*
Peringatan: kitab ini masih dalam semakan. Jika terdapat sebarang pembetulan,
dari segi ayat dan nama perawi hadis, sila maklumkan kepada kami untuk dibuat
pembetulan.
Sekian terima
kasih.
Allah Taala
berfirman:
وما أمروا
إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفاء ويقيموا الصلاة، ويؤتوا الزكاة، وذلك
دين القيمة
"Dan tidaklah mereka itu
diperintahkan melainkan supaya sama menyembah Allah, dengan tulus ikhlas
menjalankan agama untukNya semata-mata, berdiri turus dan menegakkan solat
serta menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang benar."
(al-Bayyinah: 5)
(al-Bayyinah: 5)
Allah Taala berfirman
pula:
لن ينال الله
لحومها ولا دماؤها ولكن يناله التقوى منكم
"Sama sekali tidak akan sampai kepada Allah daging-daging dan darah-darah binatang korban itu, tetapi akan sampailah padaNya ketakwaan dan engkau sekalian."
(al-Haj: 37)
Allah Taala berfirman
pula:
قل إن تخفوا
ما في صدوركم أو تبدوه يعلمه الله
"Katakanlah wahai
Muhammad, sekalipun engkau semua sembunyikan apa-apa yang ada di dalam hatimu
ataupun engkau sekelian nampakan, pasti diketahui juga oleh Allah."
(ali-lmran: 29)
1- وعن أمير
المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب بن نفيل بن عبد العزى بن رياح بن قرط بن
رزاح بن عدى
بن لؤى ابن غالب القرشى العدوى . رضي الله عنه، قال : سمعت رسول الله صلى
الله عليه
وسلم يقول : " إنما الأعمال بالنيات، وإنما لكل امرىء ما نوى فمن كانت هجرته إلى
الله
ورسوله فهجرته
إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها، أو امرأة ينكحها فهجرته إلى
Orang-orang di zaman
Jahiliah dulu jika menginginkan atau mengharapkan keredhaan Tuhan, mereka sembelihlah
unta sebagai korban, lalu darah unta itu disapukan pada dinding Baitullah atau
Kaabah. Kaum Muslimin hendak meniru perbualan mereka itu, lalu turunlah ayat
sebagaimana di atas.
ما هاجر إلي
ه" ( ( متفق على صحت ه. رواه إماما المحدث ين: أبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم
القشيرى النيسابورى
رضي الله عنهما في صحيحهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة ) ) .
1. Dari Amirul mukminin
Abu Hafs iaitu Umar bin Al-khaththab bin Nufail bin Abdul 'Uzza
bin Riah bin Abdullah
bin Qurth bin Razah bin 'Adi bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib al-Qurasyi al-'Adawi
r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Hanyasanya semua amal
perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap orang itu
apa yang telah menjadi niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kepada
Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan
barangsiapa yang hijrahnya itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya,
ataupun untuk seorang wanita yang hendak dikahwininya, maka hijrahnyapun kepada
sesuatu yang dimaksud dalam hijrahnya itu."
(Muttafaq
(disepakati) atas keshahihannya Hadis ini)
Diriwayatkan oleh dua
orang imam ahli Hadis iaitu Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin
Almughirah bin Bardizbah Alju'fi Albukhari, lazim disingkat dengan Bukhari saja
dan Abulhusain Muslim bin Alhajjaj bin Muslim Alqusyairi Annaisaburi, lazim
disingkat dengan Muslim saja, radhiallahu 'anhuma dalam kedua kitab masing-masing
yang keduanya itu adalah seshahih-shahihnya kitab Hadis yang dikarangkan.
Keterangan:
Hadis di atas adalah
berhubungan erat dengan persoalan niat. Rasulullah s.a.w. menyabdakannya itu
ialah kerana di antara para sahabat Nabi s.a.w. sewaktu mengikuti
untuk berhijrah dari Mekah
ke Madinah, semata-mata sebab terpikat oleh seorang wanita yakni Ummu Qais.
Beliau s.a.w. mengetahui maksud orang itu, lalu bersabda sebagaimana di atas. Oleh
kerana orang itu memperlihatkan sesuatu yang bertentangan dengan maksud yang
terkandung dalam hatinya, meskipun sedemikian itu boleh saja, tetapi sebenarnya
tidak patut sekali sebab saat itu sedang dalam suasana yang amat genting dan
rumit, maka ditegurlah secara terang-terangan oleh Rasulullah s.a.w. Bayangkanlah,
betapa anehnya orang yang berhijrah dengan tujuan memburu wanita yang ingin
dikahwin, sedang sahabat beliau s.a.w. yang lain-lain dengan tujuan menghindarkan
diri dari amarah kaum kafir dan musyrik yang masih tetap berkuasa di Mekah,
hanya untuk kepentingan penyebaran agama dan keluhuran Kalimatullah. Bukankah
tingkahlaku manusia sedemikian itu tidak patut sama-sekali. Jadi oleh sebab
niatnya sudah keliru, maka pahala hijrahnyapun kosong. Lain sekali dengan
sahabat-sahabat beliau s.a.w. yang dengan keikhlasan hati bersusah payah menempuh
jarak yang demikian jauhnya untuk menyelamatkan keyakinan kalbunya, pahalanyapun
besar sekali kerana hijrahnya memang dimaksudkan untuk mengharapkan….
Saidina Umar bin
Khaththab r.a. itu adalah seorang khalifah dari golongan Rasyidin yang pertama
kali menggunakan sebutan Amirul mukminin pemimpin sekalian kaum mukminin.
Beliau adalah khalifah kedua sepeninggal Rasulullah s.a.w. Panggilan Amirul mukminin
itu lalu dicontoh dan diteruskan oleh khalifah Usman dan Ali radhiallahu
'anhuma, juga oleh para khalifah Bani Umaiyah, Bani Abbas dan selanjutnya. Jadi
di zaman khalifah Abu Bakar sebutan di atas belum digunakan. Adapun Abu Hafs
itu adalah gelar kehormatan bagi Sayidina Umar r.a. Abu ertinya bapa, sedang
hafs ertinya singa. Beliau r.a. memperoleh gelar Bapa Singa, sebab memang
terkenal berani dalam segala hal, seperti dalam menghadapi musuh di medan
perang dalam menegakkan keadilan di antara seluruh rakyatnya dan tanpa pandang
bulu dalam menterapkan hukuman kepada siapapun. Ringkasnya yang salah pasti ditindak
dengan keras, sedang yang teraniaya dibela dan dilindungi.
Keredhaan Allah swt dan RasulNya. Sekalipun datangnya
Hadis itu mula-mula tertuju pada manusia yang salah niatnya ketika ia mengikuti
hijrah, tetapi sifatnya adalah umum. Para imam mujtahidin berpendapat bahawa
sesuatu amal itu dapat sah dan diterima serta dapat dianggap sempurna apabila
disertai niat. Niat itu ialah sengaja yang disembunyikan dalam hati, ialah
seperti ketika mengambil wuduk, mandi solat dan sebagainya.
Perlu pula kita maklumi bahawa barangsiapa berniat
mengerjakan suatu amalan yang bersangkutan dengan ketaatan kepada Allah swt, ia
mendapatkan pahala. Demikian pula jikalau seseorang itu berniat hendak
melakukan sesuatu yang baik, tetapi tidak jadi dilakukan, maka dalam hal ini
orang itupun tetap juga menerima pahala. Ini berdasarkan Hadis yang berbunyi:
"Niat seseorang itu lebih
baik daripada amalannya."
Maksudnya: Berniatkan sesuatu
yang tidak jadi dilakukan sebab adanya halangan yang
tidak dapat
dihindarkan itu adalah lebih baik daripada sesuatu kelakuan yang benar-benar dilaksanakan,
tetapi tanpa disertai niat apa-apa.
Hanya saja dalam
menetapkan wajibnya niat atau tidaknya,agar amalan itu menjadi sah, maka ada
perselisihan pendapat para imam mujtahidin. Imam-imam Syafi'i, Maliki dan Hanbali
mewajibkan niat itu dalam segala amalan, baik yang berupa wasilah yakni perantaraan
seperti wuduk, tayamum dan mandi wajib, atau dalam amalan yang berupa maqshad
(tujuan) seperti solat, puasa, zakat, haji dan umrah. Tetapi imam Hanafi hanya mewajibkan
adanya niat itu dalam amalan yang berupa maqshad atau tujuan saja sedang dalam
amalan yang berupa wasilah atau perantaraan tidak diwajibkan dan sudah dianggap
sah. Adapun dalam amalan yang berdiri sendiri, maka semua imam mujtahidin sependapat
tidak perlunya niat itu, misalnya dalam membaca Al-Quran, menghilangkan najis dan
lain-lain.
Selanjutnya dalam
amalan yang hukumnya mubah atau jawaz (yakni yang boleh dilakukan dan boleh
pula tidak), seperti makan-minum, maka jika disertai niat agar kuat beribadat
serta bertakwa kepada Allah swt atau agar kuat bekerja untuk bekal dalam
melakukan ibadat bagi dirinya sendiri dan keluarganya, tentulah amalan tersebut
mendapat pahala, sedangkan kalau tidak disertai niat apa-apa, misalnya hanya
supaya kenyang saja, maka kosonglah pahalanya.
2- وعن أم
المؤمنين أم عبد الله عائشة رضي الله عنها قال ت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
: " يغزو
جيش الكعبة فإذا كانوا ببيداء من الأرض يخسف بأولهم وآخره م" . قالت : قلت :
يارسول الله،
كيف يخسف بأولهم وآخرهم وفيهم أسواقهم ومن ليس منهم ! ؟ قال : " يخسف
بأولهم وآخرهم،
ثم يبعثون على نيام " ( ( متفق عليه . هذا لفظ البخاري ) ) .
2. Dari Ummul mukminin
iaitu ibunya(sebenarnya adalah bibinya) Abdullah yakni Aisyah radhiallahu
'anha, berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada
sepasukan tentera yang hendak memerangi (menghancurkan) Kaabah, kemudian
setelah mereka berada di suatu padang dari tanah lapang lalu dibenamkan dalam tanah
tadi dengan yang pertama sampai yang terakhir dari mereka semuanya."
Aisyah
bertanya: "Saya berkata, wahai Rasulullah, bagaimanakah semuanya dibenamkan
dari yang pertama sampai yang terakhir, sedang di antara mereka itu ada yang ahli
pasaran maksudnya para pedagang serta ada pula orang yang tidak termasuk golongan
mereka tadi yakni tidak berniat ikut menggempur Kaabah?"
Rasulullah
s.a.w. menjawab: "Ya, semuanya dibenamkan dari yang pertama sampai yang
terakhir, kemudian nantinya mereka itu akan diba'ats(dibangkitkan dari masing-masing
kuburnya) sesuai niat-niatnya sendiri untuk diterapi dosa atau tidaknya.”
Disepakati atas Hadis
ini (Muttafaq 'alaih) yakni disepakati keshahihannya oleh Imam Bukhari dan Imam
Muslim Lafaz di atas adalah menurut Imam Bukhari.
Keterangan:
Sayidah Aisyah diberi
gelar Ummul mukminin, yakni ibunya sekalian orang mukmin sebab beliau adalah
isteri Rasulullah s.a.w., jadi sudah sepatutnya. Beliau juga diberi nama ibu
Abdullah oleh Nabi s.a.w., sebenarnya Abdullah itu bukan puteranya sendiri,
tetapi putera saudarinya yang bernama Asma'. Jadi dengan Sayidah Aisyah,
Abdullah itu adalah kemanakannya. Adapun beliau ini sendiri tidak mempunyai
seorang puterapun. Dari uraian yang tersebut dalam Hadis ini, dapat diambil
kesimpulan bahawa seseorang yang soleh, jika berdiam di lingkungan suatu
golongan yang selalu berkecimpung dalam kemaksiatan dan kemungkaran, maka
apabila Allah Taala mendatangkan azab atau siksa kepada kaum itu, orang soleh
itupun pasti akan terkena pula. Jadi Hadis ini mengingatkan kita semua agar
jangan sekali-kali bergaul dengan kaum yang ahli kemaksiatan, kemungkaran dan
kezaliman. Namun demikian perihal amal perbuatannya tentulah dinilai sesuai
dengan niat yang terkandung dalam hati orang yang melakukannya itu. Mengenai
gelar Ummul mukminin itu bukan hanya khusus diberikan kepada Sayidah Aisyah radhiallahu
'anha belaka, tetapi juga diberikan kepada para isteri Rasulullah s.a.w. yang
lain-lain.
3- وعن عائشة
رضي الله عنها قالت قال النبي صلى الله عليه وسلم : " لا هجرة بعد الفتح،
ولكن جهاد
ونية، وإذا استفرتم فانفرو ا" ( ( متفق عليه ) ) . ومعناه : لا هجرة من مكه لأا
صارت
دار إسلام
3. Daripada Aisyah
radhiallahu 'anha, berkata: Nabi s.a.w. bersabda:
"Tidak
ada hijrah setelah pembebasan Mekah,” tetapi yang ada ialah jihad dan niat. Maka dari itu, apabila Sabda
Rasulullah s.a.w.: "Tidak ada hijrah setelah pembebasan Mekah", oleh para
alim-ulama dikatakan bahawa mengenai hijrah dari daerah harb atau perang yang
dikuasai oleh orang kafir ke Darul Islam, yakni daerah yang dikuasai oleh
orang-orang Islam adalah tetap ada sampai hari kiamat. Oleh sebab itu Hadis di
atas diberikan penakwilannya menjadi dua macam: Pertama: Tiada hijrah
setelah dibebaskannya Mekah, sebab sejak saat itu Mekah telah menjadi sebahagian
dari Darul Islam atau Negara Islam, jadi tidak mungkin lagi akan terbayang
tentang adanya hijrah setelah itu.
Kedua: Inilah yang merupakan pendapat tershahih, iaitu
yang diertikan bahawa hijrah yang dianggap mulia yang dituntut, yang
pengikutnya itu memperoleh keistimewaan yang nyata itu sudah terputus sejak dibebaskannya
Mekah dan sudah lampau pula untuk mereka yang ikut berhijrah sebelum
dibebaskannya Mekah itu, sebab dengan dibebaskan Mekah itu, Islam boleh dikata
telah menjadi kukuh kuat dan perkasa, engkau semua diminta untuk keluar oleh
imam untuk berjihad, maka keluarlah yakni berangkatlah."
(Muttafaq 'alaih)
Maknanya: Tiada
hijrah lagi dari Mekah, sebab saat itu Mekah telah menjadi perumahan atau
Negara Islam.
4- وعن أبي
عبد الله جابر بن عبد الله الأنصارى رضي الله عنهما قال : كنا مع النبي صلى الله
عليه وسلم
في غزاةٍ فقال : " إن بالمدينة لرجا ً لا ماسرتم مسيرًا، ولا قطعتم واديًا إلا
كانوا معكم
حبسهم المرض
" وفى رواية : " إلا شاركوكم في الأجر " ( ( رواه مسلم ) ) .
( ( ورواه
البخاري ) ) عن أنس رضي الله عنه قال : رجعنا من غزوة تبوك مع النبي صلى الله عليه
وسلم فقال
: " إن أقوامًا خلفنا بالمدينة ما سلكنا شعبًا ولا واديًا إلا وهم معنا، حبسهم
العذر " .
4. Daripada Abu Abdillah iaitu
Jabir bin Abdullah al-Anshari radhiallahu'anhuma, berkata: Kita berada beserta
Nabi s.a.w. dalam suatu peperangan iaitu perang Tabuk kemudian beliau s.a.w.
bersabda:
"Sesungguhnya
di Madinah itu ada beberapa orang lelaki yang engkau semua tidak menempuh suatu
perjalanan dan tidak pula menyeberangi suatu lembah, melainkan orang-orang tadi
ada besertamu yakni sama-sama memperoleh pahala mereka itu terhalang oleh sakit
maksudnya andaikata tidak sakit pasti ikut berperang."
Dalam suatu riwayat
dijelaskan: "Melainkan mereka yang tertinggal itu bersyarikat denganmu
dalam hal pahalanya."
(Riwayat Muslim)
Hadis sebagaimana di
atas, juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Anas r.a., "Kita kembali dari perang Tabuk beserta
Nabi s.a.w., lalu beliau bersabda:
"Sesungguhnya
ada beberapa kaum yang kita tinggalkan di Madinah, tiada menempuh kita sekalian
akan sesuatu lereng ataupun lembah, melainkan mereka itu bersama-sama dengan
kita jua jadi memperoleh pahala seperti yang berangkat untuk berperang itu
mereka itu terhalang oleh sesuatu keuzuran." yakni suatu kekuatan dan
keperkasaan yang nyata. Jadi lain sekali dengan sebelum dibebaskannya Mekah tersebut.”
Adapun sabda beliau
s.a.w. yang menyebutkan: "Tetapi yang ada adalah jihad dan niat,"
maksudnya ialah bahawa diperolehnya kebaikan dengan sebab hijrah itu telah
terputus dengan dibebaskannya Mekah itu, tetapi sekalipun demikian masih pula
dapat dicapai kebaikan tadi dengan berjihad dan niat yang soleh. Dalam Hadis di
atas jelas diuraikan adanya perintah untuk suka berniat dalam melakukan
kebaikan secara mutlak dan bahawa yang berniat itu sudah dapat memperoleh
pahala dengan hanya keniatannya itu belaka.
Syi'ib (lereng) yang dimaksudkan
di sini ialah jalan di daerah pegunungan, sedang Wadi (lembah) ialah tempat yang
di situ ada airnya mengalir.
5- وعن أبي
يزيد معن بن يزيد بن الأخنس رضي الله عنهم، وهو وأبوه وجده صحابيون، قال :
كان أبي يزيد
أخرج دنانير يتصدق ا فوضعها عند رجل في المسجد فجئت فأخذا فأتيته ا،
فقال : والله
ما إياك أردت، فخاصمته إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : " لك ما نويت
يا يزيد، ولك
ما أخذت يامعن " ( ( رواه البخاري ) ) .
5. Dari Abu Yazid iaitu
Ma'an bin Yazid bin Akhnas radhiallahu 'anhum. Ia, ayahnya dan neneknya adalah
termasuk golongan sahabat semua. Kata saya: "Ayahku, iaitu Yazid mengeluarkan
beberapa dinar yang dengannya ia bersedekah, lalu dinar-dinar itu ia letakkan di
sisi seseorang di dalam masjid.
Saya yakni Ma'an anak
Yazid datang untuk mengambilnya, kemudian saya menemui ayahku dengan
dinar-dinar tadi. Ayah berkata: "Demi Allah, bukan engkau yang kukehendaki
untuk diberi sedekah itu".
Selanjutnya hal itu
saya adukan kepada Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda:
"Bagimu
adalah apa yang engkau niatkan hai Yazid yakni bahawa engkau telah memperoleh
pahala sesuai dengan niat sedekahmu itu sedang bagimu adalah apa yang engkau
ambil, hai Ma'an yakni bahawa engkau boleh terus memiliki dinar-dinar tersebut,
kerana juga sudah diizinkan oleh orang yang ada di masjid, yang dimaksudkan
oleh Yazid tadi."
(Riwayat Bukhari)
6- وعن أبي
إسحاق سعد بن أبي وقاص مالك بن أهيب بن عبد مناف بن زهرة بن كلاب بن
مرة بن كعب
بن لؤى القرش الزهرى رضي الله عنه، أحد العشرة المشهود لهم بالجنة، رضي الله
عنهم، قا ل:
" جاءنى رسول الله صلى الله عليه وسلم يعودنى عام حجة الوداع من وجع اشتد بى
فقلت : يارسول
الله إني قد بلغ بى من الوجع ما ترى، وأنا ذو مال ولا يرثنى إلا ابنة لي، أفاتصدق
بثلثى ما لي
؟ قال : لا، قلت : فالشطر يارسول الله ؟ فقال : لا، قلت : فالثلث يا رسول الله ؟ قال
الثلث والثلث
كثير- أو كبير- إنك أن تذر ورثتك أغنياء خير من أن تذرهم عالة يتكففون
الناس، وإنك
لن تنفق نفقة تبتغى ا وجه الله إلا أجرت عليها حتى ما تجعل في ّ في امرأتك قال :
فقلت : يارسول
الله أخلف بعد أصحابي ؟ قال : إنك لن تخلف فتعمل عملا تبتغي وجه الله إلا
ازددت به درجة
ورفعًة، ولعلك أن تخلف حتى ينتفع بك أقوام ويضر بك آخرو ن. اللهم امض
لآصحابى هجرم
. و .ات .د .مع .ىأ .ق .م . ل .نا .ب .ئ . س .دب . خ .ل . " يرثى له رسول الله
صلى الله عليه
وسلم أن مات بمكة . ( ( متفق عليه ) ) .
6. Dari Abu Ishak,
yakni Sa'ad bin Abu Waqqash, yakni Malik bin Uhaib bin Abdu Manaf bin Zuhrah
bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luai al-Qurasyi az-Zuhri r.a., iaitu salah
satu dari sepuluh orang yang diberi kesaksian akan memperoleh syurga
radhiallahu 'anhum, katanya:
Rasulullah s.a.w. datang padaku untuk menjengokku pada tahun haji wada' yakni haji Rasulullah s.a.w. yang terakhir dan sebagai haji pamitan kerana kesakitan yang menimpa diriku, lalu saya berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya saja kesakitanku ini telah mencapai sebagaimana keadaan yang Tuan ketahui, sedang saya adalah seorang yang berharta dan tiada yang mewarisi hartaku itu melainkan seorang puteriku saja. Maka itu apakah dibenarkan sekiranya saya bersedekah dengan dua pertiga hartaku?" Beliau menjawab: "Tidak dibenarkan." Saya berkata pula: "Separuh hartaku ya Rasulullah?" Beliau bersabda: "Tidak dibenarkan juga." Saya berkata lagi: "Sepertiga, bagaimana ya Rasulullah?"
Rasulullah s.a.w. datang padaku untuk menjengokku pada tahun haji wada' yakni haji Rasulullah s.a.w. yang terakhir dan sebagai haji pamitan kerana kesakitan yang menimpa diriku, lalu saya berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya saja kesakitanku ini telah mencapai sebagaimana keadaan yang Tuan ketahui, sedang saya adalah seorang yang berharta dan tiada yang mewarisi hartaku itu melainkan seorang puteriku saja. Maka itu apakah dibenarkan sekiranya saya bersedekah dengan dua pertiga hartaku?" Beliau menjawab: "Tidak dibenarkan." Saya berkata pula: "Separuh hartaku ya Rasulullah?" Beliau bersabda: "Tidak dibenarkan juga." Saya berkata lagi: "Sepertiga, bagaimana ya Rasulullah?"
Beliau
lalu bersabda: "Ya, sepertiga boleh dan sepertiga itu sudah banyak atau
sudah besar jumlahnya. Sesungguhnya jikalau engkau meninggalkan para ahli
warismu dalam keadaan kaya-kaya, maka itu adalah lebih baik daripada engkau
meninggalkan mereka dalam keadaan miskin meminta-minta pada orang banyak.
Sesungguhnya tiada sesuatu nafkah yang engkau berikan dengan niat untuk
mendapatkan keredhaan Allah, melainkan engkau pasti akan diberi pahalanya,
sekalipun sesuatu yang engkau berikan untuk makanan isterimu."
Abu Ishak meneruskan uraiannya: Saya
berkata lagi: "Apakah saya ditinggalkan di Mekah setelah kepulangan
sahabat-sahabatku itu?" Beliau menjawab: "Sesungguhnya engkau itu tiada
ditinggalkan, kemudian engkau melakukan suatu amalan yang engkau maksudkan
untuk mendapatkan keredhaan Allah, melainkan engkau malahan bertambah darjat
dan keluhurannya. Barangkali sekalipun engkau ditinggalkan kerana usia masih panjang
lagi, tetapi nantinya akan ada beberapa kaum yang dapat memperoleh kemanfaatan
dari hidupmu itu yakni sesama kaum Muslimin, baik manfaat duniawiyah atau
ukhrawiyah dan akan ada kaum lain-lainnya yang memperoleh bahaya dengan sebab masih
hidupmu tadi yakni kaum kafir, sebab menurut riwayat Abu Ishak ini tetap hidup sampai
dibebaskannya Irak dan lain-lainnya, lalu diangkat sebagai gabernor di situ dan
menjalankan hak dan keadilan.
Ya Allah, sempurnakanlah pahala untuk
sahabat-sahabatku dalam hijrah mereka itu dan janganlah engkau balikkan mereka
pada tumit-tumitnya yakni menjadi murtad kembali sepeninggalnya nanti. Tetapi
yang miskin(rugi) itu ialah Sa'ad bin Khaulah.”
Rasulullah s.a.w. merasa sangat kasihan
padanya sebab matinya di Mekah.
(Muttafaq 'alaih)
Keterangan:
Sa'ad bin Khaulah itu
dianggap sebagai orang yang miskin dan rugi, kerana menurut riwayat ia tidak
mengikuti hijrah dari Mekah, jadi rugi kerana tidak ikutnya hijrah tadi. Sebahagian
riwayat yang lain mengatakan bahawa ia sudah mengikuti hijrah, bahkan pernah mengikuti
perang Badar pula, tetapi akhirnya ia kembali ke Mekah dan terus wafat di situ sebelum
dibebaskannya Mekah saat itu. Maka ruginya ialah kerana lebih sukanya kepada Mekah
sebagai tempat akhir hayatnya, padahal masih di bawah kekuasaan kaum kafir. Ada
lagi riwayat yang menyebutkan bahawa ia pernah pula mengikuti hijrah ke
Habasyah, mengikuti pula perang Badar, kemudian mati di Mekah pada waktu haji
wada' tahun 10, ada lagi yang meriwayatkan matinya itu pada tahun 7 di waktu
perletakan senjata antara kaum Muslimin dan kaum kafir. Jadi kerugiannya di
sini ialah kerana ia mati di Mekah itu, kerana kehilangan pahala yang sempurna
yakni sekiranya ia mati di Madinah, tempat ia berhijrah yang dimaksudkan
semata-mata sebab Allah Taala belaka.
7- وعن أبي
هريرة عبد الرحمن بن صخر رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
" إن
الله لا ينظر إلى أجسامكم ، ولا إلى صوركم، ولكن ينظر إلى قلوبكم وأعمالكم "
( ( رواه
مسلم ) )
.
7. Daripada Abu Hurairah,
iaitu Abdur Rahman bin Shakhr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya
Allah Taala itu tidak melihat kepada tubuh-tubuhmu, tidak pula kepada bentuk
rupamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hatimu sekalian."
(Riwayat Muslim)
8- وعن أبي
موسى عبد الله بن قيس الأشعرى رضي الله عنه قا ل: سئل رسول الله صلى الله عليه
وسلم عن الرجل
يقاتل شجاعة، ويقاتل حميًة، ويقاتل رياء، أى ذلك في سبيل ا لله؟ فقال رسول
الله صلى الله
عليه وسلم : " من قاتل لتكون كلمة الله هى العليا فهو في سبيل الله " (
( متفق عليه ) ) .
8. Daripada Abu Musa,
yakni Abdullah bin Qais al-Asy'ari r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. ditanya
perihal seseorang yang berperang dengan tujuan menunjukkan keberanian, ada lagi
yang berperang dengan tujuan kesombongan ada yang ertinya kebencian ada pula
yang berperang dengan tujuan pameran menunjukkan pada orang-orang lain kerana
ingin berpamer. Manakah di antara semua itu yang termasuk dalam jihad
fi-sabilillah? Rasulullah s.a.w. menjawab:
"Barangsiapa
yang berperang dengan tujuan agar kalimat Allah(Agama Islam) itulah yang luhur,
maka ia disebut jihad fisabilillah."
(Muttafaq 'alaih)
Keterangan:
Hadis di atas dengan
jelas menerangkan semua amal perbuatan itu hanya dapat dinilai
baik, jika baik pula
niat yang terkandung dalam hati orang yang melakukannya. Selain itu dijelaskan
pula bahawa keutamaan yang nyata bagi orang-orang yang berjihad melawan musuh
di medan perang itu semata-mata dikhususkan untuk mereka yang berjihad
fisabilillah, yakni tiada maksud lain kecuali untuk meluhurkan kalimat Allah, iaitu
Agama Islam.
9- وعن أبي
بكرة نفيع بن الحارث الثقفى رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قا ل:
" إذ
التقى المسلمان
بسيفيهما فالقاتل والمقتول في النا ر" قلت يارسول الله، هذا القاتل فما بال المقتو
ل؟
قال :
" إنه كان حريصًا على قتل صاحبه " ( ( متفق عليه ) ) .
9. Daripada Abu Bakrah,
yakni Nufai' bin Haris as-Tsaqafi r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
"Apabila
dua orang Muslim berhadap-hadapan dengan membawa masing-masing pedangnya dengan
maksud ingin berbunuh-bunuhan maka yang membunuh dan yang terbunuh itu semua
masuk di dalam neraka."
Saya bertanya: "Ini
yang membunuh(patut masuk neraka) tetapi bagaimanakah halnya orang yang
terbunuh yakni mengapa ia masuk neraka pula?"
Rasulullah s.a.w.
menjawab:
"Kerana
sesungguhnya orang yang terbunuh itu juga ingin sekali hendak membunuh kawannya."
(Muttafaq 'alaih)
10- وعن أبي
هريرة رضي الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " صلاة الرجل في جماعة
تزيد على صلاته
في سوقه وبيته بضعًا وعشرين درجه وذلك أن أحدهم إذا توضأ فأحسن الوضوء
ثم أتى المسجد
لا يريد إلا الصلاة، لا ينهزه إلا الصلاة، لم يخط خطوة إلا رفع له ا درجة،
وحط عنه ا
خطيئة حتى يدخل المسجد، فإذا دخل المسجد كان في الصلاة ما كانت الصلاة هى
تحبسه، والملائكة
يصلون على أحدكم ما دام في مجلسه الذى صلى فيه، ما لم يحدث فيه " ( ( متفق
عليه، وهذا
لفظ مسلم ) ) . وقوله صلى الله عليه وسل م: ينهزه هو بفتح الياء والهاء وبالزاى : أى
يخرجه وينهضه
10. Daripada Abu Hurairah
r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Solatnya
seseorang lelaki dengan berjemaah itu melebihi solatnya di pasar atau rumahnya
secara sendirian atau munfarid dengan dua puluh lebih tiga sampai sembilan tingkat
darjatnya. Yang sedemikian itu ialah kerana apabila seseorang itu berwuduk dan memperbaguskan
cara wuduknya, kemudian mendatangi masjid, tidak menghendaki ke masjid itu
melainkan hendak solat, tidak pula ada yang menggerakkan kepergiannya ke masjid
itu kecuali hendak solat, maka tidaklah ia melangkahkan kakinya selangkah
kecuali ia dinaikkan tingkatnya sedarjat dan kerana itu pula dileburlah satu kesalahan
daripadanya yakni tiap selangkah tadi sehingga ia masuk masjid. Apabila ia
telah masuk ke dalam masjid, maka ia memperoleh pahala seperti dalam keadaan solat,
selama memang solat itu yang menyebabkan ia bertahan di dalam masjid tadi, juga
para malaikat mendoakan untuk mendapatkan kerahmatan Tuhan pada seseorang dari
engkau semua, selama masih berada di tempat yang ia bersolat di situ. Para malaikat
itu berkata: "Ya Allah, kasihanilah orang ini; wahai Allah, ampunilah ia;
ya Allah, terimalah taubatnya." Hal sedemikian ini selama orang tersebut
tidak berbuat buruk yakni berkata-kata soal keduniaan, mengumpat orang lain,
memukul dan lain-lain dan juga selama ia
tidak berhadas yakni tidak batal wuduknya.”
(Muttafaq 'alaih).
Dan yang tersebut di
atas adalah menurut lafaznya Imam Muslim.
Sabda Nabi s.a.w.: Yanhazu
dengan fathahnya ya' dan ha' serta dengan menggunakan
zai, ertinya:
mengeluarkannya dan menggerakkannya.
11- وعن أبي
العباس عبد الله بن عباس بن عبد المطلب رضي الله عنهما، عن رسول الله، صلى
الله عليه
وسلم، فيما يروى عن ربه، تبارك وتعالى قال : " إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم
بين
ذلك : فمن
ه م بحسنة فلم يعملها كتبها الله تبارك وتعالى عنده حسنة كاملة، وإن هم ا فعملها
كتبها الله
عشر حسنات إلى سبعمائه ضعف إلى أضعاف كثيرة، وإن هم بسيئة فلم يعملها كتبها
الله عنده
حسنة كاملة، وإن ه م ا فعملها كتبها الله سيئة واحدة " ( ( متفق عليه ) )
.
11. Daripada Abul Abbas,
yaitu Abdullah bin Abbas bin Abdul Muththalib, radhiallahu 'anhuma dari
Rasulullah s.a.w. dalam suatu uraian yang diceritakan dari Tuhannya Tabaraka wa
Taala(Hadis semacam ini disebut Hadis Qudsi) bersabda:
"Sesungguhnya
Allah Taala itu mencatat semua kebaikan dan keburukan, kemudian menerangkan
yang sedemikian itu yakni mana-mana yang
termasuk hasanah dan mana-mana yang termasuk sayiah. Maka barangsiapa yang
berkehendak mengerjakan kebaikan, kemudian tidak jadi melakukannya, maka
dicatatlah oleh Allah yang Maha Suci dan Tinggi sebagai suatu kebaikan yang sempurna
di sisiNya, dan barangsiapa berkehendak mengerjakan kebaikan itu kemudian jadi
melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah sebagai sepuluh kebaikan di sisiNya,
sampai menjadi tujuh ratus kali lipat, bahkan dapat sampai menjadi
berganda-ganda yang amat banyak sekali. Selanjutnya barangsiapa yang
berkehendak mengerjakan keburukan kemudian tidak jadi melakukannya maka
dicatatlah oleh Allah Taala sebagai suatu kebaikan yang sempurna di sisiNya dan
barangsiapa yang berkehendak mengerjakan keburukan itu kemudian jadi
melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah Taala sebagai satu keburukan saja di
sisiNya."
(Muttafaq 'alaih)
Keterangan:
Hadis di atas
menunjukkan besarnya kerahmatan Allah Taala kepada kita semua sebagai umatnya
Nabi Muhammad s.a.w. Renungkanlah wahai saudaraku. Semoga kami dan anda diberi
taufik (pertolongan) oleh Allah swt hingga dapat menginsafi kebesaran
belas-kasihan Allah swt dan fikirkanlah kata-kata ini. Ada perkataan Indahuu
(bagiNya), inilah suatu tanda kesungguhan Allah swt dalam memperhatikannya itu.
Juga ada perkataan kaamitah (sempurna), ini adalah untuk mengukuhkan ertinya
dan sangat perhatian padanya.
Dan Allah swt
berfirman di dalam kejahatan yang disengaja (di-maksud) akan dilakukan, tetapi
tidak jadi dilakukan, bagi Allah swt ditulis menjadi satu kebaikan yang
sempurna dikukuhkan dengan kata-kata "sempurna". Dan kalau jadi
dilakukan, ditulis oleh Allah "satu kejahatan saja" dikukuhkan dengan
kata-kata "satu saja" untuk menunjukkan kesedikitannya, dan tidak dikukuhkan
dengan kata-kata "sempurna". Maka bagi Allah swt segenap puji dan kurnia.
Maha Suci Allah, tidak dapat kita menghitung pujian atasNya. Dan dengan Allah
swt jualah adanya pertolongan.
12- وعن أبي
عبد الرحمن عبد الله بن عمر بن الخطاب، رضي الله عنهما قا ل: سمعت رسول الله
صلى الله عليه
وسلم يقول : " انطلق ثلاثة نفر ممن كان قبلكم حتى آواهم المبيت إلى غار فدخلوه،
فانحدرت صخرة
من الجبل فسدت عليهم الغار، فقالو ا: إنه لا ينجيكم من هذه الصخرة إلا أن
تدعوا الله
بصالح أعمالك م. قال رجل منه م: اللهم كان لي أبوان شيخان كبيران، وكنت لا أغبق
قبلهما أه
ً لا ولا ما ً لا. فنأى بى طلب الشجر يومًا فلم أرح عليهما حتى ناما فحلبت لهما غبوقهما
فوجدما نائمين
فكرهت أن أوقظهما وأن أغبق قبلهما أه ً لا أو ما ً لا، فلبثت- والقدح على
يدى- أنتظر
استيقاظهما حتى برق الفجر والصبية يتضاغون عند قدمى- فاستيقظا فشربا
غبوقهم ا.
اللهم إن كنت فعلت ذلك ابتغاء وجهك ففرج عنا ما نحن فيه من هذه الصخرة،
فانفرجت شيئًا
لا يستطيعون الخروج من ه. قال الآخ ر: اللهم إنه كانت لي ابنة عم كانت أحب
الناس إ ّ
لى " وفى رواية : " كنت أحبها كأشد ما يحب الرجال النساء، فأردا على نفسها
فامتنعت
منى حتى أّلمت
ا سنة من السنين فجاءتنى فأعطيتها عشرين ومائة دينار على أن تخلى بينى وبين
نفسها ففعلت،
حتى إذا قدرت عليها " وفى رواية : " فلما قعدت بين رجليها، قالت : اتق الله
ولا
تفض الخاتم
إلا بحقه، فانصرفت عنها وهى أحب الناس إلى وتركت الذهب الذى أعطيتها، اللهم
إن كنت فعلت
ذلك ابتغاء وجهك فافرج عنا ما نحن فيه، فانفرجت الصخرة غير أم لا
يستطيعون الخروج
منه ا. وقال الثالث : اللهم استأجرت أجراء وأعطيتهم أجرهم غير رجل واحد
ترك الذى له
وذهب، فثمرت أجره حتى كثرت منه الأموال، فجاءنى بعد حين فقا ل: يا عبد الله
أد إلى أجرى،
فقلت : كل ما ترى من أجر ك: من الإبل والبقر والغنم والرقي ق. فقال : يا عبد الله
لا تستهزئ
بى! فقلت : لا أستهزئ بك، فأخذه كله فاستاقه فلم يترك منه شيئًا، اللهم إن كن ت
فعلت ذلك ابتغاء
وجهك فافرج عنا ما نحن فيه، فانفرجت الصخرة فخرجوا يمشو ن" ( ( متفق
عليه ) )
.
12. Daripada Abu Abdur
Rahman, yaitu Abdullah bin Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anhuma, katanya:
Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada
tiga orang dari golongan orang-orang sebelummu sama berangkat bepergian, sehingga
terpaksalah untuk menempati sebuah gua guna bermalam, kemudian merekapun memasukinya.
Tiba-tiba jatuhlah sebuah batu besar dari gunung lalu menutup gua itu atas mereka.
Mereka berkata bahawasanya tidak ada yang dapat menyelamatkan engkau semua dari
batu besar ini melainkan jikalau engkau semua berdoa kepada Allah Taala dengan menyebutkan
perbuatanmu yang baik-baik.
Seorang
dari mereka itu berkata: "Ya Allah. Saya mempunyai dua orang tua yang sudah
tua-tua serta lanjut usianya dan saya tidak pernah memberi minum kepada
siapapun sebelum keduanya itu, baik kepada keluarga ataupun hamba sahaya.
Kemudian pada suatu hari amat jauhlah saya mencari kayu(yang dimaksud
daun-daunan untuk makanan ternak). Saya belum lagi pulang pada kedua orang tua
itu sampai mereka tertidur. Selanjutnya sayapun terus memerah minuman untuk
keduanya itu dan keduanya saya temui telah tidur. Saya enggan untuk
membangunkan mereka ataupun memberikan minuman kepada seseorang sebelum
keduanya, baik pada keluarga atau hamba sahaya. Seterusnya saya tetap dalam
keadaan menantikan bangun mereka itu terus-menerus dan gelas itu tetap pula di tangan
saya, sehingga fajarpun menyingsinglah, Anak-anak kecil sama menangis kerana kelaparan
dan mereka ini ada di dekat kedua kaki saya. Selanjutnya setelah keduanya bangun lalu
mereka minum minumannya. Ya Allah, jikalau saya mengerjakan yang sedemikian itu
dengan niat benar-benar mengharapkan keredhaanMu, maka lapanglah kesukaran yang
sedang kita hadapi dari batu besar yang menutup ini". Batu besar itu tiba-tiba
membuka sedikit, tetapi mereka belum lagi dapat keluar dari gua.
Yang
lain berkata: "Ya Allah, sesungguhnya saya mempunyai seorang anak paman wanita(jadi
sepupu wanita) yang merupakan orang yang tercinta bagiku dari sekalian manusia
dalam sebuah riwayat disebutkan: Saya mencintainya sebagai kecintaan orang-orang
lelaki yang amat sangat kepada wanita. Kemudian saya menginginkan dirinya,
tetapi ia menolak kehendakku itu, sehingga pada suatu tahun ia memperoleh
kesukaran. Iapun mendatangi tempatku, lalu saya memberikan seratus dua puluh
dinar padanya dengan syarat ia suka menyendiri antara tubuhnya dan antara
tubuhku maksudnya suka dikumpuli dalam seketiduran. Ia berjanji sedemikian itu.
Setelah saya dapat menguasai dirinya dalam sebuah riwayat lain disebutkan:
Setelah saya dapat duduk di antara kedua kakinya sepupuku itu lalu berkata: "Takutlah
engkau pada Allah dan jangan membuka cincin maksudnya cincin di sini adalah
kemaluan, maka maksudnya ialah jangan melenyapkan kegadisanku ini melainkan
dengan haknya yakni dengan perkahwinan
yang sah, lalu sayapun meninggalkannya, sedangkan ia adalah yang amat tercinta
bagiku dari seluruh manusia dan emas yang saya berikan itu saya biarkan
dimilikinya. Ya Allah, jikalau saya mengerjakan yang sedemikian dengan niat untuk
mengharapkan keredhaanMu, maka lapangkanlah kesukaran yang sedang kita hadapi
ini." Batu besar itu kemudian membuka lagi, hanya saja mereka masih juga
belum dapat keluar dari dalamnya.
Orang
yang ketiga lalu berkata: "Ya Allah, saya mengupah beberapa kaum buruh dan
semuanya telah kuberikan upahnya masing-masing, kecuali seorang lelaki. Ia
meninggalkan upahnya dan terus pergi. Upahnya itu saya perkembangkan sehingga
bertambah banyaklah hartanya tadi. Sesudah beberapa waktu, pada suatu hari ia
mendatangi saya, kemudian berkata: Hai hamba Allah, tunaikanlah sekarang upahku
yang dulu itu. Saya berkata: Semua yang engkau lihat ini adalah berasal dari
hasil upahmu itu, baik yang berupa unta, lembu dan kambing dan juga hamba
sahaya. Ia berkata: Hai hamba Allah, janganlah engkau memperolok-olokkan aku.
Saya menjawab: Saya tidak memperolok-olokkan engkau. Kemudian orang itupun
mengambil segala yang dimilikinya. Semua digiring dan tidak seekorpun yang
ditinggalkan. Ya Allah, jikalau saya mengerjakan yang sedemikian ini dengan
niat mengharapkan keredhaanMu, maka lapangkanlah kita dari kesukaran yang sedang
kita hadapi ini." Batu besar itu lalu membuka lagi dan merekapun keluar
dari gua itu.
(Muttafaq 'alaih)
Keterangan:
Ada beberapa
kandungan yang penting-penting dalam Hadis di atas, iaitu:
(a) Kita disunnahkan
berdoa kepada Allah swt di kala kita
sedang dalam keadaan yang sulit, misalnya mendapatkan malapetaka, kekurangan
rezeki dalam kehidupan, sedang sakit dan lain-lain.
(b) Kita disunnahkan
bertawassul dengan amal perbuatan kita sendiri yang soleh, agar kesulitan itu
segera lenyap dan diganti dengan kelapangan oleh Allah Taala. Bertawassul ertinya
membuat perantaraan dengan amal soleh itu, agar permohonan kita dikabulkan
olehNya. Bertawassul dengan cara seperti ini tidak ada seorang ulamapun yang tidak
membolehkan. Jadi beliau-beliau itu sependapat tentang bolehnya.
Juga tidak
diperselisihkan oleh para alim-ulama perihal bolehnya bertawassul dengan orang
soleh yang masih hidup, sebagaimana yang dilakukan oleh Sayidina Umar r.a. dengan
bertawassul kepada Sayidina Abbas, agar hujan segera diturunkan. Yang
diperselisihkan ialah jikalau kita bertawassul dengan orang-orang soleh yang sudah
wafat, maksudnya kita memohonkan sesuatu kepada Allah Taala dengan perantaraan beliau-beliau
yang sudah di dalam kubur agar ikut membantu memohonkan supaya doa kita dikabulkan.
Sebahagian alim-ulama ada yang membolehkan dan sebahagian lagi tidak membolehkan.
Jadi bukan
orang-orang soleh itu yang dimohoni, tetapi yang dimohoni tetap Allah Taala
jua, tetapi beliau-beliau dimohon untuk ikut membantu mendoakan saja. Kalau
yang dimohoni itu orang-orang yang sudah mati, sekalipun bagaimana juga solehnya,
semua alim-ulama Islam sependapat bahawa perbuatan sedemikian itu haram hukumnya.
Sebab hal itu termasuk syirik atau menyekutukan sesuatu dengan Allah Taala yang
Maha Kuasa Mengabulkan segala permohonan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan