Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 7 Mac 2014

P 74 : PAKAIAN AHLI NERAKA

“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.”
(Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
Banyak juga akhwat yang memakai pakaian semuanya tertutup, tetapi ketat kelihatan lekukkan tubuh, dada dan pahanya ini juga tidak dibolehkan, apalagi kelihatan jelas bahagian-bahagian aurat tertentu.

Wahai ukhti muslimah pakailah pakaian yang longgar yang tidak kelihatan lekukkan tubuhnya, serta pakailah jilbab yang menutupi dada, janganlah jilbabnya ditarik sehingga lekukkan dadanya kelihatan.




P 73 : BILA BERASA TAKUT

Tiba-tiba, aku berasa TAKUT jika hidupku ini hanya dipenuhi dengan sia-sia. Aku takut jika MATI nanti dalam PENYESALAN, kerana akal fikiran asyik mengatakan bahawa mati itu lama lagi dan kita hanya memikirkan diri kita yang masih muda dan sihat. Walhal Allah jika ingin MENGAMBIL, bila-bila masa sahaja dari sekarang.





P 72 : TAMBAH, TOLAK, DARAB DAN BAHAGI

Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Amalan yang baik hendaklah ditambahkan, segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan, pahala amalan hendaklah digandakan dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat.




P 71 : JIKA MULUT BERKATA JUJUR

“Jika mulut seseorang berkata jujur, maka perilakunya akan bersih, jika niatnya baik, maka rezekinya akan ditambah, dan jika ia berbuat baik kepada keluarganya, maka umurnya akan ditambah.”




P 70 : ALLAH MAHA PENGAMPUN

Bila Tangan Luka Terkena Pisau Ketika Bekerja Di Dapur, Allah Ampunkan Dosa Kecil..

Bila Kena Attack Migrain Berdenyut-Denyut Di Kepala, Allah Ampunkan Dosa Kecil Kita..
Bila Demam Datang Tiba-Tiba, Allah Ampunkan Dosa-Dosa Kecil Kita Lagi..

Bila Difitnah Oleh Musuh, Allah Sedang Menguji Kita..

Bila Datangnya Ujian-Ujian Yang Menganggu Kesihatan, Allah Mengampunkan Dosa Kita Dan Itu Petanda Dia Masih Sayangkan Kita.. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.




Khamis, 6 Mac 2014

P 69 : FIKIRKANLAH!!

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal di jalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup. 





P 68 : RINGKASAN DARI “AURAT KETIKA BERSALIN” DARI SEMANIS KURMA TV9

1. Suami WAJIB memelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.

2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.

3. WAJIB MENDAHULUKAN DOKTOR PEREMPUAN TERUTAMANYA DOKTOR ISLAM.

4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang.

5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.

Selain itu, pesanan mereka dalam Semanis Kurma TV9, apabila dalam keadaan isteri terlalu SAKIT sangat sehingga menyebabkan hilang punca dan tak boleh berfikir maka :

1. PERANAN SUAMI sangat penting dan mustahak kerana suami perlu membuat keputusan berkaitan aurat dan maruah isteri.

2. Suami WAJIB menjaga dan memelihara aurat isteri ketika dalam wad, bilik bersalin (Labour Room) dan di lain-lain tempat.Antaranya seperti isteri tidak memakai tudung, kain terselak sana-sini, baju berlengan pendek, menyusu bayi dalam keadaan suasana terbuka sehingga orang lain boleh nampak aurat dada isteri dan perlu di ingatkan ada juga staff lelaki yang mana tugasnya memberi makanan kepada pesakit di dalam wad.

3. WAJIB, WAJIB, dan WAJIB ada MAHRAM yang menemani isteri ketika datangnya darurat yang mengizinkan aurat terbuka.

> Pertama SUAMI
> kedua SAUDARA PEREMPUAN
> ketiga jururawat perempuan

* Di hospital kerajaan, biasanya terdapat doktor pelatih lelaki dan jururawat pelatih lelaki yang berada di dalam bilik bersalin. Ingat peranan anda sebagai suami. Apa yang lebih penting : Menjaga aurat isteri atau doktor pelatih?


p/s : Semoga Allah terus pelihara AURAT & MARUAH isteri kita semua untuk proses kelahiran yang seterusnya. Bagi yang telah berlaku dalam keadaan tidak mampu BERTEGAS, TIDAK cukup bersedia dan sebagainya maka bertaubat dan muhasabah diri. Insya Allah, DIA Maha Pengampun.




P 67 : PINTU-PINTU MASUKNYA SYAITAN KEPADA MANUSIA

1. Al jahlu (kebodohan)
2. Al ghadhab (marah)
3. Hubbud dunya (gila dunia)
4. Thulul amal (panjang angan-angan)
5. Al hirshu (tamak)
6. Al bukhlu (pelit)
7. Al kibru (sombong)
8. Hubbul madhu (gila pujian)
9. Ar riyaau (pamer)
10. Al 'ujubu (bangga diri)
11. Al jaza'u wal hala'u (panik dan galau)
12. Ittiba'ul hawa (menuruti nafsu)
13. Su udz dzon (prasangka buruk)
14. Ihtiqorul muslim (merendahkan orang islam)
15. Ihtiqorudz dzunub (meremehkan dosa)
16. Al amnu min makrillah (merasa aman dari ancaman ALLAH)
17. Al qunuth min rahmatillah (pesimis dari rahmat ALLAH)





P 66 : BUAT PARA WANITA, TAHUKAH ANDA

1. Semakin banyak pandangan lelaki yang tergiur denganmu semakin bertambah pula dosa-dosamu.
2. Semakin si lelaki mengkhayalkanmu, semakin berhasrat denganmu, maka semakin bertambah pula dosa-dosamu.
3. Janganlah kamu menyangka senyumanmu yang kau taburkan secara sembarangan tidak akan ada pertanggungjawapkannya kelak!!! Mungkin jadi senyumanmu sekejap menjadi bahan lamunan seorang lelaki yang tidak halal bagimu selama berhari-hari, apatah lagi keelokan tubuhmu.
4. Bayangkanlah.., betapa bertambah dosa-dosa para artis dan penyanyi yang auratnya dipertonton di hadapan ribuan. Bahkan jutaan para lelaki?
5. Jika kamu menjaga kecantikanmu dan kemolekan tubuhmu hanya untuk suamimu. Maka kamu kelak akan semakin cantik dan semakin molek di syurga Allah.
6 Akan tetapi jika kamu pertontonkan kecantikanmu dan kemolekanmu, maka ingatlah itu semua akan hilang dan akan lebur di dalam liang lahad menjadi santapan cacing dan ulat. Dan di akhirat kelak mampu jadi berubah menjadi bahan bakar neraka jahanam!



P 65 : JIKA DOSA BERBAU

Kata ulama:

"Jika dosa itu berbau, nescaya aku tak mampu keluar rumah kerana terlalu malu busuk tubuhku dikesan oleh orang lain kerana dosa-dosaku."
Betapa besarnya kasih sayang Allah swt kepada kita kerana betapa banyaknya dosa kita ditutup daripada penglihatan manusia yang lain.

Kita patut sentiasa bersyukur pada Allah.




P 64 : JIKA SUAMI MELARANG UNTUK BERJILAB

Jika seorang wanita ingin berjilbab namun suami melarang, maka tidak tetap wanita tersebut berjilbab.
Ingatlah tidak ada ketaatan pada suami dalam kemaksiatan, tidak memakai jilbab termasuk maksiat.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ﻻَ ﻃَﺎﻋَﺔَ ﻓِﻰ ﻣَﻌْﺼِﻴَﺔٍ ، ﺇِﻧَّﻤَﺎ ﺍﻟﻄَّﺎﻋَﺔُ ﻓِﻰ ﺍﻟْﻤَﻌْﺮُﻭﻑِ

“Tidak ada ketaatan dalam perkara maksiat, ketaatan itu hanyalah dalam perkara yang makruf (kebaikan).”
(HR. Bukhari no. 7145 dan Muslim no. 1840)

Dan beliau shallallahu‘alaihi wasallam juga memperingatkan,

ﻻَ ﻃَﺎﻋَﺔَ ﻟِﻤَﺨْﻠُﻮْﻕٍ ﻓِﻲ ﻣَﻌْﺼِﻴَﺔِ ﺍﻟﻠﻪِ

“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada ALLAH.”
(HR. Ahmad 1:131.Sanad hadits ini shahih kata Syaikh Syu’aib Al Arnauth)

Moga suaminya mendapatkan hidayah dengan keadaan isterinya yang ingin merubah diri menjadi lebih baik.
Jilbab terbaik bukan jilbab hati, kerana baiknya hati ditunjukkan dengan baiknya lahiriah.
Semoga ALLAH terus memberi hidayah demi hidayah.
Aamiin Ya Robbal'alamin.




P 63 : SIAPALAH KITA

•Maaf hari ini, aku telah dilamar oleh MALAIKAT MAUT dan esok aku akan menikah dengan KEMATIAN.
Mungkin lusa, aku akan bercerai dengan dunia yang aku kejaaaarrr....!
Mahar ku adalah SEKARAT dan persalinan ku adalah KAIN KAFAN.
Pelaminanku diwangikan dengan GAHARU CENDANA.
Aku akan diarak dengan LAUNGAN AZAN.
BerAKADkan TALAKIN.
BerWALIkan LIANG LAHAT.
BerSAKSIkan BATU NISAN.
Pada malam pertamaku akan diserikan dengan persoalan MUNGKAR/NANGKIR.
Ya ALLAH Jauhkanlah aku dan setiap orang yang mengucapkan 'Aamiin' dari siksa kubur dan siksaan Api NerakaMU.
Aamiin Ya Robbal'alamin.


P 62 : MENGELUH KERANA MISKIN

Seorang lelaki duduk kesedihan seorang diri, kemudian ditegur oleh seorang tua yang kebetulan lalu di situ
Orang Tua: Hai pemuda,mengapa engkau bersedih
Pemuda : Aku sedih kerana aku miskin, tidak mempunyai wang dan harta.
Orang Tua: Aku seorang peniaga yang mempunyai banyak harta, mahukah kamu jika aku berikan kamu wang sebanyak RM 1 juta, namun matamu kuambil sehingga kau menjadi buta?
Pemuda: Hah? Tak mungkin..apa guna aku ada wang tetapi tak dapat melihat.
Orang Tua: Kalau begitu,mahukah kamu jika aku berikan RM 1juta kepadamu namun kemaluanmu kupotong?
Pemuda:Tidak sama sekali! Aku lebih rela mati!
Orang tua: Hmm..Kalau begitu aku beri kamu RM 1 Juta tetapi engkau mesti memakan ubat ujikaji ini yang akan menjadikanmu bisu dan pekak.
Pemuda: Engkau gila. Tak guna aku ada wang sebanyak itu jika aku tak dapat mendengar dan bercakap. Aku akan kesunyian.

Orang Tua: Lihat,engkau ada harta bernilai lebih dari RM 3 juta yang dikurniakan oleh tuhanmu kepadamu,mengapakah engkau menangis dan bersedih kerana helaian helaian kertas(duit)? Engkau sangka duit yang banyak akan menyelamatkanmu di dalam kubur?




P 61 : SYAITAN LEMAH DENGAN ORANG YANG IKHLAS

Allah berfirman bermaksud:

"Iblis berkata: Wahai tuhanku, kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang Ikhlas(yang dibersihkan daripada sebarang syirik).''
 surah al-Hijr ayat 39-40




Selasa, 4 Mac 2014

P 60 : WANITA YANG HEBAT ADALAH YANG MAMPU MELAWAN KATA HATI

Kelemahan wanita adalah pada hatinya. Bila hatinya lemah, mulalah dirinya goyah. Kuatkan dengan Zikrullah. Teguhkan dengan solat dan sabar. Mantapkan dengan al Quran dan tahajjud malam."




P 59 : NILAI SEBENAR SEORANG ISTERI...

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan. 
PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda.” 
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya. 
PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya."
Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.
PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."
PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...” 
Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. 
Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih. 
Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!” 
Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.
PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"
Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.
Setelah suasana tenang, 
PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "Kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?" 
Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.
Lalu lelaki itu menjawab: 
”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.” 
Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita di atas. Sayangilah isteri-isteri anda.. 



P 58 : SEMBILAN WASIAT RASUL

Abu Darda' berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mewasiatkan sembilan perkara kepadaku iaitu:

1- Janganlah engkau mempersekutukan Allah meskipun lehermu akan dipenggal atau dirimu akan dibakar. 
2- Jangan sekali-kali meninggalkan solat wajib dengan sengaja, (kerana) barangsiapa yang melakukannya dengan sengaja, nescaya jaminan Allah akan terlepas darinya. 
3- Jangan meminum minuman keras, kerana itu adalah kunci segala keburukan. 
4- Dan taatilah kedua orang tuamu, apabila mereka menyuruhmu untuk menyerahkan seluruh harta yang engkau miliki maka serahkanlah hartamu kepada keduanya. 
5- Janganlah menentang pemimpin walaupun engkau tahu bahawa engkaulah yang benar. 
6- Jangan lari dari medan pertempuran, meskipun engkau akan terbunuh dan teman-temanmu melarikan diri. 
7- Infakkanlah sebahagian harta yang engkau miliki kepada keluargamu. 
8- Jangan lalai mengawasi keluargamu (dalam mendidik mereka) 
9- Dan ajarkanlah kepada mereka untuk bertakwa kepada Allah.”
(HR. Bukhari dalam Adabul Mufrod no. 18. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini hasan. Lihat Al Irwa’ 2026, disebutkan dalam Ibnu Majah no. 4034)





P 57 : TIPS TENANGKAN HATI

Dato Fadhilah Kamsah

1) Dirikan solat dan banyakkan berdoa – kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”
2) Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca al Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5) Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka).
7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.” Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
CUBALAH!!
8 ) Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
10) Kekalkan wuduk.
11) Bersedekah.
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan – jangan makan makanan yang subahat.
14) Berkawan dengan ulama.
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16) Pesan pada orang, jadi baik.

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.




P 56 : WALAUPUN SAYA TAK TUTUP AURAT, SAYA SOLAT DAN PUASA

Katakanlah awak solat 10 minit setiap waktu, didarabkan dengan 5 waktu, maka 1 hari awak berpahala selama 50 minit. Darab dengan setahun (365 hari), bermakna setahun lebih kurang 18250 minit awak dapat pahala.
Bandingkan pula awak keluar rumah tak tutup aurat, pergi kerja contohnya 6 jam sehari, bermakna awak dah buat dosa sepanjang 360 minit. Kalau setahun begitu, bermakna awak dah buat dosa selama lebih kurang 131400 minit.
18250 minit berpahala.
131400 minit berdosa.
Tu baru anggaran minimum dalam setahun. Macamana awak boleh biarkan dosa awak begitu sahaja dengan mengatakan yang awak juga solat sedangkan pahala waktu solat awak tak mampu menampung dosa waktu awak membuka aurat? Fikir-fikirkanlah.

- Al-Bukhari Ibnu Al-Razi




P 55 : JANGAN DAN JANGAN…..

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki; takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sandal atau selipar yang berlainan pasangan, makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana KEMATIAN boleh bertandang bila-bila masa.
Jangan ego untuk memohon maaf pada ibubapa dan sesama manusia andainya kita memang berdosa.
Jangan mengumpat sesama rakan, rosak persahabatan, hilang kebahagiaan.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita tidak sombong bila berjaya, andai gagal tidak kecewa.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur jiwa tenang, rezeki melimpah.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu gundah dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama. Hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.




P 54 : MENGUCAP SALAM DARIPADA KIRIMAN

97% muslim yang aku jumpa bila disebut:
"Wei,Muhammad kirim salam..."
Akan dijawab..
"iyee ke? WA'ALAIKUMUSSALAM....."
Ok.....
Nampak macam tak da masalah kan?
Tertanya-tanya kan apa masalahnya kan?
Ya..memang ada masalah....
Jeng jeng jeng........... =.="
Sebenarnya, jelas di dalam hadis nabi saw, nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen(orang tengah) maka jawapan yang diberi kepada kiriman salam tu bukannya, 'waalaikumussalam' tapi.....
" wa'alaika wa'alaihissalam "
Sbb apa?
Muhammad suruh abu kirim salam kat Ismail..
Ismail jawab " wa'alaikumussalam "
Sedangkan:-
Wa'alaikumussalam= selamat sejahtera ke atas KAMU
jadi salam Muhammad kepada Ismail tak terjawab kan? Sebab Ismail doakan salam tu kepada ABU SEDANGKAN ABU TU ORANG TENGAH..
Manakala:-
Wa'alaika wa'alaihissalam = dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera.
Maka salamnya terjawab.... Indahnya Islam...

Note: hukum memberi salam itu sunat, tapi menjawab itu wajib.. Jadi kalau salah jawab, bermakna MASIH BELUM JAWAB....

Ustaz Ibnu Batoota




P 53 : KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA...

- Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.
- Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.
- Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.
- Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.
- Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.
- Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.
Oleh itu para suami.....
1. peluklah isteri
2. belai lembut rambutnya
3. sentuh wajahnya
4. gosok lembut lengannya
5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6. gosok lembut punggungnya
7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.
Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.




P 52 : ORANG YANG KUAT RASA MALUNYA

“Sesungguhnya seseorang apabila bertambah kuat rasa malunya maka ia akan melindungi kehormatannya, mengubur dalam-dalam keburukannya, dan menyebarkan kebaikan-kebaikannya. Siapa yang hilang rasa malunya, pasti hilang pula kebahagiaannya; siapa yang hilang kebahagiaannya, pasti akan hina dan dibenci oleh manusia; siapa yang dibenci manusia pasti ia akan disakiti; siapa yang disakiti pasti akan bersedih; siapa yang bersedih pasti memikirkannya; siapa yang fikirannya tertimpa ujian, maka sebahagian besar ucapannya menjadi dosa baginya dan tidak mendatangkan pahala. Tidak ada ubat bagi orang yang tidak memiliki rasa malu; tidak ada rasa malu bagi orang yang tidak memiliki sifat setia; dan tidak ada kesetiaan bagi orang yang tidak memiliki kawan. Siapa yang sedikit rasa malunya, ia akan berbuat sekehendaknya dan berucap apa saja yang disukainya.”
[Imam Ibnu Hibban al-Busti rahimahullaah dalam kitab: Raudhatul ‘Uqala wa Nuzhatul Fudhala']

Semoga bermanfaat.

P 51 : GOLONGAN PALING MENYESAL

Antara Golongan yang paling menyesal di dalam kubur adalah orang yang mensia-siakan masa mudanya. Masa mudanya hanya diisi dengan mencari harta, berseronok dan bermain-main.

- ustaz afis ibrahim -