Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 8 November 2017

S 4 KETIKA KEKUASAAN BUKAN SUATU KEBANGGAAN

Ketika Abu Zar RA meminta jawatan kepada Nabi SAW, dengan penuh kasih sayang baginda SAW mengingatkan, Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah. Sedangkan jawatan itu amanah. Jawatan itu pada Hari Kiamat kelak akan menjadi kehinaan dan penyesalan, kecuali orang yang mengambilnya dengan sebenar-benarnya, serta ditunaikan dengan sebaik-baiknya.
[HR Muslim]

Begitulah, Nabi SAW mengajar falsafah jawatan sebagai amanah, tanggungjawab, kewajipan, kehinaan dan penuh penyesalan. Jawatan bukanlah hak, kebanggan dan kemuliaan, baik di dunia mahupun di akhirat. Ketika falsafah ini dipegang dengan erat dan dilaksanakan dengan baik oleh pemegang amanah, maka dia akan selamat. Lama sebelum menerima amanah, dia akan mengukur dirinya, layakkah dia? Jika dia merasa tidak layak, atau ada orang yang lain yang lebih layak, dia tidak akan menerimanya kerana dia tahu ia bukanlah kebanggaan dan kemuliaan.

Umar bin al-Khatthab pun marah ketika beberapa orang sahabat memintanya untuk mencalonkan anak lelakinya, Abdullah bin Umar sebagai Khalifah penggantinya. Celakalah kamu! Tiada seorang pun dari keluargaku yang ingin aku libatkan Cukuplah dari keluarga Umar seorang yang dipertanggungjawabkan terhadap urusan umat Muhammad SAW. Saya telah membanting tulang dan meninggalkan keluargaku, jika selamat dengan kehidupan yang sederhana, tanpa beban dan ganjaran pun rasanya sudah bahagia.
(Ibn al-Athir, al-Kamil fi at-Tarikh, II/219-220).

Begitulah, jika seorang pemimpin memahami falsafah kekuasaannya bukan sebagai satu penghormatan, tetapi kehinaan. Oleh kerana itu, dia tidak akan pernah mengabaikan urusan rakyatnya. Ketika Umar bin al-Khatthab mendengar Uthman bin al-Ash telah membawa satu rombongan menyeberangi lautan, maka beliau berkata, Dia membawa mereka, sedangkan di antara mereka dengan laut itu hanya ada papan? Demi Allah, jika mereka ditimpa musibah, aku akan menuntut diat mereka dari Thaqif. Bagi Umar, tindakan Uthman ini adalah suatu kelalaian kerana membawa rombongan menaiki perahu (kapal) yang tidak sesuai lagi untuk digunakan.

Jangankan nyawa umat Islam, yang disebut oleh Nabi SAW sebagai lebih berharga berbanding hancurnya Kaabah, malah terhadap haiwan yang jatuh terperosok pun Umar takut akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT kelak. Dari Salim bin Abdillah, bahawa Umar pernah memasukkan tangannya ke dubur unta, untuk memeriksanya, seraya berkata, Aku benar-benar amat takut akan dipertanggungjawabkan kelak tentang apa yang menimpamu?
(as-Suyuthi, Tarikh al-Khulafa, hal. 110)

Ketika falsafah jawatan tidak lagi menjadi amanah, tanggungjawab, kewajipan, kehinaan dan penyesalah, malah jawatan telah dijadikan keuntungan, penghormatan dan segudang kemewahan, yang akan terjadi adalah seperti pada hari ini. Orang bodoh lagi lemah yang tidak layak memegang jawatan berebut jawatan. Negara dan rakyat menjadi korban. Darah tumpah di mana-mana. Kekayaan dirampas tanpa sisa.

Oleh: KH Hafidz Abdurrahman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan