Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 15 Februari 2021

V 159 : ASMAUL HUSNA ( 66. AL WAAHID )

AL WAAHID  ( الواحد )

 ALLAH Yaa Waahid Yang Maha Tunggal Yang Esa pada Dzat dan sifat-sifatNYA, juga tindakan serta keadilanNYA. Semua selain ALLAH adalah makhluk ciptaanNYA. ALLAH memperlihatkan tanda sifat-sifatNYA dalam diri manusia agar manusia dapat mengenal ALLAH dan mempertingkatkan iman.

 Mendekati dan bersama ALLAH Al Waahid membuatkan kita tidak memerlukan yang lain, akan melahirkan peribadi yang teguh dan berdikari, mempunyai prinsip hidup yang kukuh dan tidak pernah goyang. Semangat Al Waahid yang dialirkan ALLAH akan melahirkan pergantungan dan pengharapan yang total kepada ALLAH kerana keesaanNYA.

 

BICARA HATI

 Allahumma Yaa Wahid Yang Maha Tunggal, Yang Maha Satu, tidak berbilang-bilang. Pelbagai jenis makhluk datang dari pencipta yang Satu, Yaa Khaliq Yaa Waahid. Pelbagai jenis peristiwa hidup diagendakan oleh Pengatur agenda yang Satu, Yaa Baari' Yaa Waahid. Pelbagai jenis penyakit datang dari pencipta penyakit Yang Satu, Yaa Rahim Yaa Waahid. Pelbagai jenis nikmat datang dari pemberi nikmat yang tunggal Yaa Rahman Yaa Rahim Yaa Wahab Yaa Karim Yaa Wahid. Pelbagai galaksi, planet, matahari, bintang-bintang datang dari satu pencipta yang Maha Tunggal Yaa Wahid Yaa Khaliq.

 Pelbagai jenis manusia, rupa, warna, bahasa, budaya datang dari pencipta yang Satu yang Maha Bijaksana, Yaa Waahid Yaa ‘Alim Yaa Hakim Yaa Rashid. Pelbagai jenis produk, perkhidmatan, algoritm, metodologi, pendekatan, teori datang dari sumber yang Tunggal dan Satu, Allah Yaa Waahid Yaa ‘Alim Yaa Hakim Yaa Rashid. Pelbagai jenis masalah masyarakat pada hari ini berlaku dan ditakdirkan dari Allah Yaa Waahid, satu-satunya kuasa yang mampu mencipta masalah dan menyelesaikan masalah. Semua amalan dan dosa akan kembali untuk perhitungan dan hisab oleh Tuhan yang Satu, Yaa Waahid Yaa Muhsyi Yaa Hasib Yaa Hakam Yaa ‘Adl.

 Seluruh roh-roh manusia sentiasa merindui Tuhan yang satu-satunya pemilik cinta, Yaa Waahid Yaa Wadud. Satu-satunya jalan yang benar hanya ada pada Yaa Waahid Yaa Haq. Yaa Allah, buangkanlah pelbagai kebergantungan (berhala) dalam hati kami ini, pelbagai kecintaan, pelbagai keresahan dan masukkan hanya cintaMu sahaja, sehingga tiada lain melainkan cintaMu Yaa Wadud agar kami dapat menjadi abdi hanya kepadaMu Allah Yaa Waahid Yaa Ahad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan