Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 19 Mac 2014

P 86 : SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."
(Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa :

"10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT antaranya:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum, membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W :

"Barangsiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."



P 85 : TAZKIRAH – MANUSIA ITU

Manusia itu PEKAK walaupun ada telinga
Manusia itu BODOH walaupun ada akal
Manusia itu BUTA walaupun ada mata
Manusia itu BISU walaupun ada lidah
Hanya ILMU mampu menghidupkan deria manusia.
HADIRLAH MAJLIS-MAJLIS ILMU tadahkan TELINGA mendengar ceramah agama kerana ilmu sahaja mampu merangsang AKAL supaya berfikir. Fikiran yang baik akan membuka MATA hati supaya melihat keagungan Allah S.W.T dan ajaran Islam yang syumul. Bila dah celik ilmu agama sampaikan ilmu kita kepada orang lain melalui LIDAH sendiri.

Menepati dengan sabda Rasullulah S.A.W :

“Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."
(Hadith Riwayat Bukhari)


Saidina Ali r.a :  “Lihat apa yang dibicarakan, jangan lihat siapa pembicara tersebut.”




P 84 : BELAJAR MEMAAFKAN DAN MELUPAKAN

Di antara ujian yang diberikan kepada hambaNYA adalah ujian berbentuk kerenah manusia. Ia adalah sunah kehidupan. Ada ibu yang diuji dengan perangai anaknya. Ada suami yang diuji dengan karenah isteri. Manakala ada anak diuji dengan hubungan di antara ibu dan bapanya.

Dalam hubungan masyarakat juga begitu. Ada teman yang menangis gara-gara tindak-tanduk sahabat yang menyakitkan hati. Ada guru yang pening kerana kenakalan anak muridnya. Ada pula yang gelisah kerana perbuatan orang lain. Itu semua adalah ujian yang diturunkan untuk mencari siapakah di antara kita yang terbaik amalannya.
Firman ALLAH di dalam surah al-Kahfi, ayat 7 yang bermaksud:


"Sesungguhnya Kami telah dijadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya."




P 83 : BENTUK KEMAJUAN YANG PALING MAJU

Seorang Doktor wanita berhijab syar'i mengatakan alasannya berhijab.
Sesungguhnya manusia pada masa zaman purba telanjang, dengan berkembangnya pemikiran melewati berbagai zaman, maka manusia mulai memakai pakaian, hingga seperti yang saya pakai sekarang.
Dan apa yang saya pakai adalah puncak pemikiran, dan tingkatan tertinggi yang telah dicapai manusia setelah melalui berbagai masa dan bukanlah bentuk keterbelakangan.
Adapun "buka-bukaan" adalah bentuk keterbelakangan dan kemunduran pemikiran manusia ke zaman purba.
Kalau seandainya "buka-bukaan" adalah bentuk kemajuan, maka yang paling maju adalah binatang!
SubhanALLAH..!!




P 82 : MANFAAT DAN KEBAIKAN YANG BANYAK

Allahu Taala Mengurniakan Segala sesuatunya dalam manfaat dan kebaikan yang banyak untuk kita makhluknya agar tak ada alasan apapun untuk mendustakan nikmatNya. 

Bismillahi yaa ALLAH sempurnakanlah cahaya kami, tutuplah aib kami, Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.

Bismillahi yaa Rahmaan.. 
Berilah kami Ilmu dari sisiMU untuk kebaikan dunia dan akhirat kami, kurniakanlah kami pemahaman dan kemudahan dalam menimba dan menuntut ilmuMU juga kemudahan dalam mengamalkan dan menyampaikan kebenaranMU. 

Bismillahi yaa Rahiim..
Lapangkanlah dada kami, mudahkanlah urusan kami dan kurniakanlah kami hati yang selalu bersyukur atas semua kehendakMU.


Rabbisy rahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatan min lisani yafqahu qauli. 
Aamiin yaa Rabbal'alamin..