Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 13 Januari 2020

U 110 : PERSIAPAN AWAL

Seorang pemuda lalu di sebuah negeri. Kekecohan sedang berlaku. Lalu si pemuda pergi menyiasat. Rupanya mereka dalam proses melantik raja. Yang peliknya, seorang pun tak sanggup menjadi raja atau pemerintah Negara tersebut. Kerana syarat menjadi raja atau pemerintah adalah:- Sesiapa yang dilantik menjadi raja atau pemerintah, dia akan dibuang negara di padang tandus selepas 10 tahun memerintah.Pemuda tadi mengangkat tangan. "Saya sanggup!" Maka dia dilantik menjadi raja pemerintah negara itu.Orang ramai mengatakan pemuda ini bodoh. Hilang akal. Tamak pangkat dan sebagainya.
Pada tahun pertama sang pemuda menjadi pemerintah. Dia menghantar orang untuk meninjau tanah tandus yang bakal dia dibuang selepas 10 tahun memerintah nanti. Tahun kedua, pemuda mula menghantar jurutera untuk membina jalan. Tahun ketiga, menghantar expert dalam bidang pertanian untuk bercucuk tanam. Tahun ke empat, engineer mula membangunkan bangunan-bangunan canggih. Dan seterusnya.. Sehinggalah tahun ke 10. Pemuda tersebut tidak sabar untuk dibuang negeri. Masanya tiba. Beliau sudah bersedia, kerana.. Sang pemuda tahu, dia sudah menghantar "bekalan" terlebih dahulu sebagai persediaaannya.
Kesimpulan. Ibarat hidup kita. Kita tahu yang kita akan "dibuang" ke "tempat itu." Sudahkah kita mengirimkan bekalan? Adakah tempat itu padang tandus. Atau sudahkah kita semai benih-benih yang akan menjadi pohon rimbun? Sudahkah kita kirim "bahan binaan" untuk membina sebuah mahligai yang akan kita diami? Atau biarkan saja ia kekal sebagai padang tandus.
ITULAH GAMBARAN AKHIRAT KELAK. Sudah bersediakah kita dengan bekalan-bekalannya? Atau masih menunggu esok untuk kita mula menyediakan bekalan?
Wallahu'alam والله اعلم


Tiada ulasan:

Catat Ulasan