Seorang Ulama layak dipanggil sekiranya dia ada ciri-ciri berikut:
1. Aqidahnya adalah Aqidah Rasulullah, para sahabat, ulama Imam 4 Mazhab, Ulama Salafusolleh, Aqidah Ahlul sunnah Waljamaah iaitu Aqidah Asya'irah & Makhturidi'ah.
2. Ilmunya yang bersanad (rujukan daripada guru kepada guru, sehinggalah Ulama salafusolleh, sahabat dan sehingga datang daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam).
Sumber rujukkan kitab-kitabnya adalah sumber Ulama Mukhtabar (Ahlul Sunnah Waljamaah)
3. Amanah dengan Ilmu, lidahnya tidak lepas daripada Ilmu, amanah dengan ilmunya, yang batil tetap batil, yang Haq tetap Haq. Bila dia tidak tahu menjawab sebarang pertanyaan muridnya dia akan berkata, "Nanti saya akan rujuk semula." Dia tidak sewenang-wenangnya menyampaikan pada umum sekiranya dia was-was atau tidak tahu dengan jawapannya.
4. Akhlaknya, dia sentiasa menyemai akhlak terpuji. Bersikap tawaduk, merendah diri, Menjaga lisannya tidak mengutuk salah orang lain, Tidak mendoakan kecelakaan orang, malah mendoakan kebaikan orang walaupun orang itu mengutuk dan mencacinya. Tidak terlibat dengan duniawi yang menjerumus kepada fitnah mengfitnah, aib mengaibkan, malah menjauhinya daripada terlibat dengan sebarang yang memudaratkan dirinya dan akidahnya. Sentiasa berpesan-pesan ke arah kebaikan, malah mengajak umat bersatu, berkasih sayang seperti mana yang dituntut Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam.
5. Memuliakan dan mencintai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam wassalllam, dia akan menyemai cinta pada Rasul dengan Mengamalkan Sunnah, dia akan mengajak masyarakat agar bersama memuliakan Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam , dengan Sirah-sirah, atau maulid atau qosidah dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan