Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 24 Disember 2013

O 30 : KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA...

- Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.
- Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.
- Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.
- Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.
- Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.
- Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.
Oleh itu para suami.....
1. peluklah isteri
2. belai lembut rambutnya
3. sentuh wajahnya
4. gosok lembut lengannya
5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6. gosok lembut punggungnya
7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.
Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.




O 29 : PENGHUNI NERAKA RAMAI PEREMPUAN, KENAPA?

Boleh dikatakan para wanita generasi kini kebanyakan darinya sudah kehilangan dara, dan purata pernah menjalinkan hubungan seks pada seawal usia 16 tahun tapi hantaran kahwin nak mahal-mahal..kerana apa? Kerana golongan ini begitu lemah akidahnya, mudah terpengaruh, menyukai perkara-perkara yang melalaikan hiburan dan lagha, tidak menjaga auratnya, yang bertudung pula tapi melakukan maksiat, wanita paling senang ke syurga tapi paling ramai yang akan menjadi penghuni neraka kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.”
(Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim) :

“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.”
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bonggol unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.”

nauzubilah, bangkitlah wanita akhir zaman!





O 28 : FADHILAH SEDEKAH

"Tidak akan pernah berkurang harta yang di sedekahkan kecuali ia bertambah bertambah-bertambah."
(HR At-Tirmidzi)

"Siapa yang memberi pinjaman kepada ALLAH dengan pinjaman yang baik, maka ALLAH akan melipat gandakan balasannya dan baginya pahala yang mulia."
(QS. Al-Hadid [57]:11)

"Janganlah kamu takut kepada kemiskinan kerana membelanjakan harta di jalan ALLAH SWT.."
(QS. Al-Baqarah [2]:245)

"Kamu tidak akan memperoleh kebajikan (yang sempurna) sehingga kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai."
(QS. Ali Imran [3] :92)

"Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan ALLAH SWT, maka di antara kamu ada yang kikir dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri dan ALLAH-lah yang maha kaya sedangkan kamulah orang-orang yang memerlukankanNYA."
(QS. Muhammad [47]: 38)

"Dan ALLAH sentiasa memberi pertolongan kepada hamba-Nya, selama ia menolong saudaranya..."
(HR. Muslim)

Perbanyaklah sedekah, kerana di dalamnya terdapat Khasiat :
- Menyembuhkan penyakit
- Melapangkan rezeki
- Menjauhkan dari segala masalah dan kesulitan
- Diselamatkan dari berbagai keburukan
- Menenangkan hati dan jiwa.
Semoga kita semua menjadi ahli sedekah.

Aamiin Ya Robbal'alamin.





O 27 : MENGAPA ORANG YANG BERTENGKAR SELALU BERTEMPIK

Mengapa orang yang berselisih selalu berteriak dan mengeraskan suara satu sama lain padahal keduanya berada dalam jarak yang dekat?
Itu disebabkan ada jarak yang jauh yang memisahkan hati keduanya sehingga mereka meninggikan suara.
Perhatikanlah keadaan 2 orang yang saling menyayangi dan mencintai, ketika berbicara mereka hanya berbisik bahkan tanpa kata-kata hanya dengan pandangan mata.
Itu disebabkan jarak di antara kedua hati amat sangat dekat.
Sejatinya pendengaran dan penglihatan ada di hati.
SubhanAllah.!!







O 26 : NASIHAT KUBUR

1. Aku adalah tempat paling gelap, maka terangilah aku dengan tahajjud,
2. Aku adalah tempat paling sempit maka luaskanlah aku dengan silaturahmi,
3. Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca al Quran,
4. Aku adalah tempatnya binatang binatang yang menjijikkan maka racunilah ia dengan amal sedekah,

5. Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyak mengucapkan "Laa ilaaha ilallah."





O 25 : SIAPA YANG BERHAJAT

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tak 'berhajat' pada kita. Kita yang 'berhajat' pada Dia. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tak 'meminta' pada kita. Kita yang 'meminta' pada Dia. Janganlah sombong.





O 24 : SOLAT TAHAJUDNYA SUAMI ISTERI

Di suatu sepertiga malam yang akhir.
Isteri: "Abi ... Abi ... bangun bii ... ini sudah waktunya solat tahajjud", kata isteri sambil membangunkan suaminya.
Suami: "Hmmm bentar ..." sambil memalingkan badannya dari hadapan isterinya.
Isteri: "Hayo mahu dicium apa jewer nih?"
Suami: "Cium dong sayang, Yukk kita ambil wuduk terus solat mii.."
Merakapun beranjak keluar dari kamarnya untuk mengambil air wuduk setelah itu mereka menunaikan solat tahajud.
Hari yang lain di waktu sepertiga malam yang akhir.
Suami: "Ummiku sayang bagun yuk, solat tahajud". kata suami pada isterinya yang sedang tidur.
Isteri: "Abi duluan aja deh ambil air wuduknya."kata isteri sambil menarik selimut.
Suamii: "Hayo minta di kelitik-keliitik atau gendong nih?"
Isteri: "Baguniiiin,gendooong."kata isteri dengan manjanya.
Mereka pun akhirnya beranjak keluar dari kamar untuk mengambil air wuduk setelah itu mereka menunaikan solat tahajjud dan merekapun mendapatkan rahmat dan ampunan dari Rabbnya.
Subhanallah..
Semoga yang membaca dan membagikan Status ini mendapatkan Jodoh yang Setia Sholeh/Sholehah.
Aamiin Ya Rabbal'alamin.

Baca Yuk : "Salah satu tanda terbesar mendekatnya hari kiamat adalah HANCURNYA KAABAH."




O 23 : DUA BELAS CIRI GOLONGAN YANG SELAMAT DARI AZAB ALLAH SWT

1. Golongan yang selamat ialah golongan yang setia berpegang teguh kepada manhaj RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM dalam hidupnya, dan manhaj para sahabat sesudahnya.

Iaitu al Quran yang diturunkan kepada RasulNya, yang beliau jelaskan kepada para sahabatnya dalam hadis-hadis sahih. Beliau memerintahkan umat Islam berpegang teguh kepada keduanya,

Aku tinggalkan dua perkara, kalian tidak akan tersesat apabila (berpegang teguh) kepada keduanya, iaitu Kitabullah dan Sunnahku. Tidak akan berpecah sehingga keduanya menghantarku ke telaga(Syurga). 
(HR. at-Tirmidzi)

2. Golongan yang selamat akan kembali (merujuk) kepada firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan sabda RasulNya ketika terjadi perselisihan dan pertentangan di antara mereka, sebagai realisasi dari firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA,

Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada ALLAH (al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada ALLAH dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” 
(Surah 4  AN NISAA' : 59)

Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya. 
(Surah 4  AN NISAA' : 65)

3. Golongan yang selamat tidak mendahulukan perkataan manusia atas firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan sabda RasulNya, sebagaimana firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului ALLAH dan RasulNya dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 
(Surah 49  AL HUJURAAT : 1)

Ibnu Abbas berkata, “Aku mengira mereka akan binasa. Aku mengatakan,‘ NABI SALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda,’ sedangkan mereka mengatakan, ‘Abu Bakar dan Umar berkata.’ 
(HR. Ahmad dan Ibnu Abdil Barr).

4. Golongan yang selamat sentiasa menjaga kemurnian tauhid

MengEsakan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam beribadah, berdoa dan memohon pertolongan, menyembelih korban, bernazar, tawakal, memutuskan segala perkara dengan hukum perintah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan berbagai bentuk ibadah yang lain, yang semuanya ini menjadi dasar bagi tertegaknya Daulah Islamiyah yang benar. Menjauhi dan membasmi segala bentuk syirik dan segala simbul-simbulnya, sebab perkara itu adalah konsekuensi tauhid. Sesungguhnya suatu golongan tidak akan mencapai kemenangan jika meremehkan masalah tauhid dan tidak membenteras syirik dengan segala bentuknya. Perkara-perkara di atas adalah contoh teladan dari Para Rasul dan Rasul kita MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM.

5. Golongan yang selamat senang menghidupkan sunnah-sunnah RASULULLAH dalam ibadah, perilaku dan dalam segenap hidup.

Keadaan ini menjadikan mereka orang-orang asing di tengah kaumnya, sebagaimana sabda NABI SALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM: 

Sesungguhnya Islam pada permulaannya asing dan akan kembali menjadi asing seperti [ada permulaannya. Maka beruntung besarlah bagi orang-orang yang asing.
(HR.Muslim)

Dalam riwayat lain oleh Abu Amr ad-Dani, disebutkan: 

Dan beruntung besarlah bagi orang-orang yang asing, iaitu orang-orang yang (tetap) berbuat baik ketika manusia sudah rosak.

6. Golongan yang selamat tidak fanatik kecuali kepada Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan Sabda RasulNya yang ma’sum, yang berbicara tidak berdasarkan hawa nafsu.

Manakala manusia yang lain, betapa tinggi darjatnya sekalipun, tidak terlepas dari melakukan kesalahan, sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam:

Setiap manusia (pernah) melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat.
( HR. Imam Ahmad. Hadis hasan)

Imam Malik berkata, “Tidak seorangpun sesudah NABI SALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM melainkan ucapannya diambil atau ditinggalkan (ditolak) kecuali NABI SALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM (yang ucapannya selalu diambil dan diterima).

7. Golongan yang Selamat adalah para ahli hadis.

Tentang mereka RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda,

Sentiasa ada segolongan dari umatku yang memperjuangkan kebenaran, tidak membahayakan mereka orang yang menghina mereka sehingga datang keputusan ALLAH. 
(HR. Muslim)

Seorang penyair berkata, “Ahli hadis itu, merekalah ahli (keluarga) NABI SALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM, walaupun mereka tidak bersama dengan NABI SALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM tetapi jiwa rnereka bersama dengannya.”

8. Golongan yang Selamat menghormati para imam mujtahidin, tidak fanatik terhadap salah seorang di antara mereka.

Golongan Yang Selamat mengambil fiqih (pemahaman hukum-hukum Islam) dari al Quran, hadis-hadis yang sahih dan pendapat-pendapat imam mujtahidin yang sejalan dengan hadis sahih. Hal ini sesuai dengan wasiat mereka, yang menganjurkan agar para pengikutnya mengambil hadis sahih, dan meninggalkan setiap pendapat mereka yang bertentangan dengannya.

9. Golongan yang Selamat menyeru kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.

Mereka melarang segala jalan ke arah melakukan bidaah dan puak-puak yang menghancurkan dan memecah-belah umat, berbuat bidaah dalam hal agama dan menjauhi sunnah RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM dan para sahabatnya.

10. Golongan yang Selamat mengajak seluruh umat Islam agar berpegang teguh kepada sunnah RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM dan para sahabatnya.

Agar mereka mendapat pertolongan dan memasuki Syurga atas anugerah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan memperolehi syafaat RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM dengan izin ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

11. Golongan yang Selamat mengingkari peraturan dan perundangan-perundangan yang dibuat oleh manusia jika bertentangan dengan ajaran Islam.

Golongan yang Selamat mengajak manusia berhukum dengan al Quran yang diturunkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA untuk kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang menciptakan manusia dan ALLAH Maha Mengetahui sesuatu yang lebih baik bagi mereka. Hukum-hukumNya abadi sepanjang masa, sesuai dan relevan bagi penghuni bumi sepanjang zaman. Kesengsaraan dunia, kemerosotan, dan kemundurannya, khususnya dunia lslam, adalah kerana mereka meninggalkan hukum-hukum al Quran dan sunnah RASULULLAH ﷺ. Umat Islam tidak akan berjaya kecuali dengan kembali kepada ajaran-ajaran Islam, baik secara peribadi, masyarakat mahupun secara pemerintahan, sebagai realisasi dari firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud:

Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” 
(Surah 13  AR RA'D : 11)

12. Golongan yang Selamat mengajak seluruh umat Islam berjihad di jalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Jihad adalah wajib bagi setiap muslim sesuai dengan kekuatan dan kemampuannya. Jihad dapat dilakukan dengan cara:

1. Jihad dengan lisan dan tulisan, iaitu mengajak umat Islam dan umat lainnya agar berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sahih, tauhid yang murni dan bersih dari syirik yang ternyata banyak terdapat di negara-negara Islam. RASULULULLAH  menerangkan hal yang akan menimpa umat Islam ini dalam sabdanya:

Hari kiamat belum akan tiba, sehingga kelompok-kelompok dari umatku mengikuti orang-orang musyrik dan sehingga kelompok-kelompok dari umatku menyembah berhala-berhala. 
(HR. Abu Daud)

2. Jihad dengan harta, iaitu membelanjakan harta untuk menyebar dan meluaskan ajaran Islam, penulisan dakwah yang mengajak ke jalan yang benar, memberi bimbingan kepada mereka yang masih lemah imannya agar tetap teguh dalam agama ini, memberi bekalan dan keperluan kepada para mujahidin baik berupa makanan, pakaian, kelengkapan perang dan lain-lain yang diperlukan.

3. Jihad dengan jiwa, iaitu menyertai di medan peperangan untuk kemenangan Islam.
Sabda RASULULLAH 

Perangilah orang-orang musyrik itu dengan harta, jiwa dan lisanmu.” 
(HR. Abu Daud)

Hukum jihad di jalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA adalah seperti berikut:

1. Fardhu ‘ain – seperti menentang musuh-musuh yang menceroboh atau melakukan agresi ke beberapa negara Islam adalah wajib, sama ada dengan harta atau jiwa.

2. Fardhu kifayah – jika sebahagian umat Islam telah ada yang melakukannya maka sebahagian yang lain kewajipannya menjadi gugur.

BAHAGIAN 3 – CIRI-CIRI GOLONGAN YANG SELAMAT

1. Golongan yang selamat jumlah sangat sedikit di tengah ramainya umat manusia. RASULULLAH  bersabda: 

Keuntungan besar bagi orang-orang yang asing, iaitu orang-orang soleh dilingkungan orang ramai yang berperangai buruk, orang yang menderhakai mereka lebih ramai dari yang mentaati mereka.”
(HR. Ahmad. Hadis sahih)

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memuji mereka dalam firman yang bermaksud: 

Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur. 
(Surah 34  SABA' : 13)

2. Golongan yang selamat banyak dimusuhi oleh manusia, difitnah dan diperlekehkan dengan gelaran dan panggilan yang buruk. Nasib mereka ini seperti nasib para Nabi yang dijelaskan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam firmanNya yang bermaksud: 

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin. Sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). 
(Surah 6  AL AN'AAM : 112).

RASULULLAH  sendiri misalnya dahulunya kaumnya memberi gelaran kepada beliau ‘as-sadiqul amin’ iaitu yang jujur lagi terpecaya, tetapi setelah beliau  mengajak mereka kepada tauhid, kaumnya sendiri menggelarkannya sebagai tukang sihir lagi pendusta.

3. Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah ketika ditanya tentang golongan yang selamat, beliau menjawab, ”Mereka adalah orang-orang salaf dan setiap orang yang mengikuti jalan para salafus soleh (RASULULLAH ﷺ, para sahabatnya dan setiap orang yang mengikuti jalan petunjuk mereka).”

BAHAGIAN 4 – SIAPAKAH ATH-THA’IFAH AL-MANSHURAH ITU (GOLONGAN YANG MENDAPAT PERTOLONGAN)
1. RASULULLAH  bersabda: 

“Sentiasa ada sekelompok dari umatku yang memperjuangkan kebenaran, tidak membahayakan mereka orang yang menghinakan mereka sehingga datang keputusan ALLAH.” 
(HR. Muslim)

2. RASULULLAH  bersabda: 

“Jika penduduk negeri Syam telah rosak, maka tidak ada lagi kebaikan di antara kalian. Dan sentiasa ada sekelompok dari umatku yang mendapat pertolongan, tidak membahayakan mereka orang yang menghinakan mereka sehingga datang hari Kiamat.”
(HR. Ahmad. Hadis sahih)


3. Ibnu Al-Mubarak berkata: “Menurutku, mereka adalah ashabul hadis (para ahli hadis).”



O 22 : DOA MEMOHON MENDAPAT ANAK YANG SOLEH

-Majalah al-Ustaz isu 09

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

“Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.”

– Furqan ayat 74




O 21 : KEAJAIBAN HUJAN

Surah Ar-Ruum – سورة الروم


"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya."
  
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing)."
  
"Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya."
(Surah 30,  AR RUUM : ayat 26)




O 20 : ENAM KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. Antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus pada waktu pagi selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.




O 19 : SUAMI YANG SETIA KERANA ALLAH

By: Muhamad Agus Syafii

Di Rumah Amalia pernah ada seorang teman yang berbagi kebahagiaan. Ia seorang ayah sekaligus suami yang setia berusaha mempertahankan rumahtangganya ketika terkena prahara. Ya, itulah prahara kehancuran, rasa tak berharga dan hidup sebagai orang yang kalah. Di saat rumahtangganya sedang bermasalah ia berbincang dengan seorang teman kerjanya, temannya mengatakan, "Kamu gila aja mempertahankan rumahtangga, isterimu sudah tidak mencintaimu, sudah tidak dihargai oleh isteri, apa sih untungnya mempertahankan rumahtangga? Lebih enak bercerai, tinggalkan saja isteri yang makan hati, buang waktu, menyia-nyiakan hidup saja bertahan dalam pernikahan dengan isteri seperti itu."
Ia menghela nafas panjang mendengar penuturan temannya, ia sama sekali tidak pernah terbayang teman baiknya menjadi kompor yang membara, membakar rumahtangganya. Namun ia tetap memilih untuk setia mempertahankan rumahtangga bukan kerana isteri dan juga bukan kerana anak. Namun kerana Allah. Di sisi lain, banyak teman-teman yang mengatakan bahawa jika ia bertahan dalam luka hati itu hanyalah tindakan orang yang bodoh. Untunglah kekuatan doa bersama dan keikhlasan dalam menjalani hidup untuk mempertahankan rumahtangganya dengan mengharapkan keredhaan Allah membuahkan hasil. Kesetiaannya sebagai seorang suami mampu meluluhkan hati sang isteri. Air matanya mengalir di saat dirinya, isteri dan anaknya solat berjamaah, selesai solat isteri mencium tangan suami dan membisikkan kata di telinganya, "Maafkan mama ya pah, mama salah.." penuh isak dan tangis keduanya berpelukan dengan penuh cinta serta kasih sayang. Anaknya turut dipeluknya. Subhanallah.

Wassalam,
Muhamad Agus Syafii





Isnin, 23 Disember 2013

O 18 : HABBATUS SAUDA` (JINTAN HITAM /SYUNIZ)

Al-Hamdulillaahi wash Sholaatu was Salaamu 'alaa Rosulillaah, wa ba'd.
Setiap penyakit itu pasti ada ubatnya, berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam berikut:

Daripada Jabir radhiyallahu `anhu, Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam bersabda :

"Setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Oleh kerana itu, barangsiapa yang tepat dalam melakukan pengubatan suatu penyakit, maka dengan izin Allah `Azza wa Jalla dia akan sembuh."
[HR. Muslim, dalam Kitab as-Salaam, bab Li kulli Daa-in Dawaa wa Istihbabut Tadaawii, Hadits no. 2204]

Dan kewajipan kita adalah berikhtiar dalam mencari ubatnya dengan usaha yang maksima. Dalam usaha kita mengubati penyakit yang diderita, kita harus memperhatikan 2 hal:

Pertama, bahawa ubat dan doktor hanya sarana kesembuhan, sedangkan yang benar-benar menyembuhkan adalah Allah Subhanahu wa Taala.

Kedua, ikhtiar tersebut tidak boleh dilakukan dengan cara-cara yang haram dan syirik. Yang haram ini seperti; berubat dengan menggunakan ubat yang terlarang atau barang-barang yang haram, kerana Allah tidak menjadikan penyembuhan dari barang yang haram. Dan tidak boleh pula berubat dengan hal-hal yang syirik, seperti pengubatan alternatif dengan cara mendatangi dukun, tukang sihir, paranormal, orang pintar, menggunakan jin, pengubatan jarak jauh atau yang semisalnya yang tidak sesuai dengan syariat, sehingga dapat mengakibatkan jatuh ke dalam syirik dan dosa besar yang paling besar. (Do'a & Wirid, karya Ust Yazid Jawas hal. 354)
Salah satu cara pengubatan yang dianjurkan oleh Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam adalah dengan Habbatus Sauda', berikut ini adalah pembahasannya:
Daripada Abu Hurairah rodhiyallahu `anhu, Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam bersabda :

"Dalam Habbatus Sauda' ada ubat dari segala penyakit, kecuali as-Saam." Ibnu Syihab (seorang rawi hadits ini) mengatakan : "as-Saam adalah kematian, dan Habbatus Sauda' adalah asy-Syuniz."
[HR. Bukhori, dalam Kitab at-Thibb, bab al-Habbatus Sauda', Hadits no. 5688]

Daripada `Aisyah radhiyallahu `anha, Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam bersabda :

"Sesungguhnya Habbatus Sauda' ini adalah ubat dari segala penyakit, kecuali as-Saam." Aku berkata (Perawi hadits ini, yakni Kholid bin Sa'ad): "apa itu as-Saam?" dijawab (yakni oleh Ibnu Abi Atiq): "Kematian."
[HR. Bukhori, dalam Kitab at-Thibb, bab al-Habbatus Sauda', Hadits no. 5687]

Daripada Abu Hurairah rodhiyallahu `anhu, Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam bersabda :

"Tidaklah ada suatu penyakit, kecuali dalam Habbatus Sauda' terdapat kesembuhan baginya, kecuali as-Saam (kematian)."
 [HR. Muslim, dalam Kitab as-Salaam, bab at-Tadawi bil Habbatis Sauda'. Hadits no. 2215]

Nama lain Habbatus Sauda` adalah Nigella Sativa, al-Karawiyyah as-Sauda', al-Kamoun al-Aswad, asy-Syuniz, black cumin, kerosene, coal oil, carazna.

Menurut beberapa hasil penelitian, Habbatus Sauda` memiliki khasiat - dengan izin Allah:
1. Menguatkan immuniti sistem pada diri manusia.
2. Melawan & menghancurkan sel-sel kanser/tumor.
3. Mengubati reumatik, peradangan serta infeksi.
4. Menghentikan dan menyembuhkan penyakit pilek.
5. Jika digoreng & dibakar kemudian dicium terus-menerus dapat mengeliminasi gas (dalam) perut.
6. Membunuh cacing-cacing parasit jika dimakan sebelum makan pagi dan jika diletakkan di atas perut dari bahagian luar sebagai aromaspa atau luluran.
7. Minyaknya bermanfaat untuk menyembuhkan gigitan ular, juga bengkak di dubur dan tahi lalat.
8. Menghilangkan sesak nafas & sejenis kesulitan nafas, melonggarkan penyumbatan akibat kahak.
9. Melancarkan haid yang tersendat.
10. Jika dibalutkan, bermanfaat untuk menyembuhkan pusing yang parah.
11. Apabila dimasak dengan cuka bersama kayu pinus dan kemudian dibuat untuk berkumur, maka hal itu akan menghilangkan sakit gigi yang disebabkan sensitifiti terhadap ais.
12. Jika diminum, biji ini akan melancarkan kencing, haid dan ASI.
13. Menyembuhkan gigitan Labah.
14. Bila dibakar, asapnya dapat mengusir serangga.
15. Menghilangkan sendawa asam yang berasal dari dahak dan melancholia (gangguan yang disebabkan kesedihan yang terus-menerus/depresi sehingga merosak bahagian hempedu).
16. Menghilangkan Kusta (lepra).
17. Menghilangkan demam Quartan (yakni demam yang menyerang manusia selama sehari kemudian mereda selama 2 hari kemudian menyerang lagi ketika hari ke-4).
18. Jika ditumbuk dan dibuat adunan dengan madu dan air hangat dapat menghancurkan batu yang muncul dalam ginjal dan kandung kemih serta sifat diuretic (memperlancar air seni).
19. Apabila digoreng dan dicium terus-menerus dan dicampur dengan cuka dapat menyembuhkan jerawat dan kudis serta menghilangkan peradangan yang lebih kronis dari jerawat (tumor).
20. Jika digoreng tanpa minyak dan ditumbuk serta dicampur dengan minyak zaitun kemudian dititiskan ke dalam hidung 3 titis akan menyembuhkan gejala pilek yang disertai bersin-bersin.
21. Jika dibakar dan dicampur dengan lilin dan minyak inai/henna atau minyak bunga iris serta dibalurkan pada borok-borok/koreng yang keluar di betis setelah dibersihkan dengan cuka, maka akan dapat menghilangkannya.
22. Bermanfaat untuk menyembuhkan bekas gigitan anjing (Rabies) dan aman dari kematian akibat rabies.
23. Jika dihirup akan bermanfaat bagi hemiplegia (semiparalysis/lumpuh separuh).
24. Jika enzoat (celak persia) dicampur dengan air & dibalurkan ke lingkaran dubur (lobang dubur/anus) dan juga diminum dengan dosis sekitar 25 gr akan menyembuhkan Buasir.
25. Jika disedut melalui hidung akan bermanfaat menghentikan air yang keluar pada mata.
26. Dan lain-lain.
Aiman bin `Abdil Fattah mengatakan :"Kerana itulah kami dapat menetapkan bahawa dalam Habbatus Sauda' terdapat kesembuhan untuk segala macam penyakit, kerana peranannya yang menguatkan dan memperbaiki sistem immuniti, suatu sistem yang di dalamnya ada kesembuhan dari segala macam penyakit, yang bereaksi terhadap segala sebab yang menimbulkan penyakit, yang memiliki kemampuan awal untuk memberikan kesembuhan secara sempurna atau sebahagian di antaranya untuk menyembuhkan segala penyakit."
Beliau juga mengatakan : "Begitulah kejelasan hakikat ilmiah tentang hadits yang mulia ini, yang sebelumnya tidak pernah diketahui siapapun, apalagi dinyatakan kepada masyarakat luas. Padahal yang demikian itu sudah dinyatakan sejak 14 abad yang lampau, yang menerima wahyu dari zat Yang Maha Mengetahui segala rahsia makhlukNya.
Benar apa yang difirmankanNya :

"Dan tiadalah yang diucapkannya itu (al Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)."
(Surah 53,  AN NAJM  : ayat 3-4)

Kemudian beliau (Aiman bin `Abdil Fattah) mengingatkan : "Investasi kajian dan penelitian tentang pengubatan ala Nabi Shallallahu `alaihi wa sallam semacam ini, dengan menggunakan sarana yang sederhana namun besar manfaatnya, harus bekerja sama dengan para pakar perubatan dan ahli pengubatan. Kita tidak boleh mengubur kepala di dalam pasir dan mengabaikan penggunaannya, kerana terprovokasi pengubatan dengan jenis rerumputan atau para produsen minyak, seperti yang terjadi belakangan ini.
Kita juga harus pasang kuda-kuda bahawa harga ubat-ubat kimia di seluruh negara Islam akan melonjak tajam dari harga saat ini, sesuai dengan tatatertib organisasi perdagangan internasional, yang melarang pembuatan ubat-ubatan kecuali di negara asalnya, yang dimulai tahun 2005 mendatang.
Kerana itulah kami menghimbau kepada para peneliti orang-orang Muslim agar aktif mengeluarkan simpanan pengubatan ala Nabi, sesuai dengan penelitian ilmiah yang akurat, sebagaimana himbauan kami kepada para investor agar menanamkan modalnya untuk memproduksi ubat-ubatan berdasarkan petunjuk Nabi Shallallahu `alaihi wa sallam. Janganlah mereka menunggu hingga orang-orang Muslim menjadi santapan ubat-ubatan kimia, sebagaimana kini mereka menjadi santapan berbagai produk makanan."
Demikianlah sedikit tentang pengubatan dengan Habbatus Sauda,` dan masih ada beberapa kaedah pengubatan Nabawi seperti Bekam, Madu, zaitun dan lainnya yang dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit --bi idznillaahi `Azza wa Jalla--. Wallaahu Taala a'lamu bish-Showaab.

Maroji' (referensi):
"BEKAM, Cara Pengubatan Menurut Sunnah Nabi Shallallahu `alaihi wa sallam" (judul asli : Manhajus Salaamah fiimaa waroda fil Hijaamah). Karya asy-Syaikh DR. Muhammad bin Musa alu Nashr. Penerbit Imam asy-Syafi'i, Cetakan Pertama, Maret 2005 M.
"Pengobatan & Penyembuhan, menurut Wahyu Nabi Shallallahu `alaihi wa sallam." (judul asli : asy-Syifaa' min Wahyi Khotamil Anbiyaa') Karya Aiman bin `Abdil Fattah. Pustaka As-Sabil, cetakan kedua, Desember 2004 M.

"Do'a & Wirid, Mengubati Guna-Guna dan Sihir Menurut al Quran dan As-Sunnah." Karya al-Ustaz Yazid bin `Abdil Qodir Jawas. Pustaka Imam asy-Syafi'i, cetakan keempat Jul 2004 M.