Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 1 Julai 2018

S 145 : FIKIR-FIKIRKAN, SEMOGA MENJADI PERINGATAN BUAT DIRI INI YANG MUDAH LUPA


Pertandingan bola: 90 minit
Cerita TV bersiri: 60 minit
Filem aksi: 130 minit 
Solat: 5 – 7 minit kali lima = 25 minit – 30 minit

Neraka Jahannam: 

SEPANJANG HIDUP(selama-lamanya)

Syurga : 
SEPANJANG HIDUP(selama-lamanya)

Mari kita merenung beberapa saat
Whatsapp: lebih 300 kawan
Kontak: lebih dari 80 kawan
Kawan di kampung: 50 orang
Kawan di masa sulit: seorang
Kawan di jenazahmu: keluarga dan saudaramu
Kawan di kubur: kau sendirian
Jangan merasa aneh, inilah kehidupan.

Hakikatnya: 

TAK ADA YANG MEMBERIMU MANFAAT SELAIN SOLATMU
Jika kau mendapati debu di mushafmu (Kitab Al Quran) 

Maka Tangisilah dirimu sendiri!
Barangsiapa yang tidak membaca Al Quran selama 3 hari tanpa ada uzur maka ia dinamakan Hajir / seorang yang meninggalkan Al Quran.

Ulasan:
Aku tidak memaksamu untuk menyebar luaskan tulisan ini.
Akan tetapi sebagai kepatuhan pada Firman Allah SWT:

"Peringatkanlah kerana peringatan akan memberikan manfaat pada kaum mukminin."

Alam yang aneh,

Jenazah disusul dengan jenazah. Kematian disusul dengan kematian berikutnya.
Berita tentang kematian berterusan. Ada yang mati kerana kecelakaan, ada kerana sakit, ada yang tiba-tiba mati tanpa sebab, semuanya tinggalkan dunia ini dan mereka semua kami kuburkan dan itu pasti.

Hariku dan harimu pasti akan tiba persiapkanlah bekal untuk perjalanan yang tak dapat kembali.

Wahai orang yang menunda Taubat dengan alasan kerana masih muda.
Maaf.....
Kuburan bukanlah tempat untuk orang dewasa saja.
(kuburan tempat manusia segala usia)

Sesungguhnya Dunia itu hanya 3 hari:

Hari Semalam(Kelmarin):
Kita hidup di situ, dan tidak akan kembali lagi.

Hari ini:
Kita jalani namun tak berlangsung lama.

Esok:
Kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi dan tidak ada jaminan kita boleh hidup sampai esok.
Maka saling memaafkan dan bersedekahlah.

Kerana:
Aku, engkau dan mereka, AKAN PERGI meninggalkan gemerlapnya dunia selamanya...
Yaa Allah, kami memohon kepadaMu, husnulkhatimah dan beruntung dengan mendapatkan syurga dan selamat dari api neraka. Aamiin ya robbal alamiin…

Keluargaku, Saudara2ku, sahabat2ku dan rakan2ku yang mulia:
Barangsiapa yang hidup dalam suatu kebiasaan maka ia akan mati dengan kebiasaan itu....
Dan barangsiapa yang mati dalam suatu keadaan maka ia akan dibangkitkan dalam keadaan tersebut....

Jika dirimu sudah membaca tulisan ini, dirimu sudah mendapatkan pahalanya, namun bila dirimu menyebarkannya dan orang lain mendapakan manfaat juga maka akan dilipat gandakan pahalamu. In Syaa Allah.
(Ust. Bachtiar Nasir)