Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 4 April 2020

V 49 : MUTIARA KATA DAN KATA-KATA HIKMAH BERKAITAN SOLAT


1. Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.
(Ustaz Azhar Idrus)

2. Orang yang solat lebih nampak kesalahan diri sendiri daripada kesalahan orang lain.
(Ustaz Ismail Al-Bakabi)

3. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak wajib tunaikannya.
(Ustaz Kazim Elias)

4. Penyelesaian kepada krisis keluarga dan masyarakat adalah solat. Jika solat baik, maka keluarga dan masyarakat akan baik.
(Ustaz Ismail Al-Bakabi)

5. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? Jaga solat, In shaa Allah bahagia.
(Ustaz Don Daniyal)

6. Utamakan solat dalam segala hal, sesuai dengan seruan As-Solah sebelum seruan Al-Falah pada laungan azan.
(Ustaz Ismail Al-Bakabi)

7. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
(Datuk Ismail Kamus)

8. Saf solat berjamaah adalah sebahagian teknik penyatuan dan kekukuhan ummah.
(Ustaz Ismail Al-Bakabi)

9. Kalau kita sakit jangan takut untuk solat.  At least kalau mati, mati dalam solat.
(Ustaz Haslin Baharin) 

10. Sekira seorang itu tahu pahala berganda, nescaya ia tidak akan tinggal solat ketika ia sakit.
(Ustaz Ismail Al-Bakabi) 

11. Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun.
(Al-Habib Ali Zainal)

12. Sesibuk mana pun kita, sekurang-kurangnya zikir setelah solat bacalah Istighfar 3 kali dan Allahumma Antas-Salam…kerana 2 zikir ini datang dalam sebuah Hadits.
(Ustaz Ismail Al-Bakabi)

13.  Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.

(Tuan Guru  Syeikh Nuruddin)


14. Orang yang solat awasi Al-Wail dan yang membimbangkannya, sebagaimana pengawasan seorang itu kepada Al-Ghaiy, As-Saqr dan lainnya.
(Ustaz Ismail Al-Bakabi)

15. Jagalah solat anda, kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya.
(Sheikh Abdullah Jahaf)

16. Pelihara solat, Allah pelihara kehidupan kita. Abaikan solat, nescaya Allah abaikan kehidupan dunia dan akhirat, kita akan merana.
(Ustaz Ismail Al-Bakabi)

17. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
(Ustaz Dasuki Rani)

18.  Orang yang tidak solat, berusaha mengotorkan jiwanya. Orang yang menafikan solat, berusaha memusnahkan jiwa raganya.
(Ustaz Ismail Al-Bakabi)

19. Jangan cakap: “Pergi solat. Kalau tak, masuk api neraka!” Tapi cakap: “Jom solat, nanti kita masuk syurga ALLAH sama-sama ya. In shaa Allah.
(TG Harun Din)

20. Solat berjamaah syi’ar dan sumber kekuatan generasi berjaya. Ayuh! Tegakkannya seiring Sunnah.
(Ustaz Ismail Al-Bakabi)

21. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
(Ustaz Pahrol)

22. Kejayaan seorang Muslim bukan banyak rakaat solatnya, tetapi bergantung kepada khusyuknya.
(Ustaz Ismail Al-Bakabi)

23. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (amaran Allah). Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Taatlah dan kerjakanlah solat," mereka enggan mengerjakannya. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (perintah-perintah Allah dan laranganNya).
(Al-Mursalaat 77:47-49)

24. Solat adalah tanda cinta nabi dan Allah kepada umat manusia.

25. Solat adalah hadiah paling indah dalam masa hidup seorang manusia.

26. Sesibuk apapun, tunaikanlah solat kerana kalau tidak, Allah akan penuhi tanganmu dengan kesibukan kerja dan Allah tidak akan menghindarkanmu dari kemelaratan (kesusahan).

27. ‎"Apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka Saqar?
Mereka menjawab: Dahulu kami tidak termasuk orang-orang yang melaksanakan solat."
(al Muddatsir: 42-43)

28. "Sesungguhnya Allah SWT menghadapkan seluruh 'wajahnya' kepada hambanya yang sedang solat selama hati hamba itu tidak berpaling."
(HR: Abu Daud, An Nasai, al Hakim)

29. Solat adalah tiang agama. Siapa yang mengamalkannya, sungguh dia telah menegakkan agamanya. Siapa meninggalkannya, sungguh dia telah meruntuhkan agama (dalam dirinya).

30. Solat adalah penglipur lara, pengubat duka dan pelepas dahaga keputusasaan.

31. Dan mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat.

32. Ketenangan diri dapat diperolehi ketika kamu sungguh-sungguh mengerjakan solat.

33. Solat yang sah dan mampu mencegah keburukan hanya ada di dalam solat yang khusyuk.

34. "Yaa Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku, orang yang tetap melaksanakan solat. Yaa Tuhan kami, perkenankanlah doaku."
(Ibrahim: 40)

35. "Siapa yang yang solat berjemaah, Allah mencatat pulang perginya sepuluh kebaikan, dihapus darinya sepuluh keburukan dan diangkat sepuluh darjatnya."
(Hadis)

36. "Seutama-utama solat, selepas solat fardhu adalah solat sunat di waktu malam."
(HR: Muslim)

37. "Siapa yang berwuduk dengan sempurna, kemudian solat hajat 2 rakaat dengan sempurna maka Allah tunaikan apa yang ia pinta dengan cepat atau lambat."
(HR: Ahmad)

38. "Wahai anak Adam, jangan sesekali engkau malas mengerjakan 4 rakaat pada permulaan siang (dhuha) nescaya Aku akan cukupkan keperluanmu pada akhir harinya."
(HR: al Hakim, Thabrani)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan