Buat tatapan semua:-
Andainya tiada lagi artikel, doa dan tazkirah yang mampuku kirimkan buat keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan-rakan, maknanya diriku sudah tiada di muka bumi kepunyaan ALLAH SUBHANAHU WA TA‘ALA ini. Semoga artikel, doa dan tazkirah untuk kebaikan terus dikirim, dibaca bersama-sama, dihayati, diamalkan dan semoga ALLAH SUBHANAHU WA TA‘ALA, meredhai perbuatan baik kita yang sedikit ini. Semoga ALLAH SUBHANAHU WA TA‘ALA membuka dan mendorong hati kita melakukan kebaikan dan mengarah kita berbuat baik. Semoga ianya menjadikan amalan kita seharian walaupun sedikit.
Ampuni dosa-dosaku andai ada silap dan salah. Tiada dosa kelian kepadaku, kerana aku telah memaafkan segala-galanya atas kekhilafan keluarga, saudara mara, sahabat handai dan rakan-rakan terhadapku. Halalkan makan minumku dan andai ada hutang kepada kalian, tuntutlah pada waris-warisku. Ajal menjemput adalah ketentuan ALLAH SUBHANAHU WA TA‘ALA yang datangnya tiba-tiba. Kita tidak tahu bila. Sebaik-baiknya kita bersiap diri. Moga kematian kita dalam kematian yang baik (Husnul Khatimah).
Yaa Allah, sekiranya ada pahala kebaikan atas segala perbuatan baik yang kami lakukan ini, kami memohon untuk disedekahkan semuanya buat kedua ibubapa kami. Semoga Engkau redha ke atas kami semua.
Aamiin Yaa Allah Yaa Mujiib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan