SOALAN:
Ramai lelaki kurang faham erti dayus dengan jelas. Apakah makna perkataan
dan perbuatan yang menjuruskan perlakuan tersebut?
Jawapan:
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tiga golongan yang ALLAH tidak akan lihat (bermakna tiada
bantuan daripada dikenakan azab) mereka pada hari kiamat: Si penderhaka kepada
ibubapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus.”
(Riwayat Ahmad
dan Al-Nasaie)
Dayus
disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadis yang lain iaitu daripada
Ammar bin Yasir berkata, dia mendengar daripada RASULULLAH SAW berkata:
“Tiga golongan yang tidak akan memasuki syurga sampai bila-bila
iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak.”
Lalu sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang
ketagih arak, tetapi apakah itu dayus?” Berkata Nabi: “Iaitu orang yang tidak
mempedulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya).”
(Riwayat
Al-Tabrani)
Daripada hadis
di atas, maksud lelaki dayus adalah si suami atau bapa yang langsung tiada
perasaan risau dengan siapa isteri dan anaknya bersama dan bertemu. Malah, ada
yang membiarkan sahaja isteri dan anak perempuannya dipegang lelaki lain.
Soalan yang
sama daripada sahabat mengenai siapakah dayus? Lalu jawab NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM, maksudnya:
“Apakah dayus itu wahai RASULULLAH?” Jawab Nabi: “Iaitu
seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, membuka aurat, bergaul
bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya).”
(Riwayat
Al-Tabrani dan Al-Baihaqi).
Tafsiran
golongan ulama berkenaan istilah dayus adalah “Seseorang yang tidak ada
perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya).”
“Cemburu lawannya dayus.” Berkata pula Al-Nuhas, “Cemburu (iaitu lawan kepada dayus) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya daripada ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram.”
“Cemburu lawannya dayus.” Berkata pula Al-Nuhas, “Cemburu (iaitu lawan kepada dayus) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya daripada ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram.”
“Seolah-olah
takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) apabila dia melihat
kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya dia tidak
mengubahnya.”
“Sesungguhnya
asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat atau kecemburuan (terhadap
ahli keluarga), dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada
agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga
anggota sehingga jauh daripada kejahatan dan perkara keji. Tanpanya hati akan
mati maka matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan
tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.”
(Faidhul Qadir, Al-Munawi, 3/430)
Dayus
adalah dosa besar
Ulama Islam
juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga
disebutkan dalam satu athar, maksudnya: “ALLAH telah melaknat lelaki dayus (laknat
bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu
daripada isterinya dan diharamkan bergaul dengannya).”
Walaupun ia
bukanlah satu fatwa yang dipakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk
menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki.
Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrif golongan ulama mengenai
erti dayus dan istilah yang hampir dengannya, maksudnya: “Al-Qawwad (istilah
yang disamakan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah ’orang tengah’ kepada
zina.”
“Dayus, iaitu
lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan dia sekadar
senyap dan tiada rasa cemburu (atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya
adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal
baginya dengan syahwat.”
Cemburu
dituntut Islam
Ada isteri yang
menyalahkan suami kerana terlalu cemburu. Sebenarnya, kita perlu fahami bahawa
ia adalah tuntutan Islam dan menunjukkan suami yang bertanggungjawab.
Bergembiralah
si suami yang memperoleh isteri solehah. Ini kerana, tanpa sebarang campur
tangan dan nasihat daripada sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat,
maruah dan dirinya.
RASULULLAH SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM bersabda yang
bermaksud :
“Daripada tanda kebahagiaan anak Adam adalah memperoleh wanita
solehah (isteri dan anak).”
(Riwayat Ahmad,
no 1445, 1/168)
Jika seorang
bapa mengetahui perbuatan ‘ringan-ringan’ anak perempuan atau lelaki mereka dan
membiarkannya, maka dia adalah dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan
lelaki yang telah ‘ringan-ringan’ atau terlanjur sebelum kahwin dan tanpa
taubat yang sebenar-benarnya, sudah pastilah rumahtangga mereka akan goyah.
Kemungkinan
besar apabila telah berumahtangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga
dengan perbuatan ‘ringan-ringan’ dengan orang lain. Hanya dengan bertaubat
nasuha dapat menghalang aktiviti mungkar itu daripada melepasi alam rumahtangga
mereka.
Jika hal ini
dibiarkan, ia akan merebak pula kepada anak mereka, seterusnya kepada zuriat
mereka. Awas! Dalam hal ini, semua suami dan bapa perlu bertindak bagi
mengelakkan diri mereka daripada dianggap sebagai dayus. Jagalah zuriat anda.
Suami juga patut sekali sekala menyemak telefon bimbit dan beg isteri untuk
memastikan tiada yang diragui.
Mungkin ada
isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai
tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Cemburu seorang suami dan ayah
adalah wajib bagi mereka, demi menjaga maruah dan kehormatan isteri serta
anaknya.
Diriwayatkan
bagaimana satu peristiwa pada zaman Nabi Muhammad SAW, maksudnya:
“Berkata Ubadah bin Somit RA: Jika aku nampak ada lelaki yang
sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku, maka
disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu Nabi memberi jawapan:
“Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad?
Demi ALLAH, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi
agama) berbandingnya, malah ALLAH lebih cemburu daripada ku, kerana kecemburuan
ALLAH itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan
tersembunyi.”
(Riwayat
Al-Bukhari dan Muslim).
Lihat betapa
ALLAH SWT dan rasulNYA menginginkan golongan suami dan ayah mempunyai sifat
pelindung kepada ahli keluarga daripada melakukan sebarang perkara keji dan
mungkar.
Lelaki menjadi dayus apabila:
1. Membiarkan
kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain selama
mereka bekerja atau di luar rumah.
2. Membiarkan
isterinya pulang lewat, serta tidak diketahui bersama siapa, serta apa yang
dibuatnya ketika dia bekerja.
3. Membiarkan
aurat isteri dan anak perempuan dewasanya terdedah (terselak kain) ketika
menaiki apa jua kenderaan.
4. Membiarkan
anak perempuan berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahramnya.
5. Membiarkan
anak perempuan berdua-duaan dengan pasangan yang bukan mahramnya di rumah.
Kononnya, ibubapa mereka sporting dan memahami.
6. Menyuruh,
mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang
menjolok mata di luar rumah.
7. Membiarkan
anak perempuan menyertai akademi hiburan yang boleh mempamerkan kecantikan
mereka kepada jutaan manusia bukan mahram.
8. Membiarkan
isteri atau anaknya menjadi pelakon dan membiarkan mereka berpelukan dengan
lelaki lain. Kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa
berlakon, nafsu seorang lelaki itu akan hilang? Tidak sekali-sekali!
9.
Membiarkan isteri bekerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
RAsulullah SAW
bersabda “Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahan kan ahli keluarganya,
maka ia adalah mati syahid.”
(Riwayat Ahmad)
http://albakriah.wordpress.com/category/isu-hangat/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan