Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 28 Mei 2021

V 165 : ASMAUL HUSNA ( 72. AL AWWAL )

72. AL AWWAL  ( الأول )

ALLAH Yaa Awwal Yang Maha Memulakan, memulakan setiap sesuatu dengan kekuasaanNYA dan tiada siapa yang mampu menghalangNYA. DIA yang paling awal, tiada lagi sesiapa sebelumNYA dan DIA menciptakan setiap sesuatu.

Menghayati sifat Al Awwal akan melahirkan insan peribadi yang suka memulakan dan mempelopori sesuatu. Kita harus mencari peluang baru bagi memberikan khidmat bakti dan membantu dunia. Kita harus memanfaatkan peluang yang datang bagi menjadikan seluruh kehidupan satu perjuangan yang menyeronokkan dengan pergantungan kepada Yaa Awwal yang akan menganugerahkan keberanian yang luar biasa dan akhirNYA mendatangkan hasil yang menakjubkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan