Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 25 Januari 2020

U 112 : BEBERAPA FATWA IMAM SYAFIE


Referensi Kitab Al-Umm (karya Imam Syafie)

1. Imam Syafie menganjurkan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat bukan Surah Yasin.

بلَغَنَا أَنَّ من قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ وُقِيَ فِتْنَةُ الدَّجَّالِ، وَأُحِبُّ كَثْرَةَ الصَّلَاةِ على النبي (صلى اللَّهُ عليه وسلم) في كل حَالٍ وأنا في يَوْمِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَتِهَا أَشَدُّ اسْتِحْبَابًا، وَأُحِبُّ قِرَاءَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ وَيَوْمَهَا لِمَا جاء فيها


“Telah sampai dalil kepadaku bahawa orang yang membaca surah Al Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal. Dan aku menyukai seseorang itu memperbanyak selawat kepada Nabi ﷺ di setiap waktu dan di hari Jumaat serta malam Jumaat lebih ditekankan lagi anjurannya. Dan aku juga menyukai seseorang itu membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat dan pada hari Jumaat kerana terdapat dalil mengenai hal ini.”
(Al-Umm 1/208 )

Imam Al-Syafie rahimahullah dalam Al-Umm menyatakan bahawa membaca surah al-Kahfi boleh dilakukan pada malam Jumaat dan siangnya berdasarkan riwayat tentangnya.
(Al-Umm, Imam al-Syafie: 1/237).


2. Imam Syafie membenci orang-orang yang berkumpul di rumah keluarga mayat dan membuat makan di dalamnya.


وَأُحِبُّ لِجِيرَانِ الْمَيِّتِ أو ذِي قَرَابَتِهِ أَنْ يَعْمَلُوا لِأَهْلِ الْمَيِّتِ في يَوْمِ يَمُوتُ وَلَيْلَتِهِ طَعَامًا يُشْبِعُهُمْ فإن ذلك سُنَّةٌ وَذِكْرٌ كَرِيمٌ وهو من فِعْلِ أَهْلِ الْخَيْرِ قَبْلَنَا وَبَعْدَنَا لِأَنَّهُ لَمَّا جاء نَعْيُ جَعْفَرٍ قال رسول اللَّهِ صلى اللَّهُ عليه وسلم اجْعَلُوا لِآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا فإنه قد جَاءَهُمْ أَمْرٌ يَشْغَلُهُمْ


"Dan aku menyukai jika para tetangga mayat atau para kerabatnya untuk membuat makanan bagi keluarga mayat yang mengenyangkan mereka pada siang dan malam hari kematian sang mayat. Kerana hal ini adalah sunnah dan bentuk kebaikan, dan ini merupakan perbuatan orang-orang baik sebelum kami dan sesudah kami, kerana tatkala datang kabar tentang kematian Jaafar maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Buatkanlah makanan untuk keluarga Jaafar, kerana telah datang kepada mereka perkara yang menyibukkan mereka."
(Kitab Al-Umm 1/278)

"Dan aku benci al-ma'tam iaitu berkumpulnya orang-orang (di rumah keluarga mayat) meskipun mereka tidak menangis. Kerana hal ini hanya memperbarui kesedihan, dan membebani pembiayaan….". ini adalah lafal nash (pernyataan) Al-Imam Asy-syafi'i dalam kitab al-Umm. Dan beliau diikuti oleh para ahli fikih madzhab syafi'i.

3. IMAM ASY-SYAFI'I RAHIMAHULLAH MENGHARAMKAN MUZIK, DAN MENYAMAKANNYA DENGAN MINUMAN KERAS DAN BABI YANG HARAM HASIL PENJUALANNYA.

فكل ما له ثمن هكذا يقطع فيه إذا بلغ قيمته ربع دينار مصحفا كان أو سيفا أو غيره مما يحل ثمنه فإن سرق خمرا أو خنزيرا لم يقطع ; لأن هذا حرام الثمن ولا يقطع في ثمن الطنبور ولا المزمار

“Maka setiap barang berharga menyebabkan si pencuri dipotong tangan, jika harga barang tersebut mencapai seperempat dinar. Barang tersebut dapat berupa mushaf (Al-Quran) atau pedang atau yang lainnya yang hasil penjualannya halal. Jika ia mencuri minuman keras atau babi maka tidaklah dipotong tangannya kerana hasil penjualan minuman keras dan babi adalah haram. Dan juga tidak dipotong tangan si pencuri jika dia mencuri kecapi dan seruling.”
(Al-Umm, Jilid 6 hal. 147)

Dalam fatwa Imam Asy-Syafi’i رحمه الله di atas, beliau menyamakan hukum kecapi dan seruling (alat-alat muzik) dengan minuman keras dan babi yang haram hasil penjualannya, bahkan tak ada potong tangan bagi seseorang yang mencuri alat muzik kerana alat musik merupakan barang-barang haram sebagaimana minuman keras dan babi.

Al-Imam Asy-Syafi'i rahimahullah dalam bab washiat, berkata


وَإِنْ كان لَا يَصْلُحُ إلَّا لِلضَّرْبِ بَطَلَتْ عِنْدِي الْوَصِيَّةُ وَهَكَذَا الْقَوْلُ في الْمَزَامِيرِ كُلِّهَا


"Jika al-uud (kayu yang dimaksud oleh pewasiat) tidak boleh digunakan kecuali untuk dimainkan (semacam gitar) maka wasiatnya batal menurutku. Demikian juga pembicaraan mengenai seluruh jenis seruling (alat muzik)."
(Al-Umm 4/92)


Imam Asy-Syafi'i رحمه الله juga berkata tentang hukum di antara orang-orang kafir ahlul jizyah:


ولو كـَسَـر له طنبورا أو مزمارا أو كبرا، فإن كان في هذا شيء يصلح لغير الملاهي فعليه ما نقص الكسر، وإن لم يكن يصلح إلا للملاهي فلا شيء عليه، وهكذا لو كسرها نصراني لمسلم أو نصراني، أو يهودي أو مستأمن، أو كسرها مسلم لواحد من هؤلاء، أبطلت ذلك كله

“Jika seandainya dia (kafir ahlul jizyah) menghancurkan kecapi atau seruling atau gendang, maka seandainya benda-benda ini tidak boleh digunakan kecuali sebagai alat muzik maka tidak ada sesuatu yang harus ia ganti rugi. Dan demikian pula jika seorang muslim yang merosak (kecapi dan seruling) milik seorang muslim atau yang merosakan adalah orang Nasrani atau orang Yahudi atau orang kafir musta'man, atau orang muslim yang lain yang telah merosakan salah satu dari benda-benda tersebut maka aku anggap semuanya batil (tidak perlu diganti rugi).”
(Al-Umm, Jilid 4 hal. 212)
Dalam fatwa di atas, Imam Asy-Syafi’i rahimahullah menyatakan bahawa jika ada seorang kafir merosakan terhadap alat-alat muzik milik seorang muslim, maka orang kafir tersebut tidak perlu menanggung biaya ganti rugi kerosakan tersebut.

4. HUKUM MEMBANGUN MASJID DI TEMPAT YANG ADA KUBUR & HUKUM MEMBANGUNKAN BANGUNAN DI KUBURAN

“Saya melarang membangun masjid di atas kuburan dan disejajarkan atau dipergunakan untuk solat di atasnya dalam keadaan tidak rata atau solat menghadap kuburan. Apabila ia solat menghadap kuburan, maka masih sah namun telah berbuat dosa.”
(al-Umm 1/278. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 1/261)

“Saya suka bila (kuburan) tidak dibuat bangunan, kerana itu menyerupai penghiasan dan kesombongan, dan kematian bukan tempat bagi salah satu dari keduanya. Dan saya tidak melihat kuburan para sahabat Muhajirin dan Anshar didirikan bangunan di atasnya. Seorang perawi menyatakan dari Thawus, bahawa Rasulullah ﷺ telah melarang kuburan dibangun atau ditembok. Saya sendiri melihat sebahagian penguasa di Mekah menghancurkan semua bangunan di atasnya (kuburan), dan saya tidak melihat para ahli fikih mencela hal tersebut.
(al-Umm 1/277. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 1/258)

5.
IMAM SYAFI’I MENGHARAMKAN MENCUKUR JANGGUT


والحِلاق ليس بجناية لان فيه نسكا في الرأس وليس فيه كثير ألم، وهو -وإن كان في اللحية لا يجوز- فليس كثير ألم ولا ذهاب شعر، لانه يستخلف، ولو استخلف الشعر ناقصا أو لم يستخلف كانت فيه حكومة


“Menggondolkan rambut bukanlah kejahatan, kerana adanya ibadah dengan menggondolkan kepala, juga kerana tidak adanya rasa sakit yang berlebihan padanya. Tindakan menggondolkan itu, meski tidak diperbolehkan pada janggut, namun tidak ada rasa sakit yang berlebihan padanya, juga tidak menyebabkan hilangnya rambut, kerana ia tetap akan tumbuh lagi. Seandainya setelah digondol, ternyata rambut yang tumbuh kurang, atau tidak tumbuh lagi, maka ada hukumah (semacam denda/sangsi, silahkan lihat makan al-hukuumah di Al-Haawi al-Kabiir 12/301)". (al-Umm 7/203)

Para ulama Syafi'iyah telah memahami bahawa perkataan Al-Imam Asy-Syafi'i rahimahullah menunjukkan bahawa beliau mengharamkan menggondoli janggut. Di antara para ulama tersebut adalah :

Ibnu Rif'ah :


قال ابن رفعة: إِنَّ الشَّافِعِي قد نص في الأم على تحريم حلق اللحية


Ibnu Rif’ah -rohimahulloh- mengatakan: Sungguh Imam Syafi’i telah menegaskan dalam kitabnya Al-Umm, tentang haramnya menggondolkan janggut.
(Hasyiatul Abbadi ala Tuhfatil Muhtaj 9/376)


6
. IMAM ASY-SYAFI’I TENTANG ZIKIR BERJAMA’AH

Imam Asy-Syafi’i rahimahullah berkata dalam kitab (Al-Umm 2/288):


واختيار للامام والمأموم أن يذكر الله بعد الانصراف من الصلاة ويخفيان الذكر إلا أن يكون إماما يجب أن يتعلم منه فيجهر حتى يرى أنه قد تعلم منه ثم يسر


Pendapatku untuk imam dan makmum hendaklah mereka berzikir selepas selesai solat. Hendaklah mereka memperlahankan (secara sir) zikir, kecuali jika imam ingin mengajar bacaan-bacaan zikir tersebut, maka ketika itu zikir dikeraskanlah, hingga dia menduga bahawa telah dipelajari darinya (bacaan-bacaan zikir tersebut), lalu setelah itu ia memperlahankan kembali zikirnya. Kerana sesungguhnya Allah Azza wa Jalla berfirman :


وَلا تَجْهَرْ بِصَلاتِكَ وَلا تُخَافِتْ بِهَا


"Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya."
(QS Al-Isroo' : 110) (Al-Umm 2/288).

Iaitu –wallahu A'lam- tatkala berdoa, "Dan janganlah engkau keraskan suaramu," iaitu "Jangan kau angkat suaramu" dan "Janganlah engkau merendahkannya, sehingga engkau sendiri tidak mendengar."

Adapun mengenai hadits-hadits yang menunjukkan bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi terdengar suara zikirnya maka Imam Syafi’i menjelaskan seperti berikut:

Menurutku Nabi ﷺ mengeraskan (zikir) sedikit agar orang-orang boleh belajar dari beliau. Kerana kebanyakan riwayat yang telah kami tulis bersama ini ( Al-Umm) atau selainnya, tidak menyebut selepas salam terdapat tahlil dan takbir. Kadang-kala riwayat menyebut Nabi berzikir selepas solat seperti yang aku nyatakan, kadangkala disebut bahawa Nabi pergi tanpa berzikir. Ummu Salamah menyebutkan bahawa Nabi selepas solat menetap di tempat solatnya akan tetapi tidak menyebutkan bahawa Nabi berzikir dengan jahr (keras). Aku rasa beliau tidaklah menetap kecuali untuk berzikir dengan zikir yang tidak dikeraskan/dijaharkan.
(Al-Umm 2/288)

7
. PAHALA BACAAN AL-QURAN TIDAK SAMPAI KEPADA MAYAT OLEH MADZHAB ASY-SYAFI'I


Berikut pernyataan langsung Imam Syafi'i rahimahullah dalam kitabnya Al-Umm:


يَلْحَقُ الْمَيِّتَ من فِعْلِ غَيْرِهِ وَعَمَلِهِ ثَلَاثٌ حَجٌّ يُؤَدَّى عنه وَمَالٌ يُتَصَدَّقُ بِهِ عنه أو يُقْضَى وَدُعَاءٌ فَأَمَّا ما سِوَى ذلك من صَلَاةٍ أو صِيَامٍ فَهُوَ لِفَاعِلِهِ دُونَ الْمَيِّتِ


"Perbuatan dan amalan orang lain akan sampai kepada mayat berupa tiga perkara, (1) haji yang dikerjakan atas nama sang mayat, (2) harta yang disedekahkan atas namanya atau yang dibayarkan atasnya dan (3) doa.
Adapun selain hal ini seperti solat atau puasa maka untuk pelakunya bukan untuk mayat.
(Al-Umm 4/120)

Dari pernyataan Al-Imam Asy-Syafi'i di atas sangatlah jelas jika beliau berpendapat bahawa tidak sampainya kiriman pahala bacaan al-Quran kepada mayat.

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:


وأما قراءة القرآن وجعل ثوابها للميت والصلاة عنه ونحوهما فمذهب الشافعي والجمهور أنها لا تلحق الميت


"Adapun membaca Al-Quran dan menjadikan pahalanya untuk mayat, solat atas mayat dan juga yang semisal keduanya maka madzhab Asy-Syafi'i dan majoriti ulama berpendapat bahawasanya hal-hal tersebut tidak akan sampai kepada mayat."
(Al-Minhaaj syarh Shahih Muslim 11/58).

Itulah beberapa fatwa imam ASY-SYAFI'I rahimahullah yang sudah banyak ditinggalkan oleh para pengikutnya.

Wallahu a'lam.
Semoga bermanfa'at.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan