Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 9 Februari 2017

R 146 HIMPUNAN 100 HADIS PALSU & LEMAH

Oleh: Syaikh Ihsan bin Muhammad bin Ayis al-Utaibi


Alhamdulillah tamat himpunan 100 hadis palsu dan dhaif yang dikumpul Syaikh Ihsan al-Utaibi. Hadis-hadis palsu dan lemah bukanlah setakat 100 ini sahaja, masih terdapat banyak lagi yang berlegar-legar digunakan/disampaikan di luar sana. Maka seharusnya kita lebih bijak dan berhati-hati setiap kali berinteraksi dengan hadis-hadis Nabi. Mempelajari serba sedikit ilmu hadis tidaklah merugikan malah in sya ALLAH memberikan manfaat yang tidak ternilai selain 'mendekatkan' kita dengan NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM.

Disediakan oleh: Syaikh Ihsan bin Muhammad bin Ayis al-Utaibi (anak murid Syaikh Nasr al-Din al-Albani)

فهذه (100) حديث من الأحاديث الضعيفة والموضوعة وهي منتشرة بين الخطباء والوعاظ ، وفي الصحيح ما يغني المسلم عن الأخذ بالضعيف 

Ini adalah 100 buah hadis Dha'if dan Maudhu' yang tersebar luas di kalangan khatib/penceramah/pendakwah. Hadis shahih sudah memadai tanpa perlu mengambil hadis Dha'if.

Kerana masalah font Arab tidak dapat disusun dengan baik di forum ni maka saya akan post terjemahannya sahaja. Untuk melihat matan Arab lawati Code:
http://www.assiraj.bizland.com/library/Uta...n_Hadith100.htm

1.         Hadis-hadis berikut hanya akan disertakan dengan statusnya sahaja (palsu atau lemah) komentar panjang lebar tentang punca kelemahan hadis-hadis berikut tidak disertakan, sekiranya berminat semak kitab-kitab yang dinyatakan sebagai rujukan.
2.         Kita berterima kasih kepada ustaz Zain y.s dan sahabat-sahabat daripada al-Ahkam.net kerana menterjemahkan hadis-hadis ini.
3.         Apabila disebut nama kitab Silsilah al-Dhaifah ianya adalah kitab Silsilah al-Ahadis al-Dhaifah wa al-Maudhuat
4.         Dhaif = lemah
Maudhu' = palsu


1.         Barangsiapa yang dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya' dan munkar, tidak akan bertambah daripada ALLAH melainkan semakin jauh dariNya.
Komen Albani: Bathil & tidak sah dari sudut sanad dan matan. rujuk Mizan al-I'tidal 3/293. Silsilah al-Dhaifah 2/985. Takhrij al-Ihya' 1/143

2.         Bercakap di dalam masjid dapat menghapuskan kebaikan-kebaikan sebagaimana binatang ternak memakan rumput.

Komen Albani: Tiada asalnya. rujuk Tabaqat Syafi'iyah 4/145. Takhrij al-Ihya' 1/136

3.         Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya.
Komen Albani: Tidak sah daripada
NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 8

4.         Aku adalah datuk kepada setiap orang yang bertaqwa.
Komen Albani: Tiada asalnya. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 9

5.         Sesungguhnya aku dibangkitkan sebagai guru.
Komen Albani: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 11. Takhrij al-Ihya' 1/143

6.         ALLAH telah mewahyukan kepada dunia: Berkhidmatlah kepada sesiapa yang berkhidmat kepadaKu dan sengsaralah kepada sesiapa yang berkhidmat kepadamu.
Komen Albani: Maudhu'. rujuk al-Fawaid al-Majmu'at no. 712. Silsilah al-Dhaifah - no. 12

7.         Berhati-hatilah kamu terhadap Khadra' ad-Dimn/kehijauan kotoran binatang ternak.
Baginda ditanya, "apakah khadra' ad-dimn itu? Sabdanya: Perempuan cantik yang tumbuh di suasana buruk (rupawan tetapi hatinya jahat).

Komen Albani: Terlalu dhaif. rujuk Takhrij al-Ihya' 42/2. Silsilah al-Dhaifah - no. 14

8.         Dua golongan dari kalangan umatku, apabila baik mereka maka baiklah manusia. Iaitu umara' dan fuqaha'. Di dalam satu lafaz lain, umara' dan ulama'.
Komen Albani: Maudhu'. rujuk Takhrij al-Ihya' 1/6. Silsilah al-Dhaifah - no. 16

9.         Bertawassullah dengan kemegahan dan kemuliaanku kerana sesungguhnya jah-ku di sisi ALLAH adalah agung.
         Komen al-Albani: Tiada asalnya. rujuk Iqtidha ' al-Sirat al-Mustaqim 2/415.  
         Silsilah al-Dhaifah - no. 22

10.      Barangsiapa yang keluar rumah pergi solat dan mengucapkan: Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan hak orang yang memohon kepadaMu dan aku memohon dengan hak perjalanan ini………… ALLAH akan mengadap wajahnya dan seribu malaikat akan memohon keampunan untuknya.
Komen al-Albani: Dhaif. al-Busairi mengatakan: Sanadnya musalsal tetapi lemah. Silsilah al-Dhaifah - no. 24

11.      Kebaikan ada padaku dan pada umatku hingga hari kiamat.
Komen Ibn Hajar: Aku tidak mengenalinya. lihat al-Maqasid al-Hasanah ms.208. Tazkirat al-Maudhuat-no 68.al-Asrar al-Marfu`ah fi al-Khabar al-Maudhuah ms. 195

12.      Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri.
Komen Albani: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no.39.Dhaif al Jami’ al Shaghir – hadis no. 5861. Majma’ al Zawaaid - no.8254. al-Maudhuat 3/69.La'ali al-Masnu'ah 2/279. Tartib al-Maudhu'at no. 839

13.      Barangsiapa yang berhadas dan tidak berwudhu' maka sesungguhnya dia telah memalingkan diri dariku.
Komen Albani: Maudhu'. rujuk al-Shaghani di dalam al-Maudhuat - no. 53. Silsilah al-Dhaifah - no. 44

14.      Barangsiapa yang berhaji ke Baitullah dan tidak menziarahiku, maka sesungguhnya dia telah memalingkan diri dariku.
Komen al-Zahabi, al-Shaghani & al-Syaukani: Maudhu'. rujuk Tartib al-Maudhu'at - no.600, al-Maudhuat - no.52. al-Fawaid al-Majmuah - no. 326

15.      Barangsiapa yang berhaji lalu menziarahiku selepas kewafatanku, dia seolah-olah menziarahiku semasa aku hidup.
Komen Ibn Taimiyyah: Dhaif. rujuk al-Qaidah al-Jalilah 4/5250
Komentar Albani: Maudhu'. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 47

16.      Ikhtilaf (perbezaan pendapat) di kalangan umatku adalah rahmat.
Komen Albani: Tiada asalnya. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 11. al-Asrar al-Marfu`ah - no.506

17.      Para sahabatku adalah seperti bintang-bintang di langit. Mana-mana yang kamu ikuti pasti akan mendapat petunjuk.
Komen Albani: Maudhu'. Silsilah al-Dhaifah - no. 66

18.      Barangsiapa yang mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah mengenali tuhannya.
Dinilai Maudhu' di dalam al-Asrar al-Marfu'ah - no.506 & Tazkirah al-Maudhu'at - no. 11.

19.      Tuhanku telah mendidikku dan membaikkan adabku.
Komen Ibn Taimiyah: Tiada isnad yang thabit. rujuk Ahaddis al-Qashas - no.78. al-Fawaid al-Majmu'ah - no.1020.Tazkirah al-Maudhu'at - no. 87

20.      Semua manusia ibarat mayat kecuali orang-orang alim. Dan orang-orang alim semuanya binasa kecuali orang-orang yang beramal. Dan orang-orang beramal semuanya tenggelam kecuali orang-orang yang ikhlas. Dan orang-orang yang ikhlas semuanya dalam bahaya yang besar.
Komen Al-Saghani: Maudhu'. rujuk al-Maudhuat al-Saghani - no.200.al-Fawaid al-Majmu'ah - no.771. Tazkirah al-Maudhu'at - no. 200

21.      Bekas mulut orang beriman adalah ubat.
Status: Tiada asalnya. rujuk al-Asrar al-Marfu`ah - no.217. Silsilah al-Dhaifah - no. 66.

22.      Apabila kamu melihat bendera-bendera hitam yang keluar dari arah Khurasan, maka kamu datangilah walaupun dalam keadaan merangkak. Kerana sesungguhnya di situ ada khalifah ALLAH, al-Mahdi.
Status: Dhaif. rujuk al-Maudhuat Ibn al-Jauzi 39/2. Tazkirah al-Maudhu'at - no. 233

23.      Orang yang bertaubat adalah kekasih ALLAH.
Status: Tiada asalnya. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 95

24.      Adapun aku tidak lalai, tetapi dilalaikan agar aku membimbing.
Status: Tiada asalnya. Silsilah al-Dhaifah - no. 101

25.      Manusia itu tidur, apabila mereka mati barulah mereka terjaga.
Status: Tiada asalnya. al-Asrar al-Marfu`ah - no.555. al-Fawaid al-Majmu'ah - no.766. Tazkirah al-Maudhu'at - no. 200

26.      Barangsiapa yang berkata suatu perkataan, kemudian dia bersin, maka perkataannya itu adalah benar.
Status: Maudhu'. rujuk al-La’ali al-Masnu`ah 2/286. al-Fawaid al-Majmu'ah - no.669

27.      Berkahwinlah dan jangan bercerai, maka sesungguhnya talak itu menggoncangkan Arasy.
Status: Maudhu'. Tartib al-Maudhuat - no.694. al-Maudhuat al-Saghani - no.97

28.      Sembahyang perlu diulang apabila ada darah sekadar satu dirham.
Status: Maudhu'. al-Asrar al-Marfu`ah - no.138. al-Maudhuat Ibn al-Jauzi 76/2

29.      Orang yang pemurah itu hampir dengan ALLAH, hampir dengan syurga dan jauh dari neraka. Orang bakhil itu jauh dari ALLAH, jauh dari syurga, jauh dari manusia dan hampir dengan neraka. Orang jahil yang pemurah itu lebih dicintai ALLAH daripada seorang ahli ibadah yang bakhil.
Status: terlalu dha'if. rujuk Tartib al-Maudhuat - no. 564. al-La’ali al-Masnu`ah 2/91.

30.      Aku berbangsa Arab, al Quran berbahasa Arab dan lisan para ahli syurga adalah Bahasa Arab.
Rujuk Tazkirat al-Maudhu'at - no.112. Maqasad al-Hasanah - no.31.

31.      Setiap sesuatu itu ada hatinya. Sesungguhnya hati al Quran adalah Yasiin. Barangsiapa yang membacanya, maka seolah-olah dia membaca al Quran sebanyak 10 kali.
Status: Maudhu'. rujuk al-Ilal Ibn Abi Hatim 2/55. Silsilah al-Dhaifah - no. 169

32.      Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah selama 60 tahun.
Status: Dha'if. rujuk al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 723. Tartib al-Maudhu'at - no.964

33.      Tiada sembahyang (tidak sah) bagi orang yang berjiran dengan masjid melainkan di masjid.
Status: Dhaif. rujuk Dhaif al-Daruqutni - no. 362. al-La’ali al-Masnu`ah 16/2.

34.      Hajar al-Aswad adalah tangan kanan ALLAH di mukabumi ini yang berjabat dengan hamba-hambaNya.
Status: Maudhu'. rujuk Tarikh Baghdad 6/328. Silsilah al-Dhaifah - no. 223

35.      Berpuasalah, nescaya kamu akan sihat.
Status: Dhaif. rujuk Takhrij al-Ihya' 3/87. Tazkirah al-Maudhuat - no.70. al-Maudhuat al-Saghani - no.72

36.      Jibril as telah berpesan agar aku berbaik dengan jiran hingga 40 buah rumah. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana.
Status: Dhaif. rujuk Takhrij al-Ihya' 2/232. al-Maqasid al-Hasanah - no. 170

37.      Kalau tidak kerana engkau (MUHAMMAD), nescaya tidak aku jadikan dunia.
Status: Maudhu'. al-Lu'lu' al-Marsu' - no.454. Tartib Maudhuat - no.196. Silsilah al-Dhaifah - no. 282

38.      Barangsiapa yang membaca surah al Waqi'ah setiap malam, nescaya tidak akan ditimpa kefakiran selama-lamanya.
Status: Dhaif. ujuk al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 972

39.      Barangsiapa yang penumpuannya bukan kepada ALLAH, maka tiada lagi peliharaan daripada ALLAH. Dan barangsiapa yang tidak memerhatikan urusan umat Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka.
Status: Dhaif. al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 233. Tazkirah al-Maudhuat - no.69.

40.      Sebagaimana keadaan kamu sekelian, maka seperti keadaan itulah yang diberikan kepada orang yang memimpin kalian.
Status: Dhaif. rujuk al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 624. Tazkirah al-Maudhuat - no.182.

41.      Sebagaimana keadaan kamu sekelian, maka seperti keadaan itulah yang diberikan kepada orang yang memimpin kalian.
Status: Dhaif. rujuk al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 624. Tazkirah al-Maudhuat - no.182.
(nota: Dalam teks asal hadis ini disalin sebanyak dua kali dengan rujukan yang sama. Mengapakah Syaikh Ihsan melakukan begitu? Allah lebih tahu.)

42.      Barangsiapa yang dikurniakan anak, lalu diazankan di telinga kanannya, dan diiqamah di telinga kirinya, maka anak ini tidak akan diganggu oleh syaitan/jin.
Status: Maudhu'. rujuk al-Mizan al-I'tidal 4/397. Majmu' al-Zawaid dan Takhrij al-Ihya' 2/61

43.      Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku ketika umatku dalam kerosakan, maka baginya seratus pahala mati syahid.
Status: Terlalu dhaif. Silsilah al-Dhaifah - no. 326

44.      Orang yang berpegang dengan sunnahku ketika umatku dalam kerosakan, maka dia mendapat pahala mati syahid.
Status: Dhaif. Silsilah al-Dhaifah - no. 327
(nota: Hadis 43 dan 44 mempunyai maksud hampir sama tetapi lafaz matan berbeza.)

45.      Aku adalah anak dua calun yang disembelih (Abdullah bin Abdul Muttalib dan Ismail bin Ibrahim as.)
Status: Tiada asalnya. rujuk Risalah Lathifah - no.23. al-Lu'lu' al-Marsu` - no.81. al-Nukhbah al-Bahiyah - no.43.

46.      Melihat al Quran itu ibadah, anak melihat ibubapanya adalah ibadah dan melihat kepada Ali bin Abi Thalib adalah ibadah.
Status: Maudhu'. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 356

47.      Barangsiapa yang bersembahyang di masjidku selama 40 fardu tanpa tertinggal satu sembahyangpun, nescaya ditulis baginya kelepasan dari neraka dan azab serta bebas dari sifat munafik.
Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 364

48.      Sanak saudara itu lebih utama dilayan dengan baik.
Status: Tiada asalnya. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no.51. al-Lu'lu' al-Marsu` - no.55. al-Maqasid al-Hasanah - no. 141

49.      Orang terakhir yang akan masuk syurga ialah seorang lelaki dari Juhainah. Dia bernama Juhainah. Ahli syurga bertanya: Apakah masih ada orang yang sedang diazab? Dia menjawab: Tiada. Ahli syurga berkata: Berita yang diyakini kebenarannya ialah yang dibawa oleh Juhainah.
Status: Maudhu'. rujuk al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 1429

50.      Sebaik-baik nama ialah yang menghambakan diri dan memujiNya.
Status: Maudhu'. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no.192. al-Lu'lu' al-Marsu` - no.189. al-Nukhbah - no.117

51.      Tuntutlah ilmu sekalipun ke negeri China.
Status: Maudhu'. rujuk al-Maudhu'at Ibn Jauzi 1/215. Tartib al-Maudhu'at adz-Zahabi - no.111. al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 852.

52.      Berbincanglah dengan mereka (perempuan), dan sanggahlah mereka.
Status: Tiada Asalnya. rujuk al-Lu'lu' al-Marsu` - no.264. Tazkirat al-Maudhuat - no.128. al-Asrar al-Marfu'ah - no.240.

53.      Pada hari kiamat, manusia akan dipanggil dengan nama ibu mereka sebagai tabir dari ALLAH ke atas mereka (menutup rahsia anak zina).
Status: Maudhu'. rujuk La'ali al-Masnu'ah 2/449. al-maudhuat Ibn Jauzi 3/248. Tartib al-Maudhu'at adz-Zahabi - no.1123.

54.      Sultan adalah bayangan ALLAH di mukabumiNya. Barangsiapa yang setia kepadanyaakan diberi petunjuk. Dan, barangsiapa yang mengkhianatinya nescaya akan sesat.
Status: Maudhu'. Tazkirat al-Maudhuat - no.182. al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 623. Silsilah al-Dhaifah - no. 475.

55.      Barangsiapa yang takut azab ALLAH, maka ALLAH akan menjadikan segala sesuatu takut kepadanya. Dan, barangsiapa yang tidak takut kepada ALLAH, maka ALLAH akan menjadikan takut terhadap segala sesuatu.
Status: Dhaif. rujuk Takhrij al-Ihya' 2/145. Tazkirat al-Maudhuat - no.20. Silsilah al-Dhaifah - no. 485.

56.      ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman: Barangsiapa yang tidak redha dengan qadha'Ku dan tidak bersabar atas balaKu, maka hendaklah dia mencari Tuhan selainKu.
Status: Dhaif. Tazkirat al-Maudhuat - no.189. al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 746.

57.      Tidak dinamakan mengumpat apabila membicarakan perihal orang yang fasiq.
Status: Maudhu'. al-Asrar al-Marfu'ah - no.390. Al-Manar Al-Munif fi As-Sahih wa Ad-Da`if Ibn Qayyim - no. 301.

58.      Apabila mati salah seorang daripada kamu dan setelah selesai kamu mengebumikannya, maka hendaklah salah seorang yang hadir itu berdiri di sisi kepalanya seraya berkata: Wahai Si Fulan! Wahai Si Fulanah. Kerana dia (si mati) itu akan mendengarnya. Hendaklah yang bangun itu berkata lagi: Wahai Si Fulan Anak kepada Si Fulanah. Maka si mati itu akan bangun di dalam keadaan duduk. Sebutkanlah apa yang telah menyebabkan dia keluar daripada dunia iaitu syahadah LA ILAHA ILLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH …sehingga akhir.
Status: Dhaif. Takhrij al-Ihya' 4/420. Zad al-Ma'ad Ibn Qayyim 1/206. Silsilah al-Dhaifah - no. 599.

59.      Tidaklah sia-sia orang yang melakukan solat istikharah, tidaklah menyesal bagi orang yang meminta pandangan orang lain dan tidaklah berlaku aniaya orang yang bersederhana.
Status: Maudhu'. Silsilah al-Dhaifah - no. 611.

60.      Baginda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM apabila digunting rambutnya, ataupun mengerat kukunya ataupun jika Baginda SAW dibekam, maka Baginda SAW akan membawa lebihan tersebut – dari rambut, kuku dan darah yang dibekam – ke tanah perkuburan Baqie’ untuk ditanam.
Status: Maudhu'. rujuk al-'Ilal 2/337. Silsilah al-Dhaifah - no. 713.

61.      Seorang mukmin yang cerdik itu sentiasa berhati-hati.
Status: Maudhu'. Kasyful Al-Khafa` wa Muziilu al-Ilbas (karya Imam Al-‘Ajluni) 2/2684. Silsilah al-Dhaifah - no. 760.

62.      Wahai manusia sesungguhnya kamu berada di dalam bulan yang agung, bulan di mana di dalamnya lebih baik dari seribu bulan, menjadikan puasa di dalamnya sebagai fardu dan qiyamul lail sebagai ibadah.
Status: Dhaif. rujuk al-Ilal 1/249. Silsilah al-Dhaifah - no. 871.

63.      "Wahai Jibril, ceritakan kepadaku tentang sifat neraka dan sifat jahannam?" Maka Jibril menjawab: "Sesungguhnya ALLAH TABARAKA WA TAALA telah memerintahkan jahannam supaya menyalakan apinya selama seribu tahun sehingga menjadi putih. Kemudian memerintahkannya lagi supaya menyalakan apinya selama seribu tahun sehingga menjadi merah. Kemudian diperintahkannya lagi supaya menyalakannya selama seribu tahun sehingga menjadi hitam yang gelap."
Status: Maudhu'. rujuk al-Haitsami 10/387. Silsilah al-Dhaifah - no. 910.

64.      Janganlah kamu banyak bercakap selain dari zikir kepada ALLAH. Maka sesungguhnya banyak bercakap selain dari zikir kepada ALLAH itu mengeraskan hati dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia kepada ALLAH ialah yang keras hatinya.
Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 920.

65.      Apabila sampai salah seorang dari kamu ingin masuk ke saf dan saf itu telah penuh, maka hendaklah ia menarik seorang untuk bersama dengannya di tepinya.
Status: Dhaif. rujuk al-Talkhis al-Habir Ibn Hajar 2/37. Silsilah al-Dhaifah - no. 921.

66.      Wali abdal untuk umat ini ada 30 orang seperti Ibrahim Khalilur Rahman. Ketika seorang mati, maka ALLAH akan menggantikan tempatnya dengan seorang lelaki lain.
Status: Maudhu'. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no.470. Al-Manar Al-Munif fi As-Sahih wa Ad-Da`if - no.308.

67.      Tidak lebih Abu Bakar dari kamu dengan banyaknya berpuasa dan solat. Tetapi dengan sesuatu yang hebat di dalam hatinya.
Status: Tiada Asalnya. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no.452. Al-Manar Al-Munif fi As-Sahih wa Ad-Da`if - no.246.

68.      Tahiyat Ka'bah adalah tawaf.
Status: Tiada Asalnya. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no.130. al-Lu'lu' al-Marsu' - no. 143.

69.      Sesungguhnya seorang hamba apabila mendirikan solat maka sesungguhnya dia berada di dalam pemerhatian ALLAH. Apabila dia selesai sembahyang dan berpaling, Tuhan berfirman kepadanya: Wahai anak Adam, kepada siapa engkau mahu berpaling? Kepada yang mereka yang lebih baik untuk engkau daripadaKu? Anak Adam, hadapkanlah solat engkau kepadaKu, maka Aku bagi engkau adalah sebaik-baik yang patut dipalingkan kepadanya.
Status: Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1024.

70.      Telah terlintas di dalam hati Musa: "Adakah ALLAH itu tertidur?" Maka ALLAH mengutus malaikat kepadanya dan tidak menidurkannya selama tiga hari serta memberikannya dua buah botol. Botol itu dipegang pada kedua-dua tangannya. Dia diperintahkan supaya menjaga botol berkenaan. Kemudian dia tertidur. Kedua-dua tangannya hampir berlaga. Diapun terjaga serta menjauhkan semula jarak kedua tangan yang memegang botol. Lalu dia kembali mengantuk dan tertidur sehingga berlagalah kedua-dua tangannya. Dan terpecahlah dua botol itu. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda: "ALLAH telah memberi perumpaan kepada Musa, kalaulah ALLAH itu tertidur sudah pasti langit dan bumi tidak terkendali.
Status: Dhaif. rujuk al-Ilal al-Mutanahiyah Ibn Jauzi. Dinilai Munkar di dalamn Silsilah al-Dhaifah - no. 1034.

71.      Pandangan/melihat itu merupakan satu panahan dari panahan-panahan Iblis. Barangsiapa yang meninggalkannya kerana takutkan ALLAH, nescaya ALLAH akan memberikannya keimanan yang dirasakannya amat manis di dalam hatinya.
Status: Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk al-Targhib wa al-Tarhib al-Munziri 4/106. Majmu' al-Zawaid 8/63. Talkhis al-Mustadrak adz-Dzahabi 4/314.

72.      Wudhu' hendaklah diulangi apabila darah mengalir keluar dari hidung.
Status: Maudhu'. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1071.

73.      Iman bukanlah dengan angan-angan dan juga bukan dengan hias-hiasan tetapi apa yang tetap di dalam hati serta membenarkannya dengan perbuatan.
Status: Maudhu'. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1098.

74.      Daabbah (binatang melata) akan keluar dengan tongkat Musa as dan cincin Sulaiman as. Ia berkata ini: "Wahai mukmin." Dan berkata ini: "Wahai kafir."
Status: Munkar. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1108.

75.      RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM keluar bersama Abu Bakar ke gua. Mereka berdua masuk. Kemudian datang labah-labah membuat sarang di pintu gua.
Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1129.

76.      RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah terbau kentut seseorang lalu bersabda: "Bangunlah siapa yang kentut, dan berwudhu'lah." Lelaki (yang kentut) itu malu untuk berdiri. Kemudian RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda: "Bangunlah siapa yang kentut dan berwudu'lah. Sesungguhnya ALLAH tidak malu daripada kebenaran." Lalu Ibnu Abbas berkata: "Wahai RASULULLAH, apakah tidak boleh kami semua bangun dan berwudhu' semuanya?" RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menjawab: "Bangunlah kamu sekelian dan berwudhu'lah."
Status: Bathil. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1132.

77.      Apabila umatku melakukan limabelas perkara ini, bala' bencana akan menimpanya: Apabila ghanimah/rampasan perang berputar-putar di sekitar orang kaya dan berkedudukan, apabila amanah menjadi harta rampasan dan apababila zakat sebagai satu denda (dikeluarkan secara paksaan).
Status: Dhaif. rujuk al-Ilal al-Mutanahiyah 2/1421.

78.      Mencintai dunia adalah kepala/pokok segala dosa kesalahan.
Status: Maudhu'. al-Asrar al-Marfu'ah 1/163. Tazkirat al-Maudhu'at - no.173.

79.      Mencari yang halal itu adalah jihad. Dan sesungguhnya ALLAH mencintai seorang mukmin yang mempunyai pekerjaan.
Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1301.

80.      Setiap sesuatu itu mempunyai mempelai/pengantin. Mempelai al Quran adalah surah al-Rahman.
Status: Munkar. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1350.

81.      Penghulu kepada suatu kaum itu adalah khadam kepada mereka.
Status: Dhaif. al-Maqasid al-Hasanah - no. 579. Silsilah al-Dhaifah - no. 1502.

82.      Hendaklah kamu berubat dengan dua penyembuh: Madu dan al Quran.
Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1514.

83.      Umaiyah bin Abi Shalt, syairnya beriman tetapi hatinya kafir.
Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1546.

84.      Kebaikan itu tidak akan punah (tidak putus pahalanya). Dosa itu tidak akan dilupakan. Tuhan itu tidak akan tidur. Jadilah sebagaimana yang kamu mahukan sebagaimana yang kamu lakukan maka itulah yang kamu perolehi.
Status: Dhaif. rujuk al-Lu'lu' al-Marsu' - no. 414.

85.      Kesakitan menghadapi malaikat maut itu lebih dahsyat dari seribu pukulan pedang.
Status: Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk Tartib al-Maudhuat - no. 1071. al-Maudhuat Ibn Jauzi 3/220.

86.      Bersegeralah beramal sebelum berlaku tujuh perkara: Adakah kamu menunggu sehingga jatuh sakit yang membinasakan, tua nyanyuk, atau kekayaan yang menjahanamkan, atau kefaqiran yang melarat, atau kematian mengejut, atau datang dajjal iaitu sejahat-jahat perkara ghaib yang ditunggu, atau datangnya kiamat, iaitu perkara yang paling dahsyat sekali.
Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1666.

87.      Memberi fatwa dapat menyebabkan diri terjerumus ke dalam neraka.
Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1814.

88.      Takutilah firasat orang-orang beriman. Maka sesungguhnya dia memandang dengan nur ALLAH.
Status: Dhaif. rujuk al-Maudhuat al-Saghani - no. 74.

89.      Dunia adalah rumah bagi yang tiada rumah, harta bagi yang tiada berharta. Yang menghimpun dunia ini ialah orang-orang yang tidak berakal.
Status: Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk Tazkirat al-Maudhuat - no. 174.

90.      Jangan akhiri makan kamu dengan meminum air.
Status: Tiada Asalnya: rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 2096.

91.      Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana berkaratnya besi. Dan penghilangnya adalah istighfar.
Status: Maudhu'. rujuk rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 2242.

92.      Kami kembali dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar.
Status: Tiada Asalnya. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no. 221. Tazkirat al-Maudhuat - no. 191.

93.      Barangsiapa yang berbuka satu hari di bulan Ramadhan bukan sebab rukhsah dibenarkan oleh ALLAH, maka ia tidak dapat di-qadha'kan sekalipun dia berpuasa seumur hidup.
Status: Dhaif. rujuk al-Targhib wa al-Tarhib 2/74.

94.      Sesungguhnya Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak.
Status: Maudhu'. rujuk Al-Manar Al-Munif fi As-Sahih wa Ad-Da`if - no. 306. al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 1184.

95.      Perkara halal yang paling dimurkai ALLAH ialah talaq.
Status: Dhaif. rujuk al-Ilal al-Mutanahiyah 2/1056.

96.      Apabila RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM sampai di Madinah, maka wanita, kanak-kanak dan hamba mengucapkan: "Thala'al badru 'alaina...wajaba al-syukru 'alaina...ayyuhal mab'utsufina...min tsaniyyaati al-wada'...mada'a Lillahi da'...ji'ta bilamril mutho' "
Status: Dhaif. Tazkirat al-Maudhuat - no. 196.

97.      Jauhilah hasad. Maka sesungguhnya hasad itu memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.
Status: Dhaif. Mukhtasar Sunan Abi Daud al-Munziri 7/226.

98.      ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah berfirman: Aku adalah ALLAH, Tiada Tuhan selain Aku. Akulah Raja Segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam tanganKu. Sesungguhnya apabila hambaKu mentaatiKu, Aku akan menukar hati raja-raja menjadi kasihan belas serta sayang ke atas mereka. Bila orang ramai (rakyat) mengingkariKu, Aku akan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka. Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka dalam kesusahan dan penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin yang zalim), adalah lebih baik kembali mengingatiKu dan merayu kepadaKu supaya Aku dapat melindungimu daripada kekejaman mereka.
Status: Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 602.

99.      Azan dan iqamah di telinga bayi yang baru lahir.
Status: Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk Bayan al-Wahm al-Qathan 4/594. al-Majruhin Ibn Hibban 2/128. Silsilah al-Dhaifah 1/494.

100.   Hikmah adalah sesuatu yang hilang dari setiap orang yang bijaksana. Maka apabila dia menemuinya, dia lebih berhak memilikinya.
Status: Dhaif. rujuk al-Ilal al-Mutanahiyah Ibn Jauzi 1/96.

Alhamdulillah tamat himpunan 100 hadis palsu dan dhaif yang dikumpul Syaikh Ihsan al-Utaibi. Hadis-hadis palsu dan lemah bukanlah setakat 100 ini sahaja, masih terdapat banyak lagi yang berlegar-legar digunakan/disampaikan di luar sana. Maka seharusnya kita lebih bijak dan berhati-hati setiap kali berinteraksi dengan hadis-hadis Nabi. Mempelajari serba sedikit ilmu hadis tidaklah merugikan malah in sya ALLAH memberikan manfaat yang tidak ternilai selain 'mendekatkan' kita dengan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.


Sebahagian mungkin tertanya apakah terdapat syarat dalam menyampaikan/mengamalkan hadis dhaif? Sekalipun lebih selamat beramal dengan hadis yang diyakini thabit daripada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, di bawah ini saya sertakan juga syarat-syarat yang ditetapkan al-Hafizh Ibn Hajar al-Asqalani sekiranya hendak menggunakan/beramal dengan hadis dhaif sebagai tambahan ilmu. Yang baik daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan sebarang kekurangan adalah natijah kelemahan saya sebagai makhluk yang tidak sempurna. Jika terlihat sebarang kesilapan sila beritahu agar boleh diperbetulkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan