Pada suatu hari seekor
anak kerang di dasar laut mengadu dan mengeluh pada ibunya sebab sebutir pasir
tajam memasuki tubuhnya yang merah dan lembut.
"Anakku," kata
sang ibu sambil bercucuran air mata,
"Tuhan tidak
memberikan pada kita, bangsa kerang, sebuah tanganpun, sehingga Ibu tak boleh
menolongmu." Si ibu terdiam, sejenak,
"Aku tahu bahawa
itu sakit anakku. Tetapi terimalah itu sebagai takdir alam. Kuatkan hatimu.
Jangan terlalu lincah lagi. Kerahkan semangatmu melawan rasa ngilu dan nyeri
yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan getah perutmu. Hanya itu yang boleh
kau perbuat," kata ibunya dengan sendu dan lembut.
Anak kerangpun melakukan
nasihat bundanya. Ada hasilnya, tetapi rasa sakit terkadang masih terasa.
Kadangkala di tengah kesakitannya, ia meragukan nasihat ibunya. Dengan air mata
ia bertahan, bertahun-tahun lamanya. Tetapi tanpa disedarinya sebutir mutiara
mulai terbentuk dalam dagingnya. Makin lama makin halus. Rasa sakitpun makin
berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar. Rasa sakit menjadi terasa
lebih wajar.
Akhirnya sesudah sekian
tahun, sebutir mutiara besar, utuh mengkilap, dan berharga mahalpun terbentuk
dengan sempurna. Penderitaannya berubah menjadi mutiara; air matanya berubah
menjadi sangat berharga. Dirinya kini, sebagai hasil derita bertahun-tahun,
lebih berharga daripada sejuta kerang lain yang cuma disantap orang sebagai
kerang rebus di pinggir jalan.
~~~
Sahabat, cerita di atas
adalah sebuah paradigma yang menjelaskan bahawa penderitaan adalah lorong
transendental untuk menjadikan "kerang biasa" menjadi "kerang
luar biasa." Kerana itu dapat dipertegas bahawa kekecewaan dan penderitaan
dapat mengubah "orang biasa" menjadi "orang luar biasa."
Banyak orang yang mundur
saat berada di lorong transendental tersebut, kerana mereka tidak tahan dengan
cubaan yang mereka alami. Ada dua pilihan sebenarnya yang boleh mereka masuki:
menjadi `kerang biasa' yang disantap orang atau menjadi `kerang yang
menghasilkan mutiara'. Sayangnya, lebih banyak orang yang mengambil pilihan
pertama, sehingga tidak menghairankan bila jumlah orang yang sukses lebih
sedikit dari orang yang `biasa-biasa saja.'
Mungkin saat ini kita
sedang mengalami penolakan, kekecewaan, patah hati, atau terluka kerana orang-orang
di sekitar kita, cubalah untuk tetap tersenyum dan tetap berjalan di lorong
tersebut, dan sambil katakan di dalam hatimu... "Airmataku diperhitungkan
Tuhan.. dan penderitaanku ini akan mengubah diriku menjadi mutiara."
Semoga........
Buat yang sedang bersedih,
yang jelas sekali lagi "KESABARAN PASTI SELALU BERBUAH MANIS"
(kiriman dari sahabat
Arif Rahman diedit seperlunya)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan