Yok kita ambil iktibar
Menangis saya bila baca, meremang bulu roma. "Yaa Allah, kau ampunilah dosa-dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia.''
Mohon baca jangan tak baca.
6 perkara Allah Subhanahu Wata'ala sembunyikan
Allah Subhanahu Wata'ala selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah Subhanahu Wata'ala menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?'
Lalu Allah Subhanahu Wata'ala berfirman yang bermaksud: 'Tidak'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
sallallahu 'alaihi wa sallam
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah Subhanahu Wata'ala berfirman yang bermaksud: 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorangpun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'
Kemudian Jibrail as berkata: 'Yaa Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah Subhanahu Wata'ala berfirman yang bermaksud: 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah Subhanahu Wata'ala untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin daripada Allah Subhanahu Wata'ala maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah Subhanahu Wata'ala lalu ia berkata dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?'
Kemudian Allah Subhanahu Wata'ala berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.'
Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala telah menyembunyikan enam perkara iaitu:
Allah Subhanahu Wata'ala telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
Allah Subhanahu Wata'ala telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
Allah Subhanahu Wata'ala telah menyembunyikan namaNya yang Maha Agung di dalam Al Quran.
Allah Subhanahu Wata'ala telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
Allah Subhanahu Wata'ala telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
Allah Subhanahu Wata'ala telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Wahai keluargaku, kaum kerabatku, saudara maraku, sahabat-sahabatku, rakan-rakanku yang dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kita kembali ke pangkal jalan, ikut Islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikan, pahala seseorang yang diajak kebaikan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. In Shaa Allah.
Allah Subhanahu Wata'ala always with us. Aamiin...
C&P.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan