Ternyata Jazaakallahu
Khairan ertinya sangat baik.
Sering kita mendengar
kalimat "Jazaakallah Khairon' atau "Jazaakallahu khairan
katsiiran" atau "Jazaakallahu Ahsanal Jazaa."
Apa maksudnya? Apakah ucapan terima kasih?
Bersabda Rasulullah
shallallahu 'alaihi wa sallam :
"Apabila ada seseorang
mengucapkan kepada saudaranya 'Jazaakallah,' maka sesungguhnya dia telah sangat
menyanjungmu (sangat berterima kasih kepadamu kerana dia menyerahkan kepada
Allah untuk membalas kebaikanmu)."
Riwayat Hadist dan Sanadnya....
Jazaakallah adalah kalimat
kebaikan yang menunjukkan segenap kebaikan di sisi Allah SWT.
Jazaakallah ertinya :
1. Semoga Allah SWT menganugerahkan kepadamu syurgaNya.
2. Semoga Allah SWT
menganugerahkan padamu kenikmatan melihat wajahNya kelak di syurga.
3. Semoga Allah SWT
menyelamatkanmu dari neraka jahanam.
4. Semoga Allah SWT
memberikan keselamatan untukmu di saat
huruhara hari kiamat.
5. Semoga Allah SWT
melindungimu dari syaitan yang terkutuk.
6. Semoga Allah SWT memberimu
rezeki yang penuh barkah.
7. Semoga Allah SWT
menjadikan engkau orang yang berbakti kepada orang tuamu.
8. Semoga Allah SWT menjadikan
kau selalu mengikuti sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam.
Berkata Umar ibn Khatthab
radliyallahu 'anhu:
"Jika ada yang tahu makna dari 'Jazaakallah', nescaya akan memperbanyak mengucapkannya satu sama lain."
Jazaakallah kita sampaikan
kepada yang memberitahukan faedah ini.
Jazaakallah kita sampaikan
kepada yang menerima faedah ini.
Dan Jazaakallah juga kita
sampaikan kepada yang menyebarluaskannya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan