Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 5 Januari 2019

T 171 : 20 DOSA ISTERI TERHADAP SUAMI YANG AKAN MEMBUATKAN ISTERI DIBAKAR DI NERAKA

5 DOSA YANG WANITA DI MALAYSIA SELALU LAKUKAN

Agama Islam sudah mengatur semuanya tentang kewajipan seorang isteri terhadap suaminya.
Firman-firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan hadits Rasulullah SAW menjadi rujukan bagi umat Islam. Jangan melanggar apa yang sudah diatur dan sesuai syariat apalagi sampai membuat peraturan-peraturan sendiri.

Sekarang sudah ramai ditemui seorang isteri yang membangkang suaminya, berkelakuan tidak baik terhadap suaminya, bahkan ada sampai memaki suaminya. Padahal suaminya merupakan seseorang lelaki yang soleh, baik akhlaknya, beriman dan bertakwa kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Tidak salah perempuan lebih banyak menjadi penghuni neraka. Sabda Rasulullah SAW:

“Aku diperlihatkan neraka, ternyata kebanyakan penghuninya adalah wanita, disebabkan mereka kufur.”

Ditanyakan: “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Beliau bersabda: “Mereka kufur kepada suami, kufur terhadap kebaikan. Seandainya kamu berbuat baik terhadap seseorang dari mereka sepanjang masa, lalu dia melihat satu saja keburukan darimu maka dia akan berkata: ‘Aku belum pernah melihat kebaikan sedikitpun darimu.”
(HR : Bukhari dan Muslim)

Berikut ini ulasan dosa isteri terhadap suami yang menjerumuskan isteri ke neraka:

1. Mengabaikan kedudukan suami sebagai pemimpin rumahtangga

Rumah tangga dipimpin oleh suami dengan segala peraturan yang sesuai dengan ajaran Islam dan Rasulullah SAW. Sudah seharusnya isteri menuruti semua bentuk peraturan atau perintah suami.

Rasulullah SAW menggambarkan seandainya seorang suami memerintahkan suatu pekerjaan berupa memindahkan bukit merah ke bukit putih atau sebaliknya, maka tiada pilihan bagi isterinya selain melaksanakan perintah suaminya.

2. Menentang perintah suami

Di dalam rumah tangga sudah menjadi kewajipan seorang isteri untuk mematuhi suami dan taat kepada suami. Isteri juga harus menuruti perkataan suami baik larangan atau suruhan asal masih dalam hal kebaikan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Tidaklah seorang perempuan menunaikan hak Tuhannya sehingga ia menunaikan hak suaminya.”
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Dari hadith dapat disimpulkan isteri harus taat kepada suaminya dengan mengharap reda ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Namun, kewajipan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tetap paling utama.

3. Menolak untuk bergaul dengan suami (hubungan suami isteri)

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sudah mengatur manusia berpasangan dan untuk memperoleh keturunan, pasangan pria dan perempuan diikat dalam sebuah pernikahan yang sah sesuai dengan syariat Islam. Dengan demikian pasangan tersebut sudah halal dan saling melengkapi untuk mempunyai keturunan.

Di dalam Islam seorang isteri yang menolak ajakan suami untuk bergaul, bermaksud ia (isteri) membuka pintu laknat daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA terhadap dirinya.

4. Tidak menemani suami tidur

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah bersabda:

“Bila seorang isteri semalaman tidur terpisah dari ranjang suaminya, maka malaikat melaknatnya sampai Subuh.”

Jika seorang isteri ingin tidur sendirian atau ingin menemani anak-anaknya yang masih kecil. Ia harus meminta izin suami terlebih dahulu.

5. Memaksa dan memberatkan beban suami dalam mencari nafkah

Kewajipan suami adalah mencari nafkah (rezeki) yang halal untuk memenuhi kecukupan rumah tangganya. Tugas suami hanyalah mencari dan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sudah mengatur semuanya baik sedikit mahupun lebih.

Sebagai isteri jangan pernah sama sekali memaksa lebih dari suami. Terimalah pemberian suami selagi cukup untuk menghidupi. Itulah rezeki yang halal yang dibawa pulang ke rumah oleh suami. Dan rezeki tersebut sungguh besar keberkahan dibandingkan rezeki tidak halal.

6. Tidak mahu (tidak pernah) berdandan di depan suami

Dalam Islam isteri hanya diperbolehkan hanya berdandan, mempercantik diri atau berhias hanya kepada suaminya saja. Sehingga suami semakin cinta dan sayang kepada isteri dengan mengharap reda ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

7. Menjerumuskan suami ke dalam hal-hal dilarang ALLAH SWT

Seorang isteri yang menjerumuskan suami ke hal-hal yang tidak benar dan tidak sesuai syariat Islam, ini akan mengantarkan mereka berdua ke neraka.

isteri yang solehah tentunya selalu menjadi pendamping bagi suami yang baik. Bersama-sama beribadah dan mendekatkan diri kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

8. Mengesampingkan kepentingan suami kerana kepentingan lain

Daripada Aisyah ra, ujarnya:

“Saya bertanya kepada Rasulullah SAW: “Siapakah orang yang mempunyai hak paling besar terhadap seorang wanita?” Sabdanya : “Suaminya.” Saya bertanya: “Siapakah orang yang paling besar haknya terhadap seorang lelaki.” Jawabnya: “Ibunya.”
(HR.Bazaar dan Hakim; Hadith hasan)

Daripada hadith di atas dapat diambil kesimpulan seorang isteri terlebih dahulu mementingkan suaminya dibandingkan Ibunya atau ayahnya. Isteri harus meminta izin suaminya jika ingin memenuhi kepentingan orang tuanya. Reda ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, reda suami, Syurga isteri mengalir dari suami.

9. Keluar dari rumah tanpa keizinan (sepengetahuan) suami

Dalam Islam seorang isteri menjadi pendamping suami, di mana sudah tugasnya mengurus rumah tangga. Jika isteri ingin pergi keluar rumah untuk keperluan apapun itu harus dengan izin dari suaminya.

Bagaimana jika pergi tanpa izin?
Jika pergi tanpa izin bermaksud isteri sudah melanggar apa yang diajarkan oleh Islam. Dengan demikian dia durhaka kepada suami. Dan ia berdosa.

10. Lari dari rumah suami tanpa suami tahu ke mana

Rasulullah SAW bersabda:

“Dua golongan yang solatnya tidak bermanfaat bagi dirinya iaitu hamba yang melarikan diri dari rumah tuannya sampai ia pulang; dan isteri yang melarikan diri dari rumah suaminya sampai ia kembali.”
(HR. Hakim, dari Ibnu ‘Umar)

11. Menerima tamu lelaki yang dibenci oleh suami

Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa seorang isteri diwajibkan memenuhi hak-hak suaminya. Di antaranya iaitu:

a. Tidak mempersilakan siapapun yang tidak disenangi suaminya untuk menjamah tempat tidurnya.

b. Tidak mengizinkan tamu masuk bila yang bersangkutan tidak disukai oleh suaminya.
(HR. Ibnu Majah dan Tirmidzi, hadith hasan shahih)

12. Tidak menolak jamahan (disentuh) oleh lelaki Lain.

“…. maka wanita-wanita yang soleh itu ialah yang taat lagi memelihara (dirinya dan harta suaminya) di kala suaminya tidak ada sebagaimana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah memeliharanya…”
(QS. An-Nisaa’ (4) ayat 34)

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa seorang isteri yang membiarkan dirinya dijamah lelaki lain boleh diceraikan.

Hal tersebut sangat besar dosanya dan sudah durhaka kepada suami. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan menurunkan azab jika berbuat demikian.

13. Tidak mahu merawat ketika suami jatuh Sakit

Seperti penjelasan di atas, kepentingan seorang suami harus didahulukan. Jika isteri menolak merawat suami ketika sakit dengan alasan apapun bahkan sekalipun orang tuanya sedang sakit juga, maka sudah kewajipan bagi isteri merawat suaminya.

14. Puasa sunnah tanpa izin saat suami berada di rumah

Daripada Abu Harairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Seorang isteri tidak halal berpuasa ketika suami ada di rumah tanpa izinnya.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Hadith tersebut sangat jelas, berpuasa sunnahpun harus dengan keizinan suaminya ketika suami berada di rumah.

15. Menceritakan tentang fizikal wanita lain kepada suami

Daripada Ibnu Mas’ud, ujarnya : Rasulullah SAW bersabda:

“Seorang wanita tidak boleh bergaul dengan wanita lain, kemudian menceritakan kepada suaminya keadaan wanita itu, sehingga suaminya seolah-olah melihat keadaan wanita tersebut.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Jangan pernah mengumbar sesuatu yang dilarang dan dibenci oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Sudah seharusnya menjaga rahsia yang tidak boleh diketahui siapapun.

16. Menolak kedatangan suami bergilir kepadanya (suami yang memiliki lebih satu isteri).

Seorang isteri yang dimadu, tetap mempunyai kewajiban untuk mentaati perintahnya, menyenangkan hatinya, berbakti dan selalu berperilaku baik kepada suaminya ketika ia datang.
Seorang suami yang memperisteri lebih dari satu harus memenuhi persyaratan sesuai syariat Islam. Salah satunya harus bersikap adil kepada satu sama lain.

17. Mentaati perintah orang lain di rumah suaminya.

Seorang isteri jangan pernah sama sekali mentaati perintah dari siapapun dirumah suaminya. Satu-satunya orang yang dituruti isteri hanyalah suaminya semata.

18. Menyuruh suami menceraikan madunya.

Tidak pantas bagi seorang isteri yang sudah dimadu untuk menceraikan isteri suami yang lainnya.

19. Meminta cerai tanpa alasan yang sah.

Jangan menjadi isteri yang mencari-cari alasan yang tidak jelas. Perceraian suatu hal yang sangat dibenci oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

20. Mengambil harta suami tanpa izinnya.

Jangan pernah sama sekali mengambil harta benda suami tanpa izin darinya walaupun hanya sedikit saja.

Sahabat renungan Islam di manapun sahabat berada, khususnya kepada perempuan (yang sudah memiliki suami). Taat dan patuhi perintah suamimu jika masih dalam batas-batas syariat Islam. Jangan pernah sampai suamimu menangis kerana kelakuanmu, itu akan mendatangkan azab daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Minta maaflah kepada suamimu dan mohon ampunan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA jika dirimu (isteri) pernah bersalah walaupun hanya sedikit saja.

Jika ada sesuatu hal yang berkaitan dengan rumah tangga (permasalahan dengan suami) jangan jadikan media sosial untuk mengadu, jangan cerita kepada orang lain. Minta petunjuk kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan