/files/cards/cards/card4034.jpg



K 92 Dosa kecil berubah menjadi dosa besar.

Dosa kecil berubah menjadi dosa besar :

Jika sentiasa melakukan dosa kecil, lama kelamaan ianya akan menjadi dosa besar.




K 91 Malu kepada Allah SWT apabila melakukan maksiat.

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud : 

“Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa ALLAH tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).”

(Surah 41  FUSHSHILAT : ayat 22)



Selasa, 18 Disember 2012

K 90 Apabila berlaku kiamat, Allah SWT akan menggenggam bumi.

Mafhum Hadis :

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan menggenggam bumi apabila ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mengistiharkan kiamat dan semua apa yang ada di langit akan berada di Tangan Kanan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.”
(Sanad dan riwayat hadis…)

Nota :
SubhanALLAH dan Maha berkuasa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA terhadap semua negara-negara di dunia dan  semua kerajaan serta semua kementerian yang menentang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA begitu juga dengan ulama yang menjual/menggadai agama dengan nilai dunia.

Rujukan:

http://www.twbh.com/files/cards/cards/card4068.jpg




K 89 TERNYATA DIA AYAHKU!!

Suatu petang, di Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, penguasa penjara yang terkenal bengis, sedang memeriksa setiap kamar tahanan.

Apabila beliau melalui setiap sel, kesemua banduan penjara terus membongkokkan badan mereka serendah-rendahnya ketika penguasa penjara itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu boot keras milik tuan Roberto itu akan mendarat di wajah mereka. Ketika melalui satu sel, telinga Roberto terdengar suara seseorang sedang mengalunkan ayat-ayat yang amat ia benci apabila mendengarnya “Hai orang tua bodoh… hentikan bacaanmu itu yang sungguh menjengkelkan.. Hentikan… !” Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata. Namun apa yang terjadi? Lelaki dikamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyuknya.

Roberto bertambah berang. Pemimpin penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk seorang. Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang kelihatan sangat kurus kering dan kulit yang berkedut sehingga menampakkan rangka tulang dibadannya. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib… Tak terdengar secuitpun keluh kesakitan. Bibir yang pucat kering milik sang tahanan terus melaungkan kata Ya Rabbi, wa ana abduka… Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, “Bersabarlah wahai ustaz… InsyaAllah tempatmu di Syurga.”

Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, penguasa penjara itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai. “Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan *** Anda telah membuat aku benci dan geram dengan suara-suara yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akanku bunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami.” Mendengar “khutbah” itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap,

“Sungguh… aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amatku cintai, iaitu Allah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan kerana akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia yang terkutuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh.”
Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu milik Roberto terus mendarat di wajah lelaki tua itu. Tendangan sepatu yang kuat kemuka lelaki tua itu menyebabkan beliau terhuyung hayang. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah buku kecil. Adolf Roberto terus memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat. “Berikan buku itu, hai lelaki tua yang bodoh!” bentak Roberto. “Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!” ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto. Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu boot seberat dua kilogram itu terus menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah. Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati.

Namun tidak demikian bagi Roberto. Lelaki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan penguasa penjara itu merasa lebih puas lagi ketika melihat titisan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur. Setelah tangan tua itu tidak lagi berdaya diangkat, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Beliau seakan terpaku melihat buku dan termenung seketika seperti memikirkan sesuatu. “Ah… seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini.”

Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan “aneh” dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol. Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis pemuda kejam itu kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak.

Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto. Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di tempat para tawanan menjalani hukuman (tempat penyiksaan kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia. Di hujung kiri kawasan penyiksaan tersebut, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka yang mati tergantung terbuai-buai ditiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara.

Sementara, di kawasan tengah, ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang, hanya kerana tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para penceroboh. Seorang kanak-kanak lelaki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di kawasan hukuman telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak-kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak-kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menarik-narik pakaian yang dipakai oleh sang ummi. Sang anak itu berkata dengan suara parau, “Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa… .? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi… “

Budak kecil itu akhirnya menangis semakin kuat, ketika sang ummi tidak jua menyahut ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat. Untuk pulang ke rumahpun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil ayahnya, “Abi… Abi… Abi… ” Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam. “Hai… siapa kamu?” jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut. “Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi… ” jawabnya memohon belas kasih. “Hah… siapa namamu budak, cuba ulangi!” bentak salah seorang dari mereka. “Saya Ahmad Izzah… ” dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba “Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil. “Hai budak! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu.

Sekarangku tukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang Adolf Roberto… Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akanku bunuh!” ancam lelaki itu.” Tubuh budak itu mengigil ketakutan sambil berjuraian airmatanya kerana terlalu sedih kerana diperlakukan sebegitu.

Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar dari kawasan tempat penyiksaan tawanan Akhirnya budak yang comel itu hidup bersama mereka. Tiba-tiba Roberto tersedar dari menungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat lelaki itu. Ketika ia menemukan sebuah tanda hitam ia berteriak histeria, “Abi… Abi… Abi… ” Iapun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahawa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai tanda hitam pada bahagian pusat.

Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini. Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, “Abi… aku masih ingat alif, ba, ta, tha… ” Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya.

Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada titisan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya. “Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu… ” Terdengar suara Roberto meraung sambil memeluk erat bapanya.

Sang ustaz yang telah uzur itu terpaksa menghela nafasnya berkali-kali sebelum dapat berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah SWT.

Sang ayah dengan susah payah masih boleh berucap. “Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahawa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu,” Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah “Asyahadu anla IllaahailALlah, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah… . Beliau pergi dengan menemui Ar-Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang di bumi yang fana ini.
Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya…
Subhanallah…
Sumber : zai6973.blogspot.com/


K 88 Nama mereka yang hadir adalah dalam senarai Allah SWT.

Nama mereka yang hadir adalah dalam senarai Allah SWT :

ISTAWUU… (LURUSKAN SHAF)
Ada satu kisah di Saluran TV Majd beberapa tahun silam, nama program acaranya “Satu Keluarga”.

Adalah Dr Yahya sebagai Da’i / Penceramahnya kala itu, dengan lantang ia mengatakan bahawa umat Muslim itu memang tidak pernah teratur, yang diperlukan umat Muslim adalah satu keyakinan untuk dapat melakukan suatu aksi.

Lantas beliaupun menceritakan satu kisah seseorang Amerika Non-Muslim yang memperbincangkan tentang Islam seraya menyaksikan sebuah program Live (siaran langsung) di sebuah channel lain.

Orang Amerika tersebut sangat kagum dengan dengan kerumunan orang-orang di Masjidil Haram, ada lebih dari (+)3,000,000 orang pada waktu itu yang berkumpul untuk solat Isyak di malam terakhir Bulan Ramadan.

Kondisinya sangat ramai dengan kerumunan orang-orang yang saling hilir mudik tidak beraturan.


► Lalu Da’i tersebut bertanya kepada orang Amerika tadi :

["How long do you think they’ll take to organize themselves in rows & start the Solat ?"]

["كم من آلوقت يحتـآج هؤلآء لكي يكونوا في صفوف منظمة في رآيك؟"]

["Menurut anda, berapa lama waktu yang diperlukan supaya orang orang itu boleh baris dengan rapi ?"]

► Dan orang Amerika itupun menjawab :
["at least 2-3 hours."]

[".سـآعتين آلى ثـلآث سـآعآت"]

["Dua sampai tiga jam."]

► Dan Da’i tadi menyatakan :

["but the masjid (Haram) of Kaaba is 4 floors."]

["آن الحرم آربعة آدوآر"]

["Itu Masjidil Haram punya 4 tingkat."]

► Si Amerika pun menjawab :

["Oh, this's will make it about 12 hours then."]

["!إذن 12 سـآعه"]

["Kalau begitu perlu waktu dua belas jam."]

► Sang Da’ipun kembali menjelaskan :

["put in your mind that they are from countries all over the world with different languages."]

["آنهُم مختلفوا آللغـآت"]

["Mereka yang kamu lihat di TV itu datang dari negara berbeza & juga berbeza bahasa antara satu dengan yang lainnya."]

► Kembali orang Amerika itu menyanggah :


["THEN IT's IMPOSSIBLE TO ORGANIZE THEM BY ANY MEANS!!"]

["!!هؤلآء لآ يُمكن آصطفافهُم"]

["Wah, kalau begitu mereka sama sekali tidak mungkin boleh berbaris."]
Akhirnya waktu solat itupun tiba dengan tanda bunyinya suara Iqamah.
Tampak Sheikh Abdur-Rahman as-Sudais [imam besar Masjidil Haram] berdiri di posisi paling depan seraya berkata :

“Istawuu / آستوو / arrange yourselves”

Yang ertinya “Luruskanlah shaf / barisan kalian masing-masing”.
Maka berdirilah jutaan jamaah tersebut dalam shaf-shaf / barisan yang tersusun menjadi rapi dan memerlukan waktu tidak lebih dari dua minit.
Lihatlah betapa agungnya agama ini, dengan memiliki sistemnya sendiri.
Si Amerika tadi terperanjat dengan argumennya sendiri yang dipatahkan oleh kenyataan yang ada di depannya.

Dipandanginya layar TV sejenak, dan kemudian ia mengucapkan :

“أشهد ان لا اله الا الله و اشهد ان محمدا رسول الله”

many thanks to my brother MA Tamimi for sharing the story

رضيت بالله رباً وبالإسلام ديناً وبمحمد صلى الله عليه وسلم نبياً ورسولا

NOTE :
1) Bagi yang belum pernah berkunjung ke Baitullaah, harap diperhatikan, gambar diatas hanyalah sekedar ilustrasi saja,

2) sedangkan kebiasaan khas Sang Sheikh dalam memimpin jemaah dengan mengucapkan “Istawuu” dapat juga disaksikan pada video-video yang lain saat beliau memimpin solat berjamaah di Masjidil Haram.

Rujukan :
http://www.facebook.com/pages/Strawberry/327342750179


K 87 TIGA Tempat membuat kita lupa pada anak dan isteri.

Pada suatu hari, tiba-tiba saja ‘Aisyah isteri NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menangis. Nabipun bertanya padanya : “Duhai ‘Aisyah, apa gerangan yang membuatmu menangis?” “Aku mengingat neraka maka aku menangis. Wahai RASULULLAH, apakah engkau akan mengingat keluargamu pada hari kiamat nanti?” kata ‘Aisyah. Nabi menjawab : 

“Adapun pada tiga tempat, maka tidak ada seorangpun yang dapat mengingat orang lain, Pertama, pada saat buku catatan amal berterbangan ( mendatangi pemiliknya ). Tidak ada seorangpun yang tahu, apakah buku catatan amal mereka akan datang dari sebelah kanan atau sebelah kiri. Setiap orang menunggu-nunggu lembaran amal dan hasil kehidupan dunianya. Ia tidak tahu keselamatankah yang ia dapat atau kebinasaan. Ia tidak tahu apakah jalan yang akan ditempuhnya berakhir di syurga atau di neraka. Dan dalam keadaan seperti itu, setiap orang akan sibuk dengan dirinya sendiri. Akan sibuk memikirkan dosa yang ia perbuat Kedua, ketika timbangan amal diletakkan untuk mengetahui mana yang ringan dan mana yang berat. “Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawipun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan.”
(Surah 21  AL ANBIYAA'  : 47 )

“Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: “Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun.”
(Surah 18  AL KAHFI : 49 )

"Ketiga, pada saat melewati jembatan ( shirath ). Tidak ada seorangpun yang mengetahui, apakah ia akan berhasil melewatinya atau ia akan terjatuh dan gagal melewatinya. Dan jembatan itu…yah, jembatan itu adalah jembatan yang dibentangkan di atas punggung neraka jahannam…semua orang akan melewatinya…dari manusia pertama hingga manusia terakhir yang hidup di dunia…”
( Ibnaty Al Habibah, hal.30 )

Kalau demikian adanya, pantaslah ‘Aisyah – radhiallahu ‘anha- sang isteri Nabi, puteri Ash Shiddiq, dan ummul mukminin itu menangis…dan ia memang harus menangisi kengerian perjalanan negeri akhirat itu. Lalu bagaimana dengan kita? 

Haruskah kitapun menangis?

Setiap kita tentu tahu jawapannya.
.
Rujukan:
http://www.facebook.com/pages/Islamic-Knowledge/261290240605264