Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 11 September 2020

V 84: BERSYUKURLAH

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman:


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ


Maksudnya: “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih."
[Surah Ibrahim ayat 7]

Bagaimana melahirkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala?
1) Hendaklah memuji Allah Subhanahu Wata'ala di atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Ini sepertimana ungkapan Nabi Sulaiman as:


هَـٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ


Maksudnya: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya.”
2) Lakukanlah amalan-amalan sebagai satu bentuk dan tanda kesyukuran. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman:


اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْرًا


Maksudnya: "Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!"
3) Bangun menunaikan solat malam
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah ra, Nabi SAW berdiri solat (malam) sehingga pecah kedua kaki Baginda. Lalu beliau bertanya kepada Baginda SAW: “Kenapa engkau lakukan ini, hai Rasulullah? Bukankah Allah telah mengampunkan dosamu yang telah lalu dan akan datang? Lalu Baginda SAW menjawab:


يَا عَائِشَةُ أَفَلاَ أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا


Maksudnya: “Wahai Aisyah! Tidakkah engkau menyukai aku menjadi hamba yang bersyukur.”

Wan Muhammad Firdaus




Tiada ulasan:

Catat Ulasan