Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 11 Oktober 2012

I 135 LIMA Cara terbaik bertafakur kepada Allah SWT

1-  Memikir ayat-ayat dan bukti kebesaran Allah SWT serta  kekuasaan Allah SWT.

2- Memikir tentang nikmat pemberian Allah SWT.

3- Memikir tentang pahala yang telah Allah SWT janjikan.

4- Memikir tentang seksaan dan hukuman Allah SWT.

5- Memikir apa yang diredhai oleh Allah SWT dan apa yang dimurkai oleh Allah SWT.



Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S: 906.


I 134 INDAHNYA HIDUP BERSAMA CINTA ALLAH SWT

Sekembalinya Nabi SAW dari bumi Thaif. Berteduh Nabi SAW sebentar di bawah pohon anggur. Di dalam kebun milik Utbah dan Syaibah. Kesedihan jelas terpapar pada wajah Nabi SAW setelah dicerca dan dilontar batu oleh penduduk bumi Thaif. Utbah dan Syaibah memasang telinga mendengar pengaduan hebat dari seorang Rasul kepada RabbNya. Rintihan yang dipohonkan oleh Nabi SAW membuatkan kekafiran Utbah dan Syaibah tersebut juga lentur sehingga menyuruh khadamnya Addas untuk memberi anggur kepada Nabi SAW sebagai penghilang kelaparan.

“Yaa Allah… Kepadamu aku mengadukan kelemahan kekuatanku,
Dan sedikitnya kemampuanku,
Serta kehinaanku di hadapan manusia.
Wahai Sebaik-baik pemberi kasih sayang,
Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku.
Kepada siapakah Engkau serahkan diriku,
Kepada orang yang jauh yang menggangguku,
Atau kepada musuh yang akan menguasai urusanku,
Asalkan Engkau tidak marah padaku maka tiadalah keberatan bagiku,
Akan tetapi kemurahanMu jauh lebih luas bagiku.
Aku berlindung dengan Cahaya Wajahmu yang akan menerangi seluruh kegelapan,
Dan yang akan memberikan kebaikan segala urusan dunia dan akhirat,
Untuk melepaskan aku dari MarahMu,
Atau menghilangkan MurkaMu dariku.
Hanya padaMu aku merintih berharap mendapatkan KeredaanMu,
Dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali denganMu
(Rujuk Raheeq al-Makhtum, Syeikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri)

Perhatikanlah kehebatan tawakkal Nabi SAW. Lembaran hidup beliau menunjukkan pada kita bagaimana baginda bertawakkal. Ketika Baginda di puncak penghinaan dan penolakan di Mekah. Diragut dengan pemergian dua orang pembelanya iaitu Abi Thalib dan isteri tercinta Khadijah dalam tahun yang sama. Sehingga tercatat lembaran sejarah memberi jolokan inilah tahun duka cita bagi Nabi SAW. Namun kedukaan ini tidak menggambarkan hilangnya rasa keseorangan di hati Nabi SAW. Kepada Allah swt dijadikan teman.

Khadijah dan Abi Thalib diwafatkan, agar Nabi SAW semakin tergantung hanya kepada Allah SWT. Terkadang, begitu cintanya Allah swt kepada kita, ia mengambil semua “sebab” yang telah kita terbiasa dengannya. Seolah-olah Allah swt ingin mengatakan kepada kita, “Wahai hambaKu, Aku ingin engkau datang dan berlindung hanya kepadaKu.” Ketika kita menyangka semua jalan sudah tertutup, lalu Allah swt menginginkan kita kembali padaNya hingga kita mengetahui Dia itu al-Wakil.

Lantaran itu doa yang sering dituturkan Nabi SAW menggoncangkan hati umatnya dalam meletakkan Allah SWT sebagai pelindung. Yaa Allah, jangan Kau tinggalkan aku untuk diriku walau sekelip mata atau yang lebih sedikit dari itu. Kerana jika Engkau meninggalkanku, maka Kau tinggalkan aku dalam kelemahan, aurat dan kesilapan. Dan aku tidak percaya kecuali pada rahmatMu.” 
( HR al-Baihaqi)

Penyerahan sebulat hati walau sekelumit kerdipan mata. Itulah tawakkalnya seorang Rasul. Di sisi lain Allah swt “cemburu” pada hati manusia. Allah swt mencintai kalau hati seorang hamba terkait denganNya sendirian ketika ia dalam kondisi taat, tetapi kadang hamba itu disibukkan dengan urusan dunia. Lalu Allah swt mengambil dunianya tersebut agar ia hanya disibukkan dengan Allah swt semata-mata.

Lihatlah peristiwa Nabi Ibrahim AS. Ketika ia tertarik dengan kehadiran anak baru iaitu Ismail AS. Allah swt mengambil Ismail dari tangannya. Dia memerintahkan Ismail disembelih. Namun tatkala di hati Ibrahim hanya terdapat Allah swt sebagai pemilik cintanya, maka digantikan kibas sebagai galang ganti hadiah pengorbanan beliau.

Nabi Yaakub AS, dikurniakan seorang anak yang sangat comel iaitu Yusuf AS. Sehingga kecintaan kepada Yusuf AS memenuhi semua hidup dan hatinya. Maka Allah swt mengambil Yusuf AS selama dua puluh tahun, sehinggalah hatinya kembali dipenuhi cinta pada Allah swt. Lalu Allah swt pun mengembalikan Yusuf AS padanya semula.

Inilah dinamakan “cemburu”nya Allah swt. Cemburu Allah swt tidak sama seperti cemburunya makhluk. Diambilnya pendamping kita, untuk digantikan diriNya sebagai Maha Pelindung. Kefahaman inilah yang membuatkan Nabi SAW mendidik para sahabatnya dalam bertawakkal.

Kisah kegentaran Abu Bakar RA ketika di Gua Thur detik peristiwa Hijrah di rendangkan dengan pesanan mulia Nabi SAW, “Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita. Dada Ibn Abbas yang masih kecil ketika itu ditanam dengan pesanan Nabi SAW dengan sabdanya “Jagalah Allah, maka Dia akan menjagamu.” 
( HR al-Tirmizi dan Ahmad)

Di manakah tahap kebergantungan kita pada Allah SWT. Ketika dihimpit dengan kesukaran. Ketika disaat hilangnya tali berpaut. Adakah kita mampu meneladani contoh terpilih yang sentiasa hidup kebersamaan disamping Allah swt. Sehingga mereka digelar kekasihNya. Tatkala pedang dihunus ke leher Baginda Nabi SAW, ditanya siapakah yang mampu menghalangimu. Lalu dijawab oleh Nabi SAW, hanya ALLAH penghalangmu. Membuatkan terjatuhnya pedang si musuh dengan jawapan betapa tingginya nilai kebergantungan kepada Allah SWT. Juga ketika mana manusia berbondong-bondong menahan keperitan kepanasan api yang setinggi bangunan yang disediakan bagi membakar Nabi Ibrahim AS. Mereka semua hanya berkata tiada lagi yang dapat membantu Nabi Ibrahim AS. Namun mereka terlupa. Siapakah yang paling hampir di sisi hambaNya yang erat dalam kebersamaan. Lalu terpancar berulang-ulang dari bibir seorang Nabi, “Cukuplah Allah bagiku, ( Dialah ) sebaik-baik tempat bersandar.”

Rujukan :
http://www.imamudasyraf.com/v1/?p=458


I 133 EMPAT Kesyukuran di waktu pagi yang wajib kita syukuri

1- Bersyukur kerana Allah SWT tetap memberi hidayah dan menjadikan kita orang mukmin, In Sya Allah.

2- Bersyukur kerana kita dijadikan umat Nabi Muhammad SAW.

3- Bersyukur kerana Allah SWT tidak menjadikan rezeki kita di tangan orang lain.

4- Bersyukur kepada Allah SWT kerana Allah SWT menutup segala keaipan atau kecacatan kita.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 898.














I 132 EMPAT Niat yang wajib disematkan dalam jiwa orang mukmin pada waktu pagi

1- Menunaikan kewajipan terhadap Allah SWT.

2- Meninggalkan larangan Allah SWT.

3- Menyelesaikan permasalahan dengan mereka yang berniaga atau berurusan dengan kita.

4- Memperbaiki hubungan dengan musuh-musuh kita. (Jika ada).


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 896.


I 131 Sejuta Rahmat Allah SWT bersama anda ketika sakit

Rasulullah SAW bersabda :

Allah SWT telah berfirman “Sesiapa ditimpa bencana, lalu dia memohon perlindunganKu, pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan sesiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk,  pastiKu tutup semua pintu langit baginya”.

Rasulullah SAW bersabda :

“Sesiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah SWT. Maka bersih daripada dosa bagaikan ketika lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh”.

Rasulullah SAW bersabda :

“Ketika seorang hamba sakit, Allah SWT mengutus dua Malaikat kepadanya seraya berkata : “Lihatlah semua apa kata hambaKu, Jika dia berkata  “Alhamdulillah”. Maka diberitahu kepada Allah SWT. Dia lebih tahu dan berkata  “Aku berjanji untuk hambaKu. Jika Aku mematikannya. Ku masukkan dia ke Syurga. Dan jika Aku menyembuhkannya. Ku gantikan dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya. Dan Aku hapuskan pula keburukkannya”.


Kitab Penenang Jiwa. Imam Al-Ghazali. M/S : 11-12.












I 130 ENAM Perkara yang wajib kita sibukkan diri

1- Jika manusia sibuk memperbanyakkan amal, maka hendaklah kamu sibuk  menyempurnakan sebaik-baik amal.

2- Jika manusia sibuk dengan perkara-perkara sunat, maka hendaklah kamu sibuk menyelesaikan perkara-perkara fardhu.

3- Jika manusia sibuk memperbaiki perkara-perkara zahir, maka hendaklah kamu sibuk memperbaiki perkara-perkara batin.

4- Jika manusia sibuk mencari kesalahan orang lain, maka hendaklah kamu sibuk mencari kesalahan diri sendiri.

5- Jika manusia sibuk mencari kesenangan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari kemakmuran Akhirat.

6- Jika manusia sibuk mencari keredaan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari keredaan Akhirat.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 849.


I 129 EMPAT Perkara yang wajib orang mukmin selesaikan sebelum tidur

1- Jangan kamu tidur  jika kamu memiliki musuh kecuali setelah kamu mendapat keredaan atau dihalalkan kerana kamu akan dituntut pada Akhirat nanti, apabila kamu tidur.

2- Jangan kamu tidur selagi kami belum menyelesaikan kewajipan kamu terhadap Allah SWT.

3- Jangan kamu tidur selagi kami merasakan kamu berdosa dan belum bertaubat terhadap dosa tersebut, sekira kamu mati kamu akan terus menanggung dosa tersebut.

4- Jangan kamu tidur selagi kami belum menuliskan wasiat kerana berkemungkinan kamu akan mati tanpa meninggalkan wasiat.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 879.


I 128 EMPAT Perkara tersembunyi yang menentukan kehidupan anda

1- Keredaan Allah SWT  tenggelam dalam Ketaatan, mengintai atau akan muncul di rumah mereka yang bersifat pemurah.

2- Murka Allah SWT  tenggelam dalam kemaksiatan, mengintai dan akan muncul di rumah mereka yang bersifat bakhil atau kikir.

3- Kebahagiaan hidup dan murah rezeki tenggelam dan tersembunyi dalam pahala-pahala dan muncul di rumah mereka yang rajin menunaikan solat.

4- Kesempitan hidup tenggelam dalam seksa-seksa dan muncul di rumah mereka yang cuai dalam solat.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 84




I 127 TIGA Keuntungan untuk mereka yang sakit

1- Peringatan daripada Allah SWT.

2- Pembersihan dan penebus dosa-dosa yang lalu.

3- Doa orang sakit sangat mustajab.


KItab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S: 831.

I 126 TIGA Golongan yang Allah SWT berbangga dengan mereka

1- Mereka yang berada di hutan apabila mendengar azan dan Iqamah lalu  dia solat, maka Allah SWT akan berkata kepadanya “Lihatlah hambaKu solat sendirian tanpa dilihat oleh seseorang.” Maka Allah SWT menurunkan kepadanya 70 ribu Para Malaikat untuk menjadi makmum kepadanya.

2- Mereka yang bangun di malam hari solat sendirian sehingga dia tertidur dalam sujud. Maka Allah SWT berkata kepada Para Malaikat,  “Lihatlah hambaKu rohnya padaKu dan badannya sujud padaKu.”

3- Mereka yang berada di medan perang, maka dia tetap  tegak  berdiri sehingga Syahid.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S: 841.




Selasa, 9 Oktober 2012

I 125 Firman Allah swt Surah : 70 Al Ma´aarij (Tempat-tempat naik) yang bermaksud :

1. Seseorang telah meminta kedatangan azab yang akan menimpa,
(Surah 70 : Al Ma´aarij – Tempat-tempat naik)

2. orang-orang kafir, yang tidak seorangpun dapat menolaknya,
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

3. (yang datang) dari Allah, Yang mempunyai tempat-tempat naik.
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

4. Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun.[1510]
(Surah 70 : Al Ma´aarij)
[1510]. Maksudnya: malaikat-malaikat dan Jibril jika menghadap Tuhan memakan waktu satu hari. Apabila dilakukan oleh manusia, memakan waktu limapuluh ribu tahun.

5. Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik.
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

6. Sesungguhnya mereka memandang siksaaan itu jauh (mustahil).
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

7. Sedangkan Kami memandangnya dekat (mungkin terjadi).
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

8. Pada hari ketika langit menjadi seperti luluhan perak,
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

9. dan gunung-gunung menjadi seperti bulu (yang berterbangan),
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

10. dan tidak ada seorang teman akrabpun menanyakan temannya,
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

11. sedang mereka saling memandang. Orang kafir ingin kalau sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dari azab hari itu dengan anak-anaknya,
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

12. dan isterinya dan saudaranya,
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

13. dan kaum familinya yang melindunginya (di dunia).
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

14. Dan orang-orang di atas bumi seluruhnya kemudian (mengharapkan) tebusan itu dapat menyelamatkannya.
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

15. Sekali-kali tidak dapat, sesungguhnya neraka itu adalah api yang bergolak,
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

16. yang mengelupas kulit kepala,
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

17. yang memanggil orang yang membelakang dan yang berpaling (dari agama),
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

18. serta mengumpulkan (harta benda) lalu menyimpannya[1511].
(Surah 70 : Al Ma´aarij)
[1511]. Maksudnya: orang yang menyimpan hartanya dan tidak mahu mengeluarkan zakat dan tidak pula menafkahkannya ke jalan yang benar.

19. Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir.
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

20. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah,
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

21. dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir,
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

22. kecuali orang-orang yang mengerjakan solat,
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

23. yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya,
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

24. dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bahagian tertentu,
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

25. bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mahu meminta),
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

26. dan orang-orang yang mempercayai hari pembalasan,
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

27. dan orang-orang yang takut terhadap azab Tuhannya.
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

28. Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka tidak dapat orang merasa aman (dari kedatangannya).
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

29. Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya,
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

30. kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak-budak yang mereka miliki[1512], maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.
(Surah 70 : Al Ma´aarij)
[1512]. Lihat no. [994].
[994]. Maksudnya: budak-budak belian yang didapat dalam peperangan dengan orang kafir, bukan budak belian yang didapat di luar peperangan. Dalam peperangan dengan orang-orang kafir itu, wanita-wanita yang ditawan biasanya dibagi-bagikan kepada kaum Muslimin yang ikut dalam peperangan itu, dan kebiasan ini bukanlah suatu yang diwajibkan. Imam boleh melarang kebiasaan ini lihat selanjutnya no. [282].
[282]. Maksudnya: budak-budak yang dimiliki yang suaminya tidak ikut tertawan bersama-samanya.

31. Barangsiapa mencari yang di balik itu[1513], maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
(Surah 70 : Al Ma´aarij)
[1513]. Lihat no. [995].
[995]. Maksudnya: zina, homoseksual, dan sebagainya.

32. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

33. Dan orang-orang yang memberikan kesaksiannya.
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

34. Dan orang-orang yang memelihara solatnya.
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

35. Mereka itu (kekal) di syurga lagi dimuliakan.
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

36. Mengapakah orang-orang kafir itu bersegera datang ke arahmu,
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

37. dari kanan dan dari kiri dengan berkelompok-kelompok [1514]
(Surah 70 : Al Ma´aarij)
[1514]. Menurut keterangan sebahagian ahli tafsir, ayat ini berhubungan dengan peristiwa ketika Rasulullah solat dan membaca Al Quran di dekat Kaabah lalu orang-orang musyrik berkumpul berkelompok-kelompok di hadapannya sambil mengejek dan mengatakan: Jika orang-orang mukmin benar-benar akan masuk syurga sebagaimana kata Muhammad kitalah yang akan masuk lebih dahulu. Maka turunlah ayat 38.

38. Adakah setiap orang dari orang-orang kafir itu ingin masuk ke dalam syurga yang penuh kenikmatan?,
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

39. sekali-kali tidak! Sesungguhnya Kami ciptakan mereka dari apa yang mereka ketahui (air mani)[1515].
(Surah 70 : Al Ma´aarij)
[1515]. Yang dimaksud dengan ayat ini ialah, bahawa mereka, orang-orang kafir, diciptakan oleh Allah dari air mani untuk beriman dan bertakwa kepada-Nya, sebagaimana yang disampaikan oleh Rasul. Jadi kalau mereka tidak beriman tidak berhak masuk syurga.

40. Maka aku bersumpah dengan Tuhan Yang memiliki timur dan barat, sesungguhnya Kami benar-benar Maha Kuasa.
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

41. Untuk mengganti (mereka) dengan kaum yang lebih baik dari mereka, dan Kami sekali-kali tidak dapat dikalahkan.
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

42. Maka biarkanlah mereka tenggelam (dalam kebatilan) dan bermain-main sampai mereka menjumpai hari yang diancamkan kepada mereka,
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

43. (iaitu) pada hari mereka keluar dari kubur dengan cepat seakan-akan mereka pergi dengan segera kepada berhala-berhala (sewaktu di dunia),
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

44. dalam keadaan mereka menekurkan pandangannya (serta) diliputi kehinaan. Itulah hari yang dahulunya diancamkan kepada mereka.
(Surah 70 : Al Ma´aarij)

I 124 Firman Allah swt Surah 69 : Al Haaqqah (Hari Kiamat pasti terjadi) yang bermaksud :

1. Hari kiamat[1501],
(Surah 69 : Al Haaqqah – Hari Kiamat pasti terjadi)
[1501]. Al Haaqaah menurut bahasa bererti yang pasti terjadi. Hari Kiamat dinamai Al Haaqqah kerana dia pasti terjadi.


2. apakah hari kiamat itu?
(Surah 69 : Al Haaqqah)

3. Dan tahukah kamu apakah hari kiamat itu?
(Surah 69 : Al Haaqqah)

4. Kaum Tsamud dan 'Aad telah mendustakan hari kiamat[1502].
(Surah 69 : Al Haaqqah)
[1502]. Al Qaari'ah menurut bahasa bererti yang menggentarkan hati, hari Kiamat dinamakan Al Qaari'ah kerana dia menggentarkan hati.

5. Adapun kaum Tsamud, maka mereka telah dibinasakan dengan kejadian yang luar biasa[1503].
(Surah 69 : Al Haaqqah)
[1503]. Yang dimaksud dengan kejadian luar biasa itu ialah petir yang amat keras yang menyebabkan suara yang mengguntur yang dapat menghancurkan.

6. Adapun kaum 'Aad maka mereka telah dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi amat kencang,
(Surah 69 : Al Haaqqah)

7. yang Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan lapan hari terus menerus; maka kamu lihat kaum 'Aad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul pohon kurma yang telah kosong (lapuk).
(Surah 69 : Al Haaqqah)

8. Maka kamu tidak melihat seorangpun yang tinggal di antara mereka[1504].
(Surah 69 : Al Haaqqah)
[1504]. Maksudnya: mereka habis dihancurkan sama sekali dan tidak punya keturunan.

9. Dan telah datang Firaun dan orang-orang yang sebelumnya dan (penduduk) negeri-negeri yang dijungkir balikkan kerana kesalahan yang besar[1505].
(Surah 69 : Al Haaqqah)
[1505]. Maksudnya: Umat-umat dahulu yang mengingkari nabi-nabi seperti kaum Shaleh, kaum Syuaib dan lain-lain dan negeri-negeri yang dijungkir balikkan ialah negeri-negeri kaum Luth. Sedang kesalahan yang dilakukan mereka ialah mendustai para rasul.

10. Maka (masing-masing) mereka mendurhakai rasul Tuhan mereka, lalu Allah menyiksa mereka dengan siksaan yang sangat keras.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

11. Sesungguhnya Kami, tatkala air telah naik (sampai ke gunung) Kami bawa (nenek moyang) kamu[1506], ke dalam bahtera,
(Surah 69 : Al Haaqqah)
[1506]. Yang dibawa dalam bahtera Nabi Nuh untuk diselamatkan ialah keluarga Nabi Nuh dan orang-orang yang beriman selain anaknya yang durhaka.

12. agar Kami jadikan peristiwa itu peringatan bagi kamu dan agar diperhatikan oleh telinga yang mau mendengar.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

13. Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup[1507]
(Surah 69 : Al Haaqqah)
[1507]. Maksudnya: ialah tiupan yang pertama yang pada waktu itu alam semesta menjadi hancur.

14. dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung, lalu dibenturkan keduanya sekali bentur.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

15. Maka pada hari itu terjadilah hari kiamat,
(Surah 69 : Al Haaqqah)

16. dan terbelahlah langit, kerana pada hari itu langit menjadi lemah.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

17. Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

18. Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatupun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah).
(Surah 69 : Al Haaqqah)

19. Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya[1508] dari sebelah kanannya, maka dia berkata: "Ambillah, bacalah kitabku (ini)."
(Surah 69 : Al Haaqqah)
[1508]. Maksudnya: catatan amalan perbuatannya.

20. Sesungguhnya aku yakin, bahawa sesungguhnya aku akan menemui hisab terhadap diriku.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

21. Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diredhai,
(Surah 69 : Al Haaqqah)

22. dalam syurga yang tinggi,
(Surah 69 : Al Haaqqah)

23. buah-buahannya dekat,
(Surah 69 : Al Haaqqah)

24. (kepada mereka dikatakan): "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu."
(Surah 69 : Al Haaqqah)

25. Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia berkata: "Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini).
(Surah 69 : Al Haaqqah)

26. Dan aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

27. Wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segala sesuatu.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

28. Hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

29. Telah hilang kekuasaanku daripadaku."
(Surah 69 : Al Haaqqah)

30. (Allah berfirman): "Peganglah dia lalu belenggulah tangannya ke lehernya.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

31. Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

32. Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

33. Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

34. Dan juga dia tidak mendorong (orang lain) untuk memberi makan orang miskin.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

35. Maka tiada seorang temanpun baginya pada hari ini di sini.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

36. Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

37. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

38. Maka Aku bersumpah dengan apa yang kamu lihat.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

39. Dan dengan apa yang tidak kamu lihat.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

40. Sesungguhnya Al Quran itu adalah benar-benar wahyu (Allah yang diturunkan kepada) Rasul yang mulia,
(Surah 69 : Al Haaqqah)

41. dan Al Quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

42. Dan bukan pula perkataan tukang tenung. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran daripadanya.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

43. Ia adalah wahyu yang diturunkan dari Tuhan semesta alam.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

44. Seandainya dia (Muhammad) mengadakan sebagian perkataan atas (nama) Kami,
(Surah 69 : Al Haaqqah)

45. nescaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya[1509].
(Surah 69 : Al Haaqqah)
[1509]. Maksudnya: Kami beri tindakan yang sekeras-kerasnya

46. Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

47. Maka sekali-kali tidak ada seorangpun dari kamu yang dapat menghalangi (Kami), dari pemotongan urat nadi itu.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

48. Dan sesungguhnya Al Quran itu benar-benar suatu pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

49. Dan sesungguhnya Kami benar-benar mengetahui bahawa di antara kamu ada orang yang mendustakan(nya).
(Surah 69 : Al Haaqqah)

50. Dan sesungguhnya Al Quran itu benar-benar menjadi penyesalan bagi orang-orang kafir (di akhirat).
(Surah 69 : Al Haaqqah)

51. Dan sesungguhnya Al Quran itu benar-benar kebenaran yang diyakini.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

52. Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
(Surah 69 : Al Haaqqah)