Mawas Rizki Hidayanti.
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Adakalanya seorang penuntut ilmu, atau ahli
ibadah merasa futur. Ketika mata sebenarnya menatap tempat sujud, tapi hati
berada di tempat yang lainnya. Ketika raga berada di majlis ilmu, namun jiwa
dan fikiran fokus kepada hal lainnya.
Apa itu Penyakit Futur?
Futur iaitu: rasa malas, enggan dan lamban
dalam melakukan kebaikan, yang mana sebelumnya seseorang rajin dan bersemangat
melakukannya. Futur adalah penyakit yang sering menyerang sebagian ahli ibadah,
para da’i, dan penuntut ilmu. Sehingga seseorang menjadi lemah dan malas,
bahkan terkadang berhenti sama sekali dari melakukan suatu aktiviti kebaikan.
Di antara sebab-sebab munculnya penyakit futur adalah sebagai
berikut:
1). Hilangnya keikhlasan.
2). Lemahnya ilmu Syar’i.
3). Kecintaan hati yang besar kepada dunia dan banyak melupakan akhirat.
4). Fitnah (cubaan) berupa isteri dan anak.
5). Hidup di tengah masyarakat yang rosak.
6). Berteman dengan orang-orang yang memiliki keinginan yang lemah dalam meraih kebaikan.
7). Melakukan dosa serta memakan makanan yang haram.
8). Tidak mempunyai tujuan yang jelas (baik dalam menuntut ilmu mahupun berdakwah).
9). Lemahnya iman.
10). Menyendiri, dan tidak mahu bergabung dengan saudara seiman yang lainnya, saling tolong menolong dalam kebaikan.
11). Lemahnya pendidikan (tarbiyyah)imaniyyah.
2). Lemahnya ilmu Syar’i.
3). Kecintaan hati yang besar kepada dunia dan banyak melupakan akhirat.
4). Fitnah (cubaan) berupa isteri dan anak.
5). Hidup di tengah masyarakat yang rosak.
6). Berteman dengan orang-orang yang memiliki keinginan yang lemah dalam meraih kebaikan.
7). Melakukan dosa serta memakan makanan yang haram.
8). Tidak mempunyai tujuan yang jelas (baik dalam menuntut ilmu mahupun berdakwah).
9). Lemahnya iman.
10). Menyendiri, dan tidak mahu bergabung dengan saudara seiman yang lainnya, saling tolong menolong dalam kebaikan.
11). Lemahnya pendidikan (tarbiyyah)imaniyyah.
Kiat Mengubati Penyakit Futur
Allah SWT mentakdirkan adanya penyakit futur,
tentulah Allah SWT memberikan ubatnya. Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin
pernah ditanya, “Banyak penuntut ilmu agama yang lemah tekadnya dan futur dalam
menuntut ilmu. Sarana apa saja yang dapat membangkitkan tekad dan semangat
dalam menuntut ilmu?” Beliau menjawab: “Dha’ful himmah (tekad yang lemah) dalam
menuntut ilmu agama (Islam) adalah salah satu musibah yang besar. Untuk
mengatasi ini ada beberapa hal:
1. Mengikhlaskan niat hanya untuk Allah‘Azza Wa Jalla dalam
menuntut ilmu
Niat dalam melakukan suatu perbuatan (yang
baik) tentunya harus ikhlas untuk Allah SWT semata. Keikhlasan suatu niat
sangat berpengaruh pada amalan-amalan yang kita lakukan. Jika seseorang ikhlas
dalam menuntut ilmu, ia akan memahami bahawa amalan menuntut ilmu yang ia
lakukan itu akan diganjar pahala. Sebagaimana dalam hadits disampaikan bahawa,
إِنَّمَا الْأَعْمَالُ
بِالنِّيَّةِ وإنما لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى
اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ
هِجْرَتُهُ لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَنكحها فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا
هَاجَرَ إِلَيْهِ
“Sesungguhnya setiap amal itu
(tergantung) pada niatnya, dan sesungguhnya sesesorang itu hanya mendapatkan
sesuai dengan apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah
dan RasulNya, maka hijrahnya (dinilai) kerana Allah dan RasulNya, dan
barangsiapa yang hijrahnya kerana harta dunia yang hendak diraihnya atau kerana
wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu hanyalah kepada apa yang
menjadi tujuan hijrahnya.”
(HR. Bukhari dan Muslim)
Kemudian, dengan mengikhlaskan niat tersebut
seseorang akan berada pada tingkatan yang ketiga dari umat ini, lalu dengan itu
semangatnya pun akan bangkit.
وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ
وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ
النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ وَحَسُنَ
أُولَٰئِكَ رَفِيقًا
“Dan barangsiapa yang mentaati
Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang
dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang
yang mati syahid, dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang
sebaik-baiknya.”
(QS. An Nisa: 69)
2. Selalu bersama dengan teman-teman yang semangat dalam
menuntut ilmu
Teman merupakan orang yang sangat berpengaruh
pada diri kita. Teman turut membentuk karaktor seseorang. Oleh kerana itu dalam
berteman hendaknya kita memilih teman-teman yang mampu mengantarkan kepada
kebaikan. Teman-teman yang demikian dapat membantu kita dalam berdiskusi dan
meneliti masalah agama. Jangan condong untuk meninggalkan kebersamaan bersama
mereka selama mereka sentiasa membantu dalam menuntut ilmu.
3. Bersabar, iaitu ketika jiwa mengajak untuk berpaling dari
ilmu
Kesabaran akan mengantarkan kita kembali
kepada ilmu dan kebaikan-kebaikan. Oleh kerana itu, hendaknya kita terus
berusaha bersabar agar penyakit futur itu segera hilang. Allah SWT berfirman
kepada Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam:
وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ
الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ
وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
“Dan bersabarlah kamu
bersama-sama dengan orang-orang yang beribadah kepada Tuhan mereka di pagi dan
senja hari dengan mengharap keredhaanNya; dan janganlah kedua matamu berpaling
dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini.”
(QS. Al Kahfi: 28).
Seorang penuntut ilmu tidak boleh
terburu-buru dalam meraih ilmu Syar’i. Menuntut ilmu Syar’i tidak boleh
didapatkan dengan kilat atau dikursuskan dalam waktu singkat. Harus diingat,
bahawa perjalanan dalam menuntut ilmu adalah panjang dan lama, oleh kerana itu
wajib sabar dan selalu memohon pertolongan kepada Allah SWT agar tetap istiqamah
di atas kebenaran.
*****
Referensi:
Yulian
Purnama. www.muslim.or.id. Kiat Mengubati Futur Dan Malas Menuntut Ilmu Agama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan