Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 29 Jun 2013

Bab 257 Haramnya Mengadu Domba iaitu Memindahkan Kata-kata Antara Para Manusia Dengan Maksud Hendak Merosakkan





Allah Taala berfirman:

Yang Bermaksud : "Jangan pula engkau mematuhi orang yang suka mencela, berjalan membuat adu domba." 
(al-Qalam: 11)

Allah Taala berfirman pula:

Yang Bermaksud : “Tiada seseorang itu mengucapkan sesuatu perkataan, melainkan di sisinya ada malaikat Raqib pencatat kebaikan dan 'Atid pencatat keburukan." 
(Qaf: 18)

1533. Daripada Hudzaifah r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Tidak dapat masuk syurga seseorang yang gemar mengadu domba." 
(Muttafaq 'alaih)

1534. Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. berjalan melalui dua buah kubur, lalu bersabda:

Yang Bermaksud : Sesungguhnya dua orang mati ini disiksa, tetapi tidaklah mereka disiksa kerana kesalahan besar. Ya, tetapi sebenarnya besar juga. Adapun yang seorang di antara keduanya itu dahulunya ketika di dunia suka berjalan dengan melakukan adu domba, sedang yang lainnya, maka ia tidak suka menghabiskan sama sekali dari kencingnya yakni di waktu kencing kurang memperdulikan kebersihan serta kesucian dari najis."
(Muttafaq 'alaih). 

Ini adalah lafaz dari salah satu riwayat Imam Bukhari.
Para ulama berkata bahawa maknanya: 

Yang Bermaksud : "Tidaklah mereka itu disiksa kerana melakukan kesalahan yang besar," yakni bukan kesalahan besar menurut anggapan kedua orang tersebut. Ada yang mengatakan bahawa itu merupakan hal besar(berat) bagi itu meninggalkannya.

1535. Daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Tahukah engkau semua, apakah kedustaan besar itu? Iaitu Namimah atau banyak bicara adu domba antara para manusia." 
(Riwayat Muslim)


Al'adhha dengan fathahnya 'ain muhmalah dan sukunnya dhad mu'jamah dan dengan ha' menurut wazan Alwajhu. Ada yang mengatakan Al'idhatu dengan kasrahnya 'ain dan fathahnya dhad mu'jamah menurut wazan Al'idatu, ertinya ialah kedustaan serta kebohongan besar. Menurut riwayat pertama, maka al'adhhu adalah mashdar, dikatakan: 'adhahahu 'adhhan ertinya melemparnya dengan kedustaan atau pengadu-dombaan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan