Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 9 Oktober 2012

I 123 Firman Allah swt Surah 68 : Al Qalam (Pena) / Nun) yang bermaksud :

1. Nun[1489], demi kalam dan apa yang mereka tulis,
(Surah 68 : Al Qalam (Pena) / Nun)
[1489]. Lihat no. [10]

[10]. Ialah huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan sebahagian dari surat-surat Al Quran seperti: alif laam miim, alif laam raa, alif laam miim shaad dan sebagainya. Diantara ahli-ahli tafsir ada yang menyerahkan pengertiannya kepada Allah kerana dipandang termasuk ayat-ayat mutasyaabihaat, dan ada pula yang menafsirkannya. Golongan yang menafsirkannya ada yang memandangnya sebagai nama surat, dan ada pula yang berpendapat bahawa huruf-huruf abjad itu gunanya untuk menarik perhatian para pendengar supaya memperhatikan Al Quran itu, dan untuk mengisyaratkan bahawa Al Quran itu diturunkan dari Allah dalam bahasa Arab yang tersusun dari huruf-huruf abjad. Kalau mereka tidak percaya bahawa Al Quran diturunkan dari Allah dan hanya buatan Muhammad s.a.w. semata-mata, maka cubalah mereka buat semacam Al Quran itu.

2. berkat nikmat Tuhanmu kamu (Muhammad) sekali-kali bukan orang gila.
(Surah 68 : Al Qalam)

3. Dan sesungguhnya bagi kamu benar-benar pahala yang besar yang tidak putus-putusnya.
(Surah 68 : Al Qalam)

4. Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.
(Surah 68 : Al Qalam)

5. Maka kelak kamu akan melihat dan mereka (orang-orang kafir)pun akan melihat,
(Surah 68 : Al Qalam)

6. siapa di antara kamu yang gila.
(Surah 68 : Al Qalam)

7. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah Yang Paling Mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya; dan Dia-lah Yang Paling Mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
(Surah 68 : Al Qalam)

8. Maka janganlah kamu ikuti orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah).
(Surah 68 : Al Qalam)

9. Maka mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak (pula kepadamu).
(Surah 68 : Al Qalam)

10. Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina,
(Surah 68 : Al Qalam)

11. yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah,
(Surah 68 : Al Qalam)

12. yang banyak menghalangi perbuatan baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa,
(Surah 68 : Al Qalam)

13. yang kaku kasar, selain dari itu, yang terkenal kejahatannya,
(Surah 68 : Al Qalam)

14. kerana dia mempunyai (banyak) harta dan anak[1490].
(Surah 68 : Al Qalam)
[1490]. Orang yang mempunyai banyak anak dan harta lebih mudah dia mendapat pengikut. Tapi jika dia mempunyai sifat-sifat seperti tersebut pada ayat 10-13, tidaklah dia dapat diikuti.

15. Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: "(Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala."
(Surah 68 : Al Qalam)

16. Kelak akan Kami beri tanda dia di belalai(nya)[1491].
(Surah 68 : Al Qalam)
[1491]. Yang dimaksud dengan belalai di sini ialah hidung. Dipakai kata belalai di sini sebagai penghinaan.

17. Sesungguhnya Kami telah mencubai mereka (musyrikin Mekah) sebagaimana Kami telah mencubai pemilik-pemilik kebun, ketika mereka bersumpah bahawa mereka sungguh-sungguh akan memetik (hasil)nya di pagi hari,
(Surah 68 : Al Qalam)

18. dan mereka tidak menyisihkan (hak fakir miskin),
(Surah 68 : Al Qalam)

19. lalu kebun itu diliputi malapetaka (yang datang) dari Tuhanmu ketika mereka sedang tidur,
(Surah 68 : Al Qalam)

20. maka jadilah kebun itu hitam seperti malam yang gelap gulita[1492].
(Surah 68 : Al Qalam)
[1492]. Maksudnya: maka terbakarlah kebun itu dan tinggallah arang-arangnya yang hitam seperti malam.

21. lalu mereka panggil memanggil di pagi hari:
(Surah 68 : Al Qalam)

22. "Pergilah di waktu pagi (ini) ke kebunmu jika kamu hendak memetik buahnya."
(Surah 68 : Al Qalam)

23. Maka pergilah mereka saling berbisik-bisik.
(Surah 68 : Al Qalam)

24. "Pada hari ini janganlah ada seorang miskinpun masuk ke dalam kebunmu."
(Surah 68 : Al Qalam)

25. Dan berangkatlah mereka di pagi hari dengan niat menghalangi (orang-orang miskin) padahal mereka (menolongnya).
(Surah 68 : Al Qalam)

26. Tatkala mereka melihat kebun itu, mereka berkata: "Sesungguhnya kita benar-benar orang-orang yang sesat (jalan),
(Surah 68 : Al Qalam)

27. bahkan kita dihalangi (dari memperoleh hasilnya)[1493]."
(Surah 68 : Al Qalam)
[1493]. Mereka mengatakan ini setelah mereka yakin bahawa yang dilihat mereka adalah kebun mereka sendiri.

28. Berkatalah seorang yang paling baik fikirannya di antara mereka: "Bukankah aku telah mengatakan kepadamu, hendaklah kamu bertasbih (kepada Tuhanmu)[1494]?"
(Surah 68 : Al Qalam)
[1494]. Yang dimaksud bertasbih kepda Tuhan ialah mensyukuri nikmat-Nya dan tidak meniatkan sesuatu yang bertentangan denagn perintah Tuhan seperti; meniatkan tidak akan memberi fakir miskin.

29. Mereka mengucapkan: "Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim."
(Surah 68 : Al Qalam)

30. Lalu sebahagian mereka menghadapi sebahagian yang lain seraya cela mencela.
(Surah 68 : Al Qalam)

31. Mereka berkata: "Aduhai celakalah kita; sesungguhnya kita ini adalah orang-orang yang melampaui batas."
(Surah 68 : Al Qalam)

32. Mudah-mudahan Tuhan kita memberikan ganti kepada kita dengan (kebun) yang lebih baik daripada itu; sesungguhnya kita mengharapkan ampunan dari Tuhan kita.
(Surah 68 : Al Qalam)

33. Seperti itulah azab (dunia). Dan sesungguhnya azab akhirat lebih besar jika mereka mengetahui[1495].
(Surah 68 : Al Qalam)
[1495]. Allah menerangkan bahawa Dia mencubai penduduk Mekah dengan menganugrahi   mereka nikmat-nikmat yang banyak untuk mengetahui apakah mereka bersyukur atau tidak sebagaimana Allah telah mencubai pemilik-pemilik kebun, seperti yang diterangkan pada ayat 17-33. Akhirnya pemilik kebun itu insyaf dan masuk Islam berbondong-bondong setelah penaklukan Mekah.

34. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya.
(Surah 68 : Al Qalam)

35. Maka apakah patut Kami menjadikan orang-orang Islam itu sama dengan orang-orang yang berdosa (orang kafir) [1496]?
(Surah 68 : Al Qalam)
[1496]. Maksudnya: sama tentang balasan yang disediakan Allah untuk mereka masing-masing.

36. Atau adakah kamu (berbuat demikian): bagaimanakah kamu mengambil keputusan?
(Surah 68 : Al Qalam)

37. Atau adakah kamu mempunyai sebuah kitab (yang diturunkan Allah) yang kamu membacanya?,
(Surah 68 : Al Qalam)

38. bahawa di dalamnya kamu benar-benar boleh memilih apa yang kamu sukai untukmu.
(Surah 68 : Al Qalam)

39. Atau apakah kamu memperoleh janji yang diperkuat dengan sumpah dari Kami, yang tetap berlaku sampai hari kiamat; sesungguhnya kamu benar-benar dapat mengambil keputusan (sekehendakmu)?
(Surah 68 : Al Qalam)

40. Tanyakanlah kepada mereka: "Siapakah di antara mereka yang bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil itu?"
(Surah 68 : Al Qalam)

41. Atau apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu? Maka hendaklah mereka mendatangkan sekutu-sekutunya jika mereka adalah orang-orang yang benar.
(Surah 68 : Al Qalam)

42. Pada hari betis disingkapkan[1497] dan mereka dipanggil untuk bersujud; maka mereka tidak kuasa[1498],
(Surah 68 : Al Qalam)
[1497]. Yang dimaksud dengan betis disingkapkan ialah menggambarkan keadaan orang yang sedang ketakutan yang hendak lari kerana hebatnya huru-hara hari kiamat.
(Surah 68 : Al Qalam)
[1498]. Mereka diminta sujud itu adalah untuk menguji keimanan mereka padahal mereka tidak sanggup lagi kerana persendian tulang-tulang mereka telah lemah dan azab sudah meliputi mereka.

43. (dalam keadaan) pandangan mereka tunduk ke bawah, lagi mereka diliputi kehinaan. Dan sesungguhnya mereka dahulu (di dunia) diseru untuk bersujud, dan mereka dalam keadaan sejahtera[1499].
(Surah 68 : Al Qalam)
[1499]. Maksudnya: ialah bahawa mereka berkesempatan untuk melakukan sujud, tetapi mereka tidak melakukannya.

44. Maka serahkanlah (ya Muhammad) kepada-Ku (urusan) orang-orang yang mendustakan perkataan ini (Al Quran). Nanti Kami akan menarik mereka dengan berangsur-angsur (ke arah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui,
(Surah 68 : Al Qalam)

45. dan Aku memberi tangguh kepada mereka. Sesungguhnya rencana-Ku amat tangguh.
(Surah 68 : Al Qalam)

46. Apakah kamu meminta upah kepada mereka, lalu mereka diberati dengan hutang?
(Surah 68 : Al Qalam)

47. Ataukah ada pada mereka ilmu tentang yang ghaib lalu mereka menulis (padanya apa yang mereka tetapkan)?
(Surah 68 : Al Qalam)

48. Maka bersabarlah kamu (hai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu seperti orang yang berada dalam (perut) ikan ketika ia berdoa sedang ia dalam keadaan marah (kepada kaumnya).
(Surah 68 : Al Qalam)

49. Kalau sekiranya ia tidak segera mendapat nikmat dari Tuhannya, benar-benar ia dicampakkan ke tanah tandus dalam keadaan tercela.
(Surah 68 : Al Qalam)

50. Lalu Tuhannya memilihnya dan menjadikannya termasuk orang-orang yang soleh.
(Surah 68 : Al Qalam)

51. Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, tatkala mereka mendengar Al Quran dan mereka berkata: "Sesungguhnya ia (Muhammad) benar-benar orang yang gila[1500]."
(Surah 68 : Al Qalam)
[1500]. Menurut kebiasaan yang terjadi di tanah Arab, seseorang dapat membinasakan binatang atau manusia dengan menujukan pandangannya yang tajam. Hal ini hendak dilakukan pula kepada Nabi Muhammad s.a.w., tetapi Allah memeliharanya, sehingga terhindar dari bahaya itu, sebagaimana dijanjikan Allah dalam surat Al Maidah ayat 67. Kekuatan pandangan mata itu pada masa sekarang dikenal dengan hypnotisme.

52. Dan Al Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat.
(Surah 68 : Al Qalam)








Tiada ulasan:

Catat Ulasan