Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 11 Mei 2020

V 72 : DOA HARI AHAD

Doa 7 - Ahad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Moga kita sentiasa istiqamah dlm menunaikan ibadah...

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

A’udzubillah – kami berlindung pada Allah daripada kekejaman manusia kejam, daripada reka perdaya manusia dengki, daripada kezaliman manusia zalim. Kami memuji Dia atas pujian semua yang memuji.
Yaa Allah, Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam.
Bimbinglah kami untuk mensyukuri segala nikmatMu yang memungkinkan kami mencapai redaMu. Yaa Allah  bimbinglah kami ke jalan yang lurus, jalan  yang Engkau redai. Bantulah kami mentaatiMu dan melazimkan ibadah kepadaMu, memastikan ganjaranMu dengan kurnia pertolonganMu. Kasihanilah kami, palingkanlah kami daripada maksiat kepadaMu, selama Engkau menghidupkan kami, tuntunlah kami pada apa yang bermanfaat bagi kami selama Engkau menghidupkan kami Dengan kitabMu, legakan dada kami Dengan bacaannya, ringankan beban kami.
Kurniakan pada kami, keselamatan agama dan diri kami, Janganlah terlantarkan kami daripada semua orang yang menjadi kerinduan kami.
Lindungilah kami dari fitnah dunia dan fitnah akhirat.
Redakanlah dan rahmatilah kami di duniaMu dan akhiratMu. ُSempurnakanlah kebaikanMu pada kami, pada seluruh sisa umur kami seperti Engkau telah berbuat baik, pada umur kami yang telah lalu..
Ya Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam.
Berikanlah pertolongan, kesabaran, keselamatan, kekuatan, kecukupan dan keampunan untuk saudara-saudara seiman kami khususnya di Palestin, Suriah, Uighur, Mesir, Afghanistan, Yaman, Rohingya, Afrika, India dan di mana-mana jua mereka berada. Lindungilah keimanan mereka dalam menghadapi setiap ujian berat yang mereka hadapi. Hancurkan dan musnahkanlah terhadap sesiapapun  yang menzalimi saudara-saudara seiman kami ini Yaa ALLAH.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal jalali wal ikhraam. kurniakanlah taufiq dan hidayahMu buat semua manusia dan jin agar mereka beriman kepadaMu.   Yaa Allah, sesungguhnya mereka tak tahu, mereka tidak faham, mereka lupa. Yaa Allah, beri taufiq dan hidayahMu kepada mereka semua. Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang berkuasa memberi taufiq dan hidayah kepada mereka.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam. 
Ampunkanlah dosa ibubapa kami, kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil, tempatkanlah mereka di jannahMu bersama-sama orang-orang yang beriman dan bertakwa. 
Ampunilah dosa kami yang terdahulu dan dosa-dosa kami yang akan mendatang.
Ampunkanlah dosa keluarga dan zuriat kami, kaum kerabat kami, jiran tetangga kami, sahabat-sahabat kami, rakan-rakan kami, guru-guru kami dan jadikanlah mereka orang yang soleh dan solehah serta tergolong di kalangan mereka yang Engkau kasihi dan Engkau rahmati. Ampunkanlah juga dosa sekelian muslimin muslimat yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. 
Yaa ALLAH Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, kurniakanlah kami, anak-anak dan zuriat keturunan yang soleh dan solehah, anak-anak yang menghafaz al Quran dan mengamalkannya, anak-anak yang tidak meninggalkan solat walaupun apa keadaan sekalipun dan sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaanMu Yaa Allah.
Yaa Allah, Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam. 
Bimbinglah kami menjadi insan yang Engkau kasihi dan bukan insan yang Engkau murkai dan yang Engkau benci.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, tetapkanlah keimanan kami kepadaMu dan matikan kami dalam husnul Khatimah (kematian yang baik). 
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, lindungi kami dari fitnah akhir zaman. Kurniakanlah kami kebaikan dunia, kebaikan akhirat dan lindungilah kami dari api nerakaMu.

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن



Tiada ulasan:

Catat Ulasan