السلام عليكم
سْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Untuk semua
penggemar kucing, ini ada sedikit info mengenai binatang kesayangan anda – dan
aku juga! Dan sedikit info mengenai binatang yang sememangnya diharamkan kepada
kita umat Islam untuk pegang. Segala hukum yang telah ditetapkan sememangnya
mempunyai sebab-musabab yang tertentu apabila dikaji semula bukan? Seperti juga
halnya kucing dan anjing ini. Tetapi mereka yang sememangnya telah sesat dan
disesatkan oleh syaitan sentiasa akan membuat sesuatu yang berlawanan dengan
apa yang Allah s.w.t tetapkan dan ajaran Rasul. Mereka kata dog
is man’s best friend dan lihat sahaja di negara barat dan
Eropah khususnya – iaitu negara yang sememangnya kafir – anjing dibelai dan
dipelihara dan nilai-nilai ini dipupuk ke dalam anak-anak kecil yang
sememangnya tidak berdosa yang akan membawa ke dewasa dan diturunkan pula ke
generasi yang lain seterusnya. Negara kita juga tidak kurang hebatnya apabila
sudah ada segelintir bangsa Melayu yang beragama Islam sendiri yang membela
anjing sebagai binatang peliharaan mereka. Rosak!
Wallahu ‘alam.
Nabi menekankan
di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah
diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing. Kenapa
Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada
manusia. Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai
najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk
melawan sel bakteria.
Otot kucing
juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah
kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini
berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat
berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun
air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan
alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang
bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Kajian
Yang Dijalankan
Telah dilakukan
pelbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi
kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir dan ekor. Pada bahagian-bahagian
tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman
juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus
(air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang
didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang
diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang
kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
Anjing
merupakan seekor haiwan yang haram bagi agama Islam yang kita anuti. Walau
bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui atau untuk mengambil tahu kenapa
anjing tidak boleh dipelihara dan disentuh seperti yang termaktub di dalam
hukum-hukum ibadat agama Islam.
Sabda Rasullah
S.A.W yang bermaksud: Apabila anjing meminum air atau (menjilat) pada bekas air
kepunyaan salah seorang di antara kamu, maka hendaklah bekas air itu dibasuh
sebanyak tujuh kali (menyamak) salah satunya dengan tanah. (Riwayat Muslim)
Maksud hadis di
atas ialah jika seekor anjing menjilat bekas-bekas air kita, bekas-bekas air
itu perlu dibasuh 7 kali dengan salah satunya dengan tanah. Memang kena samak.
Air liur kepunyaan anjing mempunyai berbagai-bagai kuman yang boleh
mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Sebab itu Allah SWT berfirman supaya
semua tapak-tapak atau bekas-bekas yang terkena air liur anjing perlu dibasuh
dan disamak. Jika air liur anjing pun anda kena samak. Apatah lagi jika
anda memegang atau menyentuh anjing? Anjing jika disentuh kulit dan bulunya
ketika basah, dikuatiri kita akan dijangkiti penyakit sama seperti air liur
anjing.
Penyakit apa
yang dibawa oleh anjing? Penyakit yang paling terkenal dari bawaan anjing ialah
penyakit anjing gila yang disebabkan oleh virus rabies yang boleh didapati
melalui air liur anjing. Apabila anda menerima kesan gigitan anjing, virus yang
masuk melalui air liur anjing tadi akan menyerap masuk menyerang sistem saraf
badan kita. Dengan rosaknya sistem saraf, maka badan anda tidak akan berfungsi
dengan sebaik-baiknya, terutama dari segi fungsi neuromotor.
Islam tidak
mengada-ngadakan hukum kerana anjing sememangnya bahaya dari segi kesihatan.
Sebab itu bila anjing disentuh dalam keadaan kulitnya basah, kita wajib
membersihkan diri dengan 7 kali basuhan dengan salah satunya ialah menggunakan
tanah (samak).
Mengapa samak
menggunakan tanah? Sebab hanya menggunakan tanah sahaja terbukti dapat membunuh
kuman-kuman rabies yang tidak dapat dihapuskan walaupun dengan air yang
mendidih.
Apa yang
mengecewakan, terdapat pandangan masyarakat melayu kelas atasan (tidak tahu
sama ada tahu akan hukum atau tidak ) membela anjing dan suka-suka hati
memegang anjing. Lagi teruk, membiarkan anak-anak mereka dijilat anjing
kononnya untuk kemesraan sesama makhluk. Alahai.
Early-stage symptoms of rabies are malaise, headache and fever, progressing to acute pain, violent movements, uncontrolled excitement, depression, and hydrophobia. Finally, the patient may experience periods of mania and lethargy, eventually leading to coma. The primary cause of death is usually respiratory insufficiency. Worldwide, roughly 97% of rabies cases come from dog bites. – wikepedia
97% punca
penyakit rabies adalah daripada ANJING, bahaya penyakit ini boleh membawa
kepada koma. Tidakkah fakta saintifik ini cukup menggerunkan kita supaya
menjauhi anjing? Hanya anjing-anjing yang sudah divaksinkan dapat terlepas dari
virus rabies ini, di kebanyakan negara maju, program vaksin rabies dilaksanakan
oleh kerajaan mereka, sekurang-kurannya dapatlah juga mencegah penyakit rabies
ini, tapi negara kita Malaysia ini ada ke? Jawapannya ..
Tiada!
Marilah kita
bersama amalkan doa ajaran nabi saw supaya terlepas dari penyakit yang
merbahaya.
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُنُونِ
وَالْجُذَامِ وَالْبَرَصِ وَسَيِّئِ الْأَسْقَامِ
“Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam mengucapkan: “ALLAHUMMA INNI A’UUDZU BIKA MINAL
JUNUUNI WAL JUDZAAMI WAL BARASHI WA SAYYI`IL ASQAAM (Ya Allah, aku berlindung
kepada-Mu dari penyakit gila, lepra, kusta dan penyakit yang ganas).” – sunan
nasa’i
Sumber: Insan-insan Berdakwah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan