Tanda-tanda takut kepada Allah SWT
kelihatan dalam tujuh perkara :
1- Lidahnya tidak berdusta, mengumpat,
menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap tetapi lidah orang yang
bertakwa sentiasa berzikir kepada Allah SWT, membaca Al-Quran dan muzakarah
ilmiah.
2- Hatinya tiada permusuhan, kebodohan,
kedengkian pada sahabat kerana kedengkian akan menghapuskan segala pahala
kebaikan.
3- Pandangannya tidak suka memandang
makanan, minuman, pakaian atau lain-lain perkara haram dan tidak terpikat pada
dunia. Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa
memenuhi matanya daripada perkara Haram, maka Allah SWT akan memenuhinya dengan
daripada api pada hari Kiamat”.
4- Perutnya tidak dipenuhi dengan hasil
haram, Rasulullah SAW telah bersabda “Setiap
suapan daripada yang haram masuk ke perut seseorang, maka segala Para Malaikat
di langit dan di bumi melaknatnya selama suapan itu berada dalam perutnya.
Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di dalam Neraka”.
5- Kedua tangannya tidak diguna untuk
perkara haram malah kedua tangannya diguna untuk perkara ketaatan kepada Allah
SWT.
6- Pada kedua kakinya tidak melangkah ke
tempat maksiat, malah kedua kakinya hanya melangkah ke tempat Ketaatan kepada
Allah SWT.
7- Segala Ketaatan kepada Allah SWT
bukanlah bertujuan Riak atau bersifat Munafik tetapi segala Ketaatannya adalah
Ikhlas kepada Allah SWT semata-mata.
Lihatlah Ganjaran dan Janji Allah SWT
kepada mereka yang bertakwa ( Takut kepada Allah SWT ) :
“Sesungguhnya orang yang bertakwa dalam
kebun-kebun dan mata air ( Syurga )”.
(Surah Al-Hijr : 45).
Kitab Penenang
Jiwa Imam Al-Ghazali . M/S : 3-5.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan