Yaa ALLAH jadikanlah kami orang yang sentiasa ingat padaMU.
Yaa ALLAH jadikanlah kami sebaik-baik hamba yang mengabdikan diri kepadaMU.
Yaa ALLAH jadikanlah kami hamba yang sentiasa mensyukuri segala nikmatMU.
Yaa ALLAH! Dengan namaMu
kami hidup dan dengan namaMu
kami mati.”
Daripada Abdullah bin Umar, RASULULLAH ﷺ bersabda yang bermaksud:
“Apabila seseorang hamba berkata, “Wahai Tuhanku, untukMu saja segala pujian yang selayaknya dengan keagungan wajahMu dan kebesaran kekuasaanMu, dua malaikat terpinga-pinga, tidak tahu apa yang hendak dicatatkan. Lalu kedua-duanya segera menghadap ALLAH dan berkata: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya seorang hambaMu mengungkap satu ucapan yang kami tidak mengetahui bagaimana menulis pahalanya. ALLAH bertanya apakah ungkapan itu sedangkan Dia sudah mengetahuinya. Maka malaikat itu menyebut ungkapan yang didengari. ALLAH berfirman kepada kedua-duanya: Kalian berdua tulislah apa yang diucapkan oleh hambaKu itu. Apabila tiba waktu dia kembali menemuiKu nanti Aku akan memberinya ganjaran yang sesuai dengan ucapannya itu.”
(Hadis riwayat Ibn Majah)
Yaa ALLAH, kami memohon kepadaMu, jadikan dalam diri kami ini perasaan takut yang dapat menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan yang kami merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan bertawakal kepadaMu dalam setiap perkara dan kami memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Yaa ALLAH, jadikanlah diri kami insan yang solat dengan penuh keredhaan.
Jadikanlah solat kami dengan penuh kemanisan dan kerehatan.
Yaa ALLAH, dengarlah setiap bacaan dan lafaz yang telah kami ukirkan dalam solat kami.
Yaa ALLAH, berkatilah setiap pergerakan dalam solat kami.
Yaa Allah, apakah setiap bacaan kami dan perbuatan kami serta niat kami (lintasan hati kami) menyamai bacaan RASULULLAH SAW?
Apakah pergerakan solat kami menyamai pergerakan yang RASULULLAH SAW semasa mengadapMu?
Apakah niat ikhlas kami, Kau terima dengan penuh keredhaan dan kesucian?
Betapa mulianya dan betapa sempurnanya RASULULLAH SAW mengadapMu.. Daku yang hidup di zaman tanpa bimbinganMu secara langsung, tanpa kekasihMu di sisi dan tanpa para sahabat RasulMu pasti terlalu mengharap solat kami mendapat sedikit pahala untuk kami boleh mengadapMu di Akhirat nanti.
Kami telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan solat kami sebagaimana Solat RASULULLAH SAW.
Yaa ALLAH, terimalah solat kami dan solat kedua ibubapa kami serta solat semua umat Islam di dunia ini, Aamiin Ya Rabbal Alamin.
“Yaa ALLAH, Ya Tuhan kami. Kami berlindung diri kepadaMu daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripadaMu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara kami denganMu!
“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah duduk kami di hadapanMu.
“Tuhanku! Tiada kami dengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan kami dapati semua itu menjadi bukti keEsaanMu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamaiMu.
“Tuhan kami! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagunganMu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucianMu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepadaNya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisiMu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”
“Wahai Tuhan kami! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malam kami ini supaya kami berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka kami diberikan takziah? Demi kemuliaanMu, jadikanlah cara kami ini kekal selama Engkau menghidupkan kami dan bantulah kami di atasnya. Demi kemuliaanMu, jika Engkau menghalau kami daripada pintuMu itu, nescaya kami akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hati kami sangat cinta kepadaMu.”
“Yaa Tuhan kami! Tenggelamkanlah kami di dalam kecintaanMu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan kami daripadaMu.”
“Kekasih kami tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hati kami mempunyai tempat manapun, Kekasih kami ghaib daripada penglihatan kami dan peribadi kami sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hati kami walau sedetikpun.”
“Wahai Tuhan kami! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintaiMu dan lisan yang menyebutMu dan hamba yang takut kepadaMu?”
“Jika kami menyembahMu kerana takut daripada api nerakaMu maka bakarlah kami di dalamnya! Dan jika kami menyembahMu kerana tamak kepada syurgaMu maka haramkanlah kami daripadanya! Tetapi jika kami menyembahMu kerana kecintaan kami kepadaMu maka berikanlah kami balasan yang besar, berilah kami melihat wajahMu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”
“Yaa ALLAH! Ampunilah kami. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasihMu yang abadi dan hanya hidup di sisiMu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah kami daripada tipu daya yang mengasyikkan.”
"Yaa ALLAH, berilah kami pertolongan untuk tetap berzikir kepadaMu, serta bersyukur kepadaMu dan beribadat secara baik kepadaMu."
"Yaa ALLAH, kami menyerahkan diri kami padaMu, aku menghadapkan muka kami padaMu, kami menyerahkan urusan kami padaMu, kami menempatkan punggung kami padaMu, kerana loba akan pahalaMu dan takut siksaMu, tiada tempat bersembunyi dan tiada pula tempat keselamatan kecuali kepadaMu. Kami beriman kepada kitab yang Engkau turunkan serta kepada Nabi yang Engkau rasulkan.
Yaa ALLAH
Jika Hati ini tidak mudah tersentuh nasihat, jika kematian tidak lagi menjadi nasihat, jika ayat-ayat al Quran tidak lagi mengetarkan jiwa kami, hamba mohon ampunanMu ya Rabb. Ampunilah hambamu yang belum boleh selalu menjalankan perintahMu dan menjauhi laranganMu.
Yaa ALLAH
Ampunilah kesalahan-kesalahan kami yang besar mahupun yang kecil, yang berat mahupun yang ringan, yang sengaja mahupun yang tidak dan yang nampak mahupun yang tersembunyi.
Yaa ALLAH
Bimbinglah diri kami selalu agar mampu berjalan sesuai syariatMu. Jika diri kami telah atau sedang berjalan menjauh dariMu, mohon bimbinglah agar mampu berjalan kembali kepadaMu ya Rabb.
Yaa ALLAH, berilah kami pertolongan untuk tetap mengingatMu serta bersyukur padaMu, juga berilah kami pertolongan untuk Beribadat yang sebaik-baiknya padaMu."
Yaa ALLAH
Kabulkan doa-doa kami.
Aamiin!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan