1. Solat Malam:
a. Apakah boleh solat tahajjud jika terjaga pada pukul 5.40 pagi iaitu kira2 10 minit lagi hendak masuk subuh?...
b. Kalau kita hendak mengerjakan solat sunat tengah malam manakah yang patut didahulukan di antara 4 solat yang hendak dikerjakan ini....Tahajjud, Hajat, Istikharah dan taubat....
c. Apakah berkurangan pahala solat sunat itu jika kita tidak mengerjakan solat witir... kerana selama ini saya tidak pernah mengerjakan solat witir melainkan bulan puasa....
2. Apakah boleh kita berniat puasa sunat di waktu tengahhari terutama hari Isnin atau Khamis kerana pada hari itu kita tak sempat hendak makan kerana sesuatu hal....
Sekian....JAZAKALLAH....
Jawab:
1. Tahajud/Solat Malam
1.a) Boleh solat tahajjud di antara selepas solat Isyak hingga masuknya solat Subuh. Dalil: HR Ahmad," maka solatlah ia (tahajud) di antara (waktu) isyak sampai solat Subuh."
1.b) Kelebihan solat tahajud; HR Muslim dari Abu Hurairah ra," seutama-utama solat selepas yg fardhu ialah solat malam." Solat Hajat: solat Hajat ini tidak thabit melalui dalil yg qat'iyah, maknanya solat ini tidak kuat persyari'atannya (Syawkani, Fawaidul Majmu'ah, 38-41)
Solat Istikharah dan Solat Tawbah adalah solat bersebab, jika kita ada kebuntuan dalam menentukan pilihan kita solat Istikharah (bukan setiap malam kena istikharah), begitu Taubat bila kita melakukan sesuatu dosa yang besar. Maka solat malam atau tahajjud itu suatu yang mu'akkad, manakala solat istikharah dan Tawbah dilakukan bila ada keperluan. Jika bertembung antara solat-solat sunat khusus dengan solat malam, tidak ada ketentuan yang mana perlu didahulukan. Terpulang kepada kita menentukan.
1.c.) Jika kita solat malam, maka sudah tentu disudahi dengan Witir, itulah sunnah Muhammad SAW. Jika kita bangun solat malam, tapi tidak disudahi dengan Witir, maka sudah tentulah kita menyalahi sunnah baginda. Allahu a'alam.
2. Niat puasa sunat di siang hari, BOLEH dengan syarat belum makan-minum dan
melakukan perbuatan yang membatalkan puasa seperti jimak. Ini pendapat Hanafi,
Syafi'iy dan Hanbali. Menurut Hanbaliah, pahala hanya dikira dari waktu ia
berniat. Jika niat pada jam 12 tgh, maka mulai saat itulah dihitung pahalanya.
(Mughny, 3/90; Majmu' 6/324; alMuhalla # 728) Allahu a'alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan