Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 30 Disember 2017

S 63 : HADITS HASAN SHAHIH, HASAN GHARIB DAN HADITS GHARIB

Apa yang dimaksud oleh Imam Termidzi dengan istilah: Hadits Hasan Shahih, Hasan Gharib, serta Hadits Gharib?

Jawapan:
Istilah Hasan Shahih merupakan masalah yang sangat pelik, kerana para ulama banyak berselisih pandangan dalam masalah ini. Kami belum menemukan, sejauh yang kami ketahui mengenai pendapat pasti yang boleh dijadikan sebagai pedoman. Ini disebabkan At-Termidzi sendiri tidak menjelaskan apa yang beliau maksud dengan istilah Hasan Shahih tersebut.

Adapun istilah Hasan Gharib tidak sama dengan istilah Hadits Hasan. Yang dimaksud dengan Hadits Hasan Gharib adalah Hasan (bagus) secara sanad dan tidak dikenal/asing (gharib) disebabkan salah seorang perawinya meriwayatkan hadits tersebut seorang diri.
Adapun istilah Hadits Hasan yang mana Termidzi tidak menambahkan lafal gharib sesudahnya, maka yang beliau maksudkan adalah Hadits Hasan Li Ghairihi (hadits yang pada asalnya dhaif, namun kemudian menjadi hasan kerana terdapat riwayat lain yang menaikkan darjat hadits tersebut sehingga menjadi Hasan, pent.).

Oleh sebab itu, wajib bagi penuntut ilmu untuk berhati-hati dalam masalah ini, yakni bahawa setiap hadits yang dikatakan oleh Imam At-Termidzi Hadits Hasan, maka sanadnya adalah dhaif, namun beliau mengetahui bahawa terdapat hadits lain sebagai mutaba’at (penyerta) dan syawahid (penguat), yang pada akhirnya menaikkan darjatnya dari dhaif menjadi Hasan. Maksudnya, dhaif dari segi sanad, tetapi Hasan dari segi matan (isi hadits), yang mana kenaikan darjat tersebut merupakan konsekuensi dari matannya, disebabkan kedatangannya melalui jalan-jalan yang lain. Adapun jika ia berkata Hadits Gharib maka kebanyakan yang ia maksudkan adalah dhaif iaitu secara sanad.

Sumber: Fatwa-fatwa Syekh Muhammad Nashiruddin Al-Albani, Muhammad Nashiruddin Al-Albani, Media Hidayah, 1425 H — 2004 M.

(Dengan beberapa pengubahan tata bahasa oleh www.konsultasisyariah.com)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan