AL MUQODDIM ( المقدم )
ALLAH Yaa Muqoddim Yang Maha Mendahulukan
mempunyai kuasa mutlak mendahulukan sesuatu mengikut kehendakNYA. DIA mampu
menyegerakan sesuatu perkara mengikut kehendakNYA semahuNYA. Seringkali ALLAH Yaa
Muqoddim mendahulukan kegagalan dan kesulitan sebelum diberi kejayaan yang
lebih besar. Ternyata kesulitan itu adalah kejayaan dan keuntungan yang tiada
taranya. Dengan kesulitan, akal akan berfikir mencari jalan keluar.
Sesungguhnya ukuran kemajuan yang sebenarnya adalah darjat kedekatan seseorang
pada ALLAH.
Menghayati sifat Al Muqoddim mampu
melahirkan seseorang yang mendahulukan yang lebih utama iaitu ALLAH berbanding
yang lain, dan mengutamakan akhirat berbanding dunia. Penghayatan ini juga
mampu melahirkan kekuatan luar biasa sehingga mampu menjadikan seseorang itu
pelopor atau peneraju dalam melakukan perubahan dalam kehidupan masyarakatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan