Daripada
Katsir bin Qais Radhiyallahu’anhu, dia berkata : “Ketika aku sedang duduk di sebelah
Abu Darda’ di Masjid Damaskus. Tiba-tiba datang seorang lelaki kepadanya, lalu
lelaki itu berkata :
“Wahai Abu Darda’, Aku datang kepada mu dari kota Madinah untuk keperluan sebuah hadits yang sampai kepada ku bahawa engkau pernah meriwayatkannya dari Rasulullah Shallallahu’ala ihi wa sallam. Abu Darda’ berkata : “Apakah kamu datang (sekalian) untuk berdagang?” Dia menjawab : “Tidak” Abu Darda’ berkata lagi : “Apakah kamu datang (sekalian) untuk keperluan selain itu?” Dia (laki-laki itu) menjawab : “Tidak” Abu Darda’ berkata : “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu’ala ihi wa sallam bersabda :
“Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya, kerana redha kepada penuntut ilmu. Sesungguhnya orang menuntut ilmu akan dimintakan ampunan oleh makhluk yang ada di langit dan di bumi hingga ikan yang ada di dalam air. Sesungguhnya keutamaan seorang alim (ulama) dibandingkan seorang ahli ibadah seperti keutamaan bulan atas seluruh bintang. Sesungguhnya para Ulama adalah pewaris para Nabi. Dan Sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham. Tetapi mereka hanya mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambilnya, maka dia telah mengambil bahagian yang banyak.”
[Hasan
Shahih : Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah rahimahullah dalam Sunan nya hadits
no 223, Imam Abu Daud rahimahullah dalam Sunan nya, hadits no 3641. Imam Ibnu
Hibban rahimahullah di dalam Shahih nya hadits no 88. Imam At-Tirmidzi rahimahullah
di dalam Sunan nya hadits no 2682, Imam Ad-Darimi rahimahullah di dalam sunan
nya, hadits no 342, Imam Ahmad rahimahullah di dalam Musnad nya, hadits no 21612
(tahqiq Ahmad Syakir) atau no 21715 (tahqiq Syuaib dkk). Dishahihkan oleh
Syaikh Al-Albani rahimahullah, dan dihasankan oleh Syaikh Syu'aib, Syaikh
Fawwaz, Syaikh Khalid, Syaikh Hamzah.]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan