Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 8 Jun 2013

Bab 190 Keutamaan Menantikan Solat



1058. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Seseorang di antara engkau semua itu masih tetap dianggap dalam solat, selama solat itu menyebabkan ia tertahan. jadi tidak ada yang menghalang-halangi ia untuk kembali ke tempat keluarga itu melainkan kerana menantikan solat." 
(Muttafaq 'alaih)

1059. Daripada Abu Hurairah r.a., pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Dan malaikat itu mendoakan kepada seseorang di antara engkau semua supaya mendapatkan kerahmatan, selama orang itu masih ada di dalam tempat solatnya yang ia bersolat di situ, juga selama ia belum berhadas. Malaikat itu mengucapkan: "Ya Allah, ampunilah orang itu, ya Allah, belas kasihanilah ia." 
(Riwayat Bukhari)

1060. Daripada Anas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengakhirkan solat Isyak pada suatu malam sampai ke pertengahan malam, kemudian beliau s.a.w. menghadap kepada orang banyak dengan wajahnya setelah selesai bersolat, lalu beliau s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Orang-orang sudah bersolat dan mereka telah tidur dan engkau semua sentiasa dianggap dalam melakukan solat, sejak engkau semua menantikan solat itu." 

(Riwayat Bukhari)


Bab 189 Keutamaan Berjalan Ke Masjid




1050. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang hari, maka Allah menyediakan untuknya suatu hidangan yang lazim diberikan untuk tamu di syurga, setiap kali ia pergi pagi atau petang hari itu."
(Muttafaa'alaih)

1051. Daripada Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang bersuci di rumahnya kemudian ia pergi ke salah satu dari beberapa rumah Allah yakni masjid untuk menyelesaikan salah satu solat wajib dari beberapa solat yang diwajibkan oleh Allah, maka langkah-langkahnya itu yang selangkah dapat menghapuskan satu kesalahan sedang langkah yang lainnya dapat menaikkan satu darjat."
(Riwayat Muslim)

1052. Daripada Ubay bin Ka'ab r.a., katanya: "Ada seorang dari golongan sahabat Anshar yang saya tidak mengetahui seseorangpun yang rumahnya lebih jauh letaknya dari rumah orang itu jikalau hendak ke masjid, tetapi ia tidak pernah terlambat oleh sesuatu solat yakni setiap solat fardhu ia mesti mengikuti berjamaah. Kepadanya dikatakan: "Alangkah baiknya jikalau engkau membeli seekor keldai yang dapat engkau naiki di waktu malam gelap gulita serta di waktu teriknya panas matahari." la menjawab: "Saya tidak senang kalau rumahku itu ada di dekat masjid, sesungguhnya saya ingin kalau jalanku sewaktu pergi ke masjid dan sewaktu pulang dari masjid untuk kembali ke tempat keluargaku itu dicatat pahalanya untukku."

Rasulullah s.a.w. lalu bersabda:
Yang Bermaksud : "Allah telah mengumpulkan untuk pahala kesemuanya itu yakni waktu pergi dan pulangnya semuanya diberi pahala."
(Riwayat Muslim)

1053. Daripada Jabir r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Ada beberapa bidang tanah di sekitar masjid itu kosong, lalu keluarga Bani Salimah berkehendak akan berpindah di dekat masjid. Hal itu sampai terdengar oleh Nabi s.a.w., lalu beliau bersabda kepada mereka: "Ada berita yang sampai kepadaku bahawa engkau semua hendak berpindah di dekat masjid." Mereka menjawab: "Benar, ya Rasulullah. Kita memang berkehendak demikian." Beliau lalu bersabda lagi: "Hai keluarga Bani Salimah, bekas langkah-langkahmu ke masjid itu dicatat pahalanya untukmu semua. Maka itu tetaplah di rumah-rumahmu itu saja, tentu dicatatlah bekas langkah-langkahmu semua itu." Mereka lalu berkata: "Kita tidak senang lagi untuk berpindah."
Diriwayatkan oleh Imam Muslim. Imam Bukhari juga meriwayatkan yang semakna dengan Hadis di atas dari riwayat Anas.

1054. Daripada Abu Musa r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya sebesar-besar manusia perihal pahalanya dalam solat ialah yang terjauh di antara mereka itu tentang jalannya lalu lebih jauh lagi. Dan orang yang menantikan solat sehingga ia dapat mengikuti solat itu bersama imam adalah lebih besar pahala daripada orang yang melakukan solat itu dengan munfarid lalu ia tidur."
(Muttafaq 'alaih)

1055. Daripada Buraidah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:

Yang Bermaksud : "Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang berjalan di waktu malam ke masjid-masjid bahawa mereka akan memperoleh cahaya yang sempurna esok pada hari kiamat."
(Riwayat Abu Daud dan Termidzi)

1056. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Sukakah engkau semua kalau saya tunjukkan akan sesuatu amalan yang dapat melebur semua kesalahan dan dengannya dapat pula menaikkan beberapa darjat?" Para sahabat menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Iaitu menyempurnakan wuduk sekalipun menemui beberapa hal yang tidak disenangi seperti terlampau dingin dan sebagainya, banyaknya melangkahkan kaki untuk ke masjid dan menantikan solat sesudah melakukan solat. Itulah yang dapat disebut ribath, itulah yang disebut ribath perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyak ketaatan pada Tuhan."
(Riwayat Muslim)

1057. Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:

Yang Bermaksud : "Jikalau engkau semua melihat seseorang membiasakan pulang pergi ke masjid, maka saksikanlah ia dengan keimanan yakni bahawa orang itu benar-benar orang yang beriman. Allah Azzawajalla berfirman: "Hanyasanya yang meramaikan masjid-masjidnya Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir."* sampai ke akhir ayat.
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

* Kelengkapan isi ayat di atas, yang tercantum dalam surat al-Bara'ah atau at-Taubah, ayat 16, ertinya adalah sebagai berikut:

Yang Bermaksud : "Serta mendirikan solat dan menunaikan zakat, juga tidak takut melainkan kepada Allah. Maka mudah-mudahanlah mereka itu termasuk golongan orang-orang yang rnemperoleh petunjuk benar dari Tuhan."




Bab 188 Keutamaan Solat Subuh Dan Asar.




1044. Daripada Abu Musa r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang bersolat bardain yakni solat Subuh dan solat Asar, maka ia akan masuk syurga."
(Muttafaq 'alaih)

1045. Daripada Abu Zuhair iaitu Umarah bin Ruwaibah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Tidak akan masuk neraka seseorang yang bersolat sebelum terbitnya matahari dan sebelum terbenamnya, yakni solat Subuh dan solat Asar.”
(Riwayat Muslim)

1046. Daripada Jundub bin Sufyan r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang bersolat Subuh, maka ia adalah dalam tanggungan Allah yakni mengenai keselamatan dirinya dan Iain-Iain. Maka perhatikanlah, hai anak Adam  yakni manusia, janganlah sampai Allah itu menuntut kepadamu sesuatu dari tanggungannya."
(Riwayat Muslim)

Keterangan Hadis di atas harap dilihat dalam Hadis no. 388.

1047. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Berganti-gantilah untuk menyertai engkau semua beberapa malaikat di waktu malam dan beberapa malaikat di waktu siang. Mereka sama berkumpul dalam solat Subuh dan solat Asar. Kemudian naiklah malaikat yang bermalam denganmu semua itu, lalu Allah bertanya kepada mereka, padahal sebenarnya Allah adalah lebih Maha Mengetahui tentang hal-ehwal hamba-hamba-Nya, tanyaNya: "Bagaimanakah engkau semua meninggalkan hamba-hambaKu?" lalu para malaikat itu menjawab: "Kita meninggalkan mereka dan mereka sedang melakukan solat dan sewaktu kita mendatangi mereka itu, juga di waktu mereka melakukan solat."
(Muttafaq 'alaih)

1048. Daripada Jarir bin Abdullah al-Bajali r.a., katanya: "Kita semua ada di sisi Nabi s.a.w. Beliau s.a.w. lalu melihat bulan di malam bulan purnama yakni tanggal empat belas bulan hijrah, kemudian beliau bersabda:

Yang Bermaksud : "Engkau semua akan dapat melihat Tuhanmu sebagaimana engkau semua melihat bulan ini, tidak akan memperoleh kesukaran engkau semua dalam melihatNya itu. Maka jikalau engkau semua dapati tidak akan dialahkan oleh solat sebelum terbitnya matahari dan sebelum terbenamnya, maka lakukanlah itu," maksudnya jangan sampai dialahkan oleh sesuatu hal sehingga tidak melakukan kedua solat itu dan jelasnya ini adalah merupakan perintah wajib.
(Muttafaq 'alaih)

Dalam suatu riwayat disebutkan: "Beliau s.a.w. lalu melihat ke bulan pada malam bulan purnama itu yakni bulan tanggal empat belas."

1049. Daripada Buraidah r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang meninggalkan solat Asar, maka leburlah yakni rosaklah amal kelakuannya."
(Riwayat Bukhari)





Jumaat, 7 Jun 2013

Bab 187 Keutamaan Solat




Allah Taala berfirman:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari keburukan dan kemunkaran."
(al-'Ankabut: 45)

1039. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Adakah engkau semua mengetahui, andaikata pada pintu seseorang di antara engkau semua itu ada sebuah sungai dan ia mandi di situ sebanyak lima kali dalam sehari, apakah masih ada kotoran sekalipun sedikit yang tertinggal di badannya?" Para sahabat rnenjawab: "Tidak ada kotoran sedikitpun yang tertinggal di badannya." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Demikian itulah perumpamaan solat lima waktu, dengan mengerjakan semua itu Allah akan menghapuskan semua kesalahan."

1040. Daripada Jabir r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Perumpamaan solat lima waktu itu adalah seumpama sebuah sungai yang mengalir, banyak airnya yang ada di pintu seseorang di antara engkau semua. la mandi di situ setiap hari lima kali."
(Riwayat Muslim)

1041. Daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawasanya ada seorang lelaki yang memberikan ciuman pada seseorang wanita lain, lalu ia mendatangi Nabi s.a.w. kemudian memberitahukannya akan halnya. Kemudian Allah Taala menurunkan ayat yang ertinya: "Dirikanlah solat pada kedua ujung siang dan beberapa saat dari waktu malam. Sesungguhnya kebaikan-kebaikan itu dapat melenyapkan keburukan-keburukan." Orang tadi lalu berkata: "Adakah ayat itu untuk saya saja?" Beliau s.a.w. bersabda: "Untuk seluruh umatku."
(Muttafaq 'alaih)

1042. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Solat lima waktu, Jumaat yang satu sampai Jumaat yang lain adalah sebagai penutup dosa selama waktu antara semuanya yakni antara waktu yang satu dengan waktu yang berikutnya, selama tidak dikerjakan dosa-dosa yang besar."
(Riwayat Muslim)

1043. Daripada Usman bin Affan r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Tiada seorang Muslimpun yang datang padanya solat yang diwajibkan, lalu ia memperbaguskan wuduknya, kekhusyukannya serta rukuknya, melainkan solat yang dilakukannya tadi akan menjadi penutup dosa-dosa yang dilakukan sebelum itu, selama tidak dikerjakan dosa besar. Yang sedemikian itu berlaku untuk setahun sepenuhnya."
(Riwayat Muslim)













Bab 186 Keutamaan Berazan




1030. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Andaikata para manusia itu mengetahui betapa besar pahalanya berazan dan menempati saf pertama di waktu solat, kemudian mereka tidak menemukan jalan untuk memperolehnya itu melainkan dengan cara mereka mengadakan undian, nescayalah mereka akan melakukan undian itu. Juga andaikata para manusia mengetahui betapa besar pahalanya datang lebih dulu untuk melakukan solat, nescayalah mereka akan berlumba-lumba untuk itu. Demikian pula andaikata mereka mengetahui betapa besar pahalanya solat Isyak dan solat Subuh dengan berjamaah, nescayalah mereka akan mendatangi kedua solat itu, sekalipun dengan berjalan merangkak."
(Muttafaq 'alaih)

Alistiham ertinya mengadakan undian dan Attahjir ialah datang paling awa! untuk mengerjakan solat di masjid.

1031. Daripada Mu'awiyah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Para muazin ahli berazan itu adalah sepanjang-panjang leher manusia esok pada hari kiamat."
(Riwayat Muslim)

1032. Dari Abdullah bin Abdur Rahman bin Abu Sha'sha'ah bahawasanya Abu Said al-Khudri r.a. berkata padanya:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya saya melihat engkau suka sekali pada kambing dan tempat-tempat di desa, maka jikalau engkau berada di tempat kambingmu atau di desamu, lalu engkau berazan untuk bersolat, maka keraskanlah suaramu dengan berazan itu, kerana sesungguhnya tiada seorang jin, manusia atau sesuatu apapun yang mendengar dengungan suara muazin itu, melainkan ia akan menjadi saksi untuknya pada hari kiamat."
Abu Said berkata: "Saya mendengar yang sedemikian itu dari Rasulullah s.a.w." (Riwayat Bukhari)

1033. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Jikalau azan dibunyikan untuk solat, maka membelakanglah syaitan yakni lari ke belakang sambil berkentut, sehingga ia tidak mendengar lagi suara azan tersebut. Selanjutnya jikalau azan sudah selesai, maka ia datang lagi, sehingga apabila dibunyikan iqamat, maka sekali lagi ia membelakang, kemudian apabila bunyi iqamat telah selesai datanglah ia kembali sehingga ia mengusikkan yakni menggoda antara seseorang itu dengan hatinya sendiri sambil mengucapkan: "Ingatlah ini dan ingatlah itu," iaitu sesuatu yang tidak diingatnya sebelum ia bersolat itu, sampai-sampai seseorang itu tidak lagi mengetahui, sudah berapa rakaat ia bersolat."
(Muttafaq 'alaih)

1034. Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahawasanya ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Jikalau engkau mendengar azan, maka ucapkanlah sebagaimana yang diucapkan oleh muazzin, kemudian bacalah selawat untukku, kerana sesungguhnya saja barangsiapa yang membaca selawat untukku sekali selawat, maka Allah akan memberikan kerahmatan padanya sepuluh kali, selanjutnya mohonlah wasilah kepada Allah untukku, sebab sesungguhnya wasilah itu adalah suatu tingkat dalam syurga yang tidak patut diberikan melainkan kepada seseorang hamba dari sekian banyak hamba-hamba Allah dan saya mengharapkan agar sayalah hamba yang memperoleh tingkat wasilah tadi. Maka dari itu barangsiapa yang memohonkan wasilah untukku kepada Allah, wajiblah ia memperoleh syafaatku."
(Riwayat Muslim)

1035. Daripada Abu Said al-Khudri r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. .bersabda;

Yang Bermaksud : "Jikalau engkau semua mendengar azan, maka ucapkanlah, sebagaimana yang diucapkan oleh muazin."
(Muttafaq 'alaih)

1036. Dari Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang ketika sudah selesai mendengarkan azan lalu mengucapkan yang ertinya: "Ya Allah yang Maha Menguasai doa yang sempurna serta solat yang akan didirikan ini, berikanlah kepada Muhammad wasilah dan keutamaan, bangkitkanlah ia pada kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan," maka akan dapatlah ia memperoleh syafaatku pada hari kiamat."
(Riwayat Bukhari)

1037. Daripada Said bin Abu Waqqash r.a. dari Nabi s.a.w. bahawasanya beliau bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang ketika telah selesai mendengarkan azan lalu mengucapkan yang ertinya: "Saya menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya dan bahawasanya Muhammad adalah hamba dan pesuruhNya. Saya rela dengan Allah sebagai Tuhan, dengan Muhammad sebagai rasul dan dengan Islam sebagai agama,” maka diampunkanlah dosanya."
(Riwayat Muslim)

1038. Daripada Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Doa itu tidak akan ditolak antara azan dan iqamah."

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.






Bab 185 Keutamaan Berwuduk




Allah Taala berfirman:

Yang Bermaksud : "Hai sekelian orang yang beriman! Jikalau engkau semua berdiri hendak bersolat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai ke siku dan sapulah kepala dan basuhlah kakimu sampai ke mata kaki. Dan jikalau engkau semua berjunub, maka sucikanlah dirimu yakni mandilah. Dan jikalau engkau semua sakit atau dalam bepergian atau seseorang dari engkau semua datang dari buang air atau bersetubuh dengan wanita, lalu engkau semua tidak mendapatkan air, maka cariiah tanah yang baik atau bersih yang digunakan untuk bertayammum, kemudian sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak menghendaki untuk membuat kesempitan kesukaran atasmu semua, tetapi hendak menyucikan engkau semua dan menyempurnakan kurnianya kepadamu semua, supaya engkau semua bersyukur."
(al-Maidah: 6)

1021. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya umatku itu akan dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya dari sebab bekas-bekasnya berwuduk. Maka dari itu, barangsiapa yang dapat di antara engkau semua hendak memperpanjang  yakni menambahkan bercahayanya, maka baiklah ia melakukannya dengan menyempurnakan berwuduk itu sesempurna mungkin."
(Muttafaq 'alaih)

1022. Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Saya mendengar kekasihku Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai dari tubuh seseorang mukmin, sesuai dengan anggota yang dicapai oleh wuduk yakni sampai di mana air itu menyentuh tubuhnya, sampai di situ pula perhiasan yang akan diperolehnya di syurga.”
(Riwayat Muslim)

1023. Daripada Usman bin Affan r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang berwuduk lalu memperbaguskan wuduknya yakni menyempurnakan sesempurna mungkin, maka keluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya."
(Riwayat Muslim)

1024. Daripada Usman bin Affan r.a. pula, katanya: "Saya melihat Rasulullah s.a.w. berwuduk seperti wudukku ini, kemudian beliau s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang berwuduk sedemikian, maka diampunkanlah untuknya dosa-dosa yang telah lalu dan solatnya serta jalannya ke masjid adalah sunnah hukumnya."
(Riwayat Muslim)

1025. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Apabila seseorang hamba yang Muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua kesalahan yang disebabkan ia melihat padanya dengan kedua matanya dan keluarnya ialah beserta air atau beserta titisan air yang terakhir. Jikalau ia membasuh kedua tangannya, maka keluarlah dari kedua tangannya itu semua kesalahan yang dilakukan oleh kedua tangannya beserta air atau beserta titisan air yang terakhir. Selanjutnya apabila ia membasuh kedua kakinya, maka keluarlah semua kesalahan yang dijalankan oleh kedua kakinya beserta air atau beserta titisan air yang terakhir, sehingga akhirnya keluarlah ia dalam keadaan suci dari semua dosa."
(Riwayat Muslim)

1026. Daripada Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. mendatangi suatu kuburan lalu mengucapkan:

Yang Bermaksud : "Assalamu 'alaikum, hai perumahan kaum mukminin dan kita semua Insya Allah akan menyusul engkau semua. Saya ingin kalau kita semua sudah dapat melihat saudara-saudara kita." Para sahabat berkata: "Bukankah kita ini saudara-saudara Tuan, ya Rasulullah?" Beliau s.a.w. menjawab: "Engkau semua adalah sahabat-sahabatku, sedang saudara-saudara kita itu masih belum datang lagi." Para sahabat berkata pula: "Bagaimanakah Tuan dapat mengetahui orang yang masih belum datang dari golongan umat Tuan, ya Rasulullah?" Beliau s.a.w. bersabda: "Bagaimanakah pendapatmu, sekiranya ada seorang lelaki mempunyai seekor kuda yang putih bersih kepalanya, putih pula kaki-kakinya berada di samping kuda yang hitam polos, tidakkah pemilik itu dapat mengetahui kudanya sendiri?" Para sahabat menjawab: "Ya, tentu dapat, ya Rasulullah." Beliau s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya umatku yang akan datang itu ialah dalam keadaan bercahaya wajahnya serta putih bersih tubuhnya dari sebab berwuduk dan saya adalah yang terlebih dulu dari mereka itu untuk datang ke telaga haudh."
(Riwayat Muslim)

1027. Daripada Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Sukakah engkau semua kalau saya tunjukkan akan sesuatu amalan yang dapat melebur semua kesalahan dan dengannya dapat pula menaikkan beberapa darjat?" Para sahabat men-jawab: "Baiklah, ya Rasulullah". Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Iaitu menyempurnakan wuduk sekalipun menemui beberapa hal yang tidak disenangi seperti terlampau dingin dan sebagainya, banyaknya melangkahkan kaki untuk ke masjid dan menantikan solat sesudah melakukan solat. Itulah yang disebut ribath. Itulah yang disebut ribath perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyak ketaatan pada Tuhan."
(Riwayat Muslim)

1028. Daripada Abu Malik al-Asy'ari r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Bersuci itu adalah separuh keimanan."
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dan sudah lalu kelengkapannya yang panjang dalam bab Sabar - lihat Hadis no. 25.

Dalam bab ini termasuk pula Hadisnya 'Amr bin 'Abasah r.a. yang juga sudah diuraikan di muka dalam akhir bab Pengharapan. Hadis itu adalah suatu Hadis yang agung sekali yang memuat berbagai macam kebaikan.

1029. Daripada Umar bin al-Khaththab r.a. dari Nabi s.a.w.,sabdanya:

Yang Bermaksud : "Tiada seorangpun dari engkau semua yang berwuduk lalu ia menyampaikan yakni menyempurnakan wuduknya, kemudian mengucapkan: Asyhadu alla ilaha illallah wahdahu la syarika lah, wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuluh, melainkan dibukakanlah untuknya pintu syurga yang lapan buah banyaknya. la diperbolehkan masuk dari pintu manapun juga yang dikehendaki olehnya."
(Riwayat Muslim)

Imam Termidzi menambahkan ucapan di atas dengan: Alla-hummaj'alni minat tawwabina waj'alni minal mutatthahhirin, ertinya: Ya Allah, jadikanlah saya termasuk golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah saya termasuk golongan orang-orang yang bersuci.






Bab 184 Sunnahnya Berkumpul Untuk Membaca al-Quran




1019. Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya:

Yang Bermaksud : "Pada suatu ketika Jibril sedang duduk di sisi Nabi s.a.w., lalu mendengar suara pintu terbuka di atasnya, kemudian mengangkat kepalanya dan berkata: "Ini adalah pintu dari langit yang dibuka pada hari ini dan tidak pernah sama sekali dibuka, melainkan pada hari ini." Kemudian turunlah dari pintu tadi seorang malaikat, lalu Jibril berkata: "Ini adalah malaikat yang turun ke bumi dan tidak pernah turun sama sekali, melainkan pada hari ini." Malaikat yang baru turun itu lalu memberi salam dan berkata: "Bergembiralah hai Muhammad dengan dua cahaya yang dikurniakan kepada Tuan dan tidak pernah dikurniakan kepada Nabi siapapun sebelum Tuan, iaitu fatihatul kitab yakni surah al Fatihah dan beberapa ayat penghabisan dari surah al Baqarah. Tidaklah Tuan membaca sehuruf dari keduanya itu, melainkan Tuan akan diberi pahala besar."
(Riwayat Muslim)
Annaqiidh ertinya suara seperti suara pintu dan Iain-Iain.

1020. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. .bersabda:

Yang Bermaksud : "Tiada suatu kaumpun yang sama berkumpul dalam salah satu rumah dari rumah-rumah Allah yakni masjid sambil membaca Kitabullah dan saling bertadarus di antara mereka itu Iaitu berganti-gantian membacanya, melainkan turunlah ketenangan di atas mereka, serta mereka akan diliputi oleh kerahmatan dan diliputi oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebutkan mereka itu kepada makhluk-makhluk yang ada di sisiNya yakni para malaikat."
(Riwayat Muslim)































Rabu, 5 Jun 2013

Bab 183 Anjuran Membaca Surat-surat Atau Ayat-ayat Yang Tertentu





1006. Dari Abu Said, iaitu Rafi' bin al-Mu'alla r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku: 

Yang Bermaksud : "Tidakkah engkau suka jikalau saya mengajarkan padamu akan seagung-agung surat dalam al Quran sebelum engkau keluar dari masjid?" Kemudian beliau s.a.w. mengambil tanganku. Setelah kita ingin hendak keluar, sayapun berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya Tuan tadi bersabda: "Sungguh-sungguh saya akan mengajarkan padamu seagung-agung surat dalam al Quran." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Seagung-agung surat ialah Alhamdulillahi rabbil-'alamin dan seterusnya. Itulah yang disebut Assab'ul matsani yakni tujuh ayat banyaknya dan diulang-ulangi dua kali atau surat al Fatihah. Juga itulah yang disebut al Quran Al-'Azhim yang diberikan padaku." 
(Riwayat Bukhari)

1007. Dari Abu Said al-Khudri r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda mengenai surat Qulhuwallahuahad yakni surat Al-lkhlas, iaitu: "Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya, sesungguhnya surat Al-lkhlas itu nescayalah menyamai sepertiga al Quran mengenai pahala membacanya."
Dalam riwayat lain disebutkan: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda kepada sahabat-sahabatnya: 

Yang Bermaksud : "Apakah seseorang di antara engkau semua itu akan merasa lemah yakni tidak kuat untuk membaca sepertiga al Quran dalam satu malam?" Tentu saja hal itu dirasakan berat oleh mereka dan mereka berkata: "Siapakah di antara kita semua yang kuat melakukan itu, ya Rasulullah?" Kemudian beliau s.a.w. bersabda: Qul huwallahu ahad Allahush shamad adalah sepertiga al Quran yakni pahala membacanya menyamai membaca sepertiga al-Quran itu." 
(Riwayat Bukhari)

1008. Dari Abu Said al-Khudri r.a. pula bahawasanya ada seorang lelaki mendengar orang lelaki lain membaca: Qul huwallahu ahaddan seterusnya dan orang itu mengulang-ulanginya. Setelah datang pagi harinya, orang yang mendengar itu pergi ke tempat Rasulullah s.a.w. lalu menyebutkan pada beliau s.a.w. apa yang didengarnya, seolah-olah orang ini menganggapnya sebagai amalan yang kecil saja yakni kurang bererti. Kemudian Rasulultah s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggamanNya, sesungguhnya surat Al-lkhlas itu nescayalah menyamai pahalanya dengan membaca sepertiga al Quran." 
(Riwayat Bukhari)

1009. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda mengenai Qul huwallahu ahad, iaitu: 

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya surat ini adalah menyamai pahalanya dengan membaca sepertiga al Quran."
(Riwayat Muslim)

1010. Dari Anas r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya saya senang sekali pada surat ini, iaitu Qul huwallahu ahad. Lalu beliau s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya kecintaanmu pada surah itu akan dapat memasukkan engkau dalam syurga."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Imam Bukhari juga meriwayatkannya dalam kitab shahihnya sebagai ta'liq.

1011. Dari 'Uqbah bin 'Amir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Adakah engkau mengetahui beberapa ayat yang diturunkan malam ini? Benar-benar tidak ada sama sekali yang seumpama dengan itu, iaitu surah Qul a'udzu birabbil falaq dan surat Qul a'udzu birabbin nas." 
(Riwayat Muslim)

1012. Dari Abu Said al-Khudri r.a., katanya: 

"Rasulullah s.a.w. dahulunya selalu berta'awwudz mohon perlindungan kepada Allah dari gangguan jin dan mata manusia, sehingga turunlah dua surat mu'awwidzah iaitu surat, surat Qul a'udzu birabbil falaq dan Qul a'udzu birabbin nas. Setelah kedua surah itu turun, lalu beliau s.a.w. mengambil keduanya itu saja mengamalkannya dan meninggalkan yang lain-lainnya."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

1013. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Setengah dari al Quran itu ada sebuah surah yang jumlah ayatnya ada tiga puluh buah. Surah itu dapat memberikan syafaat kepada seseorang jikalau ia membacanya sehingga orang itu diampuni, iaitu surah Tabarakal ladzi biyadihil mulk yakni surah al-Mulk."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
Dalam riwayat Imam Abu Daud disebutkan dengan menggunakan kata: tasyfa'u - sebagai gantinya "syafaat", ertinya sama iaitu memberi syafaat.

1014. Dari Abu Mas'ud al-Badri r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang membaca dua ayat dari akhir surat al-Baqarah di waktu malam iaitu ayat Aamanar rasulu sampai akhir surah, maka kedua ayat itu mencukupinya." 
(Muttafaq 'alaih)

Dikatakan oleh para alim ulama bahawa erti kafataahu atau mencukupi orang tadi, maksudnya mencukupi dari apa yang tidak disenangi atau tidak diinginkan pada malam itu. Ada pula yang mengertikan mencukupi dari berdiri untuk solat malam.

1015. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Janganlah engkau semua menjadikan rumah-rumahmu itu sebagai kuburan yakni tidak pernah bersolat sunnah atau membaca al Quran di dalamnya, sehingga sunyi-sunyi saja dari ibadat. Sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang di dalamnya itu dibacakan surat al-Baqarah." 
(Riwayat Muslim)

1016. Dari Ubay bin Ka'ab r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Hai Abul Mundzir, adakah engkau mengetahui, ayat manakah dari Kitabullah yakni al Quran yang ada besertamu itu yang teragung?" Saya lalu menjawab: "Iaitu Allahu la ilaha ilia huwal hayyul qayyum, yakni ayat al Kursi. Beliau s.a.w. lalu menepuk-nepuk dadaku dan bersabda: "Semoga engkau mudah memperoleh ilmu, hai Abul Mundzir." Beliau s.a.w. mendoakan demikian kerana benar sekali apa yang diucapkan itu.
(Riwayat Muslim)

1017. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: 

Yang Bermaksud : "Saya diserahi oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjaga sesuatu dari hasil zakat Ramadan yakni zakat fitrah. Kemudian datanglah padaku seorang pendatang, Segeralah ia mulai mengambil makanan itu sepenuh tangannya lalu diletakkan dalam wadah. Saya lalu menahannya terus berkata: "Sungguh-sungguh engkau akan saya hadapkan kepada Rasulullah s.a.w." Orang itu berkata: "Sesungguhnya saya ini adalah seorang yang sangat memerlukan dan saya mempunyai tanggungan keluarga banyak serta saya mempunyai hajat yang sangat sekali maksudnya amat fakirnya. Setelah itu iapun saya lepaskan dengan membawa makanan secukupnya. Pada pagi harinya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hai Abu Hurairah, apakah yang dikerjakan oleh tawananmu yakni orang yang kau pegang tadi malam?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, ia mengadukan bahawa ia mempunyai keperluan serta keluarga, lalu saya belas kasihan padanya, maka dari itu saya lepaskan sekehendak jalannya yakni sesuka hatinya pergi." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Sebenarnya saja orang itu telah berdusta padamu dan ia akan kembali lagi." Jadi saya mengetahui bahawa ia akan kembali kerana begitulah sabda Rasulullah s.a.w. Selanjutnya saya terus mengintipnya, tiba-tiba ia kembali lagi dan segera saja mengambil makanan lagi, lalu saya berkata: "Sungguh-sungguh saya akan menghadapkan engkau kepada Rasulullah s.a.w." Ia berkata: "Biarkanlah saja sekali ini, sebab sesungguhnya saya adalah seorang yang amat memerlukan dan saya mempunyai banyak keluarga yang menjadi tanggungan saya. Saya tidak akan kembali lagi." Sekali lagi saya menaruh belas kasihan padanya, lalu saya lepaskan sekehendak jalannya. Pagi-pagi menjelma, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda padaku: "Hai Abu Hurairah, apa yang dilakukan oleh tawananmu tadi malam?" Saya berkata: "la mengadukan lagi bahawa ia amat memerlukan dan mempunyai banyak tanggungan keluarga, maka dari itu saya belas kasihan padanya dan saya lepaskanlah sekehendak jalannya." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya ia berkata dusta padamu dan ia akan kembali lagi." Saya mengintipnya untuk ketiga kalinya. la datang dan terus mengambil makanan lalu saya tangkaplah ia, kemudian saya berkata: "Kini sungguh-sungguh saya akan menghadapkan engkau kepada Rasulullah s.a.w. dan ini adalah yang terakhir, kerana untuk ketiga kalinya engkau datang, sedang engkau memastikan tidak akan datang, tetapi engkau datang lagi." Orang itu lalu berkata: "Biarkanlah aku  yakni supaya engkau lepaskan saja, sesungguhnya saya akan mengajarkan beberapa kalimat padamu yang dengannya itu Allah akan memberikan kemanfaatan padamu." Saya berkata: "Apakah kalimat-kalimat itu." la menjawab: "Jikalau engkau hendak menempati tempat tidurmu, maka bacalah ayat al-Kursi, kerana sesungguhnya saja kalau itu engkau baca, engkau akan sentiasa didampingi oleh seorang penjaga dari Allah dan engkau tidak akan didekati oleh syaitan sehingga engkau berpagi-pagi." Akhirnya orang itu saya lepaskan lagi sekehendak jalannya. Saya berpagi-pagi, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda padaku: "Apakah yang dilakukan oleh tawananmu tadi malam?" Saya menjawab: "la menyangka bahawa ia telah mengajarkan padaku beberapa kalimat yang dengannya itu Allah akan memberikan kemanfaatan padaku, lalu saya lepaskanlah ia menurut sekehendak jalannya." Beliau s.a.w. bertanya: "Apakah kalimat-kalimat itu?" Saya menjawab: "la berkata kepada saya: "Jikalau engkau menempati tempat tidurmu, maka bacalah ayat al-Kursi sejak dari permulaannya sehingga engkau habiskan ayat itu sampai selesai, iaitu: Allahu laa ilaha illa huwal hayyul qayyum." la melanjutkan katanya kepada saya: "Jikalau itu engkau baca, maka engkau selalu akan didampingi oleh seorang penjaga dari Allah dan syaitan tidak akan mendekat padamu sehingga engkau berpagi-pagi." Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya ia telah berkata benar padamu yakni kalau membaca ayat al-Kursi, maka akan terus mendapat penjagaan dari Allah, tetapi orang itu sendiri sebenarnya adalah pendusta besar. Adakah engkau mengetahui, siapakah yang engkau ajak bicara selama tiga malam berturut-turut itu?" Saya menjawab: "Tidak." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Itu adalah syaitan." 
(Riwayat Bukhari)

Keterangan:
Ayat al-Kursi yang dimaksudkan dalam Hadis di atas ialah sebagaimana yang tercantum di bawah ini dan sebelum membaca ayat tersebut, sebaiknya membaca Ta'awwudz dulu iaitu: A'udzu billahu minasy syatthanir rajiim, selanjutnya barulah membaca ayat al-Kursi yang tercantum dalam surah al-Baqarah ayat 255, bunyinya:
"Allah yang tiada Tuhan selain Dia itu, adalah Maha Hidup serta Berdiri sendiri yakni tidak memerlukan kepada yang selainNya. Dia tidak akan dihinggapi oleh rasa mengantuk dan tidak pula pernah tidur. BagiNya adalah semua yang ada di langit dan di bumi. Dia Maha Mengetahui apa sajapun yang ada di muka mereka yakni seluruh makhluk dan apa saja yang ada di belakangnya. Siapakah yang kiranya dapat memberikan syafaat pertoiongan di sisiNya baik sewaktu di dunia ataupun di akhirat nanti melainkan dengan izinNya? Kursinya yakni kerajaanNya adalah meluas pada seluruh langit dan bumi dan Dia tidak akan tersibukan dalam memelihara keduanya langit dan bumi  itu, kerana Dia adalah Maha Tinggi serta Agung."

1018. Dari Abuddarda' r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat dari permulaan surah al-Kahfi, maka ia terjaga dari gangguan Dajal."
Dalam riwayat lain disebutkan: "Dari akhir surat al-Kahfi." 

(Riwayat Muslim)