Bagi seorang muslim kalimat
Hawqalah iaitu lafaz, 'Laa hawla wa laa quwwata illa billah' tentu bukan hal
yang asing. Ucapan tersebut sering kali diucapkan secara spontan ketika
seseorang dalam kesulitan, dalam keadaan tertekan atau boleh juga ketika
seseorang terkagum-kagum menyaksikan keajaiban yang terjadi, iaitu suatu
kejadian yang mustahil terjadi menurut fikiran manusia.
Dikisahkan sahabat 'Auf bin
Malik Al-Asyja'i pergi menemui Rasulullah صل الله عليه وسلم dan berkata:
"Yaa Rasulullah
sesungguhnya anakku Malik pergi bersamamu berperang di jalan Allah dan ia belum
pulang, apa yang harus saya perbuat? Padahal seluruh pasukan sudah
pulang."
Rasulullah صل الله عليه
وسلم bersabda:
"Ya 'Auf perbanyaklah
kamu dan isterimu mengucapkan:
لا حول ولا قوة إلا بالله
(Laa haula wa laa quwwata
illa billah... Tidak ada daya dan kekuatan selain daripada Allah.)"
Auf pulang ke rumah dan isterinya
sendiri menanti anaknya yang belum datang. Melihat suaminya datang isterinya
bertanya:
"Wahai 'Auf apa yang
diberikan Rasulullah صل الله عليه وسلم?"
Auf menjawab: Beliau
mewasiatkan untukku dan kamu juga agar kita banyak mengucapkan
لا حول ولا قوة إلا بالله
Apa jawapan isteri yang
sholehah dan sabar ini?
"Ya, sungguh benar Rasulullah
صل الله عليه وسلم"
Akhirnya mereka berdua
duduk terus berzikir dengan
لا حول ولا قوة إلا بالله
Sampai saat malam yang
gelap tiba, seketika ada yang mengetuk pintu, dan Auf berdiri membuka pintu,
ternyata yang datang adalah anaknya Malik membawa banyak sekali domba sebagai
ghonimah.
Maka Auf bertanya: Apa ini?
Malik menjawab:
"Sesungguhnya musuh
menangkapku dan mengikatku dengan rantai besi dan mengikat dua kakiku, maka
ketika malam tiba saya berusaha keras untuk kabur tapi tidak boleh, kerana
kuatnya ikatan di kedua tangan dan kaki. Tiba-tiba ikatan borgol yang dari besi
perlahan-lahan longgar sehingga ikatan di kedua tangan dan kaki boleh lepas.
Maka saya boleh datang sekarang dengan kambing-kambing ghonimah ini."
Maka Auf berkata:
"Wahai ananda bukankah jarak antara musuh dan kita jauh sekali? Bagaimana
kamu boleh datang dalam waktu satu malam?"
Malik menjawab: "Wahai
ayahanda, demi Allah ketika ikatan itu lepas saya merasa ada Malaikat yang
membawa saya."
Subhanallahal 'adzim...
Maka Auf mendatangi Rasulullah
صل الله عليه وسلم untuk memberi kabar beliau.
Tapi sebelum Auf memberi
kabar beliau, Rosulullah صل الله عليه وسلم mengatakan kepada Auf: Wahai Auf
bergembiralah bahawa Allah سبحان وتعالى menurunkan ayatnya tentang urusanmu:
وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ
يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا (٢) وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ
وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ
أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا (٣
"Barangsiapa bertaqwa
kepada Allah nescaya Dia akan Mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya
rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan Barangsiapa yang
bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya
Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(QS Ath-Thalaq:2-3)
Ketahuilah sesungguhnya:
لا حولا ولا قوة إلا بالله
Adalah harta terpendam di bawah
singgasana 'Arsy Ar-Rahman.
Ia adalah ubat bagi 99
penyakit, yang paling ringan adalah penyakit gundah.
Kalimat ini juga merupakan
simpanan pahala yang banyak di syurga.
Suatu ketika Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada ‘Abdullah bin Qois, “Wahai
‘Abdullah bin Qois, katakanlah, ‘Laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana
ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga.”
(HR. Bukhari no. 7386).
Daripada Abi Musa
Al-Asy’ari radhiallahu anhu ia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam
berkata kepadaku:
“Mahukah aku tunjukkan
kepadamu salah satu bacaan yang menjadi simpanan kekayaan di dalam syurga?”
Maka aku menjawab: “Tentu, wahai Rasulullah.” Maka beliau menjawab: “Ucapkanlah,
Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan