Oleh: Muhammad Wasitho Abu
Fawaz
Bismillah. Hidup di dunia ini
hanya sementara. Saat kematian menjemput seseorang, bererti harus berpisah
dengan dunia dan segala isinya. Dan itu pasti terjadi. ALLÂH AZZA WA JALLA
berfirman:
كُلُّ
نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ
“Setiap yang
berjiwa pasti akan merasakan mati.”
[al-Anbiyâ’/21:35]
Dalam ayat lain ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA
berfirman:
أَيْنَمَا
تَكُونُوا يُدْرِكْكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ
“Di mana
saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu (berada)
dalam benteng yang tinggi lagi kukuh.”
[an-Nisâ`/4: 78]
Kematian akan menimpa semua
orang, baik yang shalih atau yang durhaka, yang kaya raya ataupun yang miskin
papa, yang terpandang ataupun tidak, yang ikut berjihad ataupun duduk santai di
rumahnya, dan lain sebagainya. Semuanya pasti akan mati bila ajalnya telah tiba
ajalnya dan semuanya akan binasa, kerana ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA berfirman:
كُلُّ
مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ
“Semua yang
ada di bumi itu fana (tidak kekal).”
[ar-Rahmân/55:26]
Kemudian sesudah mati, kita
semua akan dihidupkan kembali untuk mempertanggung jawabkan semua amal
perbuatan kita. ALLÂH AZZA WA JALLA berfirman, yang ertinya,
“Sesungguhnya
kamu akan dibangkitkan sesudah mati.”
[Hûd/11:7]
Mari Segera
Bertaubat Kepada ALLAH AZZA WA JALLA
Jika memang demikian,
sementara sudah dapat dipastikan bahawa setiap manusia tidak akan luput dari
kelalaian, kesalahan dan dosa kecuali yang dirahmati ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA
dan diberi al-‘ishmah (terpelihara dari salah dan dosa) seperti para nabi dan
rasul, maka sudah seharusnya kita semua untuk segera bertaubat kepada ALLÂH
AZZA WA JALLA dan tidak menunda-nundanya. NABI SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM
bersabda:
كُلُّ
بَنِى آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
“Setiap anak
Adam (manusia) pernah berbuat kesalahan, namun sebaik-baik orang yang berbuat
kesalahan ialah orang yang segera bertaubat (kepada ALLÂH).”
[HR. Ibnu Mâjah 2/1420,
no.4251][1])
ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA memerintahkan kita agar segera
bertaubat, sebagaimana firmanNya:
وَتُوبُوا
إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLÂH, hai orang-orang yang beriman agar kamu
beruntung.”
[an-Nûr/24:31].
Dan firmanNya:
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا
“Wahai
orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada ALLÂH dengan taubat yang benar
(ikhlas).”
[at-Tahrîm/66:8]
Dan hendaknya kita sering
beristighfâr (mohon ampun kepadaNya) atas dosa-dosa yang telah kita perbuat selama
ini, kerana ALLÂH Zat yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang akan sentiasa
menerima taubat dari para hambaNya dan mengampuni dosa-dosa sebesar dan
sebanyak apapun. ALLÂH AZZA WA JALLA berfirman, yang ertinya,
“Katakanlah:
“Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kalian putus asa dari rahmat ALLÂH. Sesungguhnya ALLÂH mengampuni
dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.”
[az-Zumar/39: 53]
Di dalam hadits Qudsi yang
diriwayatkan daripada Anas bin Mâlik Radhiyallahu anhu, RASÛLULLÂH SHALLALLAHU
‘ALAIHI WA SALLAM bersabda:
قَالَ
اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي
وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ
آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي
غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ
الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ
بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً
ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA berfirman:
“Wahai anak Adam selama engkau masih berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu, Aku
ampuni engkau apa pun yang datang darimu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam
walaupun dosa-dosamu mencapai batas langit kemudian engkau meminta ampun
kepadaKu, Aku akan ampuni engkau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika
engkau mendatangiKu dengan sepenuh bumi dosa dan engkau tidak menyekutukanKu,
maka Aku akan menemuimu dengan sepenuh itu pula ampunan.”
[HR. Tirmidzi IV/548, no.3540][2]
Hendaknya kita mempersiapkan
diri dengan bekal taqwa untuk menempuh perjalanan menuju ke negeri akhirat yang
merupakan tempat tinggal abadi.
Beberapa Hal
Yang Dapat Mendorong Seorang Hamba Agar Segera Bertaubat Kepada ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA
Sebelum Tidur
Kenapa sebelum tidur?
Terdapat banyak hal yang dapat membantu seorang hamba untuk segera bertaubat
kepada ALLAH
SUBHANAHU WATA’ALA bilapun dan di mana-manapun. Namun dalam
pembahasan kali ini kami akan menyebutkan sebahagian amalan yang diharapkan
dapat mendorong seorang hamba bertaubat kepada ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA sebelum
tidurnya. Di antaranya:
1. Melakukan Muhâsabah
(Introspeksi Diri).
Muhâsabah ialah usaha
seseorang untuk mengevaluasi segala perbuatannya, baik sebelum mahupun sesudah
melakukannya. Sebelum tidur hendaklah seorang hamba mengintrospeksi diri atas
segala perkataan mahupun perbuatannya sepanjang hari, baik yang berkaitan
dengan hak-hak ALLAH
SUBHANAHU WATA’ALA mahupun hak-hak sesama manusia. Jika dia telah
melakukan amal shalih, maka hendaknya dia bersyukur dengan memuji ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA
dan memohon kepadaNya tambahan nikmat. Dan memohon kepadaNya pula agar sentiasa
diberi taufiq dan kesanggupan untuk dapat melaksanakan amal ketaatan. Namun jika
sebaliknya, maka hendaknya dia segera bertaubat dan memohon ampunan kepadaNya
serta bertekad untuk segera melakukan kebaikan.
Tentang muhâsabah, ALLÂH AZZA
WA JALLA berfirman :
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ
لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ
“Hai
orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada ALLÂH dan hendaklah setiap diri
memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan
bertakwalah kepada ALLÂH.”
[al-Hasyr/59:18]
Umar bin Khattab Radhiyallahu
anhu berkata, “Hisablah diri kalian sebelum dihisab, dan timbanglah amal kalian
sebelum ditimbang (oleh Allâh) ….”
2. Mengingat Alam Kubur Yang
Sangat Gelap Dan Dia Akan Menyendiri di sana
Ketika akan tidur, hendaknya
seseorang mengingat suasana alam kubur yang sangat gelap, dia akan berada di
sana seorang diri tanpa teman, hanya amalannya selama di dunia yang
mendampinginya. Dengan mengingat kondisi ini, hati akan merasa takut kepada ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA
dan siksaNya yang sangat pedih, sehingga dia terdorong untuk segera bertaubat
kepada ALLAH
SUBHANAHU WATA’ALA dan banyak mohon ampun kepadaNya.
3. Banyak Mengingat Kematian
Setiap muslim dan muslimah,
yang sihat ataupun yang sedang sakit, tua mahupun muda, hendaknya selalu
mengingat kematian yang datang secara tiba-tiba. Ingatan ini boleh menghalangi
dan menghentikan seseorang dari perbuatan maksiat serta memotivasinya untuk
beramal soleh.
Mengingat kematian ketika
dalam kesempitan akan boleh melapangkan hati seorang hamba. Kalau dia ingat
kematian ketika hatinya sedang senang, maka dia itu menyebabkan dia tidak lupa
diri. Dengan begitu ia selalu dalam keadaan siap untuk pergi meninggalkan dunia
dan menghadap ALLÂH AZZA WA JALLA.
Mengingat mati boleh
melembutkan hati dan menghancurkan sikap tamak terhadap dunia kerananya, RASÛLULLÂH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM memberikan anjuran untuk banyak mengingatnya.
Diriwayatkan daripada Abu
Hurairah Radhiyallahu anhu, bahawa RASÛLULLÂH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM
bersabda:
أَكْثِرُوْا
ذِكْرَ هَاذمِ اللَّذَّاتِ
“Perbanyaklah
kalian mengingat pemutus kelazatan (yakni kematian).”
[HR. At-Tirmidzi no. 2307,
An-Nasa`i no. 1824, Ibnu Majah no. 4258][3]
Orang cerdas yang
sesungguhnya ialah orang yang banyak mengingati mati dan mempersiapkan bekal
untuk mati. Hal ini sebagaimana diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar
Radhiyallahu anhuma, ia menuturkan, “Aku sedang duduk bersama RASÛLULLÂH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM tatkala datang seorang lelaki dari kalangan
Anshar. Ia mengucapkan salam kepada RASÛLULLÂH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM,
lalu berkata, ‘Wahai Rasûlullâh, mukmin manakah yang paling utama?’ Beliau
menjawab, ‘Yang paling baik akhlaknya di antara mereka.’ ‘Mukmin manakah yang
paling cerdas?’, tanya lelaki itu lagi. Beliau menjawab:
أَكْثَرُهُمْ
لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا، أُولَئِكَ
أَكْيَاسٌ
“Orang yang
paling banyak mengingat mati dan paling baik persiapannya untuk kehidupan
setelah mati. Mereka itulah orang-orang yang cerdas.”
[HR. Ibnu Majah no. 4259,
dihasankan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Ash-Shahihah no. 1384]
Imam al-Qurthubi rahimahullah
berkata, “Ad-Daqqaq berkata,
“Siapa yang banyak mengingat
mati, ia akan dimuliakan dengan tiga perkara: Bersegera untuk bertaubat, hati
merasa cukup, dan antusias dalam beribadah. Sebaliknya, siapa yang melupakan
mati, ia akan dihukum dengan tiga perkara: Menunda taubat, tidak redha dan
malas dalam beribadah. Maka berfikirlah, wahai orang yang tertipu; Yang merasa
tidak akan dijemput kematian, tidak merasakan sekaratnya, kepayahan, dan
kepahitannya! Cukuplah kematian sebagai pengetuk hati, membuat mata menangis,
memupus kelazatan dan memupus angan-angan. Apakah engkau, wahai anak Adam, mahu
memikirkan dan membayangkan tibanya hari kematianmu dan perpindahan hidupmu
dari tempatmu yang sekarang?”
[Lihat at-Tadzkîrah, hlm. 9].
4. Menyadari Hakikat
Kehidupan Dunia Yang Fana Dan Akhirat Yang Kekal
Keberadaan makhluk di dunia
ini hanyalah sementara, dan semua yang ada di alam semesta ini akan hancur
kecuali ALLÂH SUBHANAHU WA TA’ALA semata yang kekal dan abadi. ALLÂH SUBHANAHU
WA TA’ALA berfirman:
كُلُّ
مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ
“Seluruh
yang ada di atas bumi ini fana (tidak kekal).”
[Ar-Rahman/55: 26]
Sedangkan kehidupan akhirat
merupakan kehidupan yang hakiki, kekal dan abadi, sebagaimana firmanNya:
وَالآخِرَةُ
خَيْرٌ وَأَبْقَى
“Padahal kehidupan
akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.”
[Al’A’la/87: 17].
Dan dia mengetahui pula bahawa
ALLÂH SUBHANAHU WA TA’ALA telah menciptakannya di dalam kehidupan ini tiada
lain hanya untuk mengujinya, siapa di antara para hambaNya yang paling baik amal
perbuatannya, sebagaimana firmanNya di dalam surat Al-Mulk, ayat 2.
Dengan demikian, maka diapun
segera terdorong untuk bertaubat kepada ALLÂH SUBHANAHU WA TA’ALA, memohon
ampunan kepadaNya, dan mempersiapkan bekal untuk kehidupan akhirat yang hakiki
nan abadi.
Demikian tulisan singkat
tentang bertaubat sebelum tidur. Mudah-mudahan bermanfaat bagi siapa saja yang
membacanya, dan menjadi amal soleh bagi penulisnya. Aamiin.
[Disalin dari majalah
As-Sunnah Edisi 09/Tahun XIV/1431H/2010. Diterbitkan Yayasan Lajnah Istiqomah
Surakarta, Jl. Solo – Purwodadi Km.8 Selokaton Gondangrejo Solo 57183 Telp.
0271-858197 Fax 0271-858196]
_______
Footnote
[1]. Syaikh al-Albâni
rahimahullah meng-hasan-kannya dalam Takhrîj Misykâtul Mashâbîh, no.2341
[2]. Syaikh al-Albâni menilai
hadits ini hasan dalam Silsilatul Ahâdîts Ash-Shahîhah 1/249, no.127.
[3]. Syaikh al-Albâni menilai
hadits ini, “Hasan shahih.” (Takhrîj Misykâtul Mashâbih, no.1607)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan