Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 23 Julai 2012

C 8 TUJUH BELAS Hadis Meyakinkan Kita Pengampunan Allah SWT


1. Sesiapa Bertasbih kepada Allah 33X, Bertahmid 33X, Bertakbir 33X dan mencukupkannya 100X dengan (Kalimah Di atas) selepas Solat akan diampunkan dosanya walau seperti buih di lautan.

2.  Sesiapa bertasbih  100X di waktu pagi dan 100X di waktu petang akan diampunkan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.

3.   Tidak ada sesiapa di muka bumi yang melafazkan ( seperti lafaz di atas) melainkan diampunkan dosanya walau sebanyak buih di lautan.

4.   Sesiapa yang bertasbih selepas solat 100X dan bertahlil 100X  dan bertakbir 100X akan diampun dosanya walau sebanyak buih di lautan.

5.   Sesiapa yang bertasbih selepas solat 100X  dan bertahlil 100X  dan bertakbir 100X akan diampun dosanya walau sebanyak buih di lautan.

6 Sesiapa  membaca di atas katil ( Perkataan di atas) akan diampun dosanya walau sebanyak buih di lautan.

7 sesiapa duduk selepas solat subuh setelah selesai solat Subuh dan menunaikan 2 rakaat solat Dhuha. Tidak akan  diperkatakan  kecuali sesuatu yang baik, akan diampun dosanya, walau sebanyak buih di laut.

8 Sesiapa melafazkan 33X selepas solat Subuh( perkataan di atas ) akan diampunkan dosanya walau seperti buih di lautan.

9 Sesiapa memelihara solat Dhuha diampunkan dosanya awalau sebanyak buih di lautan.

10 Tidak ada lelaki yang membaca ( seperti kalimah di atas ) melainkan diampunkam dosanya walau sebanyak buih di lautan.

11 Sesiapa di antara hamba yang membaca, apabila bangun daripada tidurnya ( Seperti kalimah di atas) melainkan di ampunkan Allah baginya segala dosanya walaupun dosa seperti buih di lautan.

12 Sesiapa membaca di pagi Jumaat sebelum solat Jumaat (Seperti perkataan di atas) tiga kali akan diampunkan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.

13 Sesiapa membaca di saat berada di atas katilnya ( seperti perkataan di atas ) diampun oleh Allah baginya dosanya walaupun dosanya sebanyak buih di lautan. walaupun sebanyak bilangan bintang, walaupun sebanyak bilangan pasir, walaupun sebanyak bilangan hari di dunia.

14 Sesiapa membaca ( seperti kalimah di atas) setiap hari seratus kali, Allah menghapuskan dosanya walau seperti  buih di lautan.

15 Sesiapa solat sunat selepas solat Mahgrib, Allah menghapuskan dosanya walaupun dosa sebanyak buih di lautan.

16 Sesungguhnya apabila seseorang muslim bertemu saudaranya dan bersalaman, hilanglah dosanya sepertimana gugurnya daun kering yang ditiup angin pada hari angin kencang. Maka  diampunkan dosa keduanya seperti buih di lautan.

17 Perkataan yang yang dizikirnya sebanyak 100 kali selepas solat dengan sempurna. ( seperti perkataan di atas ) diampunkan dosanya walau seperti buih di lautan.


LIHATLAH KELUASAN RAHMAT ALLAH TERHADAP HAMBANYA YANG BANYAK MELAKUKAN DOSA, WALAUPUN SEBANYAK MANA DOSA HAMBA-HAMBANYA TETAPI ALLAH TETAP MENGAMPUNKAN MEREKA. TETAPI APA YANG MENJADI MEREKA TERTIPU DENGAN SYAITAN. APABILA MEREKA MENGGUNAKAN HADIS-HADIS DI ATAS UNTUK MENGULANGI DOSA-DOSA MEREKA DAN MENGHIMPUN DOSA MEREKA SEBANYAK BUIH DI LAUTAN LALU MEREKA BERTAUBAT DENGAN SENGAJA DAN MENGULANGI  DOSA DENGAN SENGAJA.  SEBENARNYA MEREKA MENIPU DIRI MEREKA SENDIRI. SUNNAH RASULULLAH SAW DAN PARA SAHABAT SERTA IMAM-IMAM SEMUA MAZHAB TIDAK PERNAH BERBUAT DEMIKIAN.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan