Allah Taala berfirman:
"Maka apa yang ada di luar kebenaran itu, tiada lain hanyalah
kesesatan belaka."
(Yunus:
32)
Allah
Taala berfirman lagi:
"Tidaklah Kami alpakan sedikitpun dalam Al Kitab maksudnya: Tidak
perlu ditambah yang baru, sebab dalam Al Kitab sudah cukup."
(al-An'am:
38)
Allah
Taala berfirman pula:
"Jikalau engkau semua berselisih dalam sesuatu hal, maka
kembalikanlah itu kepada Allah, dan RasulNya."
Yakni
al-Kitab dan as-Sunnah. (an-Nisa': 59)
Juga
Allah Taala berfirman:
"Dan sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus, maka ikutilah. Dan
janganlah engkau semua mengikuti jalan-jalan yang lain-lain, kerana nanti
engkau semua dapat terpisah dari jalan Allah."
(al-An'am:
153)
Allah
Taala berfirman lagi:
"Katakanlah hai Muhammad: "Jikalau engkau semua mencintai
Allah, maka ikutilah saya, maka Allah pasti mencintai engkau semua dan pula
mengampuni dosa-dosamu."
(ali-lmran:
31)
Ayat-ayat
dalam bab ini amat banyak sekali.
Adapun
Hadis-hadis yang menguraikan bab ini amat banyak pula, juga masyhur-masyhur.
Maka itu akan kami ringkaskan dengan mengutip beberapa Hadis saja, di antaranya
ialah:
169. Dari
Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang mengada-adakan dalam perkara agama kita ini akan
sesuatu yang semestinya tidak termasuk dalam agama itu, maka hal itu wajib ditolak."
(Muttafaq
'alaih)
Dalam
riwayat Imam Muslim disebutkan: Rasulullah s.a.w. bersabda:
Barangsiapa yang mengamalkan sesuatu amalan yang atasnya itu tidak ada
perintah kami maksudnya perintah agama, maka amalan itu wajib ditolak."
Keterangan:
Wajib
ditolak, ertinya sama sekali tidak boleh diterima, kerana merupakan hal yang
batil, sebab memang tidak termasuk urusan agama, tetapi diada-adakan sendiri
oleh manusia. Hadis ini menunjukkan bahawa sesuatu yang tidak diberi keterangan
oleh Allah dan RasulNya, lalu diada-adakan itu wajib tidak kita terima atau
wajib kita tolak mentah-mentah. Ini apabila bersangkutan dalam soal
peribadatan. Kalau dalam urusan keduniaan, maka Nabi s.a.w. sendiri telah
memberi kebebasan untuk mengikhtiarkan mana yang terbaik dalam anggapan kita,
asalkan tidak melanggar hal-hal yang diharamkan oleh Allah.
Nabi
Muhammad s.a.w. telah bersabda:
"Engkau sekalian adalah lebih mengerti tentang urusan
duniamu."
170. Dari
Jabir r.a., katanya:
"Rasulullah s.a.w. itu apabila berkhutbah maka merah padamlah kedua
matanya, keras suaranya, sangat marahnya, sehingga seolah-olah beliau itu
seorang komandan tentera yang menakut-nakuti, sabdanya: "Pagi-pagi ini
musuh akan menyerang engkau semua," atau "petang ini musuh akan
menyerang engkau semua." Beliau bersabda pula: "Saya diutus sedang
jarak terutusku dengan tibanya hari kiamat itu bagaikan dua jari ini".
Beliau merapatkan antara jari telunjuk dan jari tengah. Beliau bersabda pula: "Amma
ba'd. Maka sesungguhnya sebaik-baik uraian adalah Kitabullah yakni Al
Quran dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad s.a.w., sedang
seburuk-buruk perkara(agama) ialah hal-hal yang diada-adakan sendiri dan semua
kebidaahan itu adalah sesat". Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda:
"Saya adalah lebih berhak terhadap setiap orang mukmin daripada dirinya
sendiri. Barangsiapa meninggalkan harta, maka itu adalah hak dari keluarganya,
tetapi barangsiapa yang meninggalkan hutang atau tanggungan keluarga dan
anak-anak yang ditinggalkan, maka itu adalah kepadaku atau menjadi
tanggunganku."
(Riwayat
Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan