Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 9 Oktober 2012

I 124 Firman Allah swt Surah 69 : Al Haaqqah (Hari Kiamat pasti terjadi) yang bermaksud :

1. Hari kiamat[1501],
(Surah 69 : Al Haaqqah – Hari Kiamat pasti terjadi)
[1501]. Al Haaqaah menurut bahasa bererti yang pasti terjadi. Hari Kiamat dinamai Al Haaqqah kerana dia pasti terjadi.


2. apakah hari kiamat itu?
(Surah 69 : Al Haaqqah)

3. Dan tahukah kamu apakah hari kiamat itu?
(Surah 69 : Al Haaqqah)

4. Kaum Tsamud dan 'Aad telah mendustakan hari kiamat[1502].
(Surah 69 : Al Haaqqah)
[1502]. Al Qaari'ah menurut bahasa bererti yang menggentarkan hati, hari Kiamat dinamakan Al Qaari'ah kerana dia menggentarkan hati.

5. Adapun kaum Tsamud, maka mereka telah dibinasakan dengan kejadian yang luar biasa[1503].
(Surah 69 : Al Haaqqah)
[1503]. Yang dimaksud dengan kejadian luar biasa itu ialah petir yang amat keras yang menyebabkan suara yang mengguntur yang dapat menghancurkan.

6. Adapun kaum 'Aad maka mereka telah dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi amat kencang,
(Surah 69 : Al Haaqqah)

7. yang Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan lapan hari terus menerus; maka kamu lihat kaum 'Aad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul pohon kurma yang telah kosong (lapuk).
(Surah 69 : Al Haaqqah)

8. Maka kamu tidak melihat seorangpun yang tinggal di antara mereka[1504].
(Surah 69 : Al Haaqqah)
[1504]. Maksudnya: mereka habis dihancurkan sama sekali dan tidak punya keturunan.

9. Dan telah datang Firaun dan orang-orang yang sebelumnya dan (penduduk) negeri-negeri yang dijungkir balikkan kerana kesalahan yang besar[1505].
(Surah 69 : Al Haaqqah)
[1505]. Maksudnya: Umat-umat dahulu yang mengingkari nabi-nabi seperti kaum Shaleh, kaum Syuaib dan lain-lain dan negeri-negeri yang dijungkir balikkan ialah negeri-negeri kaum Luth. Sedang kesalahan yang dilakukan mereka ialah mendustai para rasul.

10. Maka (masing-masing) mereka mendurhakai rasul Tuhan mereka, lalu Allah menyiksa mereka dengan siksaan yang sangat keras.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

11. Sesungguhnya Kami, tatkala air telah naik (sampai ke gunung) Kami bawa (nenek moyang) kamu[1506], ke dalam bahtera,
(Surah 69 : Al Haaqqah)
[1506]. Yang dibawa dalam bahtera Nabi Nuh untuk diselamatkan ialah keluarga Nabi Nuh dan orang-orang yang beriman selain anaknya yang durhaka.

12. agar Kami jadikan peristiwa itu peringatan bagi kamu dan agar diperhatikan oleh telinga yang mau mendengar.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

13. Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup[1507]
(Surah 69 : Al Haaqqah)
[1507]. Maksudnya: ialah tiupan yang pertama yang pada waktu itu alam semesta menjadi hancur.

14. dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung, lalu dibenturkan keduanya sekali bentur.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

15. Maka pada hari itu terjadilah hari kiamat,
(Surah 69 : Al Haaqqah)

16. dan terbelahlah langit, kerana pada hari itu langit menjadi lemah.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

17. Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

18. Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatupun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah).
(Surah 69 : Al Haaqqah)

19. Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya[1508] dari sebelah kanannya, maka dia berkata: "Ambillah, bacalah kitabku (ini)."
(Surah 69 : Al Haaqqah)
[1508]. Maksudnya: catatan amalan perbuatannya.

20. Sesungguhnya aku yakin, bahawa sesungguhnya aku akan menemui hisab terhadap diriku.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

21. Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diredhai,
(Surah 69 : Al Haaqqah)

22. dalam syurga yang tinggi,
(Surah 69 : Al Haaqqah)

23. buah-buahannya dekat,
(Surah 69 : Al Haaqqah)

24. (kepada mereka dikatakan): "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu."
(Surah 69 : Al Haaqqah)

25. Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia berkata: "Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini).
(Surah 69 : Al Haaqqah)

26. Dan aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

27. Wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segala sesuatu.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

28. Hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

29. Telah hilang kekuasaanku daripadaku."
(Surah 69 : Al Haaqqah)

30. (Allah berfirman): "Peganglah dia lalu belenggulah tangannya ke lehernya.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

31. Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

32. Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

33. Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

34. Dan juga dia tidak mendorong (orang lain) untuk memberi makan orang miskin.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

35. Maka tiada seorang temanpun baginya pada hari ini di sini.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

36. Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

37. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

38. Maka Aku bersumpah dengan apa yang kamu lihat.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

39. Dan dengan apa yang tidak kamu lihat.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

40. Sesungguhnya Al Quran itu adalah benar-benar wahyu (Allah yang diturunkan kepada) Rasul yang mulia,
(Surah 69 : Al Haaqqah)

41. dan Al Quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

42. Dan bukan pula perkataan tukang tenung. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran daripadanya.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

43. Ia adalah wahyu yang diturunkan dari Tuhan semesta alam.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

44. Seandainya dia (Muhammad) mengadakan sebagian perkataan atas (nama) Kami,
(Surah 69 : Al Haaqqah)

45. nescaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya[1509].
(Surah 69 : Al Haaqqah)
[1509]. Maksudnya: Kami beri tindakan yang sekeras-kerasnya

46. Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

47. Maka sekali-kali tidak ada seorangpun dari kamu yang dapat menghalangi (Kami), dari pemotongan urat nadi itu.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

48. Dan sesungguhnya Al Quran itu benar-benar suatu pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

49. Dan sesungguhnya Kami benar-benar mengetahui bahawa di antara kamu ada orang yang mendustakan(nya).
(Surah 69 : Al Haaqqah)

50. Dan sesungguhnya Al Quran itu benar-benar menjadi penyesalan bagi orang-orang kafir (di akhirat).
(Surah 69 : Al Haaqqah)

51. Dan sesungguhnya Al Quran itu benar-benar kebenaran yang diyakini.
(Surah 69 : Al Haaqqah)

52. Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
(Surah 69 : Al Haaqqah)









Tiada ulasan:

Catat Ulasan