Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 27 Februari 2013

Bab 21 Tolong-menolong Dalam Kebaikan Dan Ketakwaan.

Allah Taala berfirman:

"Dan tolong-menolong engkau semua atas kebaikan dan ketakwaan."
(al-Maidah: 2)

Allah Taala juga berfirman:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan soleh, juga suka saling pesan-memesan dengan kebenaran serta saling pesan-memesan dengan kesabaran."
(al-'Ashr: 1-3)
Saling pesan-memesan dengan kebenaran, yakni tetap dalam ketaatan, keimanan dan keislaman, sedang pesan-memesan dengan kesabaran, yakni sabar untuk melakukan berbakti kepada Tuhan, melaksanakan perintah-perintahNya, juga sabar meninggalkan kemaksiatan, kemungkaran serta menjauhi larangan-laranganNya.
Imam as-Syafi'i rahimahullah mengucapkan suatu uraian yang maksudnya ialah bahawasanya seluruh manusia atau sebahagian besar dari mereka itu terlalai untuk memikirkan isi kandungan surat ini.

178. Dari Abdur Rahman bin Zaid bin Khalid al-Juhani r.a., katanya: "Nabiullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang memberikan persiapan(bekal) untuk seseorang yang berperang fisabilillah, maka dianggaplah ia sebagai orang yang benar-benar ikut berperang yakni sama pahalanya dengan orang yang ikut berperang itu. Dan barangsiapa yang meninggalkan kepada keluarga orang yang berperang fisabilillah berupa suatu kebaikan apa-apa yang diperlukan untuk kehidupan keluarganya itu, maka dianggap pulalah ia sebagai orang yang benar-benar ikut berperang."
(Muttafaq 'alaih)

179. Dari Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengirimkan suatu pasukan sebagai utusan untuk memerangi Bani Lihyan dari suku Hudzail, lalu beliau bersabda: 

"Hendaklah dari setiap dua orang berangkat salah seorang saja dari keduanya itu maksudnya setiap golongan supaya mengirim jumlah separuhnya, sedang separuhnya yang tidak ikut berangkat adalah yang menjamin kehidupan keluarga dari orang yang ikut berangkat berperang itu, dan pahalanya adalah antara keduanya ertinya pahalanya sama antara yang berangkat dengan yang menjamin keluarga yang berangkat tadi."
(Riwayat Muslim)

180. Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bertemu dengan sekelompok orang yang berkenderaan di Rawha' sebuah tempat di dekat Madinah, lalu beliau bertanya "Siapakah kaum ini?" Mereka menjawab: "Kita kaum Muslimin". Kemudian mereka bertanya: "Siapakah Tuan?" Beliau menjawab: "Saya Rasulullah". Kemudian ada seorang wanita yang mengangkat seorang anak kecil di hadapan beliau lalu bertanya: "Adakah anak ini perlu beribadat haji?" Beliau menjawab: "Ya dan untukmu wanita itu juga ada pahalanya."
(Riwayat Muslim)

181. Dari Abu Musa al-Asy'ari r.a. dari Nabi s.a.w. bahawasanya beliau s.a.w. bersabda: 

"Juru simpan yang Muslim dan dapat dipercaya yang dapat melangsungkan apa yang diperintahkan padanya, kemudian memberikan harta yang disimpannya dengan lengkap dan cukup, juga memberikannya itu dengan hati yang baik tidak kesal atau iri hati pada orang yang diberi, selanjutnya menyampaikan harta itu kepada apa yang diperintah padanya, maka dicatatlah ia(juru simpan tersebut) sebagai salah seorang dari dua orang yang bersedekah(juru simpan dan pemiliknya)." 
(Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat lain disebutkan: "Yang memberikan untuk apa saja yang ia diperintahkan". Para ulama lafaz almutashaddiqain dengan fathah qaf serta nun kasrah, kerana tatsniyah atau sebaliknya kasrahnya qaf serta fathahnya nun, kerana jamak. Keduanya shahih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan