Sabtu, 12 November 2016

R 107 : MAKSUD BACAAN DALAM SOLAT



*Takbiratul-Ihram / Takbir : ALLAH Maha Besar.

*Doa Iftitah:

ALLAH Maha Besar dan segala puji bagi ALLAH dengan banyaknya. Maha suci ALLAH sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah:
Dengan nama ALLAH yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi ALLAH, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika  rukuk:
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk:
ALLAH mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal:
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:
Ya ALLAH, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk ALLAH. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat ALLAH serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba ALLAH yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan aku naik saksi bahawasanya MUHAMMAD itu adalah pesuruh ALLAH. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas NABI MUHAMMAD.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk ALLAH. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat ALLAH serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba ALLAH yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan aku naik saksi bahawasanya MUHAMMAD itu adalah pesuruh ALLAH. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas NABI MUHAMMAD dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas MUHAMMAD dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan