“Sesungguhnya orang-orang
Mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang
berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.”
(Al-Hujurat :10)
Mendamaikan yang Berselisih
فَاتَّقُواْ اللّهَ وَأَصْلِحُواْ ذَاتَ بِيْنِكُمْ
“Maka bertakwalah kepada Allah
dan perbaikilah hubungan di antara sesamamu.”
(Al-Anfal :1)
Ayat ini menarik untuk kita perhatikan lebih dalam. Bertakwalah. Lalu perbaiki hubungan di antara sesamamu. Ayat ini seakan ingin berbicara bahawa tak ada ertinya taqwa tanpa memperdulikan keadaan sekitar kita. Tak ada ertinya taqwa tanpa rasa peduli untuk mendamaikan saudara yang berselisih.
Larangan Putus Tali Silaturrahim
عَنْ أَبِي أَيُّوبَ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: لاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلاَثِ لَيَالٍ يَلْتَقِيَانِ, فَيُعْرِضُ هَذَا, وَيُعْرِضُ هَذَا, وَخَيْرُهُمَا اَلَّذِي يَبْدَأُ بِالسَّلاَمِ (مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)
Abu Ayyub ra. menceritakan,
bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak halal (tidak boleh)
seorang Islam menyisihkan saudaranya lebih dari tiga hari, jika keduanya
bertemu, maka yang seorang berpaling ke sana dan yang seorang lagi berpaling ke
sini tetapi yang paling baik di antara yang kedua itu ialah siapa yang memulai
mengucapkan salam kepada lawannya.”
(Muttafaqun 'alaih)
Huraian kandungan hadith:
Anjuran untuk muhasabah diri tanpa menghakimi orang lain mahupun menyusahkan orang lain. Dengan demikian jelas bahawa bagi kita kaum muslimin tidak dihalalkan untuk bersengketa dengan saudaranya lebih dari tiga hari. Yang ditandai dengan tidak saling memandang muka dan tidak saling menegur.
Yang paling baik bagi mereka adalah saling memaafkan dan sekaligus yang paling dahulu memberi salam. Memang terkadang kita merasa berat untuk melupakan kesalahan yang dilakukan oleh saudara kita yang pernah menyakiti hati, namun sebagai muslim haruslah berlapang dada untuk saling memaafkan.
Kesan Putus Tali Silaturrahim
Kesan yang ditimbulkan bila silaturahim di antara kita putus, sangatlah besar, baik di dunia mahupun di akhirat kelak. Di antaranya adalah sebagai berikut:
1. Segala amalnya tidak berguna dan tidak berpahala. Walaupun kita telah beribadah dengan penuh keikhlasan, siang dan malam, tetapi bila kita masih memutus tali silaturrahim dan menyakiti hati orang-orang Islam yang lain, maka amalannya tidak ada ertinya di sisi Allah SWT.
2. Amalan solatnya tidak berpahala. Sabda Rasulullah SAW: “Terdapat lima macam orang yang solatnya tidak berpahala, iaitu: isteri yang dimurkai suami kerana menjengkelkannya, hamba(budak) yang melarikan diri, orang yang mendendam saudaranya melebihi tiga hari, peminum khamar(arak) dan imam yang tidak disenangi makmumnya.”
3. Rumahnya tidak dimasuki malaikat rahmat. Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya malaikat tidak akan turun kepada kaum yang di dalamnya ada orang yang memutuskan silaturrahim.”
4. Orang yang memutuskan tali silaturrahmi diharamkan masuk syurga. Sabda Rasulullah SAW: “Terdapat tiga orang yang tidak akan masuk syurga, iaitu: orang yang suka minum khamar(arak), orang yang memutuskan tali silaturrahim dan orang yang membenarkan perbuatan sihir.”
Semoga kita tidak hanya bersaudara dunia, tapi juga kelak berkumpul di jannahnya Allah SWT. Aamiin. Wallahua'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan