Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 5 Januari 2013

K 160 Nasihat Kubur.


1). Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD.

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan berSILATURAHIM.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL QURAN.

4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yang menyepitmu hingga hancur bila mana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.

6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

(Dipersilakan untuk SHARE. Semoga ianya dapat menjadi peringatan dan saling berpesan-pesanan antara kita semua)






K 159 : KEBIJAKSANAAN YAHUDI MENIPU KITA



Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita MUHAMMAD  SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang Yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan Yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis 
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!

SHARE jika anda suka dengan artikel ini
17 November 2012









K 158 Sedekah itu ada SEPULUH KEMULIAAN.






LIMA di dunia :

1. Menyucikan harta.
2. Menyucikan badannya.
3. Menolak bala dan penyakit.
4. Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang
mukmin adalah semulia-mulia amal.
5. Berkah hartanya dan diluaskan
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA rezekinya.

LIMA di akhirat :


1. Dinaungkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA orang yang bersedekah di hari kiamat ketika sangat panas.
2. Ringan hisabnya.
3. Berat timbangan amalannya di akhirat.
4. Mudah melalui titian sirat.
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga.

K 157 Merokok bukan budaya Islam(Smoking is not an Islamic culture).

Terinspirasi dari Seminar Internasional tentang tembakau dalam padangan Islam – Bandar Seri Begawan – Brunei Darussalam 11-14 Julai 2002, video yang dibuat oleh MUSA UP (Multimedia Utilizing Scientists Against Unhealthy Promotion) Indonesia – untuk anak-anak dan remaja Indonesia ini memaparkan sejarah merokok. Manusia pertama yang merokok adalah suku Indian Amerika. Bangsa Eropah yang menemukan benua Amerika abad ke 14 kemudian membawa tembakau ke Eropah dan merokok menjadi ikutan di Eropah. Tapi berbeza dengan orang Indian yang merokok untuk acara ritual, orang Eropah melakukannya untuk kesenangan semata-mata. Abad ke 17 pelaut Eropah membawa tembakau ke Asia dan Abad 19 memasuki Turki. Saat itu barulah tembakau masuk ke negara-negara Islam. NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dan para sahabatnya hidup saat tembakau belum ada di sekelilingnya. NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dan para sahabatnya yang merupakan panutan umat Islam seluruh dunia dan sepanjang masa tidak merokok. Umat Islam yang pertama merokok adalah yang hidup jauh setelah NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dan sahabatnya wafat, itupun kerana tidak tahu bahayanya bagi aspek kesihatan. Jadi jelas merokok bukan budaya Islam.

(Inspired by first International seminar on tobacco or health in Islamic perspective, the video that was made by MUSA UP – Multimedia utilizing scientist against unhealthy promotion- explain history of smoking. The first man who smoked was an American Indian. European who found American continent in 14th century brought tobacco to Europe and smoking became a new mode in Europe. In 17th century European brought tobacco to Asia and in 19th century to Turkey. That was the first time tobacco get into a Islamic country. The prophet of MUHAMMAD and his friends were living in the time where there was no tobacco near them. The prophet of MUHAMMAD and his friend who are patrons for all Muslims around the world and for all of the time, were non smokers. The first Muslims who smoked were living long after the death of the prophet of MUHAMMAD. And they did it because they still didn’t know harmful effects of smoking. It is clear that smoking is not an Islamic culture.



K 156 LIMA Sifat Ujub yang menghalang kita ke Syurga.


Abu Bakar Jabir Al-Jazairi menyebut bentuk-bentuk Ujub :

1- Ujub dengan ilmu.
2- Ujub dengan harta.
3- Ujub dengan kekuatan.
4- Ujub dengan kehormatan.
5- Ujub dengan Ibadah.

Kitab Mengapa Rasulullah SAW Tidak Mudah Sakit – M/S : 96-97.
Suntingan daripada


Ammar Fauzan

Ringkasan Kajian Ustadz Firanda Andirja, MA tentang “Bahaya Ujub” 
Bismillah.
Ada beberapa penyakit yang dapat merosak amalan, di antaranya adalah penyakit riak & ujub.

Ibnu Mubarok berkata (yang ertinya) : “Saya tidak menemui sesuatu yang berbahaya menimpa orang yang beribadah, selain ujub.”
Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam juga telah mengingatkan bahaya ujub :

لَوْ لَمْ تَكُوْنُوا تُذْنِبُوْنَ خَشِيْتُ عَلَيْكُمْ مَا هُوَ أَكْبَرُ مِنْ ذَلِكَ الْعُجْبَ الْعُجْبَ

“Jika kalian tidak berdosa maka aku takut kalian ditimpa dengan perkara yang lebih besar darinya (iaitu) ujub! ujub!”

(HR Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman no 6868, hadits ini dinyatakan oleh Al-Munaawi bahwasanya isnadnya jayyid (baik) dalam at-Taisiir, dan dihasankan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Al-Jaami’ no 5303)
Al-Munaawi berkata :

كَرَّرَهُ زِيَادَةً فِي التَّنْفِيْرِ وَمُبَالَغَةً فِي التَّحْذِيْرِ، وَذَلِكَ لِأَنَّ الْعَاصِي يَعْتَرِفُ بِنَقْصِهِ فَيُرْجَى لَهُ التَّوْبَةُ وَالْمُعْجَبُ مَغْرُوْرٌ بِعَمَلِهِ فَتَوْبَتُهُ بَعِيْدَةٌ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengulangi-ngulanginya (*ujub!, ujub!) sebagai tambahan (penekanan) untuk menjauhkan (*umatnya) dan sikap berlebih-lebihan dalam mengingatkan (*umatnya). Hal ini dikeranakan pelaku maksiat mengakui kekurangannya maka masih diharapkan ia akan bertaubat, adapun orang yang ujub maka ia terpedaya dengan amalannya, maka jauh/sulit baginya untuk bertaubat” (At-Taisiir bisyarh Al-Jaami’ as-Shoghiir 2/606)’Ujub termasuk syirik asghar sebagaimana begitu juga dengan riak.

Mengapa ujub termasuk syirik asghar?

Kalau riak sudah jelas termasuk syirik asghar, kerana ketika dia beribadah ia menyekutukan ALLAH swt. Ia mengaku ikhlas mengharap redha ALLAH swt, tetapi juga mengharapkan pujian dari orang lain.

Bagaimana dengan ujub?
Kerana orang yang beramal soleh harus menyedari bahawa amalan solehnya semata-mata kerana hidayah dan pertolongan ALLAH Taala. Lalu ketika ia mensyarikatkan amalan soleh itu terhadap dirinya, maksudnya ia berbuat amalan soleh HANYA kerana semata-mata usahanya, maka itu termasuk ujub dan ujub termasuk syirik asghar.
Menurut Al-Munawwir, Ujub itu punya tanda-tanda, di antaranya :
Seseorang tatkala berdoa, kemudian doanya itu tidak dikabulkan, ia merasa hairan.
Seseorang yang merasa apabila orang lain bersikap kurang ajar dengan dia, ia mengatakan orang tersebut akan kualat(cilaka).
Ujub dengan pemikiran dan akalnya, ini terjadi pada orang pintar. Ciri-cirinya iangeyelan. Kerana, kalau ia mengaku salah, ia merasa turun darjatnya.
Tidak ada rasa tawaduk di hadapan orang lain. Padahal, orang yang ujub terhadap ilmunya, dakwahnya, amalannya, ia akan dianggap rendah di hadapan ALLAH Taala.

ثَلاَثُ مُهْلِكَاتٍ : شُحٌّ مُطَاعٌ وَهَوًى مُتَّبَعٌ وَإعْجَابُ الْمَرْءِ بِنَفْسِهِ

“Tiga perkara yang membinasakan, rasa pelit yang ditaati, hawa nafsu yang diikui dan ujubnya seseorang terhadap dirinya sendiri.”

(HR at-Thobroni dalam Al-Awshoth no 5452 dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam as-shahihah no 1802) Jenis-jenis ujub yang disebutkan para ulama, antaranya :
Ujub dalam amalan Ujub dalam kekuatan. Ini terjadi ketika perang Hunain. Ketika itu jumlah kaum muslimin jauh lebih banyak berbanding dengan kaum musyrikin. Lalu, ada beberapa sahabat yang berkata,
”jumlah kita banyak, kita pasti menang.” Hal ini sempat membuat Rasulullah saw cemas, lalu akhirnya di awal peperangan kaum Muslimin kalah. Sampai akhirnya ALLAH swt memperingatkan kaum muslimin, dan kemudian para sahabat sedar dan kemudian umat Muslimin Berjaya mendapat kemenangan setelah memperbaiki aqidah mereka, salah satunya membersihkan diri dari sikap ujub tersebut.

Ujub dalam keberhasilan.
Seperti yang terjadi pada Qarun yang menganggap hartanya yang sangat melimpah ruah itu hanya semata-mata karena ilmu dan usahanya, tanpa meyakini ada pertolongan ALLAH swt.

Adapun di sesi tanya jawab,al-ustaz menjawab beberapa pertanyaan. Di antaranya :

1. Bagaimana cara agar tidak ujub?

Pertama,dengan mengingat hakikat diri kita. Sekiranya dosa itu ada baunya, nescaya tidak akan ada yang mahu duduk di dekat kita. Syaitan memperdaya manusia dengan membuatnya hanya mengingat amalan-amalan soleh yang telah dikerjakannya dan membuat manusia lupa dengan dosa serta maksiat yang telah ia perbuat.

Kedua, dengan menyedari bahawa kelebihan yang ada di diri kita boleh lenyap sekelip mata dan ini sangat mudah bagi ALLAH Taala.
Ketiga, dengan membandingkan diri kita. Kita tidak apa-apanya dibandingkan dengan generasi terdahulu. Bagaimana semangat beribadah, beramal, berjuang generasi terdahulu. Itu tidak ada apa-apanya jika dibandingkan antara kita dengan mereka.

2. Bolehkah PD (Percaya Diri)?

Percaya Diri yang tidak boleh adalah ketika PD itu tanpa meyakini bahwa ALLAH  swt menolong kita dan itu termasuk ujub. Percaya diri, bersikap optimis bahawa kita boleh melakukan sesuatu atau berhasil meraih sesuatu, hendaknya diiringi dengan keyakinan bahawa ALLAH swt lah yang memberi kita hidayah dan pertolongan untuk meraih segala sesuatu.

3. Apa bezanya antara UJUB dengan SOMBONG?

Ujub itu adalah sarana yang mengantarkan ia pada sombong. Orang yang ujub belum tentu ia sampai ke tahapan sombong.

4. Adakah kaitannya terkabulnya sebuah doa dengan tempat & waktu doa itu dipanjatkan?

Memang benar ada tempat dan waktu yang diutamakan untuk berdoa, tapi yang paling utama dari sebuah doa itu adalah keadaan hati kita. Ketika berdoa hati kita harus benar-benar yakin akan pengabulan ALLAH Taala.

Usroh Umar bin Khattab,UniRes UMY gedung U, 16 Rajab 1433 H
*mohon koreksinya jika ada kekeliruan*
Artikel tulisan Ustadz Firanda Andirja,MA tentang “Bahaya Ujub” bisa dibaca
















K 155 Pentingnya Amalan Hati.

Kebanyakan orang memberi perhatian besar terhadap amalan-amalan zahir. Kita dapati sebahagian orang benar-benar berusaha untuk boleh solat sebagaimana solatnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka seluruh gerakan-gerakan solat Nabi yang terdapat dalam hadits-hadits yang shahih berusaha untuk diterapkannya. Sungguh ini merupakan kenikmatan dan kebahagian bagi orang yang seperti ini. Bukankah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda

:صَلوُّا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِي أُصَلّي

“Solatlah kalian sebagaimana aku solat.”

Demikian juga perihalnya dengan haji, kebanyakan orang benar-benar berusaha untuk boleh berhaji sebagaimana haji Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, sebagai bentuk pengamalan dari sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

لِتَأْخُذُوْا عَنِّي مَنَاسِكَكُمْ

“Hendaknya kalian mengambil manasik haji kalian dariku.”

Akan tetapi….. Ternyata banyak juga orang-orang yang memberi perhatian besar terhadap amalan-amalan yang zahir termasuk penulis sendiri yang ternyata lalai dari amalan hati… Sebagai bukti betapa banyak orang yang boleh jadi gerakan solatnya seratus persen sama seperti gerakan solat Nabi akan tetapi apakah mereka juga memberi perhatian besar terhadap kekhusyukan dalam solat mereka?? Bukankah Nabi bersabda

إِنَّ الرَّجُلَ لَيَنْصَرفُ؛ وَمَا كُتِبَ إِلا عُشُرُ صلاتِهِ، تُسُعُها، ثُمُنُها، سُبُعُها، سُدُسُها، خُمُسُها، رُبُعُها، ثلُثُها، نِصْفها

“Sesungguhnya seseorang selesai dari solatnya dan tidaklah dicatat baginya dari pahala solatnya kecuali sepersepuluhnya, sepersembilannya, seperlapannya, sepertujuhnya, seperenamnya, seperlimanya, seperempatnya, sepertiganya, setengahnya.”
(HR bu Daud no 761 dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani)Al-Munaawi rahimahullah berkata

أَنَّ ذَلِكَ يَخْتَلِفُ بِاخْتِلاَفِ الأَشْخَاص بِحَسَبِ الْخُشُوْعِ وَالتَّدَبُّرِ وَنَحْوِهِ مِمَّا يَقْتَضِي الْكَمَالَ

“Perbezaan pahala solat tersebut sesuai dengan perbezaan orang-orang yang solat berdasarkan kekhusyukan dan tadabbur (bacaan solat) dan yang semisalnya dari perkara-perkara yang mendatangkan kesempurnaan solat.”
 (Faidhul Qodiir 2/422)
Bukankah khusyuk merupakan ruhnya solat??. Bukankah Allah tidak memuji semua orang yang solat, akan tetapi hanya memuji orang beriman yang khusyuk dalam solatnya??

Allah berfirman :

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (١)الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاتِهِمْ خَاشِعُونَ (٢

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. 
(QS Al-Mukminun : 1-2)

Hal ini dengan jelas menunjukan akan pentingnya amalan hati. Oleh kerananya Ibnu Taimiyyah rahimahullah pernah berkata;

وَفِي الأَثَرِ أَنَّ الرَّجُلَيْنِ لَيَكُوْنُ مَقَامُهُمَا فِي الصَّفِّ وَاحِدًا وَبَيْنَ صَلاَتَيْهِمَا كَمَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ

“Dalam sebuah atsar bahawasanya sungguh dua orang berada di satu saf solat namun perbezaan antara nilai solat keduanya sebagaimana antara timur dan barat.” 
(Minhaajus Sunnah 6/137)

Sungguh merupakan perkara yang menyedihkan… banyak di antara kita yang memiliki ilmu yang tinggi, melakukan amalan-amalan zahir yang luar biasa… akan tetapi dalam masalah amalan hati maka sangatlah lemah. Ada di antara mereka yang sangat mudah marah… sangat tidak sabar…kurang tawakal…, yang hal ini menunjukkan lemahnya iman terhadap takdir. Tatkala datang perkara yang genting maka terlihat dia seperti anak kecil yang tidak sabar dan mudah marah… menunjukan lemahnya amalan hatinya. Meskipun ilmunya tinggi…, meskipun amalannya banyak.. akan tetapi ia adalah orang awam dalam masalah hati. Bahkan boleh jadi banyak orang awam yang jauh lebih baik darinya dalam amalan hati.

Renungan…
Renungkanlah hadits berikut ini sebagaimana dituturkan oleh Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu:

كُنَّا جُلُوسًا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: ” يَطْلُعُ عَلَيْكُمُ الْآنَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ” فَطَلَعَ رَجُلٌ مِنَ الْأَنْصَارِ، تَنْطِفُ لِحْيَتُهُ مِنْ وُضُوئِهِ، قَدْ تَعَلَّقَ نَعْلَيْهِ فِي يَدِهِ الشِّمَالِ، فَلَمَّا كَانَ الْغَدُ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، مِثْلَ ذَلِكَ، فَطَلَعَ ذَلِكَ الرَّجُلُ مِثْلَ الْمَرَّةِ الْأُولَى . فَلَمَّا كَانَ الْيَوْمُ الثَّالِثُ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، مِثْلَ مَقَالَتِهِ أَيْضًا، فَطَلَعَ ذَلِكَ الرَّجُلُ عَلَى مِثْلِ حَالِهِ الْأُولَى، فَلَمَّا قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَبِعَهُ عَبْدُ اللهِ بْنُ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ فَقَالَ: إِنِّي لَاحَيْتُ أَبِي فَأَقْسَمْتُ أَنْ لَا أَدْخُلَ عَلَيْهِ ثَلَاثًا، فَإِنْ رَأَيْتَ أَنْ تُؤْوِيَنِي إِلَيْكَ حَتَّى تَمْضِيَ فَعَلْتَ ؟ قَالَ: نَعَمْ

“Kami sedang duduk bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka beliaupun berkata : “Akan muncul kepada kalian sekarang seorang penduduk syurga.” Maka muncullah seseorang dari kaum Anshoor, janggutnya masih basah terkena air wuduk, sambil menggantungkan kedua sendalnya di tangan kirinya. Tatkala keesokan hari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengucapkan perkataan yang sama, dan muncullah orang itu lagi dengan kondisi yang sama seperti kemarin. Tatkala keesokan harinya lagi (hari yang ketiga) Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga mengucapkan perkataan yang sama dan muncul juga orang tersebut dengan kondisi yang sama pula. Tatkala Nabi berdiri (pergi) maka Abdullah bin ‘Amr bin Al-’Aash mengikuti orang tersebut lalu berkata kepadanya : “Aku bermasalah dengan ayahku dan aku bersumpah untuk tidak masuk ke rumahnya selama tiga hari. Jika menurutmu aku boleh menginap di rumahmu selama tiga hari? Maka orang tersebut berkata, “Silakan.”
Anas bin Malik melanjutkan tuturan kisahnya :

وَكَانَ عَبْدُ اللهِ يُحَدِّثُ أَنَّهُ بَاتَ مَعَهُ تِلْكَ اللَّيَالِي الثَّلَاثَ، فَلَمْ يَرَهُ يَقُومُ مِنَ اللَّيْلِ شَيْئًا، غَيْرَ أَنَّهُ إِذَا تَعَارَّ وَتَقَلَّبَ عَلَى فِرَاشِهِ ذَكَرَ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ وَكَبَّرَ، حَتَّى يَقُومَ لِصَلَاةِ الْفَجْرِ . قَالَ عَبْدُ اللهِ: غَيْرَ أَنِّي لَمْ أَسْمَعْهُ يَقُولُ إِلَّا خَيْرًا، فَلَمَّا مَضَتِ الثَّلَاثُ لَيَالٍ وَكِدْتُ أَنْ أَحْقِرَ عَمَلَهُ، قُلْتُ: يَا عَبْدَ اللهِ إِنِّي لَمْ يَكُنْ بَيْنِي وَبَيْنَ أَبِي غَضَبٌ وَلَا هَجْرٌ ثَمَّ، وَلَكِنْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَكَ ثَلَاثَ مِرَارٍ: ” يَطْلُعُ عَلَيْكُمُ الْآنَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ” فَطَلَعْتَ أَنْتَ الثَّلَاثَ مِرَارٍ، فَأَرَدْتُ أَنْ آوِيَ إِلَيْكَ لِأَنْظُرَ مَا عَمَلُكَ، فَأَقْتَدِيَ بِهِ، فَلَمْ أَرَكَ تَعْمَلُ كَثِيرَ عَمَلٍ، فَمَا الَّذِي بَلَغَ بِكَ مَا قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: مَا هُوَ إِلَّا مَا رَأَيْتَ . قَالَ: فَلَمَّا وَلَّيْتُ دَعَانِي، فَقَالَ: مَا هُوَ إِلَّا مَا رَأَيْتَ، غَيْرَ أَنِّي لَا أَجِدُ فِي نَفْسِي لِأَحَدٍ مِنَ الْمُسْلِمِينَ غِشًّا، وَلَا أَحْسُدُ أَحَدًا عَلَى خَيْرٍ أَعْطَاهُ اللهُ إِيَّاهُ . فَقَالَ عَبْدُ اللهِ هَذِهِ الَّتِي بَلَغَتْ بِكَ، وَهِيَ الَّتِي لَا نُطِيقُ

“Abdullah bin ‘Amr bin al-’Aaash bercerita bahwasanya iapun menginap bersama orang tersebut selama tiga malam. Namun ia sama sekali tidak melihat orang tersebut mengerjakan solat malam, hanya saja jika ia terjaga di malam hari dan berbolak-balik di tempat tidur maka iapun berzikir kepada Allah dan bertakbir, hingga akhirnya ia bangun untuk solat subuh. Abdullah bertutur : “Hanya saja aku tidak pernah mendengarnya berucap kecuali kebaikan. Dan tatkala berlalu tiga hari dan hampir saja aku meremehkan amalannya maka akupun berkata kepadanya : Wahai hamba Allah (fulan), sesungguhnya tidak ada permasalahan antara aku dan ayahku, apalagi boikot. Akan tetapi aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata sebanyak tiga kali  : Akan muncul sekarang kepada kalian seorang penduduk syurga”, lantas engkaulah yang muncul, maka akupun ingin menginap bersamamu untuk melihat apa sih amalanmu untuk aku contohi, namun aku tidak melihatmu banyak beramal. Maka apakah yang telah menyampaikan engkau sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam?”. Orang itu berkata : “Tidak ada kecuali amalanku yang kau lihat”. Abdullah bertutur : “Tatkala aku berpaling pergi maka iapun memanggilku dan berkata : Amalanku hanyalah yang engkau lihat, hanya saja aku tidak menemukan perasaan dengki (jengkel) dalam hatiku kepada seorang muslimpun dan aku tidak pernah hasad  kepada seorangpun atas kebaikan yang Allah berikan kepadanya”. Abdullah berkata, “Inilah amalan yang menghantarkan engkau (menjadi penduduk syurga-pen), dan inilah yang tidak kami mampui”
(HR Ahmad 20/124 no 12697, dengan sanad yang shahih)

Perhatikanlah hadits yang sangat agung ini, betapa tinggi nilai amalan hati di sisi Allah. Sahabat tersebut sampai dinyatakan sebagai penduduk syurga oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Padahal amalan hati yang ia lakukan iaitu tidak dengki dan hasad, bukanlah amalan hati yang paling mulia, kerana masih banyak amalan hati yang lebih mulia lagi seperti ikhlas, tawakkal, sabar, berhusnudzon kepada Allah, dan lain-lain. Namun demikian telah menjadikan sahabat ini menjadi penduduk syurga. Padahal amalan zahirnya sedikit, sahabat ini tidak rajin berpuasa sunnah dan tidak rajin solat malam, akan tetapi yang menjadikannya mulia… adalah amalan hatinya.
Hadits ini juga menunjukan bahawa amalan hati jauh lebih berat daripada amalan zahir. Semua orang boleh saja puasa, semua orang boleh saja bangun solat malam, semua orang boleh saja solat sesuai sunnah Nabi, semua orang boleh saja berpakaian sebagaimana yang disunnahkan oleh Nabi… akan tetapi ..:  Betapa banyak di antara kita yang tahu akan bahayanya riak namun masih saja terlena dengan kenikmatan semu riak, bangga tatkala dipuji hingga kepala membesar hampir sebesar gunung…  Betapa banyak di antara kita yang tahu akan bahaya ujub, akan tetapi tetap saja bangga dengan amalan dan karya sendiri… Betapa banyak di antara kita sudah menghafalkan sabda Nabi “Janganlah marah…” akan tetapi hati ini susah untuk bersabar dan menerima takdir Allah yang memilukan… Betapa banyak di antara kita yang sudah mengilmui bahawasanya semua takdir dan keputusan Allah adalah yang terbaik akan tetapi tetap saja bersuudzon kepada Allah… Betapa banyak di antara kita yang sudah mengilmui dengan ilmu yang tinggi bahawasanya Allahlah yang mengatur dan memutuskan segala sesuatu, akan tetapi tetap saja tawakkalnya kurang kepada Allah.. Dan seterusnya..

Besar Kecilnya Nilai Amalan Zahir Bergantung Dengan Amalan Hati

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda

لَا تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلَا نَصِيفَهُ

“Janganlah kalian mencela para sahabatku, kalau seandainya salah seorang dari kalian berinfaq emas sebesar gunung Uhud maka tidak akan menyamai infaq mereka (kurma atau gandum sebanyak-pen) dua genggam tangan atau segenggam tangan.” 
(HR Al-Bukhari no 3673 dan Muslim no 221)

Perhatikanlah…tahukah para pembaca yang budiman bahawasanya gunung Uhud panjangnya sekitar 7 km dan lebarnya 2 sampai 3 km, dengan ketinggian sekitar 350 meter?. Tentunya kalau ada emas seukuran ini maka beratnya ribuan ton tentunya. Kalau kita memiliki emas sebesar itu…, apakah kita akan menginfakkannya??
Lantas kenapa para sahabat mendapat kemuliaan yang luar biasa ini? Mengapa ganjaran amalan mereka sangat besar di sisi Allah??

Al-Baydhoowi berkata :

مَعْنَى الْحَديْثِ  لاَ يَنَالُ أَحَدُكُمْ بِإنْفَاق مِثْلِ أُحُدٍ ذَهَبًا منَ الْفَضْلِ وَالأَجْرِ مَا يَنَالُ أَحَدُهُمْ بِإِنْفَاق مُدِّ طَعَامٍ أَوْ نَصِيْفِهِ وَسَبَبُ التَّفَاوُت مَا يُقَارِنُ الأَفْضَلَ منْ مَزِيْدِ الإِخْلاَصِ وَصِدْقِ النِّيَّةِ

“Makna hadits ini adalah salah seorang dari kalian meskipun menginfakan emas sebesar gunung Uhud maka tidak akan meraih pahala dan kurnia sebagaimana yang diraih oleh salah seorang dari mereka (para sahabat) meskipun hanya menginfakan satu mud makanan atau setengah mud. Sebab perbezaan tersebut adalah kerana (mereka) yang lebih utama (iaitu para sahabat) disertai dengan keikhlasan yang lebih dan niat yang benar 
(sebagaimana dikutip oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Baari 7/34)

Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata :

فَإِنَّ الْأَعْمَالَ تَتَفَاضَلُ بِتَفَاضُلِ مَا في الْقُلُوْبِ مِنَ الإِيْمَانِ وَالْإِخْلاَصِ، وَإِنَّ الرَّجُلَيْنِ لَيَكُوْنَ مَقَامُهُمَا فِي الصَّفِّ وَاحِدًا وَبَيْنَ صَلاَتَيْهِمَا كَمَا بَيْنَ السَّمَاء وَالْأَرْضِ

“Sesungguhnya amalan-amalan berbeza-beza tingkatannya sesuai dengan perbezaan tingkatan keimanan dan keikhlasan yang terdapat di hati. Dan sungguh ada dua orang yang berada di satu shaf solat akan tetapi perbezaan nilai solat mereka berdua sejauh antara langit dan bumi.” 
(Minhaajus sunnah 6/136-137)

Beliau juga berkata,

أَنَّ الْأَعْمَالَ الظَّاهِرَةَ يَعْظُمُ قَدْرُهَا وَيَصْغُرُ قَدْرُهَا بمَا في الْقُلُوْبِ، وَمَا فِي الْقُلُوْبِ يَتَفَاضَلُ لاَ يَعْرِفُ مَقَادِيْرَ مَا فِي الْقُلُوْبِ مِنَ الْإِيْمَانِ إِلاَّ اللهُ

“Sesungguhnya amalan-amalan lahiriah (zahir) nilainya menjadi besar atau menjadi kecil sesuai dengan apa yang ada di hati, dan apa yang ada di hati bertingkat-tingkat. Tidak ada yang tahu tingkatan-tingkatan keimanan dalam hati-hati manusia kecuali Allah.” 
(Minhaajus Sunnah 6/137)

Oleh kerananya Allah swt berfirman

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ

Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi Ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.” 
(QS Al-Hajj : 37)

Tentunya banyak orang yang menyembelih haiwan korban, dan banyak pula yang menyembelih haiwan hadyu (tatkala hajian), dan banyak pula orang yang bersedekah dengan menyembelih haiwan, akan tetapi bukanlah yang sampai kepada Allah darah haiwan-haiwan tersebut akan tetapi yang sampai kepada Allah adalah ketakwaan yang terdapat di hati (lihat minhaajus sunnah 6/137)
Dari sini jelas bagi kita rahsia kenapa Allah swt menjadikan pahala sedikit infaq yang dikeluarkan oleh para sahabat lebih tinggi nilainya dari beribu-ribu ton emas yang kita sedekahkan. Sesungguhnya amalan-amalan hati para sahabat sangatlah tinggi, keimanan para sahabat sangatlah jauh dibandingkan keimanan kita. Mungkin kita boleh saja menilai amalan zahir seseorang, akan tetapi amalan hatinya tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah swt. Para sahabat yang luar biasa amalan zahirnya boleh saja ada seorang tabiin yang meniru mereka akan tetapi yang menjadikan mereka tetap istimewa adalah amalan hati mereka yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah swt.
Ibnu Taimiyyah berkata tentang para sahabat, “Hal ini (ditinggikannya pahala para sahabat-pen) dikeranakan keimanan yang terdapat dalam hati mereka tatkala mereka berinfaq di awal-awal Islam, dan masih sedikitnya para pemeluk agama Islam, banyaknya hal-hal yang menggoda untuk memalingkan mereka dari Islam, serta lemahnya motivasi yang mendorong untuk berinfaq. Oleh kerananya orang-orang yang datang setelah para sahabat tidak akan boleh memperolehi sebagaimana yang diperoleh para sahabat… oleh kerananya tidak akan ada seorangpun yang menyamai Abu Bakar radhiallahu ‘anhu. Keimanan dan keyakinan yang ada di hatinya tidak akan boleh disamai oleh seorangpun. Abu Bakar bin ‘Ayyaas berkata

مَا سَبَقَهُمْ أَبُو بَكْرٍ بِكَثْرَةِ صَلاَةٍ وَلاَ صِيَامٍ وَلَكنْ بشَىْءٍ وَقَرَ في قَلْبِهِ

“Tidaklah Abu Bakar mengungguli para sahabat yang lain dengan banyaknya solat dan puasa akan tetapi kerana sesuatu yang terpateri di hatinya.”

Demikian pula para sahabat yang lain yang telah menemani Rasulullah dalam keadaan beriman kepada Nabi dan berjihad bersamanya maka timbul dalam hati mereka keimanan dan keyakinan yang tidak akan dicapai oleh orang-orang setelah mereka…
Sesungguhnya para ulama telah sepakat bahawasanya para sahabat secara umum (global) lebih baik dari para tabi’in secara umum. Akan tetapi apakah setiap individu dari para sahabat lebih mulia dari dari setiap individu dari generasi setelah mereka? dan apakah Mu’aawiyah radhiallahu ‘anhu lebih mulia daripada Umar bin Abdil Aziz rahimahullah??. Al-Qodhi Iyaadh dan ulama yang lain menyebutkan ada dua pendapat dalam permasalahan ini. Majoriti ulama memilih pendapat bahawasanya setiap individu sahabat lebih mulia dari setiap individu dari generasi setelah mereka. Ini adalah pendapat Ibnul Mubarok, Ahmad bin Hnbal dan selain mereka berdua.
Di antara argumentasi mereka adalah amalan (zahir) para tabi’in meskipun lebih banyak, sikap adilnya Umar bin Abdil Aziz lebih nampak dari pada sikap adilnya Mu’aawiyah, dan ia lebih zuhud daripada Mu’aawiyah, akan tetapi mulianya seseorang di sisi Allah adalah tergantung hakikat keimanannya yang terdapat di hatinya…mungkin boleh saja kita mengetahui amalan (zahir) sebahagian mereka lebih banyak dari pada sebahagian yang lain, akan tetapi bagaimana kita boleh mengetahui bahawasanya keimanannya yang terdapat di hatinya lebih besar daripada keimanan hati yang lain..?”   (Minhaajus Sunnah An-Nabawiyyah 6/137-139)

Kota Nabi, 24 Muharram 1432 / 30 Disember 2010
Firanda Andirja







Khamis, 3 Januari 2013

K 154 SEPULUH Kelebihan Kalimah La Ilaha Illallah.

1- La Ilaha Illallah adalah harga Syurga.

2- La Ilaha Illallah adalah memastikan keampunan.

3- La Ilaha Illallah adalah kebaikan terbaik.

4- La Ilaha Illallah adalah penghapus dosa dan segala kesalahan.

5- La Ilaha Illallah adalah sebagai memperbaharui iman yang pudar.

6- La Ilaha Illallah adalah pengangkat hijab sampai kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

7- La Ilaha Illallah adalah zikir yang paling afdal.

8- La Ilaha Illallah adalah pendinding daripada syaitan.

9-  La Ilaha Illallah adalah penyelamat daripada neraka.

10- La Ilaha Illallah adalah penolong.

Kitab Mukmin Sukses-Pemantapan Jati Diri  M/S : 18-22



K 153 SEBELAS Sifat yang diCintai Oleh Allah SWT.



1- Bertaubat.

2- Membuang segala yang tercela.

3- Ihsan.

4- Bertakwa.

5- Bersabar.

6- Bertawakal.

7- Saksama dan adil.

8- Berjuang menegakkan agama Allah SWT.

9- Tawaduk dan berkasih mesra sesama orang mukmin.

10- Tegas ke atas orang kafir.

11- Berjihad di Jalan Allah SWT tanpa menghiraukan segala celaan.
Kitab Mukmin Sukses-Pemantapan Jati Diri . M/S : 117-125.







K 152 LIMA Waktu tidur yang dilarang oleh Rasulullah SAW.




1- Tidur selepas makan.

2- Tidur sepanjang hari.

3- Tidur selepas solat Subuh dan awal pagi.

4- Tidur pada waktu asar.

5- Tidur sebelum solat Isyak.

Nota :
Kitab Mengapa Rasulullah SAW Tidak Mudah Sakit   M/S : 44-46.



K 151 EMPAT Perkara terbaik.






1- Hati yang paling baik adalah hati yang sentiasa dalam kebenaran.
2- Insan terbaik adalah insan yang sentiasa mengingati anda dalam waktu ketiadaan anda.
3- Sebaik-baik hari adalah hari yang tidak diakhiri dengan kesalahan.
4- Sebaik-baik hadiah adalah doa untuk kebaikan anda tanpa anda sedari.