Sebahagian orang mungkin gila akan
pujian sehingga yang diharap-harapkan adalah komen yang baik daripada orang lain. Padahal
pujian seringkali menipu. Begitu pula kitapun sering berperilaku memuji orang
lain di hadapannya. Dari satu sisi kala menimbulkan sisi negatif, ini adalah suatu
hal yang tidak baik. Cuba baca hadits-hadits berikut yang dibawakan oleh Imam
Bukhari dalam kitab Al Adabul Mufrod dengan beberapa tambahan bahasan lainnya.
Memuji Orang Lain di Hadapannya Sama
dengan Menyembelihnya
Daripada Abu Bakrah, ia menceritakan bahawa
ada seorang lelaki yang disebutkan di hadapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam, lalu seorang hadirin memuji orang tersebut. Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam lalu bersabda,
ويحك
قطعت عنق صاحبك، (يقوله مراراً)، إن كان أحدكم مادحاً لا محالة،
فليقل: أحسِبَ كذا وكذا- إن كان يرى أنه كذلك –
وحسيبه الله، ولا يزكي على الله أحداً
“Celaka engkau, engkau telah memotong leher
temanmu (berulang kali beliau mengucapkan perkataan itu).
Jika salah seorang di antara kalian terpaksa/harus memuji, maka ucapkanlah,
”’Saya kira si fulan demikian kondisinya.” -Jika dia menganggapnya demikian-.
Adapun yang mengetahui kondisi sebenarnya adalah Allah dan janganlah
mensucikan seorang di hadapan Allah.”
(Shahih): [Bukhari: 52-Kitab Asy Syahadat, 16-Bab Idza Dzakaro
Rojulun Rojulan]
Abu Musa berkata, “Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam mendengar seorang lelaki berlebih-lebihan dalam
memuji seorang. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu bersabda,
أهْلَكْتُم-
أو قطعتم ظهرَ – الرجل
“Kalian telah membinasakan atau mematahkan
punggung orang itu”.
(Shahih):[Bukhari: 78-Kitab Al Adab, 54-Bab Maa
Yukrohu Minat Tamaduh. Muslim: 53-Kitab Az Zuhd, hal. 67]
Dari Ibrahim At Taimiy dari ayahnya, ia
berkata, “Kami duduk bersama Umar [ibnul Khaththab radliallahu 'anhu]. Lalu ada
seorang lelaki memuji orang lain yang berada di hadapannya. Umar lalu berkata,
عقرت
الرجل، عقرك الله
“Engkau telah menyembelih orang itu, semoga
Allah menyembelihmu.”
(Hasan secara sanad)
Umar berkata,
المدح
ذبح
“Pujian itu adalah penyembelihan.”
(Shahih secara sanad)
Muhammad (guru imam Bukhari-ed) berkata,
يعني إذا قبلها
“(Hal itu berlaku) apabila ia senang
akan pujian yang diberikan kepadanya.”
Boleh Memuji Jika Aman dari Fitnah (Sisi
Negatif)
Daripada Abu Hurairah, ia menceritakan bahawa
Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda,
نعم
الرجل أبو بكر، نعم الرجل عمر، نعم الرجل أبو عبيدة، نعم الرجل أسيد
بن حُضير، نعم الرجل ثابت بن قيس بن شماس، نعم الرجل معاذ بن عمرو بن
الجموح، نعم الرجل معاذ بن جبل
“Lelaki terbaik adalah Abu Bakar, ‘Umar,
Abu ‘Ubaidah, Usaid bin Hudhair, Tsabit bin Qais bin Syammas, Mu’adz bin Amru ibnul
Jamuh dan Mu’adz bin Jabal”. Kemudian beliau mengatakan,
وبئس
الرجل فلان، وبئس الرجل فلان
“Lelaki
terburuk adalah fulan dan fulan.” Beliau menyebutkan tujuh nama.
(Shahih)Ash Shahihah (875): [Saya tidak
mendapatkannya di salah satu kitab induk hadits yang enam]. Saya (Syaikh Al
Albani) berkata: “Bahkan hadits ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi. Silakan
lihat Ash Shahihah.”
Menyiramkan (pasir) ke Wajah
Orang–orang yang Doyan Memuji
Daripada Abu Ma’mar, ia berkata, “Ada
seorang lelaki berdiri memuji salah seorang gabenor. Miqdad [ibnul Aswad] lalu
menyiramkan pasir ke wajahnya dan berkata,
أمرنا
رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نحثي في وجوه المداحين التراب
“Kami diperintahkan oleh Rasulullah untuk
menyiramkan pasir ke wajah orang-orang yang memuji.”
(Shahih) Ash Shahihah (912), [Muslim: 53-Kitab Az Zuhd, hal. 68]
Daripada Atha’ ibnu Abi Rabah bahawa ada
seorang lelaki memuji orang lain di hadapan Ibnu Umar. Ibnu Umar lalu
menyiramkan pasir pada mulutnya dan berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda,
إذا
رأيتم المداحين، فاحثوا في وجوههم التراب
“Jika kalian melihat orang-orang yang doyan
memuji maka siramkanlah pasir ke wajahnya.”
(Shahih) Ash Shahihah (912)
Daripada Mihjan Al Aslamy berkata, “Raja’
berkata,
أقبلت
مع محجن ذات يوم حتى انتهينا إلى مسجد أهل البصرة، فإذا بريدة على باب من أبواب
المسجد جالسٌ، قال: وكان في المسجد رجل يقال له: سكبة، يطيل الصلاة، لما انتهينا
إلى باب المسجد – وعليه بردة- وكان بريدة صاحب مزاحاتٍ. فقال: يا محجن! أتصلي كما
يصلي سكبة؟ فلم يرد عليه محجن،ورجع،
“Saya berjalan bersama Mihjan pada suatu hari hingga kami sampai
di masjid milik penduduk Basrah. Pada saat itu Buraidah [ibnul Hushaib] sedang
duduk di salah satu pintu masjid. Pada masjid itu terdapat seorang Lelaki
bernama Sukbah sedang melaksanakan solat dalam tempoh yang terhitung lama.
Ketika kami tiba di pintu masjid –di mana Buraidah sedang duduk di sana-,
Buraidah berkata -Buraidah adalah seorang yang suka bergurau-,
يا
محجن! أتصلي كما يصلي سكبة؟
“Wahai Mihjan, apakah engkau solat seperti solatnya Sukbah?”
Mihjan tidak menjawabnya tetapi dia lalu pulang.
Raja’ berkata, ”Mihjan lalu berkata,
“Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah memegang tanganku
lalu kami pergi bersama hingga menaiki gunung Uhud. Kemudian beliau menatap
kota Madinah, beliau lalu bersabda,
ويل
أمها من رية، يتركها أهلها كأعمر ما تكون؛ يأتيها الدجال، فيجد على باب كل من
أبوابها ملكاً، فلا يدخلها
“Kota ini (Madinah) terancam bahaya. Dia
ditinggalkan oleh penghuninya dalam keadaan makmur. Dajjal mendatanginya lalu
mendapati malaikat pada setiap pintunya, maka dia tidak dapat memasukinya.”
Beliau lalu turun kembali. Ketika kami
sampai di masjid, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat
seorang lelaki melaksanakan solat, sujud dan rukuk. Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam lalu bertanya kepadaku,
من
هذا؟
”Siapa dia?”
Saya berkata dengan nada memujinya,
يا
رسول الله ! هذا فلان، وهذا
”Wahai Rasulullah, dia adalah fulan dan kondisinya demikian …” Beliau lalu bersabda,
أمسك،
لا تُسمعه فتهلكه
“Cukup jangan engkau memperdengarkan
pujianmu sehingga engkau membinasakannya.”
Mihjan berkata, ”Beliau lalu pergi.
Ketika sampai di kamarnya beliau seolah meniup dua tangannya sambil bersabda,
إن
خير دينكم أيسره، إن خير دينكم أيسره
“Sesungguhnya sikap beragama yang terbaik
adalah mengerjakan kewajiban agama sesuai dengan kemampuan.” Beliau mengucapkannya sebanyak
tiga kali.
(Hasan)Ash Shahihah (1635)
Jangan Tertipu dengan Pujian Orang Lain
Ibnu ‘Ajibah mengatakan, “Janganlah
engkau tertipu dengan pujian orang lain yang menghampirimu. Sesungguhnya mereka
yang memuji tidaklah mengetahui dirimu sendiri kecuali yang nampak saja bagi
mereka. Sedangkan engkau sendiri yang mengetahui isi hatimu. Ada ulama yang
mengatakan,
“Barangsiapa yang begitu girang dengan
pujian manusia, syaitanpun akan merasuk dalam hatinya.”
(Lihat Iqozhul Himam Syarh Matn Al
Hikam, Ibnu ‘Ajibah, hal. 159, Mawqi’ Al Qaroq, Asy Syamilah)
Doa yang Diucapkan Ketika Dipuji Orang
Lain
Lihatlah apa yang dilakukan oleh Abu
Bakr Ash Shidiq tatkala beliau dipuji oleh orang lain. Beliau–radhiyallahu
‘anhu- pun berdoa,
اللَّهُمَّ
أَنْتَ أَعْلَمُ مِنِّى بِنَفْسِى وَأَنَا أَعْلَمُ بِنَفْسِى مِنْهُمْ اللَّهُمَّ
اجْعَلْنِى خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ وَاغْفِرْ لِى مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَلاَ
تُؤَاخِذْنِى بِمَا يَقُوْلُوْنَ
Allahumma anta a’lamu minni bi nafsiy,
wa anaa a’lamu bi nafsii minhum. Allahummaj ‘alniy khoirom mimmaa yazhunnuun,
wagh-firliy maa laa ya’lamuun, wa laa tu-akhidzniy bimaa yaquuluun.
[Yaa Allah, Engkau lebih mengetahui
keadaan diriku daripada diriku sendiri dan aku lebih mengetahui keadaan diriku
daripada mereka yang memujiku. Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari yang
mereka sangkakan, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku,
dan janganlah menyiksaku dengan perkataan mereka]
( Diriwayatkan
oleh Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman, 4/228, no.4876. Lihat Jaami’ul Ahadits,
Jalaluddin As Suyuthi, 25/145, Asy Syamilah)
Selalu Raih Ikhlas dan Jangan Cari Muka
(Cari Pujian)
Abul Qosim juga mengatakan, “Ikhlas adalah membersihkan
amalan dari komentar manusia.”
Dzun Nuun menyebutkan tiga tanda ikhlas:
1. Tetap merasa sama antara pujian dan
celaan orang lain.
2. Melupakan amalan kebajikan yang dulu
pernah diperbuat.
3. Mengharap balasan dari amalan di
akhirat (dan bukan di dunia).
(Lihat At Tibyan fi Adabi Hamalatil
Quran, An Nawawi, hal. 50-51, Maktabah Ibnu ‘Abbas, cetakan pertama, tahun 1426
H)
Jika kita sedang melakukan suatu amalan
maka hendaklah kita tidak bercita-cita ingin mendapatkan pujian makhluk.
Cukuplah Allah saja yang memuji amalan kebajikan kita. Dan seharusnya yang
dicari adalah reda Allah, bukan komentar dan pujian manusia.
Semoga yang sederhana ini
bermanfaat. Wallahu
waliyyut taufiq.
@ Ummul Hamam – Riyadh KSA, 14
Dzulqo’dah 1432 H (12/10/2011)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan